I appreciate them.

Friday, 29 April 2011

kawan yang boleh dan tidak boleh dijadikan sahabat


Assalamualaikum dan salam sejahtera..pembaca semua apa khabar?sehat tak?harap anda semua sehat.ececeh:PP
takpernah aku mulakan entry macam  ni,rasa best pulak bila mulakan macam ni.terasa aku ni seorang yang caring.wahaha:DDD
okaylah,Hari ni tiba-tiba aku rasa nak mengetengahkan isu sahabat.
First of all,aku nak tanya korang semua,Berapa ramai orang yang korang gelarkan sebagai sahabat?

bukan semua kawan yang kita boleh gelarkan mereka sahabat.Erti sahabat itu adalah sangat bererti,kerana sahabat itu ibarat teman sejati,yang boleh berkongsi masalah,yang menangis sama sama dan senang bersama dengan kita.
Tapi  nak jadikan seorang itu sebagai sahabat memerlukan masa yang sangat lama,seperti kita mengenali kekasih kita,kita perlu mengenali hati budi dia dulu takkan nak terus kahwin.Untuk memilih seorang sahabat tak semestinya kena kaya ataupun miskin,yang penting hati.Kalau macam aku,aku ada ramai kawan tapi ada segelintir yang aku gelarkan sahabat,kawan baik,kawan rapat dan kawan biasa.


Ada jugak orang yang kita anggap dia sebagai sahabat tapi dia just anggap kita kawan biasa je,agak kecewa tapi nak buat macam mana,takkan nak paksa pulak.Okaylah,Cakap banyak pon tak guna,

Jom kita kenal jenis-jenis manusia yang harus dielakkan untuk dijadikan kawan jauh lagi sahabat.

1.Hasad dengki
Ini yang tak gemar ni.bila kawan dia lebih sikit je daripada dia,dia akan dengki gila-gila ni.ha.lepastu mulalah cerita perkara bukan2 pasal kawan dia,bukak pekung kawan dia dekat semua orang,padahal kawan dia dah kata benda tu rahsia.Kalau tengok cerita indon kan,konsepnya takkan lari,mesti ada perempuan suci sorang dan perempuan penuh hasad dengki sorang,bila perempuan suci tu nak kawen dengan cowok hensem,mesti perempuan lagi sorang dengki dan akan buat apa je untuk gagalkan rancangan perempuan suci.lebih kurang macam tu lah.

2.keypochi
ish ish ish.keypochi ni memang si penyebar cerita yang paling pantas sekali dari berita tv3,dia ni macam mami jarum lah kan,dok sibuk hal orang je keje dia.biarlah si tipah tu nak pakai baju warna oren,seluar warna hijau pon,sibuk kenapa.Si keypochi ni,kalau orang dok baik punya gosip,dengan lajunya dia mesti nak menyampuk jugak sebab taknaklah terlepas berita panas,lagi-lagi cerita pasal budak yang beliau benci,haruslah sebarkan lepas dengar kan.

3.Tikam belakang
ha jenis kawan macam ni lah seboleh-bolehnya kita elakkan.nak ke seorang kawan tikam kita dari belakang,cakap belakang tak gentle lah bro,sila cakap depan lah kalau berani.Kawan yang macam ni,biasanya dia seorang yang sangat putar alam,aku rasa si david teoh cakap lagi aku faham kot daripada kawan jenis macam ni.Mula-mula depan kita bukan main puji lagi,kita baiklah,comel lah,rahsiamu rahsiaku jua lah,bila depan orang lain,semua tu hilang.

