I appreciate them.

Sunday, 11 November 2012

Kempen tutup aurat di KLCC dan semoga pakcik guard KLCC dapat hidayah Allah:)

Assalamualaikum


Ehem.Aku gembira sangat.eh kejap,aku memang membahasakan diri aku,aku eh dalam blog ni?kenapa aku rasa macam aku bahasakan diri aku dya eh?Jap aku blur sekejap ni.Ahhh peduli apa,aku tetap aku,blues untuk aku bukan untuk kau.*ehehe.


Sebahagian dari muslimat

Muslimin.

Post kali ni aku nak cerita tentang #KempenTutupAurat dan #SayangiRasulullah yang berjaya dijalankan di KLCC pada 11.11.2012,eh macam cantik je tarikh ni kan?Aku tahu ramai yang pilih tarikh ni untuk berkahwin,tapi berbeza dengan kami,sebab kami nak sampaikan islam,street dakwah lah kiranya.
Baiklah marilah aku cerita daripada awal,sebenarnya,kami tak rancang pon nak buat street dakwah,mula-mula kami rancang nak buat benda lain,tapi ada seorang hamba Allah yang bijak iaitu kakby,dia whatsapp kami,dia cakap "Why dont kita buat street dakwah?kita buat kempen dekat klcc?"Kami pon setuju,benda baik kan?kenapa harus ditangguhkan,Alhamdulillah,beberapa orang sudi buat flyers tutup aurat dan booklet sayangi Rasulullah tu aku buat sendiri,dekat belakang tu aku taruk link,aku mintak maaf,disini aku nak tegaskan yang aku taruk link facebook aku dan #TeamHijrah dan #TeamKhemah,bukan kerana nak riak atau berbangga diri,subhanallah jauh sekali,niat aku adalah kalau mereka tak sempat nak tanya kami semasa street dakwah,mereka boleh straight bukak facebook.Kenapa aku letak nama aku?Sebab aku yang taip isi dalam booklet itu,aku tak cut and paste,so apa-apa hal mereka boleh merujuk kepada aku terus kalau mereka tak faham,atau apa sahaja yang bermain dalam fikiran mereka.

Terima kasih kepada seoarang hamba Allah ini,namanya terpaksa dirahsiakan kerana dia yang minta begitu,:)
Dia sanggup print 1500 flyers percuma untuk diedarkan pada orang ramai di KLCC.Subhanallah,semoga Allah sahaja yang membalas jasa kamu dek.

Sesi usrah mengikut group


Aku rasa aku patut cerita perkara itu disini,ini adalah luahan hati aku ye,nak baca,nak tafsirkan apa-apa yang tak patut,silakan.Aku pelik.aku pelik aku pelik.Kenapa?Kenapa flashmob,menari,konsert merepek-repek mereka boleh benarkan untuk buat di klcc tapi mereka tak benarkan kami berdakwah tentang islam?Kenapa benarkan yang munkar dan larang yang maaruf?kami dihalang oleh guard yang mengatakan "Dek tak boleh kumpul ramai-ramai depan air pancut ni,kalau adek nak buat jugak,saya panggil polis".Subhanallah macam tu ke layanan sesama islam?Sampai hamba Allah ini menangis merayu dekat pakcik tu untuk edarkan flyers,tapi pakcik guard tu tak bagi,dan pakcik guard cakap macam ni "Kami buat tempat duduk dekat taman ni memang khas untuk pasangan buat maksiat,taman ni pulak untuk family,awak tak dibenarkan buat dakwah disini".Pakcik guard ku sayanggggg,pakcik tau tak yang pakcik dan melarang dakwah?Melarang kami ke jalan Allah??Dan ini jawapan pakcik tu "itu saya tak tahu,tapi itu urusan saya dengan Allah".Apa ni?Apa?Aku tak puas hati,KENAPA MAKSIAT,PELUK,CIUM,FLASHMOB,MENARI,MENYANYI dibenarkan dalam KLCC tu?kenapa tak larang?Kami nak dakwah,kami tak kacau orang,kami tak mencuri,kami takde pon nak kacau orang.BUT WHY?Nak tahu tak?kalau pakcik tak melarang orang buat maksiat depan mata pakcik,walaupun pakcik tak bersalah,HALAL Allah turunkan bala kepada semua,yang bersalah,tak bersalah pon kena sekali,silap-silap runtuh KLCC tu Allah buat.Pakcik nak macam tu?

