I appreciate them.

Wednesday 10 February 2016

Jumpa semula Ipod Touch setelah 8 bulan hilang!!!

Assalamualaikum

Harini aku nak kongsi kisah yang membuatkan aku lebih yakin yang kalau dah Allah tulis yang rezeki itu milik kita,lambat atau cepat ia tetap akan jadi milik kita.

Ipod touch tu hadiah daripada suami aku.So means that ipod tu sangat precious dan sentimental value.Dahlah ipod touch tu aku khaskan untuk instagram ,facebook @hauraabydya. 

Dah 8 bulan hilang start bulan 5 tahun lepas.Lama kan? Macam mana boleh hilang? Aku ingat lagi malam tu jam 10 malam aku dan suami tengok movie dekat IOI putrajaya. Esok pagi aku check dalam beg, Ipod aku dah hilang!!


Punyalah aku cari satu rumah.Aku ni jenis pelupa jadi aku ingatkan ipod tu ada bawah katil,ada tercicir dalam rumah.Aku cari dekat rumah mertua,rumah mak ayah aku pon aku cari.Tapi memang takde.Setiap hari aku cari.Aku percaya yang Ipod tu ada.Tapi.. Takde rezki aku masa tu.Tapi aku tak putus asa,Aku bukak Icloud dan aku try untuk check location terakhir Ipod aku.Tapi hampa lagi sekali.Ipod aku tu offline dan terus aku tekan Lost Mode dan aku letak message tolong pulangkan Ipod aku dan kalau Ipod in online mode, akan ringing dan dapat message aku tu.

Dan hari hari aku bukak icloud untuk check Ipod aku. Last sekali aku putus asa tapi aku sedih sebab Itulah iOS pertama aku seumur hidup dan dihadiahkan oleh orang yang paling aku sayang pulak tu.Hmm....

Memang terkilan.terkilan sangat sebab tu hadiah.Tapi masa tu aku dah fikir takpela mungkin takde rezki.Mungkin Allah nak ganti dengan rezeki lain.Takpelah.

Kemudian aku moved on jela dengan Handphone sedia ada. Dalam masa yang sama aku rindu dengan camera Ipod aku.HAHA.:D



Memang betul firman Allah diatas ni.Ya memang benar sebab ia berlaku pada aku.Allah berikan rezeki dari jalan yang tidak di sangka sangka.
Ya tak disangka-sangka. Sebab Ipod tu dah hilang 8 bulan 8 BULAN!

Sebulan yang lepas.To be exact 11/01/2016 aku terima satu panggilan telefon dari seorang hamba Allah.Tapi aku tak berani nak angkat.Yelah aku ingatkan agent insurans, agent kerja.Aku malas nak layan sebab aku dekat Office.Dan aku hantar message dekat dia "Hello.Who is this? Im in a meeting"



Kemudian sejam kemudian dia kol aku lagi sekali dan aku angkat.Aku tanya 

"Assalamualaikum Hello siapa ni ya?"
Dia : " saya Ida.Macam mana ya nak mulakan.Errr Ada hilang Ipod tak sebelum ni? "
Aku: "Ya Allah.ada adaa!!Awak ada jumpa ke?"

Dia: "Haah sebenarnya semalam saya pergi pasar malam kajang .Lepastu ada sorang mamat indon ni tetiba datang dekat saya and paksa-paksa saya beli Ipod ni dengan harga RM50.00. Dia paksa jadi saya beli jela.Tapi bila saya buka saya tengok ada message Lost Mode.Tu yang saya call sebab ada number awak.Tak sedaplah saya amek barang orang sebab saya taknak nanti jadi dekat saya,orang tak pulangkan pulak barang saya."

Aku: "Ya Allah kak.Ipod tu hadiah dari suami saya kak.. Akak saya nak jumpa boleh?Saya sanggup bayar dekat akak."

Dia: "Eh tak payah bayar sebab yang ni memang hak awak"





Aku terkedu.Sebab masih wujud manusia yang berhati perut .Kalau orang lain,korang dapat Ipod touch 5 generation.agak-agak nak pulangkan tak? Dahlah dapat dengan harga RM50 je.Nak pulangkan?



Lepastu kiteorang janji nak jumpa,sebulan kemudian,iaitu 6/2/2016 kami jumpa dekat the mines.Aku terus peluk akak tu sebab aku sangat berterima kasih. SANGAT. SANGAT.

Ya Rabbi. Janji Kau tak pernah silap. Rezeki tak pernah silap. Tak pernah.Aku sedih sebab aku sentiasa lupakan Kau.Tapi Kau tak pernah lupakan hambaMu.

Korang.Percayalah Rezeki itu sudah dituliskan Allah.Kalau memang itu Rezeki kita, Lambat atau cepat kita tetap akan dapat. Cuma kita harus PERCAYA dan selalulah memberi kepada orang yang memerlukan . Sebab Harta yang kita miliki,bukan semua hak kita.

P/S: Faith in humanity restored!

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah, kalau dah jadi rezeki kita akan tetap jadi rezeki kita, kalau tak buat macam mana pun memang tak akan dapat pada kita...

Kak Sue said...

Kalau dah rezeki kita kan..tapi respect lah kat hamba Allah yang jumpa nie..baik betul hati dia,semoga beliau sentiasa dalam rahmat Allah..

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah ya allah syukur sgt! ade jugak org berhati mulia.