4.penipu
Ini yang aku paling tak suka ni.Untuk tutup satu penipuan,kita harus menipu lagi sekali.ha.kalau macam tu hidup kita diselubungi penipuan.susah lah macam tu bro.Kalau orang tanya,jawab jela dengan jujur.takpayah lah nak menipu,kalau kantoi sendiri,kau yang malu nanti.If ada orang tanya"Blackberry kau macam china made je.yeke?mana kau beli?" jawab jela memang china made,takpayah nak cakap Blackberry kau original made la,beli dekat KLCC la,sebab kawan kau tanya macam tu,dia nak psycho kau je,dia dah tau dah application dalam HP kau memang china made dan beli secara longgok(: si penipu ni,kalau kantoi,reaksi dia antara dua,terdiam ataupun akan belit belit cerita lain.ish ish.naughty betol.

ha.macam mana?memang sakit hati kalau ada orang-orang yang macam ni,rasa nak delete je dari dunia ni dan jangan haraplah aku nak refresh kau balik untuk wujud dalam desktop aku kan.kalau ada dan dah jadi kawan pon,janganlah kita bermusuh pulak dengan dia.kalau boleh,kita nasihatkanlah dia untuk menjadi lebih baik atau doakanlah untuk dia,mereka pon manusia jugak..

moh tengok kawan yang kadang-kadang boleh dijadikan sebagai sahabat

1.caring.
Kawan yang caring ni memang membuatkan sesiapa sahaja akan terharu dan membuatkan kita lebih menghargai persahabatan yang terjalin.Bila kita sakit je,dia yang terlebih risau dekat kita,padahal kita biasa-biasa je,tapi dia yang sibuk belikan ubat,jaga kita waktu kita sakit.Yang paling bestnya dapat kawan caring ni sebab kalau kita tak ada duit nak makan,dia akan hulurkan duit dia dulu,kadang-kadang tu dia akan cakap "kau pakai duit aku dulu,kalau ada duit kau bayar,kalau tak ada,takpayah bayar,eh takpayahlah bayar,aku belanja kau"seronok kan ada sahabat yang caring?

2.satu kepala
Nak cari sahabat  yang satu kepala memang susah sikit,kawan memang ramai tapi bukan semua satu kepala dengan kita,,kebanyakkannya tak akan faham minat atau tujuan kita,masing-masing akan cakap kita ni poyo.macam aku,aku suka gelak besar punya,aku suka buat lawak bodoh,nasib baik ada sahabat aku azlinda yang suka dengar bebelan aku dan gelak besar sama-sama dengan aku.cuba bayangkan hidup tanpa geng yang sekepala,korang buat lawak bodoh yang bagi korang memang lawak gila lah,tapi dia tak gelak dan buat bodoh beserta tak faham lawak yang korang cuba sampaikan.bayangkan cepat.dah?okay sekarang sila hargai kawan yang sekepala dengan korang.

3.menidakkan tindakkan kawan,bukan mengiakan.
Seorang kawan yang baik adalah apabila dia menidakkan tindakan kawan dia,bukan selalu mengiakan.ya memang aku sangat setuju,kawan yang baik akan melarang kawan dia daripada ada niat jahat,bukan sebab nak jaga hati kawan dia,dia pon ikut dan setuju je dengan kawan dia.itu bukan seorang kawan yang baik walaupun niat dia murni tapi itu bukan caranya.

4.tak berkira
Ha yang tak berkira ni bagus.kalau kita nak pinjam barang dia je,dia akan cakap "amik jela",tapi bila dia dah bagi pinjam,janganlah kita naik lemak sampai taknak pulangkan barang kepunyaan dia pulak,kalau pinjam baju dan dah berkali kali korang pakai pandai2lah untuk basuh ya.jangan biarkan bau ketiak korang melekat dekat baju dia,melampau namanya tu.dah tau dia tu tak berkira jangan ngade ngade nak cakap "aku pinjam awek or boyfriend ko hari ni boleh tak?"kalau kawan korang jawab ameklah jugak,sah kawan korang tak sayang awek or boyfriend dia.haha:PP ataupun dia amalkan sikap,sharing is caring:PPP




Okaylah malas nak menaip panjang,yang penting renung-renungkan apa yang aku cuba sampaikan dan selamat beramal(:

P/S:no body perfect.Terima kawan kita seadanya(:
INGAT! TAK SEMUA KAWAN BOLEH DIJADIKAN SAHABAT.
salam ukhuwah(:

Thursday, 28 April 2011

sebenarnya cita cita aku ialah ingin menjadi penulis novel


first:*KLIK SETIAP GAMBAR UNTUK TUMBESARAN .(:

Sebenarnya itulah cita-cita paling murni pernah aku fikir waktu aku darjah enam.Tapi ada jugak side cita-cita aku.contohnya cikgu,polis,doktor,askar,bomba.Bila cikgu suruh bagitau apa cita-cita aku,mesti aku jawab aku nak jadi Doktor.agak pelik,kenapa aku tak jawab aku nak jadi penulis novel ye masa tu.Mungkin masa tu,semua kanak-kanak sebaya aku,cita-cita hampir serupa,bukan hampir serupa,tapi memang serupa.cuba korang refresh balik memory korang,apa cita-cita korang waktu berada di sekolah rendah?benda yang aku sebut tadi,mesti tak lari kan?huhu:P

Yela,mana taknya.masa sekolah rendah tu,cikgu asyik cakap pasal pekerjaan tu je.Semua student kagum dengan pekerjaan cikgu,polis,askar,doktor.ala..kalau tanya budak tadika pon sama jawapan dia lah.opps.lupa cita-cita lagi satu yang common untuk dijawab bagi seorang student sekolah rendah,pilot(:

Nak dijadikan entry,aku ni memang sukalah sangat mengarang,menulis,semua tu hobi aku.boleh tengok ye,aku terlalu sangatlah rajin update blog.sebab apa?sebab aku suka menulis.suka menaip.suka berkarya dari kecil lagi.Karangan aku semua A+ dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.Masa sekolah menengah lagi lah,aku sanggup korbankan masa rehat aku diwaktu petang tepat pukul 2 je,aku akan duduk dalam bilik pengawas belajar untuk mantapkan lagi karangan aku dengan ayat-ayat yang superb dan peribahasa.Aku pernah menang pembahas terbaik peringkat daerah gombak masa bertanding untuk tajuk UPSR wajar dimansuhkan.hahah.bangga kejap:DD


okay berbalik kepada cita-cita murni aku tu,aku agak kecewa sebab tak kesampaian.hurm.):

aku pernah call satu production ni,karnadya production,.tapi aku tak ada keyakinan nak bagi tulisan aku dekat dia ,sebab aku hanya seorang budak darjah 6,kerja aku bersambung sampailah aku tingkatan 2.Lagi satu masalahnya  ialah cerita aku sangatlah kebudakan.malula kalau aku hantar,mesti kena ketawa beramai-ramai.korang bacalah cerita aku karang masa aku darjah enam.




nak pilih tajuk pon susah tau!

Cerita ni  mengisahkan seorang perempuan,or budak darjah 6 yang meminati seseorang.HAHA.biasalah masa ni aku darjah 6 kan.kenalah karang cerita yang kena mengena dengan aku.Nama perempuan dalam cerita ni ialah ika.Ika ni dijaga oleh pakcik dia yang sangatlah garang,selalu pukul anak dia.Ika ni pulak seorang pelajar pintar,dalam cerita ni,Ika pergi lawatan ke Langkawi dengan rakan sekelas,start tu,dia minat seorang budak ni,nama dia hafiz,siap tulis surat lagi selit bawah pintu hafiz.HAHAH:PPP.Yang paling kelakarnya,aku takleh terima.ada adegan bunuh2 ni.ada orang nak bunuh Hafiz,kuncu-kuncu Daniel,tunang Ika 10 tahun kemudian.Daniel bagi hadiah kereta dekat Ika,bajet sungguh Daniel ni.ingat kaya sangatlah.
Aku pengaruh tengok drama TV ni sampai terikut-ikut jalan cerita drama TV,part parents Ika paksa ika kawen dengan Daniel sebab terhutang budi.wakaakka:DDD

tiba-tiba dah 10tahun kemudian.what the fish.





