I appreciate them.

Monday 28 September 2015

Intekma Resort Shah Alam berhantu?

Assalamualaikum

Eh Kejap.Sebelum tu aku nak buat Disclaimer dulu.

*Disclaimer
Post ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri duduk di Intekma Resort Shah alam.

Last weekend, aku gian nak berenang.Selama aku hidup 25 tahun,aku sangat takut dengan air,takut nak masukkan kepala dalam air.Reason aku takut air adalah takut air tu nanti masuk dalam telinga aku dan aku takut lemas.
Sebab waktu umur aku 12 tahun aku pernah kena pedajal dengan member sendiri,dieorang tolak aku kat kolam yang paling dalam,aku nyaris nak lemas,nasib baik ada abang abang sado cina tolong aku.Kalau tak,aku dah tak wujud di alam fana cinta ini. *Kuangajo punya kawan.


Jadi,aku google List of hotel in Shah alam.Jadi salah satu hotel yang aku rasa affordable adalah intekma resort.Intekma Resort ni adalah kepunyaan UiTM yang direka khas untuk student perhotelan.Aku bekas student UiTM,Degree in Netcentrics computing(Honors),selalu jugak ada kelas dekat intekma ni.

Aku jumpa offer pakej RM125.00 untuk dua orang termasuk breakfast,Wifi percuma,dalam pakej tu stated wifi percuma.Aku ingatkan setiap blok ada router tersendiri,tapi tidak.So  jangan harap korang boleh access internet dekat blik sendiri melainkan  engko kena berjalan ke kawasan receptionist.Kalau korang dapat blok yang jauh dari receptionist ,Sanggup ke nak berjalan/naik kereta semata-mata nak dapatkan signal wifi? Macam student pulak kan?


Kalau cat balik mesti lawa.


Aku sampai jam 4.30 petang hari sabtu.First impression aku pada Intekma resort ni adalah tempatnya jauh dari hiruk pikuk bandar,tapi full of signboard UiTM.But what to expect kan,some of the intekma resort adalah kelas untuk student UiTM.


Receptionist Intekma Resort sangat bersopan santun,ramah dengan senyuman,dan boleh bawak bergurau.Maklumlah aku ni suka bergurau dengan orang.Sekali bercakap,memang susah nak berhenti.*Ihiksss maafkan saya.




Aku dapat blok 7,tingkat 3,which is jauh dari receptionist,there is no one gonna help us lifting our beg,kita kena angkut sendiri dengan kereta.Bayangkan kalau barang kita banyak,dan bayangkan kalau orang tua yang datang,takkan dieorang nak angkat sendiri kan? Maybe aku yang terlepas pandang atau memang no one nak offer untuk tolong aku bawak barang.Maybe.But takpe aku masih muda jadi aku tak kesah semua tu sebab ia ibarat exercise untuk aku.*Husnudzon.


Blok 7.




Aku tak terus masuk bilik selepas check in,sebab aku decide untuk keluar jalan-jalan tengok wayang,makan dan baru masuk bilik.Aku sampai ke intekma resort dalam pukul 11 malam.Sampai je ke blok 7,dari luar nampak macam creepy sebab takde orang wehhh.Kemudian masuk je dalam blok,takde aircond,Takde orang yang jaga.Senyap.Sunyi.Bunyi cengkerik.*krik krik krik.Bayangkan kalau korang balik sensorang waktu malam.Chances untuk kau kena ragut(nauzubillah) adalah sangat tinggi,sebab takde orang akan dengar jeritan engkorang.Creepy.










Tapi ketakutan tu hilang bila masuk dalam bilik.Bilik luas,ada dua katil,sesuai untuk datang dengan kawan-kawan.Kalau pasangan takkan nak tidur katil berasingan kan? Satu katil ada satu bed lamp.Cermin besar dilengkapi dengan hair dryer.Ada iron dan iron board,sejadah pon ada.Wow sejujurnya jarang aku jumpa hotel yang sediakan benda ni.Alhamdulillah senang kerja kami:)








Air shower segan segan nak keluar

Toilet pon boleh tahan besar dan bersih.Best nak mandi ni.But satu je aku tak suka,masa aku nak mandi tu,shower taknak keluar air.Keluar air pon sesikit je.Aku pon kol reception,masa tu dah pukul 1130 malam.Reception kata nak call semula,tapi aku tunggu tak call.Tetiba maintanence dah ada depan pintu.Aku dahlah tak pakai tudung semua.Haih.Maybe please call first before datang kot?
But Alhamdulillah after that shower berfungsi dengan baik.



