I appreciate them.

Friday, 24 August 2012

KENALI 7 EKOR NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA.

Assalamualaikum
Apa Khabar semua?Macam mana dengan aidilfitri?best tak?dapat banyak duet raya?Ini semua adalah soalan biasa yang akan ditanya menjelang seminggu raya.Ha ataupon soalan biasa dan famous yang biasa ditanya oleh makcik-makcik sedara,nenek,atok,makcik jiran,makcik punya makcik untuk lelaki dan perempuan bujang berumur 20 tahun ke atas "Dah ada bf/gf?" "bila nak kawen ni?" "kenapa tak bawak bf/gf raya kat rumah?"
*ihiksihiksihikssssss

Since ramadhan pon dah habis,dan sekarang kita sedang menyambut syawal,aku nak share dekat korang semua nama-nama iblis dan tugas-tugas mereka.Yela sekarang ni syaitan dah terlepas,masa ramadhan ada jugak syaitan tapi syaitan manusia,merompak,buat maksiat.MasyAllah.Ruginya Ramadhan kita kalau macam tu,entah jumpa entah tidak ramadhan tahun depan.Ye dak?Apatah lagi dah berlalu Ramadhan ni,kuat tak iman nak tolak hasutan syaitan?First tengok dulu diri kita,berubah tak lepas ramadhan haritu?Ke sama je perangai kita dengan sebelum puasa dan selepas puasa?Kalau macam tu ada something wrong kot.sekurang-kurangnya ada perubhan sikit yang berlaku dalam diri kita ni.Takde jugak?Takpe takpe cuba berubah selagi ada masa dan nyawa dibadan k?

Ni nak habak mai,selagi nyawa kita di badan,maknanya Allah masih beri peluang pada kita untuk berubah.Kita tak berubah bukan sebab tak dapat hidayah tapi sebab hati kita ni degil nak tinggalkan maksiat.Hidayah tu dah ada lama dah dalam Al-Quran,Tapi kita ni je buat-buat tak reti and cipta berjuta alasan.



Baiklah enough of membebel,sekarang ni kita semua harus mengenali syaitan sebab kalau tak kenal macam mana nak menepis godaan dia kan?Bukan aku nak suruh korang ni suai kenal macam hari pertama masuk sekolah.Tapi just tahu kewujudan dia.



#Tsabr
Tugasnya adalah untuk menghasut manusia dan menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia dalam kesusahan dan kesedihan.Ketika kita dalam kesusahan,maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik kepada kita untuk melakukan kejahatan sepeti berzina,mencuri,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.Biasa tak jadi macam  ni?jangan nak tipu.Kita semua manusia,manusia adalah makhluk yang lemah.Pernah kan kita dapat kesusahan?lepastu kita rasa macam nak buat jahat untuk dapatkan kesenangan.Okay contohnya masa tu kita tak ada duet,lepastu kita nak sangat beli meatball ikea lepastu kita mencuri duet kawan.*Eh ini bukan contoh yang baik.hehe maaf.

Okay serious,waktu kita sedih putus bercinta,kita rasa frust sangat,rasa sedih sampai tak tahu nak buat apa ni.Padahal baru putus bercinta je pon bukan bercerai,kemudian datang Tsabr dan bisik kat kita supaya bunuh ex kita,minum arak,pergi club untuk release tension.



#A'war
Tugasnya adalah menghasut kita supaya mendekati zina dan terus melakukannya dalam apa cara sekalipon.A'qar dan kuncu-kucunya akan menggambarkan keenakan berzina dalam akal fikiran kita dan mengobarkan nafsu.
Sebab tu jangan tengok cerita yang berunsur lucah,tak baik untuk otak,sebab dari situ A'war boleh menghasut kita sampai terbayang-bayang,tu yang banyak kes rogol,kes zina suka sama-suka.Tengok jugak video diatas ni,antara tugas A'war



#Miswath
Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan fitnah besr agar manusia itu kucar-kacir hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehingga menyebabkan pertempuran yang dahsyat.So boleh tak kita samakan kaki fitnah kaki gosip dengan Miswath?*opssss.Tengok video di atas ini.




#Dasim
Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah,dan permusuhan.Selalunya les rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
Siapa yang selalu dengki?Selalu cemburu tak tentu pasal?Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi sampai kita bermusuhan.Nauzubillah.Video diatas menunjukkan tugas Dasim

#Zaknabur
Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,penipuan dalam perhubungan.Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba.
Riba?Aku rasa macam semua bank sekarang ni mengamalkan riba,dunia kita ni memang tak lari daripada riba.Penjual tipu pembeli memang dah banyak sangat sampai masuk surat khabar lagi.Zaknabur kah anda?



#Khanzab
Menghalangi kita dalam melakukan solat,mengganggu kita dalam melakukan solat.serta mencari jalan agar dapat menyebabkan kita tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan dari  solat menjadi sempurna.Kurang diajar sangat si Khanzab ni kan.Masa solat dia nak kacau,dok ingatkan kita dekat drama tadi,dok ingatkan kita dekat kekasih,dok ingatkan kita tentang makanan,lepastu kita pon terlupa dan was-was  kita dah rakaat ke berapa.

#Walhan
Menganggu kita supaya sentiasa was-was dalam berwuduk ini akan menyebabkan kita tidak sah dalam soat.Walhan jugak akan menyebabkan kita sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu benda,
Pernah tak pergi shopping lepastu rasa macam nak beli semua benda,bila dah beli tak pakai pulak.pernah kan?jangan kata tak pernah,haritu pergi shopping raya tu apa?*ngehngeh

Dah kenal dah jenis-jenis dan tugas-tugas syaitan?Dah tahu macam mana nak elak haustan syaitan?jangan kita pulak yang menjadi syaitan dan kuncu-kuncu syaitan dengan berbuat maksiat.

Ingat!Apa yang dijanjikan syaitan pada kita adalah tipu belaka dan dia takkan membela kita di akhirat kelak.Janji dia yang satu yang benar hanyalah ingin menyesatkan manusia hingga hari kiamat!

P/S:Selamat hari raya,jangan makan banyak sangat tawuuuu:D

Dan dibawah ini adalah antara tugas-tugas syaitan jugak.











5 comments:

man said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

thanks..

meningkatkan pengetahuan..

Pangeran said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah. Perkongsian yg baik. Semoga awk terus sebarkan kebaikkan. Bersama2 kita dapat perkongsian drpd ilmu ini.

Leaning Tower Of my Life said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Info ni dapat dari mana ya? Tak pernah lagi dalam alquran atau mana2 hadith rasullullah yg menyatakan nama syaitan, mohon info lengkap berdasarkan hadith dan alquran ya. Saya tunggu..

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

learning tower of my life

"Abdullah bin Muhammad bin Ubaid meriwayatkan satu hadis, daripada Mujahid, ia berkata: Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur menipu menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar."

more?
http://ahmadzaki.wordpress.com/2008/09/28/nama-nama-syaitan-dalam-surah-al-fatihah-jawapan-dr-amran-kasimin/

dan byk lg.

Biru Langit said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau di tempat saya ada,,namanya dasim anaknya ncing juleha,,dia hebat main gitarnya *anak band..tapi sekarang saya tahu kenapa dia bisa hebat seperti itu,,toh!!ternyata dia itu setan.
*thx ya buat infonya,,awak memang poooolllll