Assalamualaikum
Satu je la aku nak cakap,betapa kejamnya kita sebagai umat Nabi Muhammad sebab kita telah membuat baginda menangis dan risau.kejam kan?Kalau tak kejam apa lagi yang patut aku panggil untuk manusia?
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim r.a dari[pada Abbas r.a,bapa saudara Rasulullah SAW bahawa Nabi telah bersabda:
"Aku adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan.Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan.Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku.Bendera apa?Aku ada terangkan dekat entri aku yang lama iaitu (http://dyapunyabelog.blogspot.com/2012/04/dibangkitkannya-nabi-muhammad-saw-dari.html).
UMATKU ADALAH YANG TERBAIK.Mereka adalah umat yang pertama akan dihisab sebelum umat yang lain.Ketika mereka bangkit dari kubur,mereka akan mengibas tanah yang ada di kepala mereka.Mereka semua akan berkata "Kami bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah serta kebenaran para Rasul"
Nabi Muhammad SAW adalah manusia pertama yang akan dibangkitkan dan Jibril a.s akan datang kepadanya bersama seekor Buraq.Israfil pula datang dengan membawa bendera dan mahkota.Izarail pula datang dengan membawa pakaian-pakaian syurga.
Jibril a.s akan menyeru "Wahai dunia!!di mana kubur Muhammad SAW?"
Bumi akan berkata "sesungguhnya Tuhan telah menjadikan aku hancur.Telah hilang segala lingkaran,tanda dan gunung-ganangku.Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."
Rasulullah SAW bersabda "Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit.Maka empat malaikat berada di atas kubur"
Israfil bersuara "Wahai roh yang baik!Kembalilah ke tubuh yang baik!"
Maka kubur terbelah dua,Pada seruan yang kedua pula,kubur mula terbongkar.Pada seruan ketiga,ketika Rasulullah SAW berdiri,baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan rambutnya.Baginda SAW melihat ke kiri dan kanan.Baginda SAW dapati tiada lagi bangunan.
BAGINDA MENANGIS SEHINGGA MENGALIR AIR MATANYA KE PIPI.INILAH TANGISAN PERTAMA NABI MUHAMMAD SAW DI AKHIRAT!
Jibril berkata kepadanya "bangun wahai Muhammad!Sesungguhnya kamu di sisi Allah SWT di tempat yang maha luas!"
Baginda SAW bertanya "Hari apakah ini?"
Jibril menjawab "Wahai Muhammad!Janganlah kamu takut!Inilah hari kiamat!Inilah hari kerugian dan penyesalan.Inilah hari pembentangan Allah SWT!"
Baginda SAW berkata "Kekasihku jibril!gembirakanlah aku!"
Jibril berkata "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian di hadapanmu?"
Baginda SAW berkata "Bukan itu maksud pertanyaanku. AKU BERTANYA KEPADAMU AKAN UMATKU.DIMANA PERJANJIAN MEREKA?"
Ya Allah,Nabi Muhmmad sentiasa ingat pada kita,sebelum Baginda wafat,setelah wafat dan setelah dibangkitkan,baginda sentiasa risaukan kita,bertanyakan kita.Ya Allah..... ),:
Jibril berkata "Demi keagungan Tuhanku!Tidak akan terbongkar oleh bumi dari manusia sebelummu?"
Baginda SAW berkata "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.Aku akan mensyafaatkan kepada umatku"
Jibril berkata "Tungganglah Buraq ini dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"
Jibril datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW.Buraq cuba meronta-ronta.Jibril berkata "Wahai Buraq!Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta Allah SWT?Sudahkah Allah memerintahkan kamu untuk mentaatinya?"
Buraq berkata "Aku tahu semua itu.Tetapi,aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku"
Baginda SAW berkata kepada Buraq "Ya!Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku,nescaya akan kuberikan syafaatku kepadamu"
Setelah berpuas hati,Buraq membenarkan Baginda SAW menunggannya lalu dia melangkah.Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.apabila Baginda SAW berada di baitulmaqdis di atas bumi dari perak yang putih,malaikat israfil menyeru
"WAHAI TUBUH-TUBUH YANG TELAH HANCUR,TULANG-TULANG YANG TELAH REPUT,RAMBUT-RAMBUT YANG BERTABURAN DAN URAT-URAT YANG TERPUTUS!BANGKITLAH KAMU DARI PERUT BURUNG,DARI PERUT BINATANG BUAS,DARI DASAR LAUT DAN DARI PERUT BUMU KE PERHIMPUNAN TUHAN YANG MAHA PERKASA!"
Roh roh telah diletkakkn di tanduk atau sangkakala.Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.Setiap roh akan didudukkan berada di dalam tingkat.Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat sedikit sepekat air mani lelaki.Daripadanya terbinalah tulang-tulang.Urat-urat memanjang,Daging dan bulu akan tumbuh.Sebahagian dari mereka kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah SWT berfirman "Wahai israfil!tiup tandul atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKU akan penghuni kubur.Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka.Sebahagian mereka adalah golongan yang celaka dan derita"
Malaikat sirafil menjerit "Wahai roh-roh yang telah hancur!!kembalilah kamu kepada tubuh-tubuhmu!!Bangkitlah kamu untuk dihadapkan kepada Tuhan semesta alam!"
Allah SWT berfirman "demi keagungan dan ketinggianKU!Aku kembalikan roh kepada setiap tubuh!"
