I appreciate them.

Thursday, 24 May 2012

TAKTIK IBLIS MENYAMAR DIRI KETIKA KITA BERDEPAN SAKARATULMAUT!

Assalamualaikum

kepada  pembaca semua,aku nak pohon ampun dan maaf sebab memang sangat lama aku dah tak update blog.Adalah nak masuk tiga minggu.Bukan apa,kehidupan aku sebagai seorang student Degree Netcentrics computing memang sangat sibuk.Lagi dua minggu aku kena present final year projek aku, dan insyallah kalau berjaya,bakal digunakan dan boleh di view oleh semua orang.Doakan aku eh



Aku nak tanya korang macam aku tanya dalam entri-entri aku sebelum ni.Sudah siap sediakah kita untuk menghadapi kematian?Sudah siapkah kita untuk mati dalam bermacam-macam cara?

Sudah sedia jika ditakdirkan kita mati macam ni?
Atau mcam ni?

Macam ni?


Atau mati macam ni?

Lepas mati,Siap sedia untuk jumpa rumah baru kita iaitu kubur?Sudah siap sedia untuk tidur di atas tanah dan bukan di atas katil?Sudah siap sedia untuk disoal nanti?Sudah cukupkah amalan kita?macam mana kalau kita mati nanti,kita tak sempat nak bertaubat?macam mana kalau kita mati,kita tak boleh menyebut kalimah Lailahaillallah?Macam mana?Korang rasa korang boleh tempuh sakaratul maut macam tu je?Tidak/Jangan bongkak.Jangan sebab apa?Sebab Iblis akan menyamar diri ketika kita dalam sakaratul maut.Iblis akan menyerupai macam-macam untuk menggoda kita buat kali terakhir.

Dalam sebuah hadis,Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t. 

Ya Allah!Aku berlindung dengan engkau dari diperdayakan oleh syaitan ketika sakaratulmaut!

See?kekasih Allah sendiri berdoa dan takut jika diperdayakan ketika sakaratulmaut.Dapat bayangkan tak macam mana keadaan tu?Tidak,Sebab kita semua tak alaminya lagi sebab tu kita sombong,bongkak!
Iblis dan kuncu-kuncunya tidak pernah merasa jemu dan puas dalam menyesatkan dunia TERUTAMA ketika kita sedang hadapi SAKARATULMAUT!kerana iblis suka datang kepada kita yang sedang kepenatan,kehausan ketika menghkadapi ujian terakhir oleh Allah s.w.t.Iblis akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan akidah kita dengan pembohongan yang banyak sampai di hari akhirat nanti iblis akan berkata 
"Itu tanggungjawab kamu untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.Tugas aku dah selesai.Tidak dapatlah aku membela kamu seperti yang aku janjikan.Kerana apa yang aku janjikan adalah kosong belaka".

Masa tu siapa nak tolong kita dek non?Duit berjuta?keluarga?kekasih?Kita sendiri tau.KITA.

*IBLIS MENYERUPAI ORANG YANG PALING DIBENCI.
Iblis dan kuncu-kuncunya boleh menyerupai macam-macam bentuk yang dingini.Kecuali iblis tak boleh menyerupai nabi dan rasul.Dan iblis akan datang kepada kita yang kehausan dan kepenatan dan ketika itu kita sedang berjuang untuk melepaskan roh daripada jasad dengan menyerupai orang yang paling kita benci sekali dalam dunia.Sebab tu jangan benci orang sangat sangatttt,nanti jatuh cinta,Eh bukan nanti jadi macamni.Apabila kita yang akan mati terpandang musuh kita yang amat kita benci semasa di dunia,kita akan cuba untuk menggerakkan diri kita bagi melakukan sesuatu kepada musuh kita itu dan dalam masa yang sama kita tak menyedari bahawa perbuatan kita tu sia-sia sebab musuh kita tu hanyalah jelmaan iblis semata-mata supaya kita lupa mengingati Allah.Dan sekiranya kita mati dalam keadaan macam tu,maknanya kita mati dalam keadaan fasik dan derhaka kepada Allah.Matinya kita dalam seorang yang fasik dan lalai.Anda rasa anda mampu tangani perkara ini?Jangan yakin sangat.Ada lagi.Baca yang bawah ni pulak.

*IBLIS MENYERUPAI ORANG YANG PALING DISAYANGI
Kalau dekat dunia,orang yang kita sayang nangis,kita tak sampai hati,kita akan sedih sekali,kita sanggup buat apa sahaja untuk mereka.Macam mana pulak bila kita nampak orang yang kita sayang ketika sakaratulmaut?apa kita nak buat?Dilema kan?Iblis akan datang menyerupai orang yang palingg kita sayang contohnya mak ayah,adik beradik,sanak saudara dengan membawa makanan dan minuman yang sedap-sedap kerana Iblis tahu kita dalam keadaan penat dan haus,Diriwayatkan bahawa jika diberikan selautan air sekalipon tidak dapat menghilangkan dahaga kita.Kemudian kita akan menghulurkan tangan kita untuk mengambil makanan dan minuman itu yang sudah pasti hanya tipu daya iblis sahaja dan Iblis yang menyerupai mak dan ayah kita akan berkata dalam suara yang mendayu-dayu dan beremosi
"Wahai anakku,inilah sahaja makanan dan minuman uang kami bawakan untuk mengilangkan kelaparan dan kehausanmu.Oleh itu berjanjilah kepada kami yang kamu akan menuruti dan menyembah Tuhan yang kami sembah supaya kita tidak lagi berpisah.Dan marilah bersama-sama kami ke syurga."

Andai kata kita mempunyai iman,dan keyakinan tinggi pada Allah,maka kita tidak akan terpedaya dengan ajakan palsu itu.kalau kita ikut dan jawab YA dengan ajakan syaitan itu,maka kita akan mati dalam keadaan fasik dan takbur.tempat yang layak bagi kita adalah neraka.Terhapuslah segala amalan didunia kerana kita mengikuti jejak langkah iblis.Keadaan ini adalah pendustaan iblis yang PALING BESAR kerana menyerupai mak ayah kita.

*IBLIS MENYERUPAI BINATANG KESAYANGAN KITA.
Jika semasa hidup kita sangat sayangkan binatang dan banyak bela binatang contohnya kucing,maka iblis akan menyerupai kucing kita tu.DAN sekiranya kita terpedaya dengan penipuan iblis,maka ketika kita sakaratulmaut,kita akan mengusap dan meraba-raba binatang kesayangan kita tu,padahal apa yang kita usap tu adalah iblis.sampai kita lupa untuk mengingati Allah.Sebab tu kita kena ingat apa yang kita minat,akan dijelmakan ketika sakaratulmaut untuk memperdayakan kita,lagi-lagi kalau kita ni suka sangat berjudi dengan menggunakan binatang.Haaa.dahlah berjudi,lepastu gunakan binatang,lepastu iblis menyerupai binatang tersebut.,Macam mana agaknya ye??Islam mengajar manusia untuk bersederhana,janganlah sayangg sangat dekat binatang sampai menjadikan diri kita ni lalai,cukuplah hanya dijadikan hobi dan untuk isi masa lapang kita ni.

*IBLIS MENYERUPAI ULAMA ATAU GURU.
Ketika kita penat dan kehausan menghadapi sakaratulmaut,iblis akan datang menyerupai seorang ulama dan  dengan kitab ditangannya.Kemudian dia akan berkata:
"wahai muridku!Sesungguhnya sudah lama aku menunggu engkau.Sudah merata tempat kami mencari engkau.rupa-rupanya engkau sedang sakit disini.Oleh itu aku membawakan beberapa doktor dan bomoh handal untuk mengubatimu!"

Kemudian dia hulurkan ubat ubatan lalu kita makan ubat tersebut dan akhirnya sakit yang kita alami hilang buat sementara,kemudian sakit kita itu akan datang kembali.Kemudian iblis yang menyerupai ulama akan berkata:
"Wahai muridku!pada kali ini aku dayang kepadamu untuk memberi nasihat dan bimbingan agar kamu mati di dalam keadaan baik dan selamat!Wahai Muridku tahukah kamu akan hakikat Allah?"

Lalu kita akan bersuara tapi sudah tentu tidak didengari oleh orang-orang sekeliling kita yang sedang membaca yasin ataupun sedang menziarahi kita. "Wahai guruku!tidak aku mengetahuinya!"

lalu iblis menjawab "wahai muridku sesingguhnya aku adalah ulama yang tinggi dan hebat!Aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan sesungguhnya aku telah medapat tempat di syurga yang paling teratas.Cubalah kamulihat dan perhatikan syurga disediakan untukmu oleh Allah sebagai balaan di atas amalan yang kau lakukan!Andai kata kamu hendak mengetahui zat Allah,maka IKUTLAH PERINTAHKU!"

Kemudian,kita dapat melihat saudara-mara,adik beradik,mak ayah semua berada dalam keseronokan kerana di tempatkan di syurga dan sudah pasti itu hanyalah jelmaan iblis dan kuncu-kuncunya untuk memperdayakan kita.Lalu kita akan bertanya pada iblis yang menyerupai ulama itu 
"Bagaimanakah rupanya Zat Allah swt?"

Iblis berasa seronok dan gembira sebab tipu dayanya sudah mengena.Lalu dia berkata:
"Wahai muridku!tunguhlah sebentar lagi kerana tirainya dan dindingnya akan dibukakan untukmu!"
Kemusian tirai pon dibukakan satu persatu.Tirai itu berwarna warni yang sangat menarik perhatian kita.Kita seolah olah melihat sesuatu yang besar,lebih besar dari langit dan bumi.Kemudian kita akan berasa pelik.Lalu iblis berkata 
"Itulah zat Allah yang patut kita sembah"

Setelah itu kita akan berkata:
"wahai guruku!bukankah ini benda yang benar-benar besar dan mempunyai enam sifatnya iaitu kiri dan kanannya?ada atas dan bawahnya,ada depan dan belakangnya?sedangkan zat Allah tidak menyerupai mana-mana makhluk.Dia Maha Sempurna dan Maha Suci dari sebarang bentuk sifat dan kekurangan.Namun pada waktu ini lain pula keadaannya sebagaimana yang aku ketahui dulu.Akan tetapi benda yang besar ini aku mesti sembah."

Dalam keadaan keraguan kita itu,malaikat maut pon datang dan mencabut nyawa kita dalam keadaan kita masih lagi kebingungan dan kelalaian mengingati Allah s.w.t.


"Barangsiapa yang pada akhir kalamnya mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH,dia akan masuk syurga"
(Hadis riwayat Abu Ya'la daripada Abu said)

Awak awak dan awak semua rasa awak boleh hadapi sakaratulmaut tanpa iman yang teguh?Tanpa agama yang kuat dan dengan sifat yang angkuh,sombong untuk mengikuti ajaran islam dan membuat semua laranganNYA?Lu fikirlah sendiri..Assalamualaikum! 


Atau bersediakah kita untuk menghadap Allah dengan senyuman begini? (,:



3 comments:

NoR aMiRa said...

aku suke baca blog ko diana..:-)

NoR aMiRa said...

aku suke baca blog ko diana..:-)

dya mohamad said...

tenkiu :)