I appreciate them.

Monday 5 September 2011

PEREMPUAN DAN PONDAN,MARI MENGENALI KOSMETIK BERACUN.

Assalamualaikum korang semua,Tengah buat apa tu?Jawapannya mestilah korang tengah baca blog aku kan.Hari ni korang beraya sakan dekat mana pulak?Nak beraya mesti nak kena makeup cantik-cantik kan?Terutamanya sekali perempuan,yela ada ke lelaki nak makeup cantik-cantik?Oh ada,siapa?lelaki yang tak serupa lelaki thats equal to maknyah.Sebelum tu aku nak say sorry dekat korang yang berharap blog aku ni seperti 100% blog hantu,bukan ya sebab aku bukan seorang ghostbuster sepenuh masa,tapi separuh masa,bila aku ada time dan masa je baru aku pergi,sekarang ni boyfriend aku boleh nampak hantu,so nanti aku ceritakan dekat korang pengalaman dia nak?Nak taknak akan aku post jugak.But today mari kita fokus pada kosmetik yang korang pakai.

2 semester lepas aku amek subjek enlglish for presentation dan aku pilih untuk present tentang poisonous cosmetics,jadi aku nak kongsikan dekat korang pulak kosmetik apa yang beracun untuk korang semua berhati-hati dan jangan asal nampak iklan yang macam dari muka penuh berjerawat ke muka licin bak sutera dalam masa dua minggu korang dah percaya.Korang taktahu entah-entah dorang dah guna adobe photoshop untuk perdayakan korang,ala biasalah business kan.

Pertama sekali aku nak bagitau korang apa itu kosmetik beracun,Kosmetik beracun adalah kosmetik yang mengandungi bahan kimia beracun ataupun toksik yang berlebihan.Japjap.Aku rasa geli pulak bila guna ayat yang terlalu formal,BTW boleh korang teka tak masa SPM bm aku A apa?*sambil angkat angkat kening.
Setelah membuat beberapa pembacaan dan penyelidikan,dan lepas tanya mak aku yang dulu bekerja di bahagian dermatologi,bahan yang boleh menyebabkan kerosakan di muka adalah hydroquinone dan tretinoin,tapi tak dilupakan jugak bahan yang digunakan dalam maskara iaitu mercury.

Hydroquinone ni banyak sangat digunakan dalam produk untuk mencerahkan kulit,Hydroquinone digunakan untuk buang melanocytes,iaitu sel untuk menghasilkan melanin,Melanin ni pulak adalah satu pigmen bagi menghasilkan warna pada kilit kita,warna rambut dan segala warna di badan kita,kalau warna kulit korang gelap,lagi tinggi jumlah melanin korang.Sebenarnya boleh je kalau nak guna Hydroquinone ni tapi kalau berlebihan boleh menyebabkan pigmentasi.Pigmentasi ni berlaku bila pengeluaran melanin menjadi sedikit,yela dah korang pakai hydroquinone yang membunuh melanocytes kan.Kulit korang akan jadi macam ni.



Aku dah kata tadi,kalau kulit korang gelap,maknanya melanin korang banyak.Jangan tak tahu yang sebenarnya memiliki kulit gelap sebenarnya lagi bagus dari kulit cerah kenapa?First sebab jumlah melanin lagi banyak,second sebab payah sangat nak tumbuh jerawat,kalau tumbuh pon tak nampak.So bersyukurlah sesiapa yang dah berkulit gelap tu,tak payah nak jadi micheal jackson sangat.Kalau Ibu mengandung yang guna,lagi bahaya,boleh menyebabkan keguguran.Kau nak?Aku nak bagitau korang,hydroquinone ni bahan yang digunakan untuk cuci gambar,kaler rambut korang untuk jadi Lady Gaga dan digunakan jugak dalam proses membuat getah untuk ikat bungkusan nasi lemak.Lupa nak bagitau korang produk yang telah dikenalpasti mengandungi hydroquinone berlebihan iaitu Natasya Gold Krim Herba,ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream, Zara Rejuvenation Cream dan Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream.Ada lagi.Kalau nak tahu,tengok di bawah entri ini.

Next aku nak cerita pasal teritinoin.Teritinoin adalah sebahagian daripada vitamin A dan digunakan untuk menghilangkan jerawat dan kedut.Interesting kan?Memang interesting kalau korang beli product yang betul,Kalau tak betul macam mana?Seram dowh kalau korang tau effect dia,mesti korang rasa nak pakai air paip je setiap masa.Penggunaan tretinoin yang berlebihan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit,merahkan kulit korang,kulit menjadi nipis dan sensitif pada sinaran matahari,boleh dapat kanser kulit.Nak ke korang dapat semua ni dalam masa beberapa hari je?Yela dah korang nampak kononnya dalam iklan tu menjadi korang pon nak try.Oh lupa nak bagitau korang,sebenarnya,korang digalakkan memakai kosmetik buatan orang Malaysia.Why?Sebab kosmetik yang dibuat oleh orang Malaysia,secara confirmnya akan diuji dengan menggunakan kulit orang Malaysia,so dijamin insyallah berkesan tapi tak semualah.Kalau product luar negara,selalunya iklan akan cakap telah diuji untuk semua kulit orang asia,Asia besar woi.Korang tau ke dia test dekat negara asia yang mana satu?Tak kan?Sebab tu gunalah produk Malaysia.Ececeh.
Antara produk yang mengandungi teritinoin berlebihan adalah De Putih Night Cream,Felisa Gentle Peeling Solution and Natasya Krim Herba.Macam biasa nak tahu lebih lanjut tengok di bawah entri ini.

Korang selalu kan pakai maskara kan?Kadang-kadang nak beli maybelline tapi tak mampu so korang belilah silky girl.Kalau tak mampu tu takpe,ni yang kedekut,korang pon belilah maskara pelesu yang RM10 setiap satu tu,tapi korang tau tak bahan apa yang digunakan di dalam maskara?Mercury.Apa itu mercury?Herm aku rasa dari tadi aku tanya aku yang jawab,tak best langsung,Apa kata kali ni korang pulak yang cari?Usaha la weyy kata nak cantik kan?Kalau korang pakai mercury berelebihan,kemungkinan besar korang akan rabun,sia-sia je kena pakai mata palsu ataupun contact lenses.

Perenggan yang terakhir ni biarlah aku ceritakan sendiri pengalaman aku memakai salah satu produk yang dikatakan beracun ini.Dulu kulit aku sangat licin halus dan mulus sekali.Cewaahhh.Dulu,tahun lepas aku ni gatal sangat cuba satu produk ni,sebab aku nampak dalam TV,dan mak aku pakai,aku pon curi-curi pakai,memang aku akui mula-mula memanglah kesan dia elok,tapi bila dah lama aku perasan kulit aku makin jadi sensitif,dulu picit jerawat,senang je hilang,tapi ni tak,ada tinggal bekas,aku mula lah risau,Kerisauan aku makin bertambah apabila produk yang aku pakai tu dah habis,masa tu aku percaya lagi dengan produk tu sebab kadang-kadang aku pakai,jerawat surut,tapi bukan parutnya.So,aku pergilah satu kedai yang jual barang kecantikan,aku tanya dekat orang tu pasal harga produk yang aku nak beli,then dia cakap "dek tak elok guna produk ni dek.Adek tak percaya?meh akak tunjuk keratan akhbar yang ada tunjuk pasal produk terkenal ni.Produk ni memang hilangkan jerawat tapi bukan sepenuhnya,produk ni akan sembunyikan jerawat tu dalam kulit adek,bukan hilangkan".
Mula-mula aku tak percaya tapi dia suruh aku bau toner produk tersebut,dia cakap kalau ada toksik berlebihan,baunya akan menusuk ke hidung,Memang nak tercabut hidung aku bau toner tu,dan bila dia bagi aku bau satu produk ni,yang menggunakan bahan semulajadi,baunnya memang sedap je,bau lembut dan walaupun mahal ternyata lebih berbaloi dari produk yang first tadi,kesannya memang best,jerawat betul-betul hilang dan kulit jadi licin.Alhamdulillah kulit aku jenis yang tumbuh satu je jerawat batu lepastu letak ubat dia hilang.Oh ya produk yang beracun yang aku terpakai itu adalah set Natasya  4 dalam 1.Dan produk yang berkesan yang di recommandkan oleh orang tu dan AKU sendiri kepada korang adalah set jerawat Puteri rembulan, kalau korang nak beli set sendayu tinggi pon boleh.Aku berani jamin BERKESAN!wah terasa diri ini dah macam duta kosmetik pulak.KAHKAH.



set puteri rembulan





P/S:Jangan mudah percaya pada iklan la wey.Korang taktau ke yang tu semua edit belaka?Oh lepas ni aku nak cerita pasal penipuan yang berlaku dalam bab kecantikan rambut,muka dan badan pulak.Nak tunggu,tunggu,Kalau taknak,Jadi batu.kbai.

26 comments:

Hun_eyes said...

salam...
saya skang guna sabun natasya wt cuci muka... jerawat makin bertambah dr semasa ke semasa... sbb bnda ni ke muka sy makin berjerawat?? ke cream je ad hydroquinone tu??

dya mohamad said...

honeys hasdi-wassalam-dya pon penah gune sabun natasya tu,herm sekejap ye dya nak tanye awk gune 1 set ke gune sabun je?Dya pakai satu set dengan toner tu yang jerawat dya tak kua2 die tersembunyi.seeloknya gune produk lain cthnye set jerawat sndayu tinggi.ataupun g jmpe doktor terus.skang dya gune retin A dari doc sbb mak dya keje hosp.insyallah berkesan :)

Hun_eyes said...

sy guna sabun je wt cuci muke.. b4 ni guna produk elken 1 set.. dah pencuci muka elken dah abes so umi sy suh guna sabun natasya ni la.. bila guna sabun ni muke ase lain... jerawat baru xputus2 kuar... tp xdala terok sgt..juz nk makesure lm sabun tu ade bhn2 kimia tu jgk@x jek

nurdani said...

fuh..nasib baik produk yang saya guna ok. saya guna clinnele

dya mohamad said...

honey hasdi-elken okay tak ngan awk?mungkin kulit awk terkejut kot.yela sblm ni pakai elken pastu tukar benda len.so kulit awk tak biase.herm.dya pakai sabun natasya gak dulu.kulit dya tak sesuai dengan sabun dia gak.senang cite satu produk dya takle pakai.pe kate awk tukar blek pd elken?Sbb mak dya ckp tak elok tuka2 produk ni. (: kalo nakhlg jerawat dgn snang,awk kene jmpe doc.and doc akn bg suplemen and ubat tanpa teritinoin yg berlebihan.

dya mohamad said...

nurdani-huhu.bagus dani!hehe

Hun_eyes said...

ha.. tula pasal.. kena tkar pakai pencuci muka yg lama la ni... thanx yer dia 4 ur tips.. :)

najihahfara said...

takutnye banyak bahan kimia..
kite gune bedak sejuk je huhu

haffizmohdnoor said...

wah, menarik,, lelaki boleh tak pakai set puteri rembulan or sendayu tinggi tu? Apis banyak jerawat dah pakai macam-macam dah.. :)

Rean said...

bahaya betul kosmetik beracun, boleh rosakkn muka..

dya mohamad said...

hafizzmohdnor-oh itu sy tak pasti.maaf(:

dya mohamad said...

imbobo-betul tu

Cik Sofea said...

hi...

sofea just nak share pengalaman,
dulu sofea pun guna produk natasha tuh...first guna memang muka cantik,suci murni jerrr.....tapi lepas 3@4bulan tuh,muka tiba-tiba banyak jerawat tapi sofea pakai produk tuh memang macam besa je...xda kurang xda terrrlebih,muka pun kemerahan-merahan....sofea terus berhenti pakai produk tuh,sekarang sofea pakai antibiotik dari klinik dan alhamdulillah kulit dah bagus dan xmacam dulu lagi

hope korang hati-hati jugak k dengan produk-produk d pasaran neh.....

dya mohamad said...

cik sofea-thanks sbb share cik sofea.yes.betul hati2.kene aware dgn sume ni(:

etie ariff said...

dya, kak zt punye muke nek jerawat gler2..aduh!tension2..td g kedai pehtu tanye psl nk hilangkn jerawat then dye bg puteri rembulan..haha..kak zt mcm.."mcm pernah bace je dlm blog dya"..hehe..tp xbeli ag..nk tnye..mmg ok ke?xbrani nk men beli sbb takut jd ag truk..owh tidakk;(

dya mohamad said...

kakzeti-dulu pon kite ade jerawat and org tu suggest puteri rembulan.byk kedai la gak kite g and dorang still suggest puteri rembulan slaen produk2 yg ade.elok kak zeti.sbb kite penah pakai(:

ina ariffin said...

dya, nk tnya kalu puteri rembulan tu tak sambung pakai kalu hbs dia ada efek apa2 tak? kalu btl produk tu tak ada bhn kimia bhya cam produk len, kite nk gak try.. :)

ina ariffin said...

dya, nk tnya produk puteri rembulan tu confirm ke takde bhn kimia? kalu pakai pastu benti ada apa2 efek tak kat muka kite. kalu bgs nk beli gak. thanks :)

dya mohamad said...

ina ariffin-yep.sblm ina beli.ina bau dulu mana2 toner mesti bau pedih,tp kalo puteri rembulan,bau natural tak bau kuat sgt,tak bau alkohol.kalo ina bru picit jerawat and ina letak ubat tu.dia cpat susut.kalo jerawat batu.lama2 dia akan hilang.tp kene sbr la kan.kene disiplin.tu je(:

mmg tak ada bahan beracun.ina boleh cuba sbb dya dh pakai dr thn lepas and dya benti dlm 6bulan tp takde papepon.tp ina.kulit org semua lain2 tau.tp dya pakai setakat ni okay.bukan tu je.kwn2 dya yg lain pon da start pakai produk ni and dorang mmg perasan perubahan.produk ni susah nak dpt.kene senang cri tau.harga 130(:

Pinkjambu said...

salam dya.. seronok pulak baca blog dya nih, ada mcm2 cerita, komfem kalau suami outstation xtau nak merempat mana nih.. hihihi...

ini entry tahun 2011, skrg nih taktaulah dya ade dgr produk kecantikan tabita, rasanya ok xproduk tuh? toner dia mmg bau tajam, masa mula2 pakai dulu sampai terbatuk2, so far muka mmg ok, tp tu lah, takot juga..

dya mohamad said...

PinkJambu-takpernah dengar pulak kak.bila nye produk tu?

Pinkjambu said...

produk dah lama juga rasanya, dalam hujung 2011, tapi akak baru je guna tahun nih, dengar dya citer mcm ni, teros takot nak pakai, pasal jerawat xhilang kesan semua tuh, iskhh.. xpernah jerawat akak xilang kesan.. takot juga.. huhuhu

Si kacang said...

hye..sy skrng tgh gune retin A utk hilangkan jerawat sy... boleh ke gune retin A tuh.?? sbb retin A tuh kn one of tretinoin brand..

dya mohamad said...

fatinnadia ismail-boleh gune retin A,tapi retin A tu peratus kuat die berapa?disyorkkan pakai retin A diwaktu malam je sbb retin A takle kene cahaya matahari nnt kulit terbakar.kalo nak pakai waktu siang,pakai benzax peroxide yg wane putih tu :) jgn lpe pakai pelembab sebelum pakai retin A sbb nnt kulit menggelupas :)

Unknown said...

Kak dya, kalau kita pakai set lain2 okay ke ? Cth cleanser and toner pakai garnier, krim pakai safi

Unknown said...

Kak dya, kalau kita pakai set lain2 okay ke ? Cthnye cleanser n toner pakai garnier, krim pakai safi