I appreciate them.

Tuesday, 26 July 2016

My first trimester journey

Assalamualaikum 

Aku dah lama nak tulis entry My 1st trimiester journey tapi tak tertulis-tulis.Idea macam tersekat di skala 6.Idea tak mencurah curah dekat ladang gandum.hukhuk.


Aku nak bahasakan diri aku ummi boleh? Sebab nanti anak aku dah besar,aku nak dia baca :,)



Sekarang ni ummi dah masuk 3rd trimester mengandungkan awk DFJunior. Lagi beberapa minggu je lagi kita akan jumpa.Ummi dan babah tak sabar sangat-sangat nak jumpa DFJunior.Ummi dan babah selalu doakan DFJunior supaya jadi anak yang baik,soleh solehah malah lebih baik dari Ummi and babah .



Ummi nak cerita pasal 1st trimester mengandungkan awak tau DFJunior.Hehe:D .Macam mana ummi tahu yang awk ada dalam perut ummi? Masa tu Ummi dan babah aktif pergi gym.Ummi nak kurus katanya.Babah pulak nak tough macam the rock.HIHI. Ummi bantai lari dekat trademill 20 minit nak oi.Tula orang cakap rezeki Allah tak pernah silap. Esoknya tetiba babah sakit kepala nak muntah macam masa first pregnancy dulu.Ummi pelik,kebetulan dekat rumah ada UPT test,Ummi test dan alhamdulillah positif.Masa tu Ummi dan babah taktahu nak react macam mana tau tau.Happy sedih semua ada. :,)

First scan ummi nampak awak :D


Hari yang sama jugak Ummi dan babah pergi klinik nak scan dan buat UPT.tapi masa tu Ummi dan babah risau sebab doktor cakap dia taknampak apa-apa dalam perut Ummi.UPT pon negative.Masa tu Ummi dah sedih.Doktor suruh tunggu lagi 2 minggu and datang check.Tanpa disedari hari hari Ummi check UPT sendiri tau,dan result alhamdulillah positif.Dan seminggu sekali pergi scan awak.Alhamdulillah doktor dekat putrajaya jugak yang dapat detect awak dalam perut Ummi.Ummi nangis tau sayang.Ummi tak sangka awak ada dalam perut Ummi.Masa tu Ummi dah sayang sangat sangat dekat awak lebih dari nyawa Ummi.


Ni Ummi scan dengan Klinik kerajaan.Alhamdulillah doc cakap awak membesar dengan jayanya.

Dipendekkan cerita Ummi ingatkan masa first trimester tu Ummi takdela morning sickness,rupanya ada tauu.Lepas babah pening and rasa nak muntah,turn ummi pulak kena.Apa yang ummi makan semua Ummi muntahkan balik.Ada sekali tu Ummi muntah masa atas motor.Ummi muntah dekat badan babah.Hehe.Sorry Babah :D . Lepastu Ummi tak boleh makan atau bau ayam goreng.Padahal dulu ummi sangat sangat suka makan ayam goreng.Ummi pergi nandos lepastu Ummi tak boleh nak habiskan ayam nandos tu. Tapi yang peliknya selera Ummi bertambah,makan ikut suka je. Kekadang Ummi makan biskut je sebab Ummi takut muntah.Susu pon kekadang Ummi tak minum.Haih risau jugak khasiat yang anak Ummi dapat. Tapi Alhamdulillah Ummi tak pernah skip ubat yang nurse bagi dan kalini Ummi sangat jaga kandungan Ummi.Ummi jalan slow-slow.Kerja rumah pon babah banyak tolong. Ummi tak masak langsung,kesian babah asyik kena beli dekat luar je.huhu.

Ummi pergi kerja naik motor sayang. Babah bawak hati-hati sangat.Kalau babah bawak laju,Ummi bebel dekat babah.Alhamdulillah awak behave sangat sayang.

Setiap orang yang Ummi jumpa mesti Ummi akan minta dieorang doakan kita sayang.Yela kita tak tahu doa mana yang Allah akan makbulkan kan?

Ummi dan babah tak sabar nak jumpa awak sayang! Ummi dan babah sayang sangat dekat awak dunia dan akhirat!

1 comments:

Ridzuan Razali said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lamanya tak baca blog kakdya. Akhirnya kakdya update juga.

Semoga Allah lindungi kakdya dan baby kakdya. Amin.