I appreciate them.

Sunday, 27 December 2015

Resepi:Cheesy Baked Rice ala Pizza Hut

Assalamualaikum 

Harini Aku nak share resepi.Favourite suami aku bila singgah pizza hut.Tapi kalau hari-hari singgah pizza hut mau habis duit macam tu je ye dok?

kalau masak sendiri,boleh jugak adjust ikut kesukaan.


Senang je nak buat Cheesy baked rice ni,yang penting korang kena ada Oven.Tak kisahlah Toaster Oven ke,Oven stove ke,Yang penting Oven untuk membakar okay?


Okay ni List bahan-bahannya.




1.Bawang merah *Didadu
2.Bawang putih   *Didadu
3.Sosej
4.Daging Ayam
5.Butter/Marjerin
6.Black pepper
7.Susu Segar
8.Cheese(Suka hati nak cheese apa.Aku pakai Topping with Cheese,Beli dekat giant)
9.Kiub pati ayam
10.Garam
11.Gula
12.Sayur-sayuran.(Aku pakai karot,Coulli flower)
13.Nasi 
14.Tepung biasa/jagung 

Ha senang kan?
So Pertama,Pre-heat your oven.Aku agak-agak je.Kalau dah panas tu,kira betul la tu.HeHe:D




Kedua,Cairkan butter/marjerin dan Tumis bawang merah,bawang putih sampai harum,kemudian masukkan sayur-sayuran tadi.





Ketiga,Masukkan ayam dan sosej.Kacau sampaila bahan-bahan tadi agak masak.




Keempat masukkan nasi.Goreng nasi tersebut.Ala macam buat nasi goreng butter tu.Then masukkan black pepper dan garam ikut tekak korang.Gaul la sampai la bahan-bahan tadi masak.Gittew.



Kelima.Panaskan susu segar.Agak-agak la untuk cover seluruh nasi.Masukkan black pepper dan kiub pati ayam ,tepung.Kacau sampai pekat.Bila nampak dah pekat je,Masukkan cheese.






Keenam.Masukkan nasi tadi dalam bekas,dan tuang campuran susu keatas nasi.Ha korang gaul la bagi sebati.Then tabur cheese atas nasi.Bakar sehingga nampak cheese tu melting.aku suka cheese aku garing.So aku biar lama dalam Oven.





Close up sikit,yummyyyy

Tadaaa Nampak tak garing atas dia?sedap woo.Barulah tak muak.Tapi Aku tambah jugak cheese dalam nasi tu lepas siap bakar.Sebab nak rasa cheesy lagi.Nampak cheesy Tak? wehuuuu~~

Selamat mencuba kengkawan!!:)



9 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wahhh macam menarik ni, thanks for sharing, bolehlah cuba untuk anak teruna kecil tu...

Azlinda Azman said...

Rajin dya masak..Resipi berguna ni

Que Achmad said...

Ya Allah, sedapnyaaaaaa.... nk kna try jgk ni

Lan Careno said...

Boleh mntak mem buatkan ni... Hehehe

Nadia Johari said...

Pergh menyelerakan

Julia Johari said...

Homemade mmg sedap...besttt leh mkn puas2

Salina Johari said...

Mudahnye resepi...serious tak pernah try.. .kena buat ni...

irra yyan said...

Wow...

junainah mohamed said...

Bestnya... Nak kena try buat jugak la