I appreciate them.

Sunday 12 August 2012

Kenapa kak Dya Mohamad Pakai Niqab?

Assalamualaikum
Aku rasa hari ni dah genap seminggu lebih aku mengenakan niqab,Alhamdulillah aku makin selesa mengenakan pakaian sunah Rasulullah dan pakaian isteri-isteri nabi,Aku rasa diri aku special,aku rasa aku selamat sebab orang tak kenal siapa aku,entah,kalau korang nak rasa macam mana aku rasa ni,cubalah mengenakan niqab.Sejak aku pakai niqab ni ramai hamba Allah yang tanya soalan dekat aku,soalan yang macam-macam,yang pandang aku macam nak makan aku tu ada jugak.Waktu aku keluar iftar dengan Malaysian Hijabers Community dekat KLCC,aku mengenakan niqab,ada je mata yang memandang seolah-olah pelik sebab ada wanita yang hangout dengan Group tapi mengenakan niqab,The best thing is,kalau kita bertudung kita tak payah fikir style rambut apa yang kita nak buat,kalau pakai niqab,semua tak payah nak fikir,makeup tak payah,just sarung je niqab tu.Heaven kan?tak payah nak duduk berjam-jam depan cermin untuk makeup.Yang penting sekali adalah ALLAH AKAN MENJAGA KITA.!

Dekat sini aku listkan beberapa soalan yang ditanyakan kepada aku di laman sosial macam facebook dan twitter tak kurang jugak didepan aku,yela aku ni kan baru lagi dalam memakai niqab,mesti ramai yang musykil atau ramai yang nak tahu macam mana aku lalui semua ni.*


#Apa yang membuatkan  akak pakai niqab ?
Apa yang membuatkan eh?Mungkin jawapan ini akan lebih jelas kalau adik-adik sayangku semua membaca entri akak yang lepas.Kalau tak faham tanya tau sayang :)

#Best ke pakai niqab ni?
Best la pakai niqab ni sebab apa?Sebab kita boleh menjaga diri kita dan perilaku kita dari membuat perkara-perkara yang dilarang contohnya kalau kita nak keluar berdua dengan lelaki bukan mahram kita rasa takut,rasa bersalah,mesti nak kena keluar beramai-ramai.Automatik perangai kita akan terus berubah.Lain dari waktu kita berhijab sahaja tapi tidak berniqab.

#Apa perasaan akak bila keluar pakai niqab?
Satu perasaan yang tak boleh nak digambarkan.Firstly orang akan pandang kita dengan pelik,biasalah pergi KLCC ,bandar,pakai niqab,kan agak rare?Tapi macam biasalah akak buat tak tahu je,Buat apa nak ikut pandangan orang,bukan ada manfaat pon kan.Secondly,kita ada safety,takde lelaki yang hatinya berpenyakit dok kacau kita,mintak nombor telefon semua.Thirdly,rasa dijaga oleh Allah.Seriously :,)

#Mak ayah tahu tak akak pakai niqab ni?
Alhamdulillah setakat ni tiada bantahan dari pihak Ayah.Ayah akak cakap tak apa pakailah macam mana sekalipon asalkan menutup aurat.Alhamdulillah.Sebab dulu waktu akak jahiliah ayah akak selalu cakap yang ayah akak akan disoal nanti di padang Mahsyar sebab tak pandai mendidik akak,so ayah ini adalah untuk ayah dan mak dan ofcourse untuk Allah (,:


#kalau dekat kolej akak pakai tak niqab?
MasyAllah sungguh akak terkilan sebab tempat belajar akak tak bagi muslimah untuk pakai niqab,sebab takut ada manusia menyamar dan sesiapa yang pakai akan disaman dan dulu pernah muslimah yang pakai niqab dibuang dari Universiti akak tu.Subhanallah.Tapi apa yang akak belajar,akak pegang pemakaian niqab ini pada sunnah.Kalau sesebuah institusi tu tak bagi kita pakai niqab,jadi kita jangan pakai.Tak menjadi satu masalah pon,tapi agak kecik hati dengan institusi yang tak pandang tinggi pada muslimah berniqab.