Kalau pakcik taknak macam tu,macam Hamba Allah ni cakap la"Astaghfirullah pakick,pakcik tukar kerja lah macamni pakcik,kerja pakcik ni banyak dosa".Heh tapi pakcik guard ni relaks je kan?Lepastu kami berpindah ke masjid dan membuat sesi usrah,ini kalau pakcik guard tu kacau kami dalam masjid memang aku tampo muka dia.Eh macam kurang ajar eh?Alaa pakcik tu lagi la gatal sebab dia cakap "kalau nak buat jugak,boleh bagi sorang tak perempuan antara semua ni?" Gatal kan?Korang semua,adil ke islam diperlakukan begini?Sambutan newyear di klcc,flashmob,menari,dating,cium boleh dilakukan di KLCC,tapi dakwah,tak boleh!Ya Allah sedihnya aku,tanpa aku sedar air mata sudah bertakung di kelopak mataku.*Ayat novel.

Perarakan sebahagian muslimat di KLCC untuk edarkan flyers



Kemudian kami membuat rancangan untuk distribute ikut group supaya pakcik tadi tu tak boleh nak tahan kami,hak dakwah hak kami!jangan sampai saya bagi haktuii kat pakcik!Ha,pakcik nak tahu tak satu benda?Kalau pakcik bukak Alquran malam ni,cuba cari dalam AlQuran.,Allah cakap "Sesiapa yang melarang seseorang ke jalan Allah,neraka tempat kembalinya!" ha Tau tak pakcik?Neraka makannya nanti.

okay Stop cerita pasal pakcik guard tu,ni aku nak kongsi,selepas nampak kami berkumpul dalam masjid,ada pasangan korea terus berminat nak tahu tentang islam,dia berminat dengan islam!Alhamdulillah Ya Allah.Pasangan korea tu tanya apa yang kita sedang buat,dia tahu tentang nabi muhammad saw kawan-kawan semua!tak segan ke??Orang bukan islam tahu kisah nabi Muhammad saw??Aku bagi dia flyers dan aku terangkan sikit-sikit,kemudian aku cakap dengan dia,kalau awak ada facebook,add kami,add saya,kita boleh borak panjang lagi,kalau awak ada soalan,awak boleh tanya dengan kami.Readers,Please panjatkan doa kamu supaya pasangan korea ini dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayah Allah!Takbir!!

Pasangan korea tersebut.semoga mereka dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah,doakan mereka ye:)


Dan ada juga sahabat yang datang kerana dia rasa diri dia sendiri dalam menempuh ujian Allah,dalam proses untuk berubah,dia datang kerana dia nak rasa suasana berkumpul sesama islam,untuk kakak itu,kak,akak tak bersendirian,kami semua pon masih belajar dan masih dalam proses mengenali islam,mendalami islam,akak tak keseorangan.KAMI ADA untuk sokong akak!

Dan ini dihantar oleh seorang muslimah

Banyak sangat kami dapat feedback yang positif,Alhamdulillah terima kasih kerana menyokong,marilah kita kembangkan islam.Jangan takut untuk berdakwah!ingat!banyak Rasulullah saw dah berkorban untuk kita dapat apa yang kita ada hari ini,tapi begitu sedikit manusia bersyukur:,(


Oke sambung,kemudian selepas distribute kumpulan,yang wakil nak dakwah dalam taman,pergi dakwah di taman,dan yang dakwah sekeliling KLCC,akan jalan beramai-ramai,nampak je orang bagi flyers,nampak je yang free hair,bagi flyers,nampak je bagi dan kalau boleh dakwah sikit.Aku guna ayat ni "Assalamualaikum kak,saya nak masa akak 5 saat je,saya bukan nak buat direct selling tapi saya just nak sampaikan islam je kak.kami tengah buat kempen.." dan ada dua orang perempuan ni,alhamdulillah dia nak dengar apa aku cakap..aku tanya tak kesian ke ayah akan dipersalahkan di akhirat nanti sebab kita tak tutup aurat?Kata nak mak ayah panjang umur masuk syurga,selalu lah doa,solat,jangan tinggal solat,kalau kita jaga Allah,Allah akan menjaga kita......dan panjang lagi"


Kami berjalan dan terus mengedarkan flyers,kakby interview wanita free hair,tanya pengalaman,dan kakby berjaya buat orang tu berasa selesa,dan walaupun perempuan itu pengkid,perempan itu rasa selesa dengan cara penyampaian kakby.:)

Alhamdulillah.Kalau ada orang tanya siapa organize event ini kami akan jawab kak baizura ismail.Subhanallah dia berjaya organize kempen yang bagus macam ni.Siapa yang menjayakan kempen ini?Semua umat islam,#TeamHijrah dan #TeamKhemah,tanpa semua yang datang pada hari ahad hari tu,takkan berjaya kempen ini.Oh apa lagi ya yang aku nak kongsikan?*Tingggg.Dapat idea.Oh aku nak kongsikan yang ada jugak yang menolak untuk ambil flyers kami,yang paling kelakar tu,ada orang macam cuba lari sebab ingat aku ni nak jual barang,buat direct selling.Haha.Comel kan?Dan aku dengar cerita yang ada muslimat kena marah dengan pengunjung disana sebab cuba nak bagi flyers dakwah,Sabarlah wahai adekku dan sahabat-sahabatku,dakwah itu tidak pernah mudah,anggap ia sebagai cabaran,Rasulullah kena lagi teruk dari kita.Semalam kami dah nasihat awal-awal,kalau nampak pakcik guard,cabut lari je,tapi sebenarnya aku tak aada masalah nak berhadapan dengan pakcik guard.Pantang Aku orang menghalang manusia ke jalan Allah!

Kami sangat berdoa dan sangat berharap yang sesiapa yang telah dapat flyers daripada kami,akan tersentuh hatinya,terbuka sedikit mindanya dan menerima hidayah Allah,kami berdoa supaya mereka sedar akan cinta Rasulullah,kepentingan menutup aurat,kami berharap sangat dan kami takkan berhenti berdoa!Allahuakabar!



Alhamdulillah,walaupun ada halangan di awalnya,berkat doa semua,berkat niat,berkat keikhlasan semua,halangan itu tidak menjadi satu masalah bagi kami,kami dapat distribute semua flyers dan kami dapat dakwah,dakwah ke jalan Allah.Kami fikir kami tiada perkara besar yang hendak disumbangkan pada islam,tapi ini adalah salah satu jihad kecil kami yang akan kami bawa di akhirat kelak.Amin.Amin.Tiada sumbangan yang dapat kami berikan pada Rasulullah atas segala pengorbanan baginda,tapi ini adalah salah satu tanda kasih kami pada Rasulullah saw.Semoga kita berjumpa di sana ya Muhammad saw!:)

Muka depan booklet sayangi Rasulullah






Tq sebab baca,assalamualaikum,semoga islam tersebar di merata dunia:)
P/S:Kalau nak organize mengikut negeri silakan,sangatlah digalakkan,kempen mengenali islam,tutup aurat,sayangi Rasulullah,sayangi ibu bapa,dan banyak lagi.silakan silakan silakan!Buatlah apa sahaja asalkan islam tersebar,TAPI,

Betulkan niat kerana Allah,bukan kerana Orang,bukan kerana ganjaran,bukan kerana nak famous,sebab Allah dah berpesan,kalau kita buat sesuatu bukan kerana Allah,tapi kerana orang,di padang mahsyar nanti,Allah akan suruh kita mintak pahala dekat orang yang kita niatkan itu!
Dan apabila kita niat bukan kerana Allah,akan timbul perasaan riak,bila dah riak,ibadah menjadi sia-sia kerana tidak diterima Allah.Melainkan apabila dia berasa riak,kemudian dia beristighfar dan kembali niat kerana Allah,itu tidak akan mneyebabkan ibadahnya batal!Ingat!betulkan niat setiap hari.TAKBIR!ALLAHUAKBAR!


WAIT!

Jangan buruk sangka dengan orang,daripada korang mengutuk dia free hair,tak solat,why dont kita approach dia,salah satu dengan cara macam ni.memang kita takkan diminta untuk dipertanggungjawabkan untuk dosa orang lain tapi ingat!Allah ada berpesan,jangan ingat kamu beriman,kamu tidak akan disoal tentang kesalahan orang lain!Contohnya kalau Ahmad tak solat,kita biar dan tak tegur,nanti di padang mahsyar,Allah akan tanya dekat Ahmad "mengapa kamu tinggal solat??" Ahmad akan jawab "Dia ni tak tegur".Dan Allah akan soal kita kenapa kita tak tegur.Memang Allah tahu siapa betul siapa salah,jangan disoal mengapa Allah lakukan begitu!

