Assalamualaikum
Hai semua.*sambil lelambai dalam nada excited*.Apa khabar?soalan
yang sama setiap kali awal entri.Aku mintak maaf banyak-banyak sebab rasanya
dah lama ni aku tak update blog ni kan?Kesian dekat korang yang menunggu entri
daripada aku.*eh ada ke yang menunggu?*.Nak dijelaskan dekat sini,sekarang ni
aku agak busy dan penat sebab aku wanita bekerjaya sekarang ni.*padahal aku
praktikal je pon*.Eh kalau praktikal pon aku dah habis belajar dah.Bulan 3 tahun
depan insyallah aku konvokesyen.Mohon datang bawak bunga 15kuntum okay.
Pada entri aku kali ni,aku nak kongsikan dekat
semua,apa yang dikatakan oleh Allah dalam Alquran telah terjadi dan semuanya
benar belaka.Siapa yang berani nak menindakkan Al-Quran?Siapa berani?Tak berani
kan?Tapi cuba fikir balik,kita cakap kita sayang Al-Quran,kita sayang islam,kita baca Al-quran tapi kenapa kita bukak aurat tak kesahlah lelaki ke
perempuan,kenapa kita suka tinggalkan solat,buat maksiat.Kenapa?macam tu ke nak
dikatakan kita sayangkan Al-quran,Allah,islam dan Nabi Muhammad?Cakap pakai air
liur bolehlah.Cuba buat,buktikan!
Aku akan kongsikan beberapa ayat dalam Al-quran dan
telah pon terjadi dalam dunia sekarang dan pada kita semua.Bila aku baca aku
rasa sedih.sedih sangat sebab apa yang dijanjikan Allah itu benar.Alquran ini
bukan direka-reka manusia,tapi daripada Allah!
1. “Apakah pantas mereka mengatakan dia(Muhammad) yang telah membuat-buatnya?katakanlah,”Buatlah sebuah surah yang sama dengan Alquran,dan ajaklah saja di antara kamu yang membuatnya selain Allah.Jika kamu orang-orang yang benar”
(Surah Yunus ayat 38)
Subhanallah dalam ayat ni Allah mencabar sesiapa
sahaja yang meragukan Alquran untuk membuat satu surah,satu surah je untuk
membuktikan yang kita mampu buat lebih baik daripada Alquran.Aku pernah baca
satu kisah dulu dan ini kisah benar bukan kisah yang direka-reka.
Terdapat seorang pemuda islam yang diajak untuk
masuk agama kristian,dan paderi tu janji nak bagi macam-macam hadiah,jadi
lelaki tadi tertarik dan menerima ajakan paderi tersebut.Tapi untuk mendapatkan
semua tu,paderi tu meminta lelaki tadi untuk mengubah surah Al-Ikhlas.
“Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa” [1]
“Allah adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan” [ 2]
“Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan” [3]
“Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” [ 4]
Pendek je kan surah
Al-Ikhlas ni?Jadi lelaki tadi cuba untuk mengubah ayat Allah ini,ternyata tak
boleh,macam-macam cara lelaki itu cuba untuk mengubah ayat tersebut,Lalu lelaki
tadi putus asa.Ayat Al-quran memang tak boleh diubah kerana memang dijaga rapi
oleh Allah dan menjelang kiamat kelak,ayat-ayat Alquran ini akan diangkat
kembali.Jadi semua,jangan tinggalkan Alquran walau sesaat,baca satu surah
sehari sebelum ayat Al-quran ni diangkat oleh Allah semula,masa tu menyesal pon
tak berguna.Alquran akan menolong kita di akhirat kelak,jadi bacalah!
2. “Bagi mereka kesenangan sesaat didunia selanjutnya kepada kamilah mereka akan kembali,kemudian kami rasakan kepada mereka azab yang berat kerana kekafiran mereka”
(surah yunus ayat 70)
Ayat ni memang dah terbukti
pon sekarang ni kan?Berapa ramai memikirkan dunia ni untuk selamanya,berapa
ramai yang selalu meninggalkan solat?berapa ramai yang lupakan Allah bila
mereka senang?Ramai kan?Sebab mereka tak sedar yang dunia ni hanya
sementara,Allah dah kata dunia ini hanyalah tempat senda gurau jika kita
ketahui,masalahnya sekarang ramai yang dok fikir dunia ni selama-lamanya,tak
sedar ke kita yang sekarang ni dah banyak sangat tanda-tanda kiamat telah tiba?
