I appreciate them.

Saturday 9 June 2012

SERAM,pintu dikuak dan tingkap terbukak sendiri.

Assalamualaikum

Hari ni aku tepu buat coding,so aku ada satu kisah benar nak cerita dekat korang semua.kisah benar tau bukan aku reka atau apa sekali pon sebab kisah ni terjadi dekat kakak kawan baik aku sendiri.

Ceritanya bermula apabila keluarga kakak kawan baik aku iaitu keluarga Angah(nama samaran je ni,sebab takpayah la korang tahu siapa orangnya) yang baru berpindah ke rumah baru.


Nak dijadikan entri dalam blog aku ni,masa tu Angah baru berumur 17 tahun dan belajar sampai dua hingga tiga pagi,biasalah budak nak SPM,kena study lebih sikit.Haa siapa yang suka duduk sorang-sorang dan suka tidur lambat dah boleh fikir sekali dah sebelum nak tidur lambat dalam bilik sorang-sorang.Korang tak payah fikir dua kali,fikir sekali je.*Ihiks

Lepas angah habis study,tutup buku,angah baring dekat atas katil,bilik angah ni bilik yang paling belakang sekali dekat rumah tu,kiranya tingkap dekat bilik angah tu menghadap ke halaman belakang rumah.Siapa bilik dia bilik paling belakang sekali?Angkat tangan!*IhiksIhiks.Dont worry,sebenarnya dalam diam,bilik aku pon bilik paling belakang sekali.

Okay dan sambung cerita,lepas angah baring tu,angah rasa tak sedap hati,angah rasa macam tak best je,lepastu angah panggil mak banyak kali."Mak!Mak!".Dengan tiba-tiba pintu bilik angah terkuak sendiri dengan perlahan.




angah ingatkan itu Mak,tapi takde orang pon yang masuk lepas pintu tu terbukak,angah diam lagi,dan dengan tiba-tiba lagi,tingkap bilik angah terbukak sendiri.



dan angah terasa angin yang lain macam masuk dalam bilik angah.Dan terus angah dihempap oleh satu benda yang angah sendiri taktau apa,tapi angah sempat pegang tangan benda tu,tangan benda tu berbulu lebat!

Tapi angah tak berani nak bukak mata,yela kalau aku pon aku tak berani nak bukak mata,buatnya aku nampak muka dia yang hodoh tu,tak ke aku pengsan.Dalam masa yang sama angah cuba baca ayat Kursi,tapi berterabur,so angah sempat laungkan Allahuakbar sebanyak tiga kali dan angah dapat tendang benda tu,dan benda tu pergi mengikut tingkap tadi sebab angah dapat rasa angin tu keluar ikut tingkap sepertimana angin tu masuk.

Angah duduk di belakang pintu sampai esok pagi sebab takut dah nak tidur atas katil.Esok pagi,Mak datang dan kejut angah untuk pergi ke sekolah,lepastu mak terkejut sebab tengok angah dekat belakang pintu tengah menangis dari malam tadi sebab takut.Bye korang aku nak tidur awal malam ni :D






P/S:gGigihkan aku,entri aku ni entri cerita bersama gambar baru korang senang nak hadam.*IhiksIhiksIhiks.Kbai!

1 comment:

saya_arief said...

wuhuuu. seram jugak.
:)