Cerita Aliaku manja ni aku buat masa aku form 2.masa ni tulisan aku cantik kan kan?(:  Tapi cerita aku still merepek.Cerita ni mengisahkan Alia,seorang yang tomboi,kekurangan kasih sayang parents,so dia ni suka menghabiskan masa dekat luar,di club,masa dia dekat club,Alia ni terperangkap dengan kawan lama dia,sham,sham bawak dia balik hotel,kena rogol.hidup Alia jadi tak best masa tu.dia suka bermurung je.yang kelakarnya,satu hari dia chatting,nama samaran dia Lia asmara,nama laki yang dia chat tuh boyzone,boyzone tu adalah sham,orang yang pernah rogol dia dulu.bila mereka berjumpa,Alia terkejut,Alia tak boleh terima.tapi sebenarnya Sham ni dah lama minat dekat Alia..dan bla bla bla.merepek je cerita.haihhhh.




sekarang ni aku terpaksa lah focus subjek yang aku amek kat Universiti ni.dah tak boleh dah nak mengarang macam dulu,sem2 diploma  ada jugak mengarang satu cerita.tapi aku tak jumpa cerita tu.ntah kemana.



Entah bilalah cita-cita aku ni nak tercapai dengan assignment yang berlambak ,test,quiz dan final year project.
mungkin dalam mimpi kot((:

Monday, 25 April 2011

a few hours with old friends at black canyon.

hello guys!ececeh:PP



Before im having fun for only 4hours with my best best best friends,I have to picked up Syuhada,also known as Kakngah,and Haza,I called her miss Zaza.Tadaaa.introducing them(:



Then,I have to drive until Cheras to picked up one more takbetul friend,she is Amira,known as miwa,you can called her missy eliot if you like,.or or or Beyonce.lalalal:DDD
We're waiting for her,like demmm!"bapak lama kau siap!Dah hujan kot"hahah:DDD

so we  decided to take some picture while waiting for the Diva.haha:PP





After waiting for her about,half an hour.hahha.no no.just 15minute maybe:P  Finally,she's come with her common words "rindu korang.muahmuah,terharu korang datang sini'" (:


At first,Miwa suggested,and craving to eat Nandos,instead of that ,,we choose black canyon restaurant





okay.now let me introduce you what we have ordered.
First,the drink.


Iced green tea with milk for me.mine is so delicious cause i love mint!

Tropical juice for Zaza

Watermelon juice for kak ngah

iced coffe for miwa
Now,the food.For western lover,like me,this is the correct places for you to go. (:
smooth,creamy chicken soup for each steak,its for the day only.yummm.so delicate!

Spagethi chicken with ham sauce,Demm!this is so delicious.i want more more and more!but this is for kakngah.(:

Fish steak,the sauce was really awesome and tangy,I like the sauce with my chicken and fries.

two plates of chicken steak serve with an onion black sauce,bread,tomato,fries.This is for me and miwa.



Rate:8/10 ((:
We pay RM92.50 for all of this delicios food.Its for four person,so i think its really worth.
Black canyon serve western food and also malaysian food.I love western jugak!tak kira.theee:PPPP


After having our dinner and we was like "aku kenyang sangat lah.takleh nak bangun"so the solution is:




Okay enough for gambar gila and tak sopan.tadaaa..the sopan one


Okay I dont know how to end this entry so I uploaded this picture

P/s:I miss My old friends.geng time sekolah,chemello.now,semua susah nak jumpa):



okay toodles.

Saturday, 23 April 2011

Lets the picture tell the story.


oyen

miki

mereka siblings



miki menari

oyen posing








bobo pregnant,tapi dah beranak,tp tp.aku tktau anak dia kat mane):



well,biarkan gambar bercerita.cewaaahhh:P

Friday, 22 April 2011

tiba-tiba aku tak suka lagu firework

kenapa?
sebab dia ni lah kot.
aku rasa macam seram pulak bila tengok pakaian,cara dia sampaikan lagu ni.
Orang cakap lah kan.bukan aku yang cakap dia ni jadi macam ni sebab putus tunang.yeke?
herm..kalau betol la dia putus tunang pon,ada banyak lagi cara lain untuk tenangkan fikiran,contohnya buat buku macam ina naim dulu,putus tunang dengan mawi.hehe:P

setiap minggu ada je video baru yang diuploadnya dekat youtube,aku nak tengok pon serba salah.aku dok tengah2,nak tengok atau tak,kalau tengok,aku pulak yang malu dengan cara dia,mimik muka dia tu.kalau tak tengok.tak boleh pulak nak bergelak ketawa sebab bahan dia.hahah.jahat aku ni:PP



horror dowh dia.
nak kata kawan aku tika,"bodo lah.ni lagu fevret karaoke aku"

gambar atiqah hasan sorang2.
                                            
