I appreciate them.

Monday, 15 August 2011

Hati-Hati dengan siblings anda di mukabuku.

Assalamualaikum semua,Korang semua tengah buat apa?pada readers yang baca entri aku ni pada waktu malam,dah berbuka?makan apa je?Ketam masak kari?sedapnya!Pada readers yang baca entri aku ni pada waktu siang,korang dah solat subuh,zohor,asar?Belum?kalau belum solat sekarang jugak!Masa ni la korang kena try untuk penuhkan solat korang dimana jugak korang berada.Jangan Risau ceramah yang aku bagi kat korang ni free tak payah bayar.

Aku tahu readers aku yang baca ni mesti banyak list siblings dekat facebook kan?Terutama sekali perempuan.Tapi kan korang pernah terfikir tak sejauh mana korang kenal siblings korang tu?korang main approve je bila sesiapa request,padahal baru  kenal satu jam yang lepas.Entah-entah dia guna fake profile ke mana kita tahu kan?Okay aku pon banyakjugak siblings dalam facebook tu,tapi kebanyakannnya adalah kawan sekolah,kawan PLKN,kawan universiti aku,maknanya aku kenal rapat dengan dieorang,kenapa aku amek dieroang sebagai sbilings aku?Sebab aku nak dieorang dan aku terus keep in touch.Kan?Bukan untuk menunjukkan dekat semua orang yang "wahh banyaknya siblings kau,kau mesti famous kan?semua orang nak jadi siblings kau".Oh bukan itu.Itu namanya riak dan aku rasa sebenarnya siblings kau tu taknak pon jadi siblings kau sebenarnya.Kan kan kan?

Tapi ada jugak dari list siblings aku tu,kawan-kawan mukabukuku.Ada je yang dua tiga orang jadi sisters,brothers bagai,aku akan pastikan kiteorang contact sesama sendiri walaupun jarang online.Kenapa?sebab aku suka personaliti yang ada pada dieorang sebab tu aku jadikan mereka siblings.Serious aku bukan jenis yang pandai berborak dengan orang dalam mukabuku,dengan siblings aku pon.Tapi kalau depan-depan insyallah.Ada je siblings yang remove aku dari list dieorang,tapi aku kesah apa?One go,sepuluh mari daaa.

Mari aku perkenalkan satu persatu sibling aku,maaf bahasa berterabur di setiap penerangan.Takpe asalkan korang faham dan jelas.CEKIDAUT!



Korang pernah jumpa sesiapa dalam list siblings korang tu?Ni tak termasuk kawan rapat ya.I mean memang daripada mukabuku.Pernah tak?Korang tak teringin ke nak jumpa,gathering bagai dengan seiblings korang?ehem.Tak kot?sebab ada antara sibling korang musuh?Lantak korang la.Aku bagi cadangan je.

Aku pernah je jumpa dieorang ni,tapi bukan semua,sebab kalau semua,memang payah la,masing-masing busy.Apa salahnya korang jumpa siblings korang kan?boleh tambah kawan kan?kan?kan?

Orang pertama yang pernah aku jumpa dan kenal di alam maya ini adalah Nurul Jannah Heffney.Macam mana aku kenal dia?Ala dah lama dah masa zaman gemilang Myspace ,dari situ lah kiteorang kenal,dan daripada ex aku jugak.Mula-mula tu contact dekat myspace je,then ala biasalah pasangan bercinta bergaduh,mestilah aku nak mintak pendapat orang yang rapat dengan ex aku,then kiteorang contact dekat handphone sampai membawak ke mukabuku,Aku jumpa dia kali pertama dekat shah alam setelah setahun lebih berkawan.Ya aku memang suka kawan dengan dia,keluar dengan dia,sebab dia bukan backstabber.Sampai sekarang kiteorang masih berkawan,keluar,contact,dan harapan kiteorang adalah persahabatan ini kekal sampai bila-bila.

