I appreciate them.

Friday, 18 January 2013

Aku,seorang bekas pelajar UiTM lendu 2008 DAN kes rasuk,pukau dan sebagainya di UiTM lendu.

assalamualaikum

Sekarang ni tengah hangat dan panas cerita tentang listen listen listen dari forum mahasiswa di universiti tempatan,oh tak lupa juga sekarang ni tengah trending di internet tentang UiTM lendu.Ye dok?pada sesiapa yang tak tahu pasal kes UiTM lendu tu,sekarang ni tengah kecoh tentang kes pukau dan kes rasuk di UiTM lendu.



Okay untuk pengetahuan semua,*macam semua orang nak tahu kan.Aku adalah salah seorang bekas pelajar di UiTM lendu melaka pada 2008,aku amek diploma sains komputer.UiTM lendu memang sangat cantik,suasananya friendly,walaupun ada je orang yang tak friendly.Kawasan yang menenangkan bagi pencinta alam semulajadi.Cewahh.sebab UiTM lendu ni terletak di Alor Gajah,melaka dan dikelilingi oleh hutan,UiTM lendu ni letaknya ditepi jalan dan berhadapan dengan UiTM ni ada rumah-rumah sewa yang kebanyakannya disewa oleh pelajar-pelajar disitu.

tasik UiTM lendu di waktu malam.Romantik tak?hee:D

Waktu aku baru masuk UiTM lendu,aku ditempatkan di kolej tun teja,iaitu kolej yang berhadapan dengan tasik.Oh dalam UiTM lendu ni ada tasik tau,dan ada jambatan bergoyang untuk accross tasik tersebut,dan tasik ni famous dengan tempat orang berdating,makan dan sebagainya.Tapi bau tasiknya busuk la sikit,so siapa yang tahan busuk,boleh lah duduk dekat situ yek.

Aku duduk di kolej tun teja di tingkat satu.Waktu aku masuk tu,takde lagi aku dengar cerita-cerita yang pelik bagai,sampai satu masa tu,pada waktu malam,ada budak level aku menjerit-jerit,bilik budak tu berhadapan dengan bilik kawan aku.Budak tu kena rasuk dan cara dia kena rasuk tu aku tak berapa nak ingat tapi kawan aku cakap dia baring dekat atas katil macam seekor kucing dan yang aku ingat dia cakap yang tempat ni tempat dia,jangan kacau tempat dia.Ha macam tu lah kesahnya,dan ketua level suruh kami semua keluar dan buat bacaan yasin dekat situ.

Kisah kedua adalah berlaku apabila ada seorang pelajar ni,dia kecewa bercinta rasanya,lepastu dia lepak depan tasik waktu maghrib,orang-orang tua dah banyak kali berpesan yang kita kena balik rumah sebelum maghrib,tapi mungkin dah takdir seorang pelajar perempuan ni,makhluk halus tu ikut dia balik dan dia kena rasuk.Macam mana dia kena rasuk?maaf aku tak ingat sebab kisah ni dah lama,tahun 2008,mana dek non nak ingat.

Kisah ketiga berlaku dalam bilik aku sendiri,dalam bilik aku tu katil double decker ada dua,dan aku tidur dibahagian atas,kawan aku tidur dibahagian bawah,satu malam tu tiba-tiba aku dengar macam kawan aku yang tidur dibahagian bawah sedang bercakap dalam telefon,dan aku tengok macam menyala je tempat dia tu,macam ada lampu handphone,lepastu aku panggil dia "mira ko tengah cakap dalam telefon ke?" .Lepastu dia cakap eh takdela aku dah tidur la.Ah sudah,siapa pulak yang bercakap tadi,dari tempat kawan aku pulak tu,dan kawan aku tu pon kena himpap waktu tidur,aku pon sama,dan waktu malam tu jugak,ada benda bukak laci meja kiteorang belajar.

Kisah seterusnya,pada student UiTM lendu tahun 2008,mana ada kolej kolej baru macam yang UiTM lendu sekarang ada,waktu tu baru proses menarah bukit,menghancurkan hutan,haa gittew,dan student yang belajar waktu tu mesti ada yang ingat,masa tu UiTM lendu sahaja yang berangin kuat,berangin kencang,ingat tak?Ingat tak dekat kawasan padang kawad tu ada pelajar kena rasuk.Ha nak tahu cerita?Rupanya dekat kawasan padang kawad tu ada penunggunya,namanya mawar.Masa dekat padang kawad tu,mungkin pelajar ni ada program disana dan program tu dah lama habis,tapi pelajar perempuan ni balik lewat,mawar pon ikut dia balik ke kolej tun apa ntah aku pon tak ingat,kemudian di kolej tu ada jugak penunggunya dan mawar dan penunggu di kolej itu bergaduh,marah sebab ganggu tempat dia,itu yang budak tu kena rasuk.Ada yang cakap waktu berangin di UiTM lendu tu adalah disebabkan marahnya makhluk halus disitu kerana pihak UiTM menarah dan mengahncurkan tempat tinggal mereka.

Kisah seterus dan seterus serta seterusnya berlaku dalam bilik aku jugak.Dimana roomate aku kena ganggu dan kawan aku dari bilik lain yang boleh merasai benda-benda ni,bila dia masuk bilik aku je,dia rasa panas,dan dia cakap memang ada benda dalam bilik aku.