                                                     tak adil.kena ada aku gak




aku pulak.,kalau aku dengar lagu ni,mesti aku terbayangkan beliau di bawah ini.macam mana nak karaoke lagu ni banyak kali?kalau aku dengar katy perry nyanyi,mesti aku terbayangkan dia.

teacher shida,please..jadilah cikgu english yang normal)): kadang kadang cun pulak aku tengok dia ni bila acting normal lah kan(:


tapi cikgu,lagu ciptaan cikgu ni macam lagu raya lahhh.tapi takpe asalkan cikgu normal.



papepon,aku dah beli memory card camera yang baru,yeay.gembira!



yang tak gembiranya,gambar dalam memory card yang lama,semua burn camtu je!demm!):

Wednesday, 20 April 2011

tahniah kepada diri kau dya

sebab memory card camera kau dah crash.gambar semua hilang.nak upload semua tak boleh

bila attach kat laptop,arahan dia adalah:


format the disk before you can use the memory card.bagus!!

Monday, 18 April 2011

mengulangkaji,berstudy group bersama-sama rakan-rakan.

sebelum aku mengaitkan cerita aku dengan tajuk diatas,biasalah sebelum kita semua nak memulakan perjalanan ke library dan kena menghadap buku,nota yang tebal,makanan adalah amat diperlukan disini.sebab esok adalah first paper kami,kami dah decide untuk belajar bersama-sama.ala study group.

 apa-apa pon kita makan dulu dengan portion yang banyak,penyebab dia adalah lepasni kiteorang nak pergi study,mesti tension.kalau tension mesti lapar.so kami suka makan sebanyak yang boleh,tapi masalahnya,tak habis pon.wahaha:P

malam tu farah order sate and tahu bakar.jap,kalau siapa tak kenal nama kawan-kawan aku ni,boleh tengok dekat entri sebelum ni,aku dah perkenalkan dieorang.Leha order tomyam,Mimi order nasi goreng biasa,Riha order nasi goreng ayam taknak ayam.wahahah:D

aku?aku order kueyteow sizzling(my favourite) dengan wedges.
perlu ke ada gambar makanan kat sini?takpayah lah,korang mesti dah dapat bayangan kan?hee:P
nak order makan ni.senyum sebelum tension

selepas kami makan dekat restoran le-lac.jap jap.nak rekeman,sedap wey makanan dekat le-lac,cukup rasa.siapa pergi shah alam,sila singgah restoran le-lac berdekatan dengan tasik shah alam seksyen 7,corner lot.view restoran ni pon cantik jugak.



okay sambung selepas kami makan,haruslah kami ke destinasi yang sepatutnya,jadi kami pergilah ke library shah alam.mula mula masuk tu memang aku suka tempat ni.yela dengan suasana outdoor.tiba tiba sampai je dekat tempat kejadian.kami bau sesuatu yang tak sepatutnya wujud dekat library yang berkaliber ni.teka bau apa? scroll gambar dulu.jawapan adalah selepas gambar


say cheese my group study for the night.
Tak duduk table same dengan kami,sebab table kami dah penuh


bau taik kucing la weyy.perghh menusuk hidung.bila angin sepoi sepoi bahasa,bau dia lagilah terbaik.jadi kami terpaksalah belajar dalam bau yang sangat best ni.Time bau dia kuat je,kami terpaksa buat macam ni,



first
second
third
masa untuk berehat sebentar walaupun tak ada kitkat.pening belajar.pening pening.nota tebal.tak suka tak suka.padahal esok first paper):

jom layan kejap waktu berehat kami yang simple je iaitu tangkap gambar






p/s:good luck for us untuk esok dan 3paper yang mendatang.
okay bye(,: