I appreciate them.

Wednesday, 25 July 2012

TUTUP AURAT INSYALLAH SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Assalamualaikum
Hari ni dah puasa ke lima kan?Amacam penuh tak puasa tu?ke puasa yang yang yuk pagi-pagi bukak periuk?*ihiks.Pada yang bercuti tu tak apa dimaafkan,tapi jangan nak alasan sangat sampai cuti sebulan,yang lelaki pulak tak payah nak buat alasan gastrik sangatlah.*ihiks!

Baiklah Hari ni aku,a.k.a hamba Allah S.W.T yang tidak sempurna dan masih belajar ini nak kongsikan satu entri tentang menutup aurat.Bila cakap pasal menutup aurat je,mesti sensitif kan?Takpe yang sensitif tu yang kita nak jadikan pengajaran.Entri aku ni aku adaptasi daripada majalah solusi secara ringkasan.Pada sesiapa yang tak beli majalah solusi tu bolehlah baca entri aku ini.Istiqamah ye,terima segala apa yang aku nak sampaikan ni,jangan mensalahtafsirkan apa yang aku sampaikan sebab korang tak boleh tau nada dan suara aku ketika aku menyampaikan entri ini.

Bismillahirahmanirahim.
Sekarang ni zina sangat berleluasa kan?MasyaAllah tanpa disedari dalam dunia yang semakin tua ini,zina telah berada di tahap yang kritikal.Apa yang menyebabkan zina ini berlaku?Mestilah berlaku disebabkan perbuatan yang boleh menyebabkan zina salah satunya adalah pendedahan aurat,sebab tergoda setelah memandang aurat,maka salam pertemuan diadakan kemudian berjanji dan akhirnya bertemu ke arah yang tak sepatutnya.

kalau pakai macam ni apa beza gambar kiri dengan gambar kanan?Bezanya hanya tudung di kepala. :)

Pendedahan aurat sangat-sangatlah berleluasa sekarang ni.Betul ke tak betul?Mungkin kita boleh tengok disekeliling kita dan nilaikan sendiri,TAPI perlu diingatkan yang wanita yang bertudung tidak boleh disamakan dengan wanita yang menutup aurat.Bertudung tidak sama dengan menutup aurat.Maksudnya dekat sini adalah memakai tudung tak semestinya menutup aurat.SO hasilnya,ramai wanita yang bertudung tak selamat.JANJI ALLAH UNTUK MENYELAMATKAN WANITA YANG MEMELIHARA AURAT DENGAN BAIK AGAR TIDAK DIGANGGU OLEH LELAKI JAHAT,HANYA UNTUK WANITA YANG BENAR-BENAR MENUTUP DAN MENJAGA AURATNYA.

Sebab tu,sekarang ni ramai je wanita yang bertudung tetapi bergaul bebas,berkelakuan tak senonoh,menghisap rokok,berzina.Logik tak?

Malang malang sangat malang sebab sekarang ni makna tudung tu sendiri telah tercemar.Wanita bertudung sudah dikaitkan dengan semua perbuatan negatif,dengar lagu minah tudung dekat bawah ni pon dah cukup nak melambangkan yang tudung telah dikaitkan dengan perkara-perkara negatif.








Nak kata fitnah yang dibuat tak juga,sebab wanita-wanita ni sendiri yang upload gambar di facebook,twitter,dan macam-macam lagi.Akibatnya,wanita yang benar-benar menutup aurat turut menerima musibahnya,dan tak ramai yang tertarik untuk menutup aurat.Disebabkan ramai yang beranggapan yang menutup aurat dengan memakai tudung tu sama,maka keluarlah kata-kata yang biasa kita dengar ni
"PAKAI TUDUNG TAK IKHLAS TAK GUNA JUGAK"

"AKU IKHLAS PAKAI MACAM NI,DARI PAKAI TUDUNG SEBAB HIPOKRIT,BAIK TANGGALKAN JE.AKU NAK JADI DIRI AKU JE.TAKNAK PAKAIAN LAIN,PERANGAI LAIN"

"WALAPUN AKU TAK BERTUDUNG TAPI AKU SOLAT DAN PUASA.UMRAH PON AKU DAH G.HATI AKU LAGI BAIK DARI WANITA BERTUDUNG,TAPI PURA-PURA BAIK"

"AKU PAKAI TUDUNG KE TAK KE,TU URUSAN AKU DENGAN ALLAH.JANJI AKU TAK KACAU SESIAPA"

"BUKAN AKU TAKNAK PAKAI TUDUNG,TAPI BELUM SAMPAI SERU LAGI,TENGOKLAH NANTI,AKU AKAN BERUBAH.TAPI BUKAN SEKARANG"

Macam tu lah antara alasan yang kita selalu dengar daripada wanita yang tidak menutup aurat.Tapi sebenarnya ITU HANYALAH TIPU DAYA SYAITAN YANG MENGELABUI HATI SUPAYA HATI TIDAK MEMATUHI PERINTAH ALLAH UNTUK MENUTUP AURAT.Adakah logik kita meninggalkan solat hanya kerana ada antara orang yang solat tapi dalam masa yang sama mereka jahat?Adakah kita tidak akan menyempurnakan haji,atau umrah hanya disebabkan ramai yang pergi umrah tapi mereka tetap membuka aurat atau berkelakuan jahat??

Jawapannya adalah tidak.Kenapa tidak?sebab soal prinsip dan peribadi atau alasan sebegini mesti dipisahkan.HUKUM ALLAH ITU WAJIB,yang kita cakap macam alasan diatas itu adalah prinsip!Menutup aurat adalah wajib sama seperti hukum menunaikan solat.Selain ia adalah wajib,jika kita benar-benar menutup aurat dan bukan sekadar bertudung,maka kita akan nampak janji Allah untuk melindungi kita itu benar,tapi jika tidak,maka kita tidak akan nampak kesannya kerana kita tidak mengikut syarak.

Tengok sekarang ni keadaan berbeza sangat kan?Sorry to say ramai yang bertudung tapi pakai tshirt lengan pendek,tudung pendek,jeans ketat.Apa kata pada yang bertudung tu,kita ubah sikit style pakai tudung tu nak belit 15 kali pon tadahal tapi labuhkan,longgarkan.Memang ada macam-macam fesyen tudung sekarang ni,Yang kontot,yang labuh,yang jarang.






Wanita bertudung sekarang ni lebih gemar untuk mengikat rambut seperti jambul unta,maknanya itu bukan menutup aurat tapi itu adalah hanya memakai tudung kerana apabila kita membuat jambul unta,sesiapa sahaja boleh meneka,rambut kita tu panjang atau pendek,lagi tinggi jambul unta lagi panjang rambut,ataupun sekarang ni tak payah rambut panjang pon tak pe,jambul unta dah dijual dimana-mana.Jambul unta itu adalah amalan masyarakat jahiliah dahulu.



Bismillahirahmanirahim

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” 

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
'

Menutup aurat ada niatnya ada konsepnya dan ada caranya yang khusus.Ia dibuat atas dasar iman dan tujuannya adalah untuk menjaga akhlak.Tetapi jika memakai tudung sahaja,Mungkin niatnya untuk glamer,untuk dimodelkan,untuk mengikut trend terkini atau untuk diminati,Memang tak hairan sekarang ni tudung telah digunakan untuk mendedahkan kecantikan diri hingga terbabas dari syaritat yang telah ditetapkan.
MENUTUP AURAT BUKAN SEKADAR MENUTUP RAMBUT.Ada beberapa perkara yang mesti ditutup dengan tudung

#Tudung pada wajah-Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah,berhias dengan tujuan bertabarujj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai.Kecantikannya khas untuk suami bukan untuk orang luar.

#Tudung pada hati-Hatinya terpaut pada mengingati Allah.Apabila seseorang itu mengingati Allah maka Allah akan menjaganya dan memeliharanya dari kejahatan.

#Tudung pada suara-jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan untuk memikat seseorang.Allah pernah berfirman "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya,sebab akan menaruh harapan kepada orang yang dalam hatinya ada penyakit" (Surah Al-ahzab)

Buat masa ni tu je yang aku dapat kongsikan.sama sama kita muhasabah diri dan memperbaiki diri dari yang sekarang untuk menjadi yang lebih baik.Insyallah.

P/S:BERTUDUNG DENGAN MENUTUP AURAT ITU BERBEZA.INGAT TU ^-^


Cantikkan?

10 comments:

blogtilldrop said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

satu entry yg bermanafaat. Tq

nurdani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak kisah lilit macam mana pun, lipat macam mana pun, janji aurat ditutup sempurna.

suka tengok gaya dya, dena bahrin dan maria elena. tudung besar, labuh dah bergaya

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

blogtilldrop-ilmu yg datang dr Allah.sama2 :)

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nurdani-yep2 tak kesah nak lilit berjuta-juta kali pusing sana sini pon tak kesah,tapi kena tutup apa yg patot ^-^

azdigital-on9 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

keep up the good work dya.. :)

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

azdigital-on9-insyallah amin :)

i'm ezza haniza said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga dya terus beristiqamah :)

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ezza haniza-insyallah dear.amin (:

Nick said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus2. Susah nak tegur kalau ada perempuan yang macam ni , sedangkan dalam keluarga kita sndri. semoga dipermudahkan segala urusan.

Sya Syahirah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalamualaikum,saya baru je terbaca entry ni.Nak tanya,macam mana pula dengan wanita yang suka letak kerongsang dekat belakang tudung macam paderi kristian? Mohon jawab soalan saya :|