I appreciate them.

Friday, 2 September 2011

Seram.Hari raya

Well,assalamualikum semua pembaca.Ada lagi ke pembaca aku ni?Aku harap masih ada lagi yang sudi membaca blog aku yang dah berapa hari tak update ni,aku mintak maaf sangat-sangat sebab kebelakangan ni aku agak sibuk dekat kampung aku ni.Aku kena tolong makcik aku buat giftdoor,lepastu touch up hantaran,yela sebab raya ketiga pakcik aku yang second last tu nak kawen.Alhamdulillah kawen jugak pakcik aku,aku bila lagi?tunggulah budak yang nama dia mula dari F tu meminang aku.*muntah laju-laju sekarang.

Aku kan jarang update pasal life story aku dekat blog aku ni,sebab life aku ni membosankan,tapi hari ni aku dah tekad nak cerita jugak sebab aku tau semua blogger akan update pasal hari raya yang gembira kan?Tapi aku akan update pasal kisah hari raya aku yang tak berapa nak happy,mungkin sebab peningkatan umur yang membuatkan aku tak rasa langsung nikmat berhari raya,dahlah tak dapat duit raya sebab tu la aku letak dekat tajuk entri aku perkataan seram sebab seramlah tak dapat rasa nikmat berhari raya.*Mesti korang terasa nak pukul aku kan?

Aku sampai kampung aku di kampung pulau melaka,kelantan 2 minggu sebelum raya.Kenapa?sebab kalau aku duduk gombak pon dah confirm punya aku akan menghabiskan duet dengan shopping raya yang bukan-bukan,so aku decide nak balik kampung awal,plus aku suka sangat sebab dekat kampung aku penuh dengan budak-budak  yang hyperactive,terasa seperti aku seorang ibu mithali pulak bila kena jaga dieorang.HAHA.






See?How i can resist them?so cute kot!Sebenarnya ada lagi.tak tangkap pulak gambar dieorang.




Pada malam sebelum raya,aku dan sepupu-sepupu serta makcik makcik aku melayan budak-budak kecik ni main bunga api,tapi orang depan rumah aku main mercun kuat punya.Nak pekak dah telinga kiteorang.


Pada hari raya pertama pulak,ofcourse kena bangun awal pagi,yang taknak bangun awal pagi tu,korang dah boleh dah sambut raya lain yang bukan hari raya,contohnya deepavali ke?Makcik aku masak lontong dengan kuah kacang,pergh memang terbaik gila,tapi aku nak kena jaga kesihatan,aku makan sikit-sikit je.Rugi kan?


Pagi raya tu,aku telefon mak ayah aku ,yela ni la kali pertama aku beraya tanpa family aku,family aku semua dekat Kuala Lumpur,mak aku terpaksa kerja di hari raya ,samalah dengan ayah aku yang terpaksa bekerja di istana negara,menangis-nangis aku cakap dengan dieorang aku cakap "ayah,mak balikla cepat.sobsob".Mak ayah aku balik pada hari raya keempat which is hari ni masa aku tengah create entri ni,aku rindu gile dengan dieorang And guess what?pagi raya tu aku tak makeup,aku pakai baju comot je sebab aku takde mood nak raya pon,makcik aku ajak beraya dekat rumah kawan dia,dengan muka berminyak-minyak aku pergi lah jugak sebab nak makan roti jala.Gambar tak ada sebab kalau aku letak pon korang akan muntah punya.

Hari raya kedua pulak,hari merdeka,tapi aku tak buat apa-apa pon,just tolong makcik aku buat air,isi balik biskut raya dalam balang.Lepastu isi coklat dalam beg untuk dibagi pada tetamu yang datang.Kalau malam je,aku online,online sampai aku ngantuk.Aku ni membosankan kan?Sila cakap tak kalau taknak kena lempang.


Masuk je hari raya ketiga,aku dan sepupu aku touch up la segala hantaran yang ada,tema warna hijau.Aku pon pakai la baju raya aku yang berwarna kuning cair yang aku tak pernah pakai lagi tu,comel jugak bila aku tengok baju tu.HAHA.Tapi belakang baju tu kotor sebab aku terduduk atas makeup.Memang bagus kan.


Bila aku bangun pagi di raya keempat,tekak aku sakit,badan mengigil rupanya aku demam.Tu je.Kbai


P/S:Setakat ni duit raya aku RM20.00 je.Budak kecik macam aku tak baik pegang duit banyak banyak.Korang?Kbaibai


P/S:Raya tahun ni aku raya dengan orang baru dibawah ini.Nama dia Muhammad Fakhri zaki.Say hai to readers b.HAHA.Bye weyyy



5 comments:

snadilaa said...

fewiiiiiiiiiiiittt :))

amalhaj said...

Laaaa.... teman ingatkan miker yang kawen.... sbb baju miker pakei tuh lebih hebat daghi baju penganten.... aper2 pon selamat aghi rayer dan selamat penganten baghu pader pokcik miker tuh....

ietchan-kun said...

selamat hari raya... (^_^)

sniffa93 said...

selamat hari raya.
ouh sis cousin farah eh..

hee:D

FARA said...

part fara paling suka kat entry neh , yang last sekali tuh . boleh2 je kan suruh orang dalam pix say hye ? sampai raye tahun depan fara tunggu pon , b akak tuh takan say hye , haha .