Kisah kedua terakhir berlaku didalam kelas,dimana ketika angin kencang di UiTM,tingkap kelas terbuka dan sebab angin tu,tiba tiba tingkap itu tertutup,sampai lecturer cakap "buat tak tahu je".Dan waktu aku belajar juga ada pelajar kena rasuk dalam kelas.

Kisah terakhir diceritakan oleh abang angkat aku,seorang pelajar sewaktu awal-awal UiTM lendu dibuka.Waktu tu UiTM lendu ni hutan je kata abang angkat aku.Dan sebenarnya dekat tasik UiTM lendu tu,waktu abang angkat aku belajar disana,ada seorang pelajar ini berkayak di tasik tersebut dan tak tahu macam mana,pelajar tersebut terjatuh dalam tasik tersebut dan tak dijumpai langsung setelah puas dicari.Dan kata abang angkat aku juga,waktu dia belajar disitu dulu,ada juga orang kena rasuk,makhluk dari tasik itu berkata "Jaga adab dan tingkah laku disini!".Dia marah sebab orang ganggun tempat dia dan tak jaga adab.

Okay kawan-kawan kalau nak cerita pasal rasuk ni memang takkan habis sebab pada aku setiap universiti dan sekolah ada kisahnya tersendiri dan mungkin kisah di UiTM lendu ni makin menjadi-jadi sebab bangunan baru banyak dibina disitu dan bangunan itu dibina atas tempat tinggal mereka.Dan anggaplah ini sebagai ujian Allah.Makhluk halus takkan sesuka hati mengganggu kita jika bukan dengan izin Allah.

Dulu aku belajar di UiTM shah alam pon,aku dan kawan aku kena kacau,kami duduk di tingkat 5 dan ketika aku sedang iron baju aku,aku dengar orang gelak diluar tingkap,suara budak kecik,budak perempuan,padahal aku di tingkat 5.kawan aku pon diganggu waktu kami sedang tidur.

kalau nak cakap pasal kes barang hilang.Dulu waktu aku belajar di UiTM lendu,memang ada kes kecurian tapi tak sampai kena pukau la.wallahualam.Tapi kami kena tipu dengan sorang manusia,dia buat surat mengatakan surat itu dari UitM dan ingin mengutip rm 2.00 seorang di setiap level.Dekat kolej tu ada 6 tingkat,kalau setiap level sorang kena bayar rm2.00,agak-agak untung dia berapa?Banyak lagi kes,laptop hilang dan sebagainya.

Pelajar semua nak balik sebab kes H1N1 yang menyerang pelajar UiTM lendu 2009.Nak baca tekan link ni.H1N1 di uitm lendu

Yang paling kelakarnya,dulu kan ada kes H1N1,so kami semua diberi cuti selama seminggu oleh pihak UiTM lendu,jadi kami satu bilik balik rumah,dan aku meninggalkan minyak wangi dan beberapa syiling dalam laci meja aku,bila aku balik dari bercuti,semua tu hilang.Adoi lawak sungguh pencuri ni,minyak wangi dan duit syiling pon dia nak amek.

Tapi bagi kes pukau dan sebagainya di UiTM lendu 2013,aku harap korang semua berhati-hati,selalu amalkan ajaran islam,perintah Allah,jangan dah ditimpa kesusahan baru nak ingat Allah.
Tolong ingat!bila kita menjaga Allah,Allah akan menjaga kita!bila kita ingat Allah,Allah akan ingat kita.

Sekian.

P/S:UiTM lendu,dan UiTM shah alam tetap dihatiku walau apapon yang terjadi!

15 comments:

Nurul Says said...

love your header dear ;)

Unknown said...

banyak kejadian rupanya..huhu

siti nur atieqah said...

memang menakutkan klo asrama berpenunggu mcm tu.. klo sy, xtaulah apa jd..

.Gory. said...

Hahahaha. Ok. Musim angin kuat gila tu aku ingat. Kadang kadang kalau malam angin tu sampai jadi scary. Hehe

Unknown said...

ya Allah takutnye klo dgr kne rasuk2 ni. semoga semua selamat sejahtera. amin.

Fyqah Ismail said...

nice entry kak :)

Amanina said...

seram pun ada baca entry ni. dah memang banyak kes macam ni rupanya . huuu.

Unknown said...

best baca blog awak..:)

Unknown said...

best baca blog awak :)

Apih El Nino said...

Update at 22:22. Macam misteri je di situ. Hehe :P

ninah amani said...

whoa super scary but good stories!! hampir semua cerita ko lebih kurg sama jek mcm aku. blok tun fatimah pun xkurg hebatnya jugak. mcm2 kejadian.tp angin mendayu2,dan kencang sampai ke tulang tu mmg xleh lupa!! pasal tasik tu plak kdg2 ade bau wangi ade bau busuk. wallahualam. tp betul kata ko, walau apa pon uitm tetap dihatiku! lendu ke shah alam ke, dua2 dihatiku! :)

Anonymous said...

Saya blajar kt uitm lendu skg.mmg ada ketikanya angin kuat gle.mcm angin kt pantai.serammm

Anonymous said...

Saya belajar di uitm lendu skrg.mmg pasal angin tu ada ketikanya sgt kuat mcm angin Kat pantai.serammm

Unknown said...

Nice story....

Unknown said...

Hehe rindu uitm lendu..sy ex student taun 2003-2005..masatu xde lagi nama kolej tun tun ni..sy blok balkis lepastu blok firdaus..cite antu and uitm lendu da sgt sebati..rindu sangat2 ngan semua kat uitm tu..