3. “dan musa berkata “Ya Tuhan kami,Engkau telah memberikan kepada firaun dan para pemuka kaumnya hiasan dan harta kekayaan di dunia.Ya Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan manusia dari jalanMu.Ya Tuhan,binasakanlah harta mereka,dan kuncilah hati mereka.sehingga mereka tidak beriman dan melihat azab yang pedih”
(surah yunus ayat 88)
Kita kena tahu,kebanyakkan
orang kaya ada dalam neraka lebih dari orang miskin.Kenapa?Sebab kebanyakan
orang miskin ni,dia kurang terdedah kepada maksiat,dia lebih berserah kepada
Allah,aku cakap kebanyakkan oke bukan semua,Orang miskin ni banyak yang rendah
diri.Manakala orang kaya pulak,kebanyakkanya selalu lupa untuk bersedekah
kepada orang yang memerlukan selalu lupa untuk keluarkan zakat,selalu melupakan
tanggungjawab mereka.
4. "Dan apabila manusia ditimpa bahaya,dia berdoa kepada kami dalam keadaan baring,duduk atau berdiri,tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali
(ke jalan yang sesat),seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya"
(surah yunus ayat 12)
Memang sangat betul
ayat diatas,manusia memang mudah lupa,lagi-lagi bila dapat nikmat,masa susah
baru nak cari sejadah,baru nak bersujud pada Allah,tapi bila dah
senang,semuanya dilupakan.Kita pandai cakap dekat kawan kita “Ah kau susah baru
nak cari aku kan,bila kau senang ada kau nak datang kat aku?ada kau nak kawan
dengan aku?”.Oh kalau dengan kawan pandai pulak nak cakap macam ni.Tapi tahu
tak kita,kalau kita ingat pada Allah,Allah akan ingat pada kita,tapi kalau kita
lupa pada Allah,Allah akan lupakan kita jugak.Adil dan saksama kan?
5. “Kemudian setelah (nuh) kami utus beberapa rasul,kaum mereka(masing-masing)maka rasul-rasul itu datang kepada mereka dengan membawa keterangan yang jelas,tetapi mereka tetap tidak mahu beriman kerana mereka telah biasa mendustakannya.demikianlah kami mengunci hati orang2 yang melampaui batas”
(surah yunus ayat 74)
Baca ayat diatas
ni.Allah mengunci hati orang-orang yang melampaui batas.Kita semua pernah kan
jumpa orang macamni,apa sekali nasihat atau kebenaran yang kita tunjuk,hati
dieorang tetap taknak terima,tetap nak cakap kita ni salah.Kenapa?sebab Allah
telah membutakan mata hati dan mata dieorang untuk melihat kebenaran kecuali
kalau mereka betul-betul telah bertaubat.Sebab tu kalau pendakwah atau kita
sekalipon keluarkan fakta,mereka akan cakap “ala kau ni nanti aku bertaubatlah
tua nanti,entah betul entah tak apa kau cakap ni”.Kan?
6. “Dan kami selamatkan Bani Israel melintasi laut,kemudian firaun dan bala tenteranya mengikuti mereka,untuk menindas mereka.Sehingga firaun hampir tenggelam dan berkata “Aku percaya tiada tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai bani Israel dan aku termasuk dalam orang-orang muslim(berserah diri)"
Mengapa baru sekarang kamu beriman padahal sesungguhnya engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termausk orang yang berbuat kerosakan.
Maka pada hari ini kami selamatkan jasadmu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu tetapi kebanyakan mansia tidak mengendahkan kekuasan kami.”
(Surah yunus ayat 90-92)
Jasad yang telah
diselamatkan adalah jasad firaun,setelah firaun tenggelam jasadnya ditemui di
tepi pantai oleh orang-orang mesir dan diawet sehingga sekarang.Firaun sendiri
dah tahu kebenaran islam,dah nak mati baru nak bertaubat.Kita nak jadi macam
firaun ni ke?Nak jadi orang yang rugi macam firaun?nak duduk neraka setingkat
dengan firaun?Benar kan janji Allah?Sekarang ni kita dapat tengok mayat firaun
kan?betul atau pon tidak?Dalam Al-quran dah cakap dah.Jadi ayat mana yang kita
nak dustakan?Oh lupa nak dustakan ayat tentang tutup aurat,tak dapat hidayah
lagi?itu yang kita nak dustakan?