Hindustan satuuuuu

Dannn aku rasa nak bagi bintang dekat intekma ni sebab first time aku dapat hotel yang channel TV nya bagus.Maksudnya takde rosak-rosak.Takde nak kelabu ke ape ke.Dahlah besar.Memang clean and clear.Good job intekma resort.


Intekma Resort ni ada swimming pool tau. Ada 3 kedalaman. which is untuk kanak-kanak, dan yang dua lagi adalah separa dalam,dan lagi satu adalah sangat dalam.Aku ni tinggi 153,paras air dekat kolam yang paling dalam tu adalah dileher aku. Dalam tau.Jadi adalah dinasihatkan sesiapa yang tak pandai lagi berenang macam aku ni,main ditebing.Lagi-lagi kalau kau sorang je yang masuk dalam swimming pool tu.

In terms of breakfast,Nora bagi 5 bintang untuk intekma resort sebab breakfast best!Buffet tau,so kita boleh pilih apa apa je yang kita nak.Ada nasi lemak,soto,bubur, herbs potato,baked beans, bread pudding, salad, cereals dan macam macam lagi.Yeah nampak macam simple kan makanan dia? Tapi simple kalau sedap,memang puas hati. Sesetengah hotel,menu banyak kemain,tapi rasa hampeh.Breakfast di intekma resort memang best!


Menu aku that morning.Simple but sedap.



Lampu tu la yang menyala sendiri selepas aku tutup.

Malam tu aku tak boleh nak tidur,mungkin sebab tempat baru.Mungkin sebab aku tak biasa.Aku ingat lagi,aku dah padamkan lampu katil aku,Dalam 10 minit kemudian,lampu tu terbuka sendiri.Aku macam "ermmmm.takpe takpe.Mungkin lampu ni dah gila kot".Aku terus main game dalam telefon.Lepas tu aku cuba untuk lelapkan mata,tiba-tiba aku terdengar ada orang ketuk pintu .Bunyinya sekali ketuk je.Lagilah aku macam tak boleh nak tidur .Tapi aku gagahkan jugak untuk tak fikir bukan-bukan.Lepastu aku dengar kawan aku pulak bercakap.Padahal kawan aku dah tidur masa tu.Aku fikir positif,mungkin kawan aku tu mengigau.End up aku tak boleh tidur langsung,dan aku sambung tidur dekat rumah mertua dengan lenanya.

Apa apa pon,sesiapa yang merancang untuk stay di intekma resort ni,Aku share beberapa pro and cons berdasarkan pengalaman aku.


Pros:

  • Jauh dari bandar.
  • Breakfast yang best.
  • Bilik yang besar dilengkapi sejadah,iron dan iron board.
  • Receptionist yang ramah dan murah dengan senyuman
  • Rate yang murah.
  • Sesuai untuk lepak dengan kawan-kawan yang datang dari jauh.
  • Dewan untuk reception kahwin disediakan.
  • Parking yang banyak.
  • 3 Kedalaman swimming pool disediakan.
  • Channel TV yang clear.
  • Privacy

Cons:

  • Wifi hanya disediakan berdekatan reception area.
  • Kena jalan untuk mendapatkan wifi.
  • Senyap sunyi di setiap blok.
  • Air di shower tidak deras.
  • Tidak sesuai untuk bercuti dengan pasangan.

Ini hanya pendapat dan pengalaman aku di intekma resort.Pada aku semua tempat termasuk hotel ada penunggu yang kita tak nampak.Setiap orang ada pengalaman yang tersendiri kan? Selamat bercuti!














14 comments:

Kak Sue said...

sunyi sepi yang tak berapa nak bulih tu..huhuhu..apa2 bunyi dengar jelas je kan..haihhh...ehehe..

Suria Amanda said...

Alahai dya...gambar last tu buat SA seram....terus seriau...angkat bag balik ...hahahah.. SA dh la penakut...

Sue Izza said...

alaaaaa gambar last tu tak yah la huwaaaaa....

Nurdiana Aniff said...

Tq.. Cantik rupanya bilik tu.. Selalu g ctu dlu nk settlekn yuran.. Xsgka hotel tu masih ade.. Lehla short getaway...

Unknown said...