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah SWT,roh-roh pon keluar untuk mencari jasad mereka.Maka kembalilah roh kepada jasad.Bumipula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka.Apabila semua sedia,masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang baitulmaqdis,melihat makhluk-makhluk.Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan,70 umat berdiri.Umat Nabi Muhammad merupakan satu umat atau kumpulan.Nabi berhenti memperhatikan ke arah mereka.Mereka seperti gelombang lautan.
Umat-umat datang dalam satu-satu kumpulan.Setiap kali Nabi SAW berjumpa satu umat,baginda SAW akan bertanya "Di mana umatku?"
Jibril berkata "wahai Muhammad,umatmu adalah umat yang terakhir"
Apabila Nabi Isa datang,Jibril menyeru "Tempatmu!" Maka nabi Isa dan Jibril menangis,
Nabi Muhammad SAW berkata "mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril berkata "bagaimnana keadaan umatmu Muhammad?"
Nabi Muhmmad bertanya "dimana umatku?"
Jibril berkata"mereka telah datang.Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan"
Apabila mendengar cerita demikian NABI MUHAMMAD SAW MENANGIS LALU BERTANYA "WAHAI JIBRIL!BAGAIMANA KEADAAN UMATKU YANG BERBUAT DOSA?"
Jibril berkata "lihatlah mereka Muhammad!"
Apabila Nabi Muhammad melihat mereka,mereka gembira dan mengucapkan selawat ke atas baginda SAW dengan apa yang telah Allah SWT muliakannya.Mereka gembira dapat betemu dengan baginda SAW.Baginda juga gembira dapat bertemu mereka.Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berbuat dosa.MEREKA MENANGIS SERTA MEMIKUL BEBAN DIATAS BELAKANG MEREKA SAMBIL MENYERU
"Wahai Muhammad.."
Air mata mereka mengalir di pipi.Orang orang zalim memikul kezaliman mereka.Nabi bersabda "Wahai umatku..." mereka berkumpul disisi baginda.Umat Nabi Muhammad menangis.
Ketika mereka dalam keadaan demikian,terdengar dari arah Allah SWT seruan yang menyeru "dimana jibril?"
Jibril berkata "jibril di hadapan Allah.Tuhan semesta alam"
Allah SWT berfirman "Dimana umat nabi muhammad?"
Jibril berkata "mereka adalah sebaik umat"
Allah SWT berkata "wahai jibril!khabarkanlah kepada kekasihKU Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk dihadapkan kehadapanKU"
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata "Wahai Muhammad!Umatmu telah datang kepada Allah untuk dihadapkan!"
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya dan berkata "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah SWT!"
Orang-orang yang berdosa menangis ketakutan dan terkejut dengan azabAllah SWT.NABI MUHAMMAD MEMIMPIN MEREKA SEBAGAIMANA PENGEMBALA MEMIMPIN TERNAKANNYA MENUJU KE HADAPAN ALLAH SWT.
"WAHAI HAMBAKU!DENGARKANLAH KAMU BAIK-BAIK KEPADAKU TUDUHAN APA APA YANG TELAH DIPERDENGARKAN BAGI KAMU DAN KAMU SEMUA MELAKUKAN DOSA!"
Hamba-hamba Allah SWT terdiam.Allah SWT berfirman "hari ini,kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini aku akan memmuliakan siapa yang mentaatiKU.Dan Aku akan mengazab siapa yang menderhaka.Wahai Jibril,pergi ke malik,penjaga neraka,katakan kepadanya,bawakan jahannam!"
Jibril pergi kepada Malik dan Malik bertanya "hari apakah ini"
Jibril menjawab "hari ini adalah hari kiamat.Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan"
Malik berkata "adakah Allah SWT telah mengumpulkan semua makhluk?"
Jibril berkata "ya!"
Malik bertanya "dimana Nabi Muhammad dan umatnya?"
Jibril berkata "di hadapan Allah SWT!"
Malik berkata lagi "BAGAIMANA MEREKA MAMPU MENAHAN KESABARAN TERHADAP NYALAAN JAHANNAM APABILA MEREKA MELINTASINYA, SEDANGKAN MEREKA SEMUA ADALAH UMAT YANG LEMAH?"
Jibril berkata "Aku tidak tahu!"
Malik menjerit ke arah jahannam dengan sekali jeritan yang menakutkan.Jahannam berdiri di atas tiang-tiangnya.Jahannam mempunyai tiang-tiang yang keras,kuat dan panjang.Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka kerana semuanya menangis.
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih.Kanak-kanak mula beruban rambut.Ibu-ibu yang memikul anaknnya,mencampakkan mereka.Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk..
Apa yang terjadi selepas itu?Nabi Muhammad membela Kita,umatnya yang berdosa.Bagimana ceritanya?Selepas entri ini insyallah aku akan ceritakan.
Hai Umat Nabi Muhammad semua!Kenapa kita semua sombong,kenapa kita semua tak mentaati Allah dan Rasulullah?Sedangkan kita tahu akan kebenarannya!dan kenapa kita selalu memberikan Alasan kubur lain-lain,aku yang tanggung dosa bukan kau,aku tak terima hidayah lagi.Kenapa?Satu je sebab dia,sebab kita tak tahu bagaimana seksaan di sana!kita tak rasa lagi,sebab tu kita bongkak nak ikut ajaran islam!betol kan?
Renung-renungkan!Bertaubat sebelum terlambat!
2 comments:
Assalamualaikum...
Salam singgah sini. NICE ENTRY
Assalamu'alaikum, mau nanya.. Ini hadits apa ya??? Maaf sebelumnya, saya ingin me repost tapi harus tau kebenarannya terlebih dahulu. Ya kan?:)
Wassalam
Post a Comment