Di padang mahsyar nanti,kita semua ibarat dalam kapal yang hendak karam,kemudian sebelum kita lemas,kita akan cuba berpaut pada apa yang kita nampak.,maksudnya disini,di padang mahsyar nanti kita akan saling menyalahkan orang lain atas kesalahan kita!Kalau kita menegur,kita akan lepas dari dipersalahkan!Subhanallah!!

Assalamualaikum,tak jawab dosa,kalau jawab sayang Allah,sayang Rasulullah:)






INFORMASI BAGI #STREETDAKWAH #KEMPENTUTUPAURAT bagi 

MELAKA -9/12/2012 di dataran pahlawan
PULAU PINANG-23/12/2012 di padang kota lama jam 10 pagi
JOHOR-8/12/2012 di masjid An Nur larkin 10pagi sehingga 6 petang

Bagi negeri-negeri lain masih dalam perbincangan lagi.Sokonglah dakwah ini,dakwah kerana Allah untuk bekalan di akhirat.Allahuakbar!

42 comments:

Yazmeen said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Masha'Allah seronok sangat baca entri akak kali ini. Moga Allah sentiasa memberkati kita semua. InshaAllah bi iznillah.

gadis dan dia♥ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

teringin nak join :')

:: Mrs.Eady :: said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah..

Ie Aida Bombom said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Allahuakbar. tinggi pahalanya sebarkan islam dengan cara yang betul. Moga-moga Allah berkati apa yang korang buat. :) teruskan usaha ni dengan ikhlas. sebagai islam, hati ni tersentuh ada yang masih nak perjuangkan islam yang betul . Alhamdulillah. Allahuakbar.

Nabiel said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

taniah buat semua yg bt program macam nie yea. mmg tunggu2 sangat ada yg bt streetdakwah dkt sana.

Semoga Allah memberkati sgala urusan korang semua. Dan semoga pasni ada lagi program nie ditempat2 lain. Dan sya rasa akan bertambah ramai lagi yang join. Percayalah. ^_^

Taniah!

Mrs Chot said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Subhanallah....Seronok baca entry Dya tentang Kempen ni....Menitik air mata baca mengenai halangan2 utk Kempen ni...Saya mmg dah plan nak join, tapi last minute ada hal dgn mak mertua...Hopefully boleh join for next Kempen...Insyaallah...

Mrs Chot said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Subhanallah....Seronok baca entry Dya tentang Kempen ni....Menitik air mata baca mengenai halangan2 utk Kempen ni...Saya mmg dah plan nak join, tapi last minute ada hal dgn mak mertua...Hopefully boleh join for next Kempen...Insyaallah...

aini shahroni said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

masyaALLAH..
KAK DYA..
rasa terharu..hiba..gembira..cemburu.. terharu sbb msih ada perjuangn yg berlandaskan iman mcm nie..
hiba sebab x dpt join..
gembira sbb lihat ukhwah bertambah terjalin..
cemburu sebab Allah sedang memandang kalian..

moga dipermudahkan yer..
lepas nie klo ada apa2 event yg mcm nie..
sebarkn kt saya..

from ::Arkitek Hati::

nadira iskandar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikun, alhamdulillah entry enti utk #KempenTutupAurat sgt best utk dibaca . Sedih dgn sesetengah manusia yg halang kita utk berdakwah. Jeles sbb teringin nk jumpa ukhti2 semua . kak dyra, kak by, ukhti laluna , kak kaa , julaiqha dan ramai la. Tp tak kesampaian . InsyaAllah kalau ade program mcm nie lg ana nk join . InsyaAllah :)Mabrook utk semua , #KempenTutupAurat dh berjaya . Syukur.

nadira iskandar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum , alhamdulillah entry enti ni sgt best utk dibaca . Sedih dgn sesetengah manusia yg menghalang kita utk berdakwah . Jeles sbb sgt teringin nk jumpa ukhti2 semua . kak dyra , kak by , kak kaa , ukhti laluna , julaiqha dan ramai la . InsyaAllah , kalau ade lagi program mcm nie ana join . Mabrook ukhti2 semua , #KempenTutupAurat dh berjaya :) Syukur.

