I appreciate them.

Sunday 9 August 2015

kahwin muda remaja?kahwin awal?


Assalamualaikum
Sekarang ni seakan akan menjadi suatu trend orang-orang muda nak kahwin awal kan?Bukan aku nak cakap kahwin awal ni tak bagus, sebab aku sendiri kahwin pada umur 24 tahun,suami aku pon sebaya dengan aku.

Aku selalu dapat satu impression daripada non muslim, "orang melayu memang suka kahwin awal ha". Aku anggukkan sahaja.Kalau nak deny macam tak betul pulak.

Bila kita tanya kepada anak anak muda, "dek,kenapa hang nak kahwin awai?hang muda lagi baru 23 tahun kot." Jawapan yang akan diterima adalah "Elok apa kahwin awal,boleh elak maksiat dan kawal nafsu.Kahwin awal kan sunnah nabi." Ya betul aku pernah guna jawapan ni.Ya betul kahwin awal boleh elak maksiat dan kawal nafsu.Tapi adakah cukup alasan itu untuk membuatkan kita kahwin awal? Betul kahwin awal adalah sunnah nabi,tapi adakah kita telah laksanakan sunnah-sunnah nabi yang lain?Kenapa pilih sunnah untuk berkahwin awal sedangkan ilmu didada masih tidak cukup? Kenapa?

DekNon,Kahwin ni bukan setakat nak kawal nafsu serakah je,tapi ia lebih dari itu.Korang ingat kahwin muda ni senang?Korang ingat orang yang kahwin muda ni selalu bahagia hanya sebab korang tengok gambar #kahwinMuda dalam instagram?Adakah korang tahu hakikat sebenar disebalik gambar tu? Kahwin muda,it is easily said than do.

Betul ke kahwin muda ni,darah panas? Ya dek betul sangat,lagi lagi kalau niat korang untuk kahwin hanyalah "nak elak maksiat". Kalau itula reason korang untuk kahwin,maka hentikanlah niat murni tu,sebab lepas kahwin korang akan ada banyak tanggunjawab,kalau niat kahwin korang adalah untuk pikul tanggungjawab jaga anak dara orang,kemungkinan korang tak akan bergaduh hanya sebab perkara kecil.Tapi kalau niat korang entah pape.Maka hentikanlah.HENTIKAN.

Jadi sebelum korang decide untuk kahwin muda,aku nak share dekat korang perkara yang patut difikir sebelum kahwin muda.


1.Adakah korang dah bersedia nak tanggung dosa anak dara orang?



Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 


Selepas akad nikah je,segala dosa yang dulunya ditanggung oleh ayah mertua,akan ditanggung oleh suami.Ingat senang ke nak tanggung dosa orang lain?Yela,isteri yang buat dosa,tapi suami yang kena tanggung.Suam tidak akan masuk syurga selagi mak,adik perempuan,kakak perempuan dan isteri tidak masuk syurga.Walaupun pahala suami tinggi menggunung,tapi kalau tak dapat bimbing ahli keluarga perempuan,dia akan ke neraka.Kesian kan?Isteri yang tak pakai tudung,yang tak jaga aurat,suami yang kena.Sanggup ke?Kalau rasa dah bersedia,teruskan..


2.Adakah korang yakin korang pilih dia kerana Allah?

Korang pilih pasangan atas sebab apa?Cinta? sayang? harta?kecantikkan?
Kalau kahwin kerana harta,korang kena ingat,bila-bila je Allah boleh tarik harta tu.Jadi bila pasangan tak berharta, korang sanggup ke nak stay lagi?
kalau kahwin kerana kecantikkan,ia akan pudar seiring dengan usia.So bila pasangan dah tak hensem/ cantik,korang akan stay lagi?jadi cafilah alasan yang kukuh untuk berkahwin,cinta,sayang,kasih tak cukup untuk dijadikan alasan untuk berkahwin.Kahwinlah kerana Allah,jika kita letak Allah nombor satu dalam hati kita,bila ada masalah kita tidak akan terburu buru buat keputusan atau fikir negative sampai nak bercerai berai.Tapi kita akan fikir "Allah sedang menguji aku."

3.Adakah korang telah kuasai ilmu perkahwinan?

Korang kena tahu yang kahwin ni bukan untuk sehari dua,tapi untuk selama-lamanya.Kalau jodoh korang panjang,korang akan bersama dalam syurga nanti insyallah.Macam aku cakap tadi,perkahwinan ni bukannya cukup dengan kasih dan sayang.Buat suami,korang kena fikir macam mana nak didik isteri supaya menjadi isteri yang solehah,Dah tahu macam mana nak bahagi kewangan?Tahu macam mana nak hadapi kalau korang gaduh besar? Tahu dah macam mana nak hadapi zaman "kawan aku dapat je handphone baru dari suami.Aku takdapat pong", Dah tahu macam mana nak handle?Kalau dah tahu,silakan..



4.Adakah korang selalu bergaduh diawal perkenalan?

Orang muda,darah masih lagi panas.Asyik nak marahhhh je tak tentu masa.Kalau masa bercinta pon dah bergaduh teruk sampai pukul memukul,tak payahlah nak teruskan perkahwinan tu,sebab darah muda tu yang masih membara.Nanti bila gaduh  sikit,naik segala parang dan pisau.Korang ingat benda ni main-main ke?boleh melibatkan nyawa woi.Kalau korang hadapi situasi macam ni.Korang ada dua pilihan.
1.Tunggu masing-masing kuasai ilmu melawan kemarahan
2.Tak payah kahwin dengan orang tu.Cari je lain.

Sebab kebanyakan orang yang bercerai adalah orang muda yang tak dapat mengawal kemarahan.



5.Adakah korang bersedia untuk melihat suami melebihkan keluarganya?

Para isteri kena tahu bahawa syurga si suam selama lamanya berada di tapak kaki ibunya.Jadi sampai bila-bila dia kena taat pada ibu.Kalau masa raya,suami nak balik kampung suami dulu,ikut je.Biar dia bermaafan dengan mak dan ayah dia dulu.Biar dia suci bersih dari dosa dengan mak dan ayah dia.Lepastu baru balik kampung kita.Sanggup dah ke nak tengok keadaan yang macam tu? kalau sanggup,silakan...



Silakan jika dah bersedia..

















3 comments:

Anonymous said...

Xda masalah sebenarnya kawin awal ni.. sy n adik2 semua kawin awal.. pertengahan 20an tu kira awal la kan.. heeee..

Aqilah Imtiyaz said...

Assalamualaikum kak Dya :) Simply a short message for you. Rendunya nak baca tweet akak. Tetibe ter-stalk FB akak and found this blog link ^_^ Adore you! Banyak yang dah akak experinced, kan? Alhamdulillah, moga langkah seterusnya nasrullah Allah tetap bersama akak. Btw, saya dalam bidang network (haha network ke? segan nak mengaku sebab tak banyak yang saya tahu pasal network). Doakan kebaikan untuk saya ya :D (and to those yang baca comment ni). Moga doanya kembali kepada yang mendoakan. W'salam

Unknown said...

kawin bukan boleh dibawa main-main,
nak kahwin muda x salah.
janji korang bersedia.
kalau stakat alasan nak elak maksiat tu rasanya belum cukup kukuh.
betul apa yang dya pointkan.