I appreciate them.

Sunday 4 March 2018

Himalaya Shatavari sebagai MilkBooster

Assalamualaikum semua mommies or bakal mommies.

Dalam entry ni aku nak share dengan korang supplement untuk tambahkan susu badan or senang cerita untuk maintainkan susu badan which is work for me Alhamdulillah.

Sebenarnya aku ni very typical minded la when it comes to milkbooster sebab pada aku milkbooster ni tak wujud,yang membuatkan susu kita banyak adalah mind set kita.Bila kau kata Susu banyak,maka susu akan banyak.Just keep being positive.

Tapi bila difikirkan balik,aku ni jenis memang busy memanjang.Biasalah working mom kan.Makan minum pon tak menentu.Mana tidak,waktu lunch hour aku akan terus ke gym dan exercise selama 45 minit. Selalunya aku akan ambil salad sebagai hidangan lunch aku.

Kadang-kadang aku terpaksa skip pump session aku sebab ada meeting penting dan ianya memang effect milk production.Dan dari situ aku sedar I need to do something .Yes im very typical minded tapi tak salah kalau cuba supplement untuk banyakkan susu badan kan?





Himalaya Shatavari
Waktu aku dapat Himalaya shatavari ni,aku takut jugak nak cuba.Oleh sebab dulu aku pernah minum jus herba dan keesokan harinya Mata Medina Aisyah banyak taik mata penyebab panas dalam.So aku syak disebabkan jus herba yang aku ambil tu.

Himalaya shatavari ni diperbuat daripada Asparagus Racemosus dan umum ramai tahu yang produk himalaya ni adalah daripada negara india dan 100% menggunakan herba indian Asparagus dan dijamin halal.

Mak takut noksss.Tapi selepas aku cuba makan,alhamdulillah Takde apa pon jadi dekat Medina AIsyah,takde ruam panas,takde allergic semua takde.Dia jadi puas menyusu adalah.huhu Alhamdulillah.


Bukan untuk membanyakkan penghasilan susu tau youolsss.Tapi boleh juga membantu mengembalikan hormon wanita lepas bersalin.Sesuai sangat nak makan waktu berpantang.Bolehlah aku cuba untuk anak seterusnya nanti.Opsss.




Cara Makan
Ambil satu kapsul selepas breakfast dan satu sebelum korang masuk tidur.
Jangan lupa ambil air masak dengan banyak.Eh dan jugak Mind set kena selalu positif,kena selalu cakap susu banyak.Himalaya shatavari ni hanya membantu je okay?

Harga Himalaya Shatavari
Apa salahnya kalau kita melabur untuk diri sendiri dan anak.Harga Himalaya shatavari ni takdelah mahal macam harga emas,dalam RM54++ .Tapi dekat Lazada korang boleh dapat lebih murah kalau ada promotion.
Tapi pada aku,aku tak kisah pada duit,asalkan menjadi.Tu kalau aku la.

Anyway korang boleh dapatkan Himalaya shatavari dari seluruh butik Himalaya yang wujud dekat Malaysia ni dan jugak farmasi farmasi berdekatan dengan uolss.


So sesiapa yang ada apa-apa pertanyaan pasal Himalaya Shatavari ni korang boleh terus ke:

Facebook:Himalaya Healthcare Malaysia
instagram:himalaya malaysia



Selamat mencuba!

5 comments:

Eyqa Hasnan said...

Stress pun boleh effect milk production jugak kan? Hihihii.. Bagus product nie. Dapat bantu mak-mak yang mencari milk booster

mas saari said...

Akak pun baru seminggu consume Shatavari ni, alhamdulillah kesannya positif.

fizafantagiro said...

Fiza pun duk consume dengan produk ni. Alhamdulillah bagus untuk milkbooster

Unknown said...

Kalau ank saya bayi prematured boleh k konsume ni ?

Julia Johari said...

Himalaya ni mmg mesra keluarga, mcm2 ada. Suka la. Kat rumah pun banyak guna himalaya.