#kenapa sekejap pakai sekejap tidak ni?*sambil gelak dekat akak
Sayangku,akak pakai bukak tutup sebab akak berada di institusi yang melarang akak dari memakai niqab,mungkin adik semua tak faham lagi berniqab itu apa dan bagaimana.Selama akak belajar pakai niqab,akak keluar je dari hostel akak pakai niqab,peduli apa akak,lepastu bila depan guard akak terpaksa bukak sebab takut kena saman dan kena tindakan.Bila keluar Institusi tu,akak akan pakai balik.Bukan akak yang pinta semua jadi macam ni adik :)

#Akak dah istiqamah ke belum dalam pemakaian niqab ni?
Alhamdulillah Allah telah bagi akak kekuatan untuk istiqamah dalam pemakaian niqab ni.Insyallah sampai bila-bila(,:

#Saya nak pakai niqab tapi mak ayah dan suami saya tak bagi.Macam mana?
Sayangku semua,Pakai niqab ini tidak wajib kerana muka bukan aurat,Tapi jika muka anda mengundang fitnah,jadi wajib pakai niqab,Kalau adik belum kahwin lagi dan masih dibawah tanggungan mak dan ayah adik,Kalau mak dan ayah adik tak benarkan adik pakai,maka janganlah pakai sebab syurga di bawah tapak kaki ibu kan?begitu juga dengan kakak-kakak kesayanganku sekelian kalau suami tak bagi,jangan pakai,tapi kalau adik dan kakak nak pakai juga,so kenalah terangkan kebaikan niqab dengan mereka sehingga mereka terima dan faham :)

#Macam mana penerimaan kawan-kawan akak?
Alhamdulillah setakat ni semuanya positif,one thing bila pakai niqab ni,orang akan hormati kita,Alhamdulillah betapa indahnya perasaan itu.Ramai yang memberi kata-kata sokongan pada akak,baik yang akak kenal rapat atau pon tidak,ataupon pembaca blog akak sendiri.Subhanallah!Banyak nikmat yang akak terima dari Allah,tapi biarlah akak rahsiakan sendiri. :)

#Macam mana dengan ehem ehem akak ?
Ehem ehem?Akak dah tak ada ehem ehem adik sayang semua.Akak mintak putus dan dia pon setuju sebab kami sama-sama nak cari keredhaan Allah dan nak betulkan diri sendiri dulu .Jika betul dia jodoh akak maka akak terima,jika bukan maka akak redha.Kita semua nak cari bakal suami yang boleh membimbing kita ke syurga kan? ;)

#Macam mana saya nak jadi macam akak/adik?
MasyAllah adik dan kakak semua,janganlah jadi macam saya yang masih belajar dan baru ini,tapi jadilah lebih baik dari saya

#Saya nak pakai niqab.teringin sangat.Akak boleh tolong ajar saya?
Subhanallah.Sungguh hidayah Allah itu sangat cepat bagi orang orang yang dikehendakiNya!Insyallah akak boleh tolong adik.Insyallah muslimah berniqab semua pasti boleh tolong adik semua!Bukan akak je. :,)

Soalan-soalan lain biarlah akak simpan sendiri kot ye adik sayang,Ini adalah sekadar perkongsian.So adik dan kakak semua boleh refer disini sahaja dan boleh je kalau nak tanya saya soalan lagi.saya suka sangat dan saya suka dapat bantu muslimah semua dalam berhijrah.Insyallah :)

Dan kepada kawan rapat,kawan baru,kawan laman sosial terima kasih syukran jazilan sebab bagi saya semangat dorongan dan sokongan.Saya hargai sangat-sangat :,)


P/S:dan benarlah bahawa...

29 comments:

katak said...

tahniah :)

mindafahmi said...