Kami pernah stay kat hotel tu,,memang sunyi n scary..paling scary bila ingat pasal 1 kejadian kat apartment intekma. Kami supposed amik aprtment tu.. (lupa blok n no bilik mana), tp by the time kami sampai pintu utama aprtment xblh buka, so call reception mtk hantar maintenance..tggu dlm 10 dtg, yg peliknya maintenance tu cakap pintu bilik tu pgi tadi xda masalah sbb mereka bru check..setelah dicuba-cuba, dia berjaya bukak. Bila terbukanya pintu tu, ntah kenapa kami berdua dah start seram sejuk, tp masing2x diam lg2x time tu cuaca suram sebab nk hujan. Since kami rasa xsedap hati kami call reception mtk tukar apartment..Alhamdulillah, dpt tukar. Kisah bermula keesokkan pagi nya, kami bertemu dgn rakan lelaki dr uitm caw lain. Mereka cerita kisah mereka yg duduk dlm apartment tu. Katanya mereka tido mlm tu kena kacau. 'Benda itu'mula2x main2x beg plastik kat dlm bilik mereka n start usik2x semua benda dlm bilik merekaSince xboleh tido, both of them move bilik lain since ada 3 bilik dlm apartment tu...bila mereka move, benda tu pun ikut sama move bilik, pun kacao2x mereka lagi, tapi since both of them dah xlarat, terus tdo...
Emmm...nasib mereka lelaki, tak berasa takut sgt, klu kami maunya xleh tdo..nasib kami dh awal2x tukar bilik..klu x mmg kami lah orgnya.

Ummi Sha said...

memang berhantu...saya pernah tinggal di hotel ini 5 tahun yang lalu...biliknya besar tetapi terlalu sunyi..dapur nya juga mengerikan...malam itu, aku tak boleh tidur....rasa macam ada sesuatu di bilik itu yang memerhatikan kami....

first and last di sana....

Unknown said...

Beberapa tahun dulu,anak kecil kami menangis2 jerit ada hantu putih kat sudut bilik....sepanjang ke pagi terus pasang ayat2 al quran dlm handphone....

Unknown said...

Saya guard jaga malam di intekma ni...tak tau nk kata apa bab benda2 seram ni..

Unknown said...

Seram memang seram...saya guard malam dalam intekma tu.

Anonymous said...

Kami sefamily akan menginap di apartment 3 bilik pd 21-24 Sept 2018 kerana kesokan harinya ada majlis kahwin di Dewan Intekma, harap sangat tiada yang menganggu sebab ramai kanak2 dan bayi.

Anonymous said...

Kami sefamily akan menginap di apartment 3 bilik pd 21-24 Sept 2018 kerana kesokan harinya ada majlis kahwin di Dewan Intekma, harap sangat tiada yang menganggu sebab ramai kanak2 dan bayi.

Unknown said...

pergi bln 8 2017 sebab bini dari cawangan ada keje skit kat UiTM shah alam. kami tak biasa area sini, tu wife bookig siap2 intekma ni. kami amik bilik takde breakfast, receptionist bagi bilik hujung dekat2 dengan bahagian penerbitan.check in kul 8 mlm, pastu kuar makan, balik bilik kul 11 mlm. masa kuar tu nmpk mcm horror dengan gelapnye, balik kul 11 mlm tu mungkin guard buka lampu jalan, nmpk la skit ok.... masuk bilik, saya terus tido, bini buat keje lagi sbb pagi esok ada presentation. bangun pagi, bila dah check out, baru bini cite, mlm masa dia buat keje, mcm ada org tarik2 kerusi kat bilik sebelah, bunyi hempas2 kat tingkat atas.... bini sy ni jenis berani skit, dia buat tak tau sampai dia ngantuk tido.... my advice, bole amik blok and bilik dekat2 dgn receptionist, sbb guard semua ada kat situ.... intekma ni tmpt lama, zaman itm 1980 an kot, fhm2 je la...

KaiYa said...

Saya dengan kawan I(jumlah 3 perempuan) checking in May2017, selepas aktiviti taman botani. Selepas kami check in 2 bedroom apartment tu, rasa "Eh! bilik besar dengan harga ni untungnya!" (walaupun masa tu block tu sangat kosong pun tak rasa apa-apa)

Petang tu, semasa i nak mandi....saya feel macam nampak bayang hitam kat sudut mata (pintu dah tutup) bayang hitam pass by sekelip mata saje, bukan bayang hitam lipas atau apa apa binatang...masa tu saya pun rasa pelik tapi tak peduli lah.

Kat tengah malam, tiba tiba saya terkejut bangun dengan peluh sejuk(aircon buka sepanjang malam). Bukan badan i bangun, tapi kesedaran dengan mata tutup. saya rasa macam ada bearapa bayang dengan baju putih ramput panjang perhaitkan kami kat pindu....tak berani nak bergerak tambah terlalu letih lepas aktiviti berbasikal, i pun tidur dengan kaku.

Apabila balik kat tengah jalan highway, i tanya kawan saya ada tak rasa apa atau nampak apa kat intekma resort, rupa-rupanya seorang kawan i pun sama pengalaman,ternampak bayang kat toilet dan rasa "kawan" tengah malam.....

(sorry ya bahasa malaysia tak lah bagus sangat.)

KaiYa said...
This comment has been removed by the author.