7. “Kitab Alquran ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa”,
“Dan mereka yang beriman kepada Al-quran yang diturunkan kepadamu Muhammad dan kitab2 yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya akhirat”
“Merekalah yang mendapat petunjuk dari tuhannya dan mereka itulah orang2 yang beruntung”
(Surah Al baqarah ayat 1,4,5)
Dah terang benderang
Allah nyatakan dekat sini yang Alquran ini adalah petunjuk.Kenapa kita selalu
beri alasan kita tak dapat petunjuk lagi?maknanya kita nak cakap yang kita tak
dapat AlQuran lagi ke macam mana ni?Kita yang confius kan diri kita sendiri ke
macam mana?ke kita ni memang jenis orang yang suka bagi alasan?Ayat di atas
jugak dah cakap kalau kita bukak dan baca Alquran,kita akan dapat banyak
petunjuk.So aku nak Tanya,sebelum kita cakap kita tak dapat petunjuk,cuba
renung balik,baca Al-quran dak untuk cari petunjuk?Ke suka pergi buat maksiat
untuk dapat petunjuk?Lepastu mulalah membebel yang kita tak dapat
petunjuk.Masih nak cakap tunggu hidayah jugak?Meh nak bagi ayat lagi dua,bukan
lagi satu tapi dua.
“Hai nabi,katakanlah
pada isteri-isterimu anak-anakmu,isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka
melabuhkan jilbab(tudung yang labuh menutup dada) ke tubuh mereka”
(surahal-ahzaab ayat
59)
“Dan hendaklah mereka
menutup kain tudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan
perhiasan kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami
mereka,putera-putera mereka,putera-putera suami mereka,saudara-saudara lelaki
mereka,putera-putera saudara lelaki mereka,putera-putera saudara perempuan mereka,wanita-wanita
merka,budak-budak yang mereka miliki,pelayan-pelayan lelaki yang tidak punyai
keinginan terhadap wanita atau anak anak yang belum mengerti berkenaan aurat
wanita”
(surah an-Nuur ayat
31)
Herm tak dapat
hidayah lagi?nak cakap jugak yang kita tak sedia?tak sedia?Meh aku bagi lagi
satu ayat AlQuran
8. "Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"
[Surah al-Jumu'ah ].
"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
[Surah al-Anbiyaa].
Eh ada dua ayat
Al-quran aku bagi rupanya.Nak ke mati sebelum dapat petunjuk yang korang cakap
tu la?Nak ke?Sebab mati itu benar,dan takkan dipercepatkan atau dilambatkan
walau sesaat.
9. Dan diantara manusia ada yang berkata”kami beriman kepada Allah” tetapi apabila disakiti(kerana dia beriman) kepada Allah dia menganggap cubaan manusia itu sebagai seksaan Allah.Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu maka mereka akan berkata,”sesungguhnya kami bersama kamu”.Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?
(Surah Al Ankabut ayat 10)
Apa yang dikatakan
Allah ini sangatlah benar,bila ditimpa ujian sikit,contohnya kucing yang paling kita sayang kena langgar dengan manusia yang tak bertanggungjawab.*nak bagi contoh manusia macam kejam sangat*,kita akan cakap “kenapa kau amek anak kucing aku Ya Allah?kenapa kau tak
amek anak kucing orang lain?kenapa mesti anak kucing aku?Kenapa!!!”.kita merintih seolah-olah
kita anggap itu adalah sesksaan dari Allah,tapi itu adalah ujian,tapi bila
masalah tu dah selesai,lain pulak perangai kita.Ikhlas ke tidak kita
beriman?Subhanallah jauhkanlah dari kita semua….
10. “Sesungguhnya orang-orang kafir dan menghalang orang lain dari jalan Allah serta memusuhi rasul setelah ada petunjuk yang jelas bagi mereka,mereka tidak dapat memberi mudarat sedikit pon pada Allah,dan kelak Allah hapus segala amal mereka”
(surah Muhammad ayat 32)
Dah terbukti memang
ramai sangat orang kafir yang suka menghalang manusia yang lain untuk ke jalan
Allah.Macam-macam agenda mereka dah buat,tapi kita still tak Nampak dan kita
still cakap itu adalah kebetulan.Lagi satu contoh adalah,wanita betudung nak
mintak kerja,dan syarat company tu adalah wanita tu kena bukak tudung,itu maknanya
dia dah menghalang wanita tu dari jalan Allah.
