Assalamualaikum
Alhamdulillah 22.1.2016 aku dan suami diberi peluang untuk menghadiri malam gala teater bikers kental.
Fuuhhh Ramai gila orang yang datang bak hangggg.Abam abam yang bawak motor besar pon ramai .
Okaylah.Aku rasa ramai dah kot yang tahu pasal movie bikers kental kan? Siapa dah tengok versi yang movie? Kalau korang rasa versi movie tu tak best,apa kata korang beri peluang untuk versi teater pulak.Aku jamin korang akan tergelak terbahak bahak punya.Sebab Zizan dan Awie sangatlah spontan.
Oh siapa yang tak tahu cerita bikers kental ni mengisahkan Seorang anak muda iaitu Bidin yang meminati motor kuasa besar dan impiannya dan menunggang dari kuala lumpur ke Thailand.
Ada satu scene tu,awie nyanyi lagu Ratuku dan dia turun bawah and berinteraksi dengan penonton which is very the wow gittewwww.Semua gadis mabuk kepayang bila Awie tetiba datang dan duduk sebelah dieorang.
Aku dan suami tergelak terbahak-bahak malam tu sebab dah teater ni memang kelakar nak buek camno kan.
Paling epic bila tetiba polis evo ada dalam teater ni.Zizan menari lagu thailand. Awie jadi hussein macam dalam cerita hantu kak limah balik rumah.Memang aku bagi 8 bintang dari 10 bintang.
Kenapa 8 bintang? Sebab spontan,kelakar dan menarik.Kenapa teater ni hilang 2markah dari aku?Sebab ada satu scene tu aku tak paham apa yang dah berlaku sebab pelakon tu cakap bahasa kelantan pekat dan menjerit.
Overall,teater bikers kental memang menarik dan kalau diberi peluang memang aku nak tengok lagi.
Kamon guysss Awie dan zizan kot.Zizan tu memang kelakar.Dan Awie pulak kita tahu dia dah berlakon banyak movie yang kelakar.
Give this teater a chance and aku janji korang takkan menyesal.
Tiket boleh didapati disini:
http://www.istanabudaya.gov.my/laman-utama/bikers-kental-23-31-januari-2016/
Credit pic: Lan Careno