NorFarahin@aien said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

thumbs up tuk korang yeee
nk join..
harap len kli ada kesempatan
jrak sgt memisahkan
moga2 perjuangan anda dipermudah
Wanita. Kita bermaruah.
Kita mahal dan berharga. Sebab itu kita wajib tutup aurat. Kena tutup maruah dan harga diri kita. :)) #Peace No war !

*suke tgok para niqabis..sejuk mate memandng..moga aku kuat seperti anda2 :))

nurdani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seronoknya dya.. em bila baca pasal pakcik guard tu, memang terkilan.

apa pun, alhamdulillah berjaya.

ainulaqma said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mashaALLAH.. seronok baca semangat perjuangan anda semua untuk berjihad ke jalan ALLAH.. Semoga usaha anda dirahmati Allah :) In shaa ALLAH saya nak join jugak next time~

InaAchik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

TAHNIAH ukhti dan sahabat2 lain yg terlibat. ya Allah, terasa kerdilnya saya...

#dakwah tanggungjawab semua... insyaAllah, akan terus berdakwah walau sekecil-kecil peringatan...

Azureen Halim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

AllahuRabbi.. sebak baca entry ni. sambutan yang luar biasa. walaupun banyak dugaan, Allah ada bersama kita kan? Inshaa-Allah, kalau ada lagi program macam ni, nak join. Sayangnya tak dapat join semalam sbb stay jauh. huhu

lynn kamarul said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

akak bangga dengan korang semua. ya akak menutup aurat tapi belum betul2 mengikut syariat... doakan akak eh dik. terpana baca entri ni .... akak bangga dengna kamu semua

Afrina Damia said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Jelesnya ~~~
Kenapa kalau nak buat niat yg baik mesti je ada yg menjadi penghalang ? :/
Semoga Allah memberi hidayah kepada pak cik guard dan pasangan tersebut , Aamiin .
Nanti akak buatlah lagi program macamni , saya teringin sangat nak pergi ! ♥

Siti Norsoleha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga kempen ini diteruskan ye.Sedih tak dpt nak join.Mabruk kpd akak2 yg telah mengadakan kempen ni.Semoga Allah memberkati segala usaha akak2 selama ini AMINN :)

qema_ismail said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

deabak! congrats untk akaq2 team hijrah team khemah! teringin nak join sama :')

Kdjh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

AllahuRabbi. Macam seronok je. Teringin nak pergi tapi ada halangan yang datang. Ada hikmah. hehe. may Allah Bless ;)

Chacha Heavens said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah. menarik pengisian kempen dan tempat yang dipilih sgt mencabar. sy rasa terharu bahagian pasangan korea tu, semoga mereka mendapat hidayah Allah. sy rasa terinspirasi dgn kempen begini, insyaAllah ya moga tersebar dan lebih maju. semua hanya demi Islam, bukan kerana lain. wallahualam. =)

Budak Tecik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

MasyaAllah.. Seronoknya KempenTutupAurat yang diadakan di KLCC.. Moga diteruskan KempenTutupAurat nie taw.. Tak sabar nak tunggu KempenTutupAurat diadakan di Melaka and meet semua.. :) Teruskan berdakwah.. Semoga Allah Memberkati Semua :)

Sozcyili said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagus usaha hang. Teruskan lagi. Dakwah sepanjang hayat.

Noraniah Kassim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum, saya sgt terharu membaca entry ini.. tahniah kepada kalian semua, semoga usaha dakwah kalian semua membuahkan hasil disana nanti.. saya diakan kalian semua sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat Allah.. Mahasuci Allah

Noraniah Kassim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah kepada kalian semua, saya doakan kalian semua beroleh keberkatan didunia dan akhirat..Saya benar2 rasa sangat terharu..

shahrazin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

As salam...mntk tolong 4ward booklet2 progrm..insyaallah nk edar sekitar johor..rabinnnnn_a@yahoo.com

YasminJHunwick said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum, tahniah atas usaha murni semua. Sememangnya sudah diakhir zaman, perkara yg baik dipandang remeh dan perkara yang harus dicegah dihalalkan/ dibenarkan. Nauzubillah, moga saudari teruskan usaha ini untuk insan2 yg lalai dan kembali ke jalan Allah - Pn. Sazlina, Langkawi

susu ais said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah..klu bole luaskan
Agi ke negeri alian

Prince Akira said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulilah, keep up ur good work guys, allah will always be on your side...wish u all da best and success in future...never give up...

teddy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah! :)
cuma kalau boleh net time,habiskan hadith dekat booklet tu. hadith tu ada dua bahagian.

