I appreciate them.

Wednesday 18 January 2012

IKTIBAR.JANGAN PAKAI SEKSI KALAU TAKNAK KENA INTAI

Assalamualaikum semua.Eh,tajuk entri aku hari ni macam cerita dari majalah mastika kan?Iktibar bagai.Tapi serious aku nak korang amek iktibar dari cerita yang bakal aku bagitau ni.Siapa suka pakai seksi meksi?Tak kira dimana jua,dirumah,dipejabat mahupun disekolah?Best sangat ke jadi seksi?Aku pon pernah jadi seksi tapi aku rasa best sekejap je,best sebab apa?sebab selalu jadi perhatian.Perhatian apa?Dari situ korang boleh bezakan korang diberi perhatian sebab korang seksi ataupun sebab korang cantik.Pada aku?aku rasa sebab seksi.Kenapa?sebab dulu aku pernah keluar pakai skirt pendek dan ada seorang lelaki yang dah ada awek cakap camni sambil pandang aku "perghh cantik gila.Gebu gila kaki".Kalau dari situ korang nak cakap apa?nak bangga sebab peha gebu ke apa?
Gambar intai.EH NI TERSALAH GAMBAR INTAI NI.SORRY SORRY!hehe

Aku nak cerita dekat korang tak kesahlah korang duduk dekat rumah parents,sensorang ataupun rumah sewa,keselamatan harus diutamakan,lagi-lagi kalau korang tu perempuan,takkan nak bawak jantan masuk dalam rumah sesuka hati tanpa bagitau dengan kawan-kawan yang lain dulu.*Eh ni dah kes lain dah ni.huehue.


HA NI BARU BETUL MENGINTAI!




Ini adalah berdasarkan kisah benar ya.Dalam satu rumah sewa ni,ada 9 orang perempuan kesemuanya,semua bertudung.Tapi ada seorang budak ni,nama dia zaleha,zaleha suka sangat pakai seksi-seksi,kalau keluar rumah jenjalan  lagilah pakai seksi.Satu hari tu,dia keluar rumah balik pukul 3 pagi,boyfriend zaleha hantar,zaleha pon pelik,kenapa pintu rumah sewa semua kunci,macam ada perompak masuk,tapi kawan-kawan dia ada je dalam rumah tu.Bila kawan dia bukak je pintu,zaleha tanya "korang ni dah kenapa,kunci pintu segala".Kawan dia pon jawab "ada orang mengintai kita".Mula-mula zaleha ingat tu hanya perkara main-main.Tapi sangkaan zaleha salah,sebab memang betul pon,sampai ada pihak polis datang bawak senapang.Ceritanya bermula apabila seorang kawan zaleha masuk bilik air dan seorang lagi sedang memasak di dapur,dapur masak terletak betuk-betul depan tingkap laman luar yang gelap gelita,tiba-tiba,yang sedang memasak tu nampak ada seorang lelaki betul-betul depan tingkap tu dan mereka saling bertentangan mata,cuba teka apa orang tu  cuba buat?Dia cuba intai kawan zaleha dalam toilet!Tapi tak sempat sebab yang di dapur dah nampak,lalu orang tu pon melarikan diri.


Kes kedua yang berlaku di tempat yang sama adalah apabila zaleha hendak pulang daripada kelas,bila zaleha sampai je simpang nak masuk ke rumah sewa,tiba-tiba zaleha nampak sekumpulan lelaki dalam van berwarna biru sedang gelabah keluar dari simpang rumah sewa dan tak tutup pintu van.Dan dan je waktu Zaleha nak masuk simpang,kumpulan lelaki dalam van gelabah nak keluar dari simpang,tak tutup pintu van pulak tu.Apa motif beliau?Yang ditakutkan adalah orang jahat kerana,jiran-jiran disitu tidak muhibah,maka perempuan,anda harus pandai jaga diri anda walau macam mana sekalipon sebab bukan semua orang disekeliling anda akan menolong anda waktu anda susah.

Pernah tak korang terfikir yang ada lelaki pakai boxer je sambil jalan-jalan di kawasan perumahan dan tak ada orang nampak langsung?Mari aku ceritakan,dalam rumah sewa ni,ada beberapa orang budak yang tak pakai tudung dan suka pakai seksi,keluar rumah pakai seluar pendek nauzubillahiminzalik!Salah seorangnya adalah Mila.kalau nak keluar sidai kain pon pakai spender je,dahlah bilik dia dekat dengan dapur.Satu hari tu,pada pukul 8 malam,kawan-kawan Mila nampak,ada 2orang lelaki pakai boxer berdiri di laman belakang rumah dieorang,dieorang pon terkejut,macam mana ada 2orang lelaki pakai macam tu sahaja pada pukul 8 malam dan tak ada sesiapa sekalipon yang perasan.Kenapa?adakah mata jiran telah dikaburkan atau jiran malas nak amek tau?Mungkin mereka telah lama diintai daripada dulu.Kalau Masa tu Mila keluar pakai spender sidai kain,maunya ditarik dan dirogol terus,mana tak nya boxer lelaki kan special sikit.Ala faham-faham sendiri lah kan.Lepas terjadi perkara tersebut,Mila jadi takut,bagus dia takut,tapi boleh pulak Mila tanya "macam mana i nak pakai seksi2 lagi and bla bla bla".Boleh lagi ya fikir macam tu.Kalau dah nak mati,boleh tak nak cakap macam tu?"Eh i nak mati dah ni,macam mana i nak pakai seksi-seksi lagi.Tidakkkk".