Orang kafir ni kalau
buat amal macam mana baik sekalipon tidak akan dipandang Allah,tapi kalau
islam,walaupun kita buat sebesar zarah kebaikan Allah tetap akan
membalasnya.Umat islam sekarang ni banyak sangat ditimpa ujian,terbaru filem
innocence of muslim yang dibuat untuk menghina Kekasih Allah,cinta hati kita
iaitu Nabi Muhammad saw,jangan ingat Allah tak bagi balasan pada mereka
tu,mereka tu betul,tapi Allah hanya menangguhkan balasan tersebut,bila Allah
turunkan balasan tu,mereka pasti akan terkejut beruk sebab balasan yang Allah
bagi ketika itu sangat besar.
Kita sebagai umat
islam wajib menentang orang kafir .Allah dah terangkan dalam Al-quran ,
“wahai orang yang beriman!perangilah orang2 kafir di
sekitar kamu dan hendaklah mereka merasakan sikap tegas darimu dan ketahuilah
Allah brsama2 orang bertakwa."
(Surah yunus ayat 124)
sampai disini dulu perkongsian ayat-ayat dari
Alquran,jomlah sama-sama kita amek pengajaran dari semua ni,Insyallah kalau ada
masa dan panjang umur aku akan kongsikan lagi ayat-ayat Al-quran untuk
direnungkan.Sesungguhnya janji Allah itu benar!
Dan lagi satu ayat yang aku ingin kongsikan adalah
“Kamu umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan
untuk manusia(kerana kamu) menyuruh yang makruf dan mencegah yang munkar…”
(Surah ali Imran ayat 110)
Memang kita adalah ciptaan Allah yang terbaik,umat
yang terbaik,Allah sendiri cakap kita adalah yang terbaik,tapi betulkah kita
ini umat yang terbaik?Betulkah?dengan buat maksiat,dengan melanggar perintah
Allah,buat apa yang dilarang,terbaikkah kita?Fikirkan.
Dan akhir sekali
Mengapa doa kita tidak dimakbulkan sedangkan Allah
telah berjanji akan memakbulkan doa orang-orang yang merintih padaNya.
Cuba fikirkan:
Kamu kenal Allah,
tetapi kamu tidak menuruti perintah-Nya.
Kamu membaca al-Qur'an, tetapi kamu tidak bertindak selaras dengannya.
Kamu kenal Shaitan, tetapi kamu berterusan bersetuju dengannya.
Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu tinggalkan Sunnah baginda SAW.
Kamu mengaku mencintai Syurga, tetapi kamu tidak berusaha mndapatkannya.
Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu tidak berhenti membuat dosa.
Kamu berkata, Sesungguhnya mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kamu sibukkan dirimu dengan kesalahan orang lain, tetapi kamu tidak melihat kesalahanmu.
Kamu makan dari rezeki yang Allah kurniakan, tetapi kamu tidak bersyukur pada-Nya.
Kamu mengebumikan orang-orang yang mati, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kamu membaca al-Qur'an, tetapi kamu tidak bertindak selaras dengannya.
Kamu kenal Shaitan, tetapi kamu berterusan bersetuju dengannya.
Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu tinggalkan Sunnah baginda SAW.
Kamu mengaku mencintai Syurga, tetapi kamu tidak berusaha mndapatkannya.
Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu tidak berhenti membuat dosa.
Kamu berkata, Sesungguhnya mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kamu sibukkan dirimu dengan kesalahan orang lain, tetapi kamu tidak melihat kesalahanmu.
Kamu makan dari rezeki yang Allah kurniakan, tetapi kamu tidak bersyukur pada-Nya.
Kamu mengebumikan orang-orang yang mati, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.
4 comments:
Subhanallah. Janji Allah itu pasti. Sampai sekarang tak ada sesiapa yang mampu mengubah walau sepatah kalam Allah tapi masih tak malu mengaku diri pembawa kebenaran. Malah, menuduh Islam dengan pelbagai fitnah. Kebenaran itu pasti akan menang walau nampak seakan-akan mahu kalah. Allahuakbar....
nice article..keep it up. what a marvelous brian that u have..
comelnye akak ni. post pun menarik! :D jzkk atas perkongsian. sumpah, saya cemburu. haha.
satu pengongsian yg sgt baik :) terimakasih.
Post a Comment