Mohd Ariff Mohd Tajudin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah. Saya ada kerja di KLCC tapi tak perasan ada buat. BTW, saya rasa tak patut pak guard KLCC tu berkata demikian.

Teruskan usaha murni ni.

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq pada semua yang menyokong dakwah ini.Allahuakbar!

AkmaFaizal said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seronoknya dengar org berdakwah ni...Insya Allah nk join jg 1 hari nnt. Semoga Allah permudahkan bagi kita yg berniat BAIK. Aamiin :)

~pokok.rimbun~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam admin.
Saya amat berminat dengan program ni. Boleh tak kalau setiap aktiviti yg admin and team buat, post kat FB page saya? Saya nak bantu sebarkan aktiviti2 yg positif dan sihat kepada seramai mungkin org Islam & bukan Islam

Ni page saya :
http://www.facebook.com/pages/PokokRimbun-Soup-for-the-Soul/119543661395372

Tq admin! :)

NurAfeeqah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mohon bagi izin share pic and entry (:

syafiqah yassin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah buat event macam ney .
insyaallah , akan join event ney .

dila bahar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum. Tahniah semua. Blh sy dapat kan booklet tu? Email ke putri.dil@gmail.com tq

nur nabilah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum kak,nak tanya macam mana nak joint event ni?

thaqifah amni abu bakar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam kak...boleh saye tahu...klau kempen kat melake yg akan diadakan tu nnti, ape program/aktiviti die???klau nak join mcm mne??? harap akak jawab...time kasih

thaqifah amni abu bakar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam kak sye nak tanye sikit...kemen yg akan diadakan kat melaka ni nanti ape aktiviti die???kalau nak join mcm mane ye???harap akak jawab prtanyaan saya.time kasih....

Diana Abd Wahab said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku tak sempat nak baca abeh entry ni, sempat baca tajuk je - tu pun aku dah hangen dengan manusia2 yg suka tengok maksiat berpeleseran di jalan raya dan bila org nak buat baik tak bagi pulok!! dulu aku nak masuk Perpustakaan Kuala Lumpur kat Merdeka Square tu, pakcik guard siap bagi amaran supaya aku stay dalam masa dua jam sbb takde library card. aku sempat jawab kat pakcik tu: ok lah pakcik, saya baca buku dua jam je lepas tu saya disco sampai malam besok, tu yg pakcik nak tengok muda-mudi buat kan?

Suri said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tahniah atas usaha yg dibuat. Saya pun terjumpa blog ni sbb nak cari bacaan utk panduan berhijrah menjadi muslimah yg lebih baik. Bagus activitynya, cuma kurang enak la cara membahas dan mempersoalkan pakcik guard tersebut. Dlm entey awak ada tekankn jgn bersangka buruk dgn mereka2 yg tidak menutup aurat dan sbgnya. Saya rasa perkara yg sama applies to pakcik guard td, mungkin sbg org yg belum lg menerima hidayah-Nya. Kita ada tanggungjwb utk menjadi khalifah dan berdakwah, betul tu saya setuju sgt. Tapi kita hidup berkomuniti, ada tanggungjwb juga dan undang2. Apa2 aktiviti mengedarkn flyers, bunting, berkumpul, perlukan permit. Flashmob & konsert tak terkecuali. If tak ada permit, pakcik guard pun halau mereka. Kita kena la hormatimereka sbb mereka sekadar pekerja yg mematuhi arahan syarikat, kena fikirkan periuk nasi dia juga. Jgn mudah menjatuhkan hukum atas pekerjaan beliau. Saya rasa terpanggil utk komen sbb ayah saya juga bekas pengawal, yg sgt strict. Budi bicara tetap ada asalkan mematuhi peraturan yg dilandaskn. Nak buat aktiviti,kita cuba pastikan event being well organized. Uruskan permit dan sbgnya. Jika rasa leceh, bole sebarkan online flyers dan sms. Jemput dtg ke usrah. Sudah tentu nk menuju ke jln Nya bkn mudah, sedangkn Nabi Muhammad pun diduga jauh lebih hebat. Kan? :) Semoga kamu semua teruskan usah, jgn putus asa. Bila diduga, bersyukur dan muhasabah bersama. Kun fa ya kun, kalau mmg dgn izinNya, tentu dipermudahkn. Apa yg menghalang, juga dgn izinNya. Wallahualam