Iktibar yang perlu korang amek di akhir cerita ini adalah,cerita daripada aku,aku sendiri yang seksi dulu selalu diperhatikan,selalu digoda,dipandang oleh mamat-mamat gatal.Orang cakap rezeki jangan ditolak.Ye dak lelaki?Lelaki yang datang dekat pada aku dulu,hanya kerana aku seksi,dan sebab aku seksi dieorang ingat dieorang boleh amek kesempatan atas aku macam tu je,ajak aku balik hotel,ajak aku pergi club.Ex-boyfriend aku sendiri pon sama,kata ikhlas nak kenal dengan aku,tapi bila aku tanya "you suka tak i pakai macam ni?".Dia jawab suka,wahh dayus nya lelaki macamni,bukan nak suruh gf die pakai yang lebih elok sikit,tapi disuruhnya seksi,dan kadang-kadang tak kesah.Macam ni ke yang korang nak apabila bercinta?Sebab seksi bukan sebab cinta?Dan kalau difikirkan balik,ada tak mak dan ayah mertua yang nak terima bakal menantu seksi bagai?silap-silap dia cari lain untuk anak dia.*eh macam drama melayu pulak.hehe.




Sesetengah pemikiran lelaki yang aku kenal selalu cakap "aku bercinta dengan dia ni saja2 je,nak kawen dengan perempuan solehah"..."dia ni stock pakai buang je,sapa nak perempuan camni jadi bini" dan "mak aku ckp nak cari bini kena cari bini yang pakai tudung"Ini realitinya.Terimalah.

Tak kesahlah korang seksi ataupon tak,janji korang pandai jaga diri korang tu,jangan sampai kena intai,kena rogol,kena tipu,kena pukul,kena kenduri atau kena tibai.Jangan balik malam-malam sangat tanpa sebab,awak tu perempuan,cuba bayangkan kalau masa korang jalan tu ada orang terkam dari belakang?Suka ke takut?

Aku bukan nak cakap aku baik dan perfect tapi sebagai orang islam aku masih ada tanggungjawab untuk mengingati sesama kita.Insyallah yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari dya mohamad sendiri


P/S:Memang betullah,banyak tempat yang saya mengajar tak wajib pakai tudung,Tak pelik,nilah benda yang normal.Memang betulpun.Kerana orang perempuan WAJIB TUTUP AURAT.BUKAN WAJIB PAKAI TUDUNG. (Ustaz Azhar Idrus)


kbai

Oh entri seram?Mungkin next entri.Sabar ea.Sabar itu kan separuh daripada iman :)

14 comments:

Illussion said...

actly u pn masih bertabarruj..
http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id79.html

dya mohamad said...

yup itu btol.tp awk bce tak yg last skali sy tulis tu?tak kire kite cm mane skalipon sbg islam kite msh ade tanggungjwb untuk menegur.

crite ini utk amek sy dan sesiapa amek iktibar ye :)

Illussion said...

iye..ckp je..hee..pasni wat entry tabarruj pulak..menarik jugak..

Mr.Trollulz said...

LOL! Sebagai Melayu harus tahu erti kesopanan dalam berpakaian. Lagi pula kalau title itu Islam. Sangat malu kalau tidak berpakaian menutup aurat ye dak? :D

dya mohamad said...

illusion:insyallah akan dipertimbangkan :)

dya mohamad said...

encik troll: yep(:

Admin said...

betul..x kira sesiapa pun kena hati2 sekarang ni nak2 pompuan..seksi mendedahkan kamu kepada risiko yang tinggi diganggu oleh lelaki2 miang

eZmALiZa said...

kalau dah namenye lelaki, perempuan bertudung litup pun mereka boleh skodeng. ye tak? hehe... :P

dya mohamad said...

phat- yep tak kire sesiapa pon seksi atau tak,bertudung atau tak.kalo dh pmpn miang laki pon miang le skali.huhu

dya mohamad said...

ezmaliza-so jauhilah lelaki miang.huhuh

Razil Tahir said...

tak semua lelaki cmtu..
but still, girls..
Jaga diri, ookay? XD

Anonymous said...

Aku jemput la k0rg semua yg ada kt sini,j0m lyn n k0men VIDEO aku menyanyi dan b'main gitar kapok (termasuk pakai boxer je siap tak pakai baju tu..) kt laman YouTube aku.. LIKE or DISLIKE ye.. Klik link ni, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan

mimie shahira said...

thumbs up sis !!! hee
ohh by the way , cepat sked buat entry seram . tak sabar ney . hee:D

Blogger said...
This comment has been removed by the author.