I appreciate them.

Wednesday 25 March 2015

Kesan yang aku dapat setelah banyak pergi ke rumah hantu.

Hampir setahun lebih sudah aku tidak ke rumah kosong yang berhantu.
Yela sebab busy berkerja.

Ramai rupanya yang komen dan email aku pasal ni.

"dya awak tak buat lagi ke aktiviti ni?"
"dya jom join team saya"
"dya nak ikut.
"

Tipu kalau aku kata aku tak rindu untuk pergi ke rumah rumah tersebut.Tapi aku dah terkena effectnya.Aku suggestkan pada korang especially perempuan yang baru nak mencuba,hentikanlah niat korang tu.

Aku teringat waktu aku baru balik dari rumah kosong sebelah highland tower,kawan aku bawak balik sekali benda tu.Ya bawak balik sekali.Benda tu menyerupai kawan aku dan masuk dalam rumah kawan aku.

Aku masih teringat jugak dimana aku menjadi semakin panas baran setelah pergi tempat yang macam tu.

Kemudian aku menjadi semakin berani untuk pergi ke rumah kosong seorang diri di waktu malam.YA!seorang diri diwaktu malam .dan aku merasakan ada sesuatu yang ikut aku dalam kereta!Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh menjadi berani sangat sampai boleh pergi seorang diri.

Teringat jugak,kata kata suami aku yang masa tu dia BF aku la. waktu aku naik kereta dia,dia cakap "kenapa mata awak nampak lain?" . suami aku ni jenis yang boleh rasa dan nampak.Dia pernah cakap dengan aku.bila aku naik je kereta,dia rasa berat dan terasa seperti ada orang lain naik sekali dalam kereta ni.

Aku selalu nampak lintasan dan selalu terjaga diwaktu malam.

Paling best,bila aku dah rasa something,aku pergi jumpa ustaz dekat pusat perubatan islam.Ustaz tu cakap aku ada saka.Ya SAKA.

Jangan tersilap tentang saka.Kita tak boleh cakap kita confirm takde saka,sebab kita tak tahu sejarah nenek moyang kita dulu.dulu dieorang tak kuat agama.Jadi terkadang mereka akan menyuruh benda tersebut untuk jaga keluarga.Dan SAKA ni kadang kadang bukan saka keluarga,ia boleh terjadi saka singgahan.Iaitu sebab dia suka dekat kita,kita ada ciri ciri yang senang dia nak tumpang.Jadi dia pon jadilah SAKA kita.

Banyak lagi perkara yang aku alami.

Masih nak pergi ke tempat seram?fikirkan semula.Terutama PEREMPUAN.



3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Cik Syiera said...

assalamualaikum..sama mcm saya..cuma syira lebih kepada taksub nk tgk cerita,movie dan baca cerita-cerita seram..syira sggup tahan mata untuk tgk movie seram sampai 1-2 pg..sampai satu tahap syira sampai xdak perasaan takut..Dan dalaman bdn syira agak lemah jgk la waktu tue.Boleh dikatakan slalu juga la kena tindih tapi benda tue wat syira dah lali bila terjadi..kdng2 takut kdng2 tak..Tapi semua tue berakhir setahun yg lalu bila syira mula rasa takut secara tiba-tiba2,mula takut gelap,rasa tak tenteram,terasa diperhati..And bf syira nie boleh nmpk and rasa..bila dia tgkkan,dia kata ada bnda dok ikut syira..then syira g berubat dan alhamdllah bnda tue dah xde..sampai sekrang syira dah xprnah kena tindih..dan orng yg berubat syira tue ckp syira nie dah tahap taksub dan bnda tue suka..so skrang dah kurang tgk movie seram tp msh berminat baca kisah2 seram cuma dah tak taksub dgn benda2 mcm tue lg..dan sbb bermnat kisah2 seram syira mula mengrang cerpen seram brdsarkan pngalman syira sndri dan insprasi d0ri blog awak sdri..thnx anyway. salam ceria dri syira.