Assalamualaikum memakcik,kekakak,bangkak,dan kakbang semua.
Ha pekhabaq semua? Life okay dak? yela dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tak menentu sekarang ni kan.Pasti memakcik semua tengah pening nak pilih course apa yang terbaik untuk anak anak memakcik semua kan?
Yang adik adik pulak yang baruuu je masuk universiti tu,mesti tengah dok fikir "awat laaa aku boleh terjebak amek course ni.Kan best kalau aku amek kosmestik" . *gelak hambar.
Aku pon pernah berada ditempat korang jugak dulu.Keputusan SPM aku bukanlah hebat mana pon.Senang cerita memang tak hebat la.Keputusan aku suam suam kuku je.Tapi Alhamdulillah rezeki bukan terletak pada keputusan SPM.Aku dapat capai apa yang aku nak capai sekarang ni.
Aku ingat lagi,sehari sebelum aku dapat keputusan SPM,aku baru je balik dari latihan PLKN,aku memang takde hati nak belajar.Aku nak kerja terus kononnya .Esoknya aku pergi sekolah ambil keputusan SPM dengan muka berbelang sebab PLKN,dapat je result,aku kol mak ayah aku.Dorang kemain excited .Tapi Aku biasa-biasa je,Yang aku tahu aku taknak sambung belajar sebab aku dah penat mengadap buku.
Mak ayah aku yang excited mohon UPU,mohon universiti swasta,Aku memang acuh tak acuh.Aku cakap dengan mak ayah aku pilih je course apa-apa sekalipon yang wujud.Aku memang tak minat dah nak belajar.Bila teringat saat tu,rasa sedih pulak.Mak ayah aku betul-betul nak anak dia hidup senang dan berjaya.
Beberapa bulan kemudian,Aku dikejutkan dengan tawaran sambung belajar dari UiTM Melaka. *ayat novel sangat.Course yang aku dapat ialah Diploma komputer sains.Aku redha jela sebab aku bukannya minat belajar pon.Sampai satu tahap otak aku jadi tepu nak belajar programming.Boleh dikatakan aku tak minatlah wehhh.Aku banyak main masa diploma.Tapi aku ni jenis pulun last minute,Alhamdulillah pointer aku 3 pointer sokmo.Dan aku dapat tawaran sambung degree dekat UiTM shah Alam,Degree in netcentrics computing.Komputer lagi ye dak?Time ni aku dah sikit sikit jatuh cinta dengan programming.Final Year Project memang susah gila sampai aku nangis macam orang gila.Tapi betul Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan.So aku grad degree dengan jayanya.Tahun depannya aku kahwin.wakakakakak:D
Lepas Praktikal aku terus bekerja sebagai Junior programmer dalam Android platform.Masa ni ko jangan cakaplah experience kejadah semua takde kan.apa yang korang belajar dan pratikkan dekat Universiti adalah totally difference dengan alam pekerjaan.Kalau masa belajar kau boleh nak meniru,boleh nak refer bagai kan?Time kau kerja,memang kau akan culture shock la.Lagi-lagi kalau kau adalah seorang programmer,kau memang kena expert based on experience.
Aku mengaku code aku macam haram jadah masa memula aku jadi junior prorgammer.Aku rasa sesapa yang baca code aku,dieorang akan pengsan dua kali.bayangkan aku banyak if else statement.dalam if else ada if else lagi.
if(12>3){
if(12<100){
sysout();
}else{
sysout();
}
}else{
sysout();
}
Aku baru je dalam bidang software engineer ni,Adalah nak masuk 3 Tahun.Baru lagi dan banyak sangat benda yang aku kena belajar.Banyak sangat.Bila aku dalam company,aku akan rasa aku lah yang paling noob sekali antara semua.Sampailah sekarang.But the thing is aku enjoy dan aku sangat passion dengan kerja aku sekarang ni.Eventhough aku pening dan banyak kali menangis tapi aku rela.sebab aku suka kerja aku.
So Aku yakin ramai je orang yang ada diploma atau degree in computer sains kan?Dan korang pasti tengah teragak-agak nak sambung kerja in programming atau lari bidang betul?Takpe dalam entri ni aku akan share apa yang korang perlu prepare sebelum jadi seorang software engineer.*ceh baru nak start sharing rupanya.
1.Dapat kol shortlisted untuk interview.
Ha Bila korang dapat je kol dari company untuk interview,first thing yang korang kena tanya dekat orang tu, "Ada test tak yang saya kena buat?" , "siapa yang akan interview saya?HR atau technical manager?".Semua ni penting tau untuk korang buat preparation nanti.Kalau dia cakap ada technical test,so korang siap sedia dengan terms in programming,buat soalan logic as many as you can.Jangan hafal je tapi fahamkan please.Sebab chances untuk dia tanya verbally pada korang adalah sangat tinggi.Contoh dia akan tanya give me an example of polymorphism.Kalau dalam bilik interview tu korang nampak whiteboard,jadi siap sedia la ek.Sebab kemungkinan dia akan bagi situasi dan korang kena tulis code dekat whiteboard sambil diperhatikan oleh experts.They might judge you.So if you dont know the answers,Just honestly cakap tak tahu.Jangan berlagak tahu.
2.Test technical masa interview
Yang part ni korang tau tak kenapa dorang bagi technical test?Yes one of the thing is dieorang nak tengok korang punya capability untuk buat programming.Tapi the other side is sebenarnya dieorang nak tengok korang ni macam robot tak kalau buat programming.Dorang sebenarnya bukan nak tengok sangat korang boleh jawab ke tak soalan dorang tu.Kebanyakkan Technical manager percaya yang tak semestinya korang boleh jawab test dalam kertas,korang adalah seorang yang productive.Kemungkinan korang sudah hafal logic dan sebagainya.Sebab tu after techincal test,there is a sessions,between korang dan technical manager.they want to know you better.Whether korang ni seorang team player atau tak.Boleh independent atau tak.Itu yang paling penting dalam technical sebenarnya.Sebab most of the time takde sapa akan guide korang waktu kerja.
3.Jangan stick in One platform/technology
Kalau korang dah lama kerja atau baru je nak kerja as a software engineer,Jangan stick in one platform.Contohnya korang dapat task Website,korang nak stick in website je.Jangan beb.Sebab contoh ek.Aku bagi contoh.Blackberry dulu famous kan.Sekarang dimanakah blackberry?Nasib baik nak develop blackberry kena pakai JAVA.Which is can be applied to others platform as well.Nasihat aku yang tak berapa pakar ni,jangan stick in one platform.Kalau boleh expert in one platform,tapi dalam masa yang sama korang tau sikit2 pasal technology lain.Cantik sikit resume korang beb.
4.passionate
Sebelum apply kerja as a software engineer,Tanya diri korang dulu,walaupun korang jurusan komputer sains,korang ada passion tak untuk buat programming?sebab aku cakap awal-awal kerja ni memang memerlukan passion.,sangat perlu!! sebabnya kalau korang giveup,korang akan end up menangis atau berhenti kerja.seriously.Balik malam tu dah pasti.Kadang-kadang kalau korang jaga server,kalau server down,jam 2 , 3 pagi korang kena lari pergi office.Haaa Passion tak?
5.Beza company kecik and besar
Apa beza kerja software engineer dalam company kecik dan besar?Kalau korang kerja dalam company kecik,kemungkinan untuk korang kena buat semua benda adalah sangat besar.Pada aku benda tu best sebenarnya sebab korang boleh belajar banyak benda.Tapi penat sikit lah.
Kalau kerja dalam company besar,biasanya dieorang akan letak korang dekat satu platform sahaja.Kalau nak tukar,kena isi borang.Dan company besar ni dia ada flow yang tersendiri yang digunakan untuk submit task.Biasanya Agile methodology.
6.Always googliness.takdapat jwpn bru tanye superior
Ya Ya aku tahu kadang kadang tu bila korang buat task tu,korang macam blur dan tak tahu nak rujuk siapa kan?Dont worry google ada.Jangan malas untuk google sebab google sentiasa ada jawapan dan explanation.Jangan copy and paste.Fahamkan dahulu then baru copy and paste.Jangan malas untuk google.As a technical korang kena creatif and use technical ways la untuk cari solution.If tak jumpa solution,baru rujuk pada superior.Jangan malas nak google and terus tanya.Silap hari bulan korang yang kena sembur nanti.Serious.
7.Part Gaji
Ala sensitif la bab ni.Tapi kena cakap jugak.Part gaji ni sangatlah berbeza antara company.Ada company kecik yang bagi gaji besar.Ada jugak company besar yang bagi gaji kecik.Sebab kekadang dorang ni underestimate korang.So baca balik point number 3 dan 4.Pendapat aku lah kan.Sebelum mintak gaji tinggi,korang kaji dulu company tu,dan kaji berapa yang korang patut dapat sebenarnya.
Kalau korang banyak experience or pandai gebang and buat dorang ternganga dengan apa yang korang cakap masa interview,Kemungkinan untuk korang dapat gaji tinggi adalah sangat besar.Cadangan aku adalah korang letak expected salary yang paling tinggi then kalau dieorang nak nego,korang turun sikit2.gittewww.itulah permainannya.
Sejujurnya aku bukanlah seorang yang pakar dalam software engineer.Aku pon masih belajar dan belajar.Sebab belajar ni tiada akhirnya.Lagi Lagi technology kita ni sentiasa bertukar dan berkembang.Jadi untuk menjayakan wawasan 2020(ada lagi ke wawasan ni?hahah :D) mereka memerlukan orang-orang macam kita.Now everything guna mobile bro.Nak tukar bidang?Boleh tapi make sure ade passion.Itu yang penting.
Yang bener,
Dya Mohamad
Noob in Technical.
1 comment:
waduhhh...keponingan den membaca nehh..macam den poning tgk roomate den yang buat programming..kesian siang malam asyik trial test run...selalu Error! hehehe tapi bukan senang...Kudos to you Dya <3
Post a Comment