Aku ni sebenarnya pemalu sikit,bila first time nak jumpa orang,tak kesahlah lelaki atau perempuan,jantung aku mesti berdegup laju sebab segan gila kot.But Bila aku jumpa dia ni,aku tak rasa langsung kejanggalan antara kiteorang,entah.Dia sangat baik,Aku kenal dia melalui mukabuku jugak,dia ada 3 account.Dia ramai kawan dekat mukabuku tu,tapi dia cuba layan semua,dia tak sombong,walaupun dia cantik,tinggi,layak jadi model tapi dia pernah cakap dengan aku yang dia tak minat benda tu semua,dia tak minat glamour,sangat merendah diri.Really,First aku jumpa dia adalah di pavillion,waktu tu aku masih di zaman jahiliah.Reaksi pertama aku adalah OMAIGAD tingginya kau!Aku pulak rasa merendah diri sebab aku rasa dia cantik sangat,macam omputeh.Dia tak sombong.Really.Lupa nak bagitau nama dia,Siti Norazila bt fauzi,21.



Baru-baru ni aku berpeluang berjumpa dengan dua kawan mukabukuku,yang sangat comel,baik hati dan banyak cakap macam aku jugak.Kedua-duanya kecil molek sahaja,Yang bertudung pink namanya Iela,20 belajar dekat UiTM seri iskandar perak dan selalu dapat anugerah dekan,aku bangga dapat jadi kawan dia,yang kedua ialah Fara,19 study ni UNiKOP,gombak,dia ni pulak sangat comel,sopan santun dan pemalu,Ila dan Fara ni dah lama kenal.Aku jela yang baru nak mengenali mereka.Mula-mula kiteorang saja rancang nak jumpa,last-last jadi pulak.Alhamdulillah mereka adalah kawan yang baik,jadi aku sempat hadiahkan mereka gelang persahabatan memandangkan kami susah nak jumpa.


Nampak tak?apa salahnya korang berjumpa dengan "siblings" korang tu,setakat nak penuhkan list siblings baik tak payahla wey,buat menyemak je,kalau taknak jumpa takpe lagi,ni tegur pon taknak.Penyelesaian untuk orang cenggitu?Remove je dari siblings list.Taknak remove?Block je.Lagi kejam.

Eh jap-jap aku nak nasihatkan korang berhati-hati dengan siblings korang sendiri sebab mana tahu dia nak stalk korang untuk musuh korang.Tuhla main approve je request,macam tula jadinya.We never know.

P/S:Oh lupa nak bagitau yang kesemua gadis-gadis di atas telah dimiliki,kecuali aku.Kbai
P/S:Oh ya aku memang suka pakai belt tu,sentimental value.Kbaikbai

Friday, 12 August 2011

INILAH DIA KONSPIRASI YAHUDI

Ehem.Hai kengkawan semua.Korang perasan tak,dah dua tajuk entri aku guna capslock.Tu namanya aku excited nak share something dengan korang,korang pon kena lah show some excitement dekat blog aku,perlu ada sifat ingin tahu.Ececeh.

By the way,aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pengunjung blog aku,tak kira la,kawan-kawan ataupun bukan kawan,musuh,atau bakal jadi kawan,Ni semua takkan terjadi tanpa bantuan blogger yang telah letak blog aku di bloglist mereka,tak dapat aku nak list kan satu persatu,thanks sangat-sangat.
Terima kasih daun keladi,
Jangan buang aku dari bloglist lagi.
Ha tengok-tengok aku dah reka satu pantun disitu.Oh ya,kepada abang Ben Ashaari jugak,thanks bebanyak sebab dia pernah jadikan aku blog pilihan bonus di bulan julai,korang boleh tengok DISINI.Aku tengok Nuffnang aku tadi dan aku tengok bilangan pengunjung makin ramai dari minggu ke minggu.Alhamdulillah.Aku bukan nak berbangga tapi aku just nak ucap syukran jazilan kepada korang semua.Sebab bantuan Korang semua jugak Buffered earning aku adalah naik dalam berapa posen.KAHKAH.



Tak kurang jugak yang cari macam-macam la dekat google then p klik dekat blog aku pasaipa?Blog aku mana ada benda-benda lucah macam tu.Video gay tanpa censored dan siap ada please lagi tu.Aku cuma ada entri luahan perasaan di mana Ex aku disyaki seorang gay,tajuknya adalah  aku tak bencikan homoseksual...cuma...dan aku preview cerita brokeback mountain, synopsis filem brokeback mountain 2005.Korang dah boleh klik dah link tu sebenarnya kan.Dont act like you wont click,Cerita pasal gay weyy takkan korang taknak klik kan?Tipu di bulan puasa dosa kawan-kawan.By the way terima kasih sebab anda klik blog saya,jasa anda dikenang tapi tak berapa nak kenang sangat sebab lucah bebeno.


Okay dah habis perenggan penghargaan di atas tu,Aku nak sambung pulak yang ada kena mengena dengan tajuk entri,KONSPIRASI YAHUDI.Aku rasa korang semua tahu kot apa konspirasi yahudi nak buat pada orang islam kan?Contoh yang terdekat la kan,korang tau tak yang kita selalu buat gaya peace no war tu adalah lambang kepada Iluminati?Apa itu Iluminati?Korang kenal kan Didie alias?Sekarang ni aku bukan nak cakap pasal Didie alias tapi Lady gaga.*ehehe.,Lady gaga ni mengamalkan iluminati dalam hidup dia.Kenapa?Lady gaga pernah mengaku yang dia memang nak sampaikan iluminati dalam setiap lagu dia sebab dulu dia pernah bermimpi ada seorang shaiton datang dalam mimpi dia dan berpesan supaya sebarkan ajaran ni kalau tak mak dia kena bunuh,sebab tu Lady Gaga jadi shaiton jugak sekarang ni.



Macam mana pulak dengan Harry potter?Korang tau tak yang cerita Harry potter ni nak menyampaikan sesuatu dekat korang?hamboi bukan main lagi ada koleksi VCD Harry potter kan,Kalau VCD Bacaan alquran ada tak?Ala Dya ni tanya orang je tau,kau tu ada tak?Ehem,aku adalah sebab tu aku tanya.Jujurlah aku tak berapa minat sangat cerita bersiri macam tu,Memula memang aku rasa macam best je Harry Potter ni,untuk season pertama je aku rasa best,dah naik lain-lain episod memang aku tak tengok.Maaf.Aku memang ketinggalan zaman,but aku rasa macam tepat je pilihan aku tu sebab watak Harry potter tu sendiri ada bawak maksud tertentu iaitu iluminati.Korang perasan tak yang parut dekat dahi Harry tu berbentuk Lightning Bolt?Aku rasa yang korang perasan hanyalah kecomelan Harry Potter.Euw comel ke?Apa maksud Lightning Bolt ni?Menurut research yang aku dah buat,ia bermaksud,si penganut iluminati akan menggunakan suatu kuasa yang macam lighting bolt ini untuk mempengaruhi manusia,contohnya kita,kan kita dah terpengaruh dengan cerita Harry Potter ni.Huh betapa pandainya Yahudi menarik kita kan?Ala kalau nak cerita pasal iluminati dalam movies ni memang banyak,dekat kartun pon ada,just korang kena perhatikan betul-betul,Aku tunjuk satu.

Benda ni korang kena buat research betul-betul.Iluminati ni dah lama bertapak dekat dunia ni,Banyak lagi lambang,cara hidup,gaya tangan kita yang sebenarnya adalah adat bagi iluminati ni,kita sendiri tak sedar sebenarnya.



Malaysia ni pon adalah.Korang jangan ingat tak ada pulak.Sekarang ni ikut arahan aku,amek duit seringgit dan torchlight sekarang.Dah?okay now korang suluh mata sultan tu.Apa yang korang nampak?tengok betul-betul.Kalau aku,aku nampak ni
Lebih kurang camnilah nampak mata dalam piramid.
Cer suluh ni pulak.Nampak apa?

Kebetulan?ehem.aku tak tahulah.Menurut aku kalau kebetulan tu tak perlu ada banyak-banyak,satu dua dah cukup,takkanlah kalau ada 100000 semuanya kebetulan kan?Sekarang aku nak tanya kat korang siapa yang suka pergi melepak dekat putrajaya?Aku suka jugak,suka melihat pemandangannya yang cantik,tapi kalau tengok dekat google maps,apa yang korang akan dapat ialah lambang freemason ataupun namanya iluminati.CEKIDAUT!








Lagi satu please bila nak type blogspot tu betul-betul ya,kalau korang tertaip blogpot,korang akan terus di link kan ke major site bible study,Apakah itu?Itu adalah ajaran kristian,kitab bible,penuh dengan info pasal bible,korang nak baca boleh sahaja tapi jangan terpengaruh.tu je.Dalam mega site bible tu aku ada baca pasal solomon temple,Tahukah korang apa itu Solomon temple?atau lebih dikenali sebagai kuil haikal sulaiman?Kuil haekal sulaiman ini pernah ada dan roboh dulu.Kuil Haekal sulaiman  sedang dibina oleh orang israel untuk raja dieorang yang akan datang.Siapakah Raja dieorang yang akan datang itu?Dajal.Ya,Dajal wahai sahabtku semua.Itulah Janji Israel,membina Kuil Haikal sulaiman untuk pemerintahan raja mereka pada akhir zaman nanti.Dimanakah Kuil ini dibina?Di Jerusalam.Jerusalam adalah BaitulMaqdis.Tahukah Korang jika runtuhnya Masjid BaitulMaqdis ini,maka akan terjadilah Kiamat.Masyallah.

"…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa
mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj &
Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”;al-A nb iyaa’:95-96

Oh sementara aku teringat,perenggan ni tak ada kena mengena dengan entri,pernah tahu pasal yakjuj majuj?Yakjuj makjuj adalah satu makhluk yang selalu melakukan kerosakan di muka bumi ini,makan tanaman orang,macam-macam lah.Eh zaman sekarang pon aku rasa macam ada je spesies yang lebih kurang macam depa ni,suka merosakkan muka bumi.Contoh?Pembunuh,perogol,pencuri,Tu spesis macam depa la tu.Yakjuj makjuj ni selalu melakukan kerosakan dan kerana itu atas Perintah Allah s.w.t depa ni telah dikurung di bawah tanah dengan satu tembok yang telah dibina,tapi depa ni tengah usaha untuk keluar dari muka bumi ni,setiap masa depa cuba untuk korek dan tembus tembok tu,tapi setiap kali depa dapat nampak cahaya dari bumi ni,depa akan cakap "esok kita pasti dapat membolosinya",tapi tanpa izin Allah s.w.t depa takkan dapat keluar,jadi Allah s.w.t tutup balik tembok tersebut,sehinggalah suatu masa nanti DENGAN IZIN ALLAH,DEPA KELUAR,masa tu kita dah boleh cakap "HABISLAH KITA"..Depa ni tinggi amat,sangat tinggi daripada manusia dan sangat ramai.Bila depa keluar memang habislah semua umat manusia tak terlawan woi.Ehem.Aku ada baca jugak,benda ni dah lama yang NASA ada jumpa mole people dekat bawah tanah,sumber tu mengatakan yang mole people ni tak tahu berbahasa english atau bahasa lain dan begitu jugalah yang telah diterangakn dalam alquran,manusia memang tak akan faham sepatah haram bila depa ni communicate.Korang boleh baca berita tu dekat Ya Allah selamatkan kami.


Takut noh?memang takut,tapi takut manusia ni sekejap je,esok tak takut dah,bila baca takut balik.Habis tu sampai bila nak insaf?Rasa-rasanya bila malaikat maut nak amek nyawa kita,boleh tak kita cakap macam ni dekat dia "Kejap-kejap bagi aku masa nak bertaubat.purleasssh!".Memang taklah!Fikirkan.

P/S:Mana nak dapat semua information yang aku dapat ni?Dari buku yang aku baca dan research yang aku buat.Kena rajin ya kawan-kawan!Eh banyak lagi sebenarnya tapi nantilah bila aku rajin nak buat episod kedua,tu pon kalau ada orang nak baca.Muhahahah

P/S:TERIMA KASIH LAGI SEKALI YA!Hari ni takde kbai tapi Assalamualaikum.(:

Wednesday, 10 August 2011

BACA NI!9 PERISTIWA AKHIR ZAMAN!

AMARAN!ENTRI INI AGAK PANJANG!KALAU BACA ALHAMDULILLAH,KALAU TAK BACA,KAU BOLEH BLAH.ADA AKU KISAH?




Eh sedap pulak pantut diatas ni.Assalamualaikum semua pembaca.Apa khabar?ada sihat?Hari ni aku nak bahasakan diri aku ana boleh?Feeling arab sikit.Boleh apa yang tak bolehnya.Sesiapa pembaca tegar blog ana yang tak berapa nak meletup ni,pasti tahu pasal semua entri ana.Oh yang berkaitan dengan agama ada jugak.Tapi sikit yang banyaknya adalah isu yang dibangkitkan ana sendiri,jadi hari ni ana decide buat entri untuk renungan sesama muslim.Memandangkan sekarang ni bulan puasa,apa salahnya ente semua menambahkan ilmu di dada tu.Ish ish ish.Sambil geleng kepala 3kali.Ente semua jangan asyik baca entri mencari hantu je dalam blog ana ni.Sekali sekala mari baca tentang agama pulak dalam blog ana ni.

Hari tu ana ada baca satu buku lah,tajuknya 75 peristiwa akhir zaman,Ehem,ya kita sekarang berada di akhir zaman bukan pada permulaan zaman ya.Kita semua digelar manusia akhir zaman,bila berakhirnya zaman itu?Bila munculnya tanda-tanda kiamat besar yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.Baiklah sekarang ni sila lihat sekeliling ente dan bandingkan dengan apa yang bakal ana huraikan nanti.Oh sambung dengan ayat ini Di sekeliling ana banyak sangat...

1.Golongan  yang meninggalkan solat
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
                 "Akan lahir setelah enam puluh tahun-meninggalnya rasulullah generasi yang mengabaikan perintah solat dan megikut shawat dan mereka akan mengalami kesesatan.Kemudian akan disusul oleh generasi yang membaca alquran,namun bacaan tersebut tidak sampai melampaui tulang selangka mereka...."

Cuba jeling kiri kanan.Berlambak tak orang macam ni?herm,Bukan orang sekeliling ente je,kadang-kadang ana pon buat sama,yela kita semua hanya manusia biasa.Tapi takkan ente semua nak berdiam diri je?Solat tu tak susah pon kan?5minit je.Oh berfacebooking boleh pulak sampai 5jam,ni solat 5minit je.Susah?Ya memang susah bagi orang yang anggap ia menyusahkan.Kita telah menjadi salah satu daripada golongan ini ya sahabat.Masyaallah,Adakah kita hanya mahu berdiam diri sahaja?lakukan sesuatu!Solat!
Apa yang Rasulullah S.A.W katakan itu telahpon menjadi kenyataan,tapi kita masih tidak takut kan?

2.umat islam diperangi
"Hampir saja bangsa-bangsa lain akan datang memperebutkan kamu.."
Kita semua harus terima bahawa inilah yang telah terjadi pada masa kini,walaupun bilangan umat islam kini lebih ramai daripada agama yang lain,tapi agama kita sering diperangi.Buktinya?Ala kalau ana tak bagi bukti pon ente semua sudah tahu bukan?Ana paling sedih bila ana google nama ana Dya mohamad,akan keluar draw Muhammad's day.Mentang-mentanglah nama walid ana Mohamad,terus keluar draw Muhammad's day.Tak percaya?cuba try test tengok.


Dimanakah maruah umat islam masa kini?Dipijak-pijak sesuka hati oleh kafir laknatullah.Tapi yang paling menyedihkan dan teruk adalah umat islam sendiri menindas agama sendiri,ente semua tengok makcik hajjah sitt alwuzra,dengar cerita dah terbongkar dia siapa,seorang cina muslim yang bernama seperti di bawah,

Betulkah ini makcik tu?


Senang-senang je dia kutuk islam padahal dia pon islam.Tak takutkah kita bila islam tiada lagi didunia ini?Ana ada baca dalam satu buku agama,katanya,semua kafir laknatullah hidup di bumi ini hanya kerana masih wujudnya umat islam.Jika tiada lagi umat islam,apa yang akan jadi pada bumi ini?Lu fikirlah sendirr.EