I appreciate them.

Thursday 19 May 2011

seriously,dah tak ada aktiviti lain eh nak buat selain semua ni??

Kalau keluar dating,keluar dengan kawan,dengan skandal,dengan kawan facebook,memang dah tak ada aktiviti lain eh yang boleh kita semua lakukan?korang tak bosan ke buat benda yang sama tiap kali keluar?kalau korang semua tanya aku,memang aku akan jawab,ya aku bosan sebab aku dah buat banyak kali!dari aku merepek lebih panjang,baik aku bagitau korang aktiviti apa yang membosankan yang semua orang dan aku lakukan setiap kali keluar walaupun tak ada duit tapi nak keluar jugak,mak dan abah dah cakap "jangan keluar,duduk rumah,tolong mak tanam bunga".taknak nak keluar jugak.

sebelum mulakan apa-apa,bila dah jejak je dekat times square,ahh tak kesahlah mana-mana shopping complex yang ada,perut pon dah buat hal,mesti nak pergi makan dulu kan.okaylah jom kita pergi makan dekat foodcourt atas,nasi goreng dia memang sumpah mahal dan ciput je,konon hotel bagai.Kalau nasi goreng mak aku masak,banyak,boleh tambah banyak kali dan tak mahal pon.eheheh.Tapi foodcourt dekat times square dah tak ada,harap maklum.

Memang dah tak ada kerja lain selain benda ni.aku rasa korang pon boleh teka apa benda yang aku nak cakap kan?tak dapat teka lagi?tengok wayang lahhh.kalau keluar je,mesti nak tengok wayang,ayat bosan dia mesti bermula macam ni "burppp,kenyang,wey pas ni kita nak buat apa?"kawan,gf,bf,skandal korang pon akan menjawab macam ni "tengok wayang jom?".duhh.aku pon taktau mana nak buang penyakit tengok wayang kalau keluar ni,aku rasa tengok astro first kat rumah sambil baring,pakai seluar pendek,dengar mak bebel lagi best sebab panggung wayang tak boleh buat semua tu.

Lepas dah tengok wayang mesti korang taktau nak buat apa lagi kan?pe lagi,bila nampak karaoke RM1.00 terus bantai pergi walaupun tempat tu dah macam gampang ,nak pilih lagu pon kena scroll ke bawah,kena masukkan nombor and screen kabur macam karaoke galaxy ampang.Bila turun bukit bintang je,mesti korang akan pergi ke jalan imbi,KTV kan.tapi mesti dapat jawapan yang mengecewakan dari cashier tu lepas dia tengok IC korang "maaf awk takblh masuk,awk tak cukup umur"woi!dah tau tempat tu untuk 21tahun ke atas,pergilah karaoke dekat tempat game yang kena masuk token tu!susah apa!

Kepada seisapa yang pergi KLCC,tak ada karaoke kan?so,haruslah nak naikkan market korang tu,korang pon lepak lah depan air pancut dekat taman KLCC tu,kononnya dapatlah famouskan diri korang dekat situ,dan oneday di kenali.comeon,situ banyak indon kot yang melepak,kepada sesiapa yang berdating,.apa lagi,pergi bahagian dalam taman KLCC tu,cari port baik punya,mulakan operasi,lepastu kena tegur dengan pak guard.

Last sekali,bila aku cakap last,aku memang cakap last,tapi untuk entri ni jela.Kalau korang tak ada aktiviti dah,dah habis idea dah ni,mesti nak menyemak depan entrance pavillion.apahal?sebab korang rasa lepak situ untuk orang-orang yang hot je.ohh pleaselah.Faham tak,foreigner dan orang yang tak macam korang nak lalu dekat situ!kalau korang ada share dalam pavillion tu aku tak kesah jugak,ni just nak tunjuk yang korang pernah datang pavillion.ohh my!aku dah banyak kali datang sana.takda plak aku nak menyemak dekat situ,dari korang buat semak dekat situ,apa kata pergi cari kerja,jadi cleaner dekat pavillion,sekurang-kurangnya korang ni ada jugak functionnya.

Dekat KL ni memang susah nak cari aktiviti yang lain daripada yang lain,so daripada tak ada dok mencanguk dekat tangga sogo,baik kita layankan ajaaa.

P/S:Sorrylah,entri aku yang ni,bunyi dia agak poyo sikit,tapi who cares?asalkan aku suka,cukup dan titik.

6 comments:

nurdani said...

haha. setuju...saya sendiri pun dulu kua je mesti tempat2 and aktiviti2 macam tu la asyik buat. bosan!!!!

so lepas ""sedar" dan "insaf" saya dengan kawan/bf/skandal/blablabla kalau kua mesti kena pergi tempat berfaedah buat aktiviti yang tak bosan.

shopping mall bukan tempat saya sebab saya tak suka shopping and tak suka setakat jalan2, lepak2 tengok barang2. itu buang masa.

dya mohamad said...

nudani-tapi dya suke shopping,tp takde duet.ahahah:DDD
tuhla KL ni mmg susah nak cari tmpt yg ade byk aktiviti kan syg.saba jela.kalo nak g jalan TAR rmai indon lak.huhu.dok umah tido la camni.takde duet nye pasal.huhuh

ekabukanmakcikkau. said...

Temerloh best , wakkakakakaka

aishareoils said...

love wayang n karoke...hehehe

dya mohamad said...

eka-sah2 ko dok temerloh kan?hahaha

dya mohamad said...

ecah-me too.tp bosanlah.tiap kali kua mesti buat benda yg same kan