Congrates! :)

nurdani said...

alhamdulillah. bila pakaian terjaga, adab kita pun sama terjaga

najihahfara said...

dya, semalam kite pegi the mines, nampak perempuan berniqab. sy terhenti kat situ sebab ingt awak. cntik sgt2 org tu berpurdah. sy terus teringt kat awk. besar nikmat yang Allah berikan kepada awak

cik Lilis said...

subhanAllah, cantik. saya suka tengok orang pakai niqab nie :)

dya mohamad said...

katak-Syukran :)

dya mohamad said...

mindafahmi-syukran :)

dya mohamad said...

nurdani-sangat betul:)

dya mohamad said...

najihahfara-lenkali nampak tego tau syggg.kalo gerak hati rasa tu I,so tego ea.takmola tak tego.huhu

Aizat Fuad Azman said...

alamak.. susah la nk knal ko.. tp bgus la.. anyway congrat..!

Aizat Fuad Azman said...

lpas ni susah skit la nk cam ko kan..? huhu.. but bgus la.. anyway congrat..!

dya mohamad said...

Aizat Fuad-takpe.aku tak kesah pon..bagusla org tak kenal aku.huhu

Anonymous said...

Alhamdulillah... Congratulation.. u look even beautiful..May Allah bless u dear...

Puan Eka said...

saya suka tengok orang berniqab..nampak manis,dan rasa macam cantik sangat...


semoga saya akan jadi macam awak satu hari nanti... :)

Sweetrecovery said...

Teringin nk berniqab.. boleh saya tahu di mana nk beli.. area2 KL?

@AdamantiumFA said...

Alhamdulillah.. tahniah untuk dya :)semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas dirimu dya...

nurul jannah said...

salam alaiki.. suka blog kamu.. jenguk la blog saya kalau sudi.. dan saya masih baru >_< http://cahayadarisyurga.blogspot.com/

Unknown said...

Sgt terharu n berbangga ngn dya .... sedikit sebanyak dya wajar dicontohi oleh wanita2 di luar sane....

mrpolypong said...

sgt menyentuh hati dgn tulisan dya nim.... sedikit sebanyak perempuan di luar sane wajarkan mencontohi dya....

Zetti Imilia said...

Assalamualaikum Akak .Tersentuh hati saya membaca entri akak ni.Saya amat amat terharu.Akak,saya juga mempunyai blog.kembara-sang-mujahadah.blogspot.com .izinkan saya berkongsi bersama rakan blog saya tentang soalan dan jawapan daripada muslimah yang memakai niqab seperti akk ye.Semoga Allah sentiasa bersamamu.Doakan saya juga suatu hari nanti ye.Barakallah ! wassalamualaikum

Aqeel's Lil Closet said...

Salam sis..sy nk tnya, sblm tu sy tau rezeki tu d tgn Allah..tp kita perlu berusahakan..sy nk tau pendapat sis, mcmana nk tetapkan niat berniqab, sbb setau saya susah utk mendapatkan pekerjaan kalau berniqab sbb xsemua kerjaya sesuai dgn pemakaian niqab kan..terutama bg yg br nk memulakan kerjaya (interview)..mmg boleh buka ms interview, mksd sy mudah ke interviewer nk ambil bekerja org yg berniqab..sis ambil course apa ye?

Unknown said...

sedih sgt sbb ade sahabat baik sy sdri yg x bley trime imej sy skrg

Unknown said...

taniah

Unknown said...

Akak. Wechat ada? Nak kenal akak. Pleasee

Unknown said...

Salam kak. Akak ada wechat? Nanakk, please :")

Unknown said...

mcm mne nak pakai niqab...tunjukkan.. mcm heaven jer..hehe
nak beli dkt mne? ker buat sendiri?

Metrobestmom said...

blog yang memberi sumber dan mengajak berniqab
good dear
saya minat blogger macam ni..tahniah
http://metrobestmom.blogspot.com

Unknown said...

Assalamualaikum Ada fb no wasap wechat. Sy ingin berkenalan dgn Cik dya. T.kasih

Unknown said...

Assalamualaikum boleh Sy mendapatkan contact Ata fb utk sy hubungi personal. T.kasih