Nín hǎo,Helo,Assalamualaikum,Salam yang paling bermakna tapi jarangnya didengar
vanekem,Ahn-nyung-ha-se-yo,Konnichiwa,salam yang paling menyentuh tapi jarangnya disebut.Katakan Salam salam kamu.*nyanyi macam lagu tiga kata dari KRU.Kreatif kan aku?Terima kasih.
Well korang rindu tak dengan aku?tak?Oh so sad.Tapi kalau aku bagi hadiah kat korang minggu ni,lepastu minggu depan aku menghilang mesti korang akan cakap "rindunya dengan hadiah dari Dya"kan?Materialistik betul korang ni.Eheh.Jangan marah aku bergurau kalau korang tak bagi aku bergurau,aku nak buat suara garau.Boleh?Pantun yang menarik disitu.Maaf hyperaktif sekejap sebab dah lama tak menaip disini.
Apa-apapon semalam aku dan fakhri pergi dinner dekat HR kampung baru,teringin pulak nak makan western kan.Kiteorang order chicken corden blue yang ada cheese yang meleleh dalam ayam.Masalahnya kiteorang tak habis makan sebab besaq sangat.Lepas tu kiteorang pergi masjid berdekatan sebab nak solat maghrib,Toilet perempuan masjid tu punyalah kedalam gila sampai aku sesat-sesat jugakla sebab aku tak pernah solat dekat situ.Disebabkan cari toilet punya pasal,Lepas aku amek wuduk,solat isya' berkumandang.Aku terlepas solat maghrib,aku sempat solat isya' je.Si fakhri sempat.Ciss!Ruginya aku sebab aku dah sampai masjid masa tu.
Memandangkan kiteorang ni pasangan yang sherashi bersama,Kiteorang decide untuk ke bukit tunku,actually aku seram jugak bawak fakhri ni,sebab dia boleh nampak apa yang aku tak boleh nampak wey.Kalau dia nampak benda tu dekat tempat lain takpe,kalau dekat dengan aku,memang aku pengsan dulu.Mesti korang cakap bukit tunku lagi?bosan eh?nak buat macam mana rumah dekat bukit tunku ni pon aku tak habis explore lagi.Memandangakan fakhri ni adalah satu-satunya BF yang layan hobi gila aku,maka aku patut salute dia,yelah sejak partner in crime aku sambung belajar dekay UiTM bandaraya Melaka,aku tak dapat nak teruskan aktiviti aku ni,Plus aku busy dengan FYP bukan Fakhri Yang Punya tapi Final year Project,Assignment,project yang berlambak-lambak,so aku matikan niat aku disebabkan perkara yang lebih penting ni.eh banyak pulak aku membebel.
Aku pergi bukit tunku ni berdua je dengan Fakhri,Kiteorang mencari rumah yang betul-betul seram,tapi aku nak pergi rumah yang pernah aku jumpa dulu,tapi bila dengan Miwa Mohamad aku tak jumpa,Adalah dalam satu jam jugak kiteorang mencari rumah tu je.Hamek kau,minyak pon berjalan dengan lajunya.Tiba-tiba masa kiteorang lalu di satu simpang,di luar tak berangin tapi ada satu je pokok pisang yang bergoyang,yang peliknya pokok lain tak bergoyang.Kenapa?Oh aku dan fakhri nak think positive.Mungkin binatang kot.Binatang tu suka main pokok pisang.Bila kiteorang pusing untuk kali kedua,pokok tu dah tak bergoyang,Kali ketiga,pokok pisang dan pokok renek disebelah bergoyang.Pokok yang lain-lain tak bergoyang.Aku rasa aku dah boleh blah dah dari tempat tu.Siapa yang suka bertenggek dekat pokok pisang?Ehem malas la aku nak jawab.
kalau korang semua ada baca entry aku yang lepas tentang entri seram jugak,aku ada cerita pasal lampu jalan menyala sendiri.Ingat tak?kalau tak ingat korang kena scroll sendiri.Rajinkan diri anda ye.Perkara yang sama berlaku dekat kiteorang semalam.Masa kiteorang lalu di jalan Girdle yang famous dengan makhluk halus ni,satu lampu jalan tertutup dengan tiba-tiba,dan tempat tu sangatlah gelap.Then ada lampu lain yang tertutup terbukak tiba-tiba tapi dijalan yang lain.Kenapa?Aku dah pernah jawab soalan ni di entri yang lepas.Tak mungkin kerana censor sebab kereta aku jauh lagi masa tu.Dan kalau sensor,kenapa lampu tu je yang ada sensor?ada berjuta lampu dekat situ.
Then kiteorang teruskan misi untuk mencari rumah yang aku nak sangat masuk tu,sambil tu aku dok cakap banyak kereta kenapa pokok pisang tu je yang bergoyang,aku rasa Time tu Fakhri dah boleh plaster mulut aku dah.Dengan keazaman yang tinggi kiteorang jumpa jugak rumah terbiar ni.Rumah ni terletak di jalan selekoh tunku,di jalan mati dan terletak di atas bukit.Dulu masa aku datang,pintu pagar terbukak,tapi kali ni tertutup pulak.Mungkin ada orang yang baik hati tolong tutupkan.Aku nak masuk rumah tu tapi Fakhri tak bagi,dia takut jadi pape dekat aku,kalau masuk berdua,aku keluar dengan orang lain,dia keluar dengan orang lain.Lagi susah kan.Jadi aku sempat tangkap gambar daripada luar je,sebab sebenarnya aku rasa tak sedap hati.Rumah ni sangatlah besar dan sangat seram,YES SERAM.
Aku tengah check gambar dalam kamera,dan dalam masa yang sama aku dengar suara perempuan menjerit dari dalam rumah tu,Suara tu sekejap tapi jelas.Yang peliknya aku sorang je yang dengar,Fakhri pulak dengar ada orang berjalan atas ranting-ranting kayu.Yang peliknya lagi,aku tak dengar.Memang dalam gambar hanya ada orbs sahaja,tapi pengalaman yang kiteorang dapat tu memang scary.
Tiba-tiba pakcik peronda datang dan dia tanya apa yang kiteorang buat dekat sini.Aku suruh Fakhri cakap yang kiteorang nak buat assignment.Fakhri balas dengan lembut je.Tapi pakcik tu cakap Hormatlah sikit orang yang jaga tempat ni.Hormat apa?Fakhri cakap lemah lembut je.Ke pakcik tu maksudkan Hormat benda di situ?Sebab waktu tu waktu larangan.DANG.Entah taktahu.Then kiteorang blah.
P/S:oh ya,Masa aku pergi banglo kayangan seksyen 12 yang dikatakan milik mona fandey,Fakhri nampak ada satu benda putih dekat atas rumah tu.Dia terus patah balik.tak jadi nak pergi rumah tu.
P/S:Hari tu aku muka aku masuk dalam interview wanita hari ini tentang laman sosial ancaman wanita.Lawak.Kbai.
5 comments:
masa pegi tu fakhri tak nampak pape ke?? hihihhhh..
ok serius menakutkan jer tgk gmbr
dya g sana wat ape sbnrnye?mmg hobi saje2 lah ek?err berani gilai kamu ni dya..
err seram neyh.. hehe..
i dah pegi tempat nie syg. tapi tak stop pun. memasing duduk dalam kete. hahaha. seram kot. meremang je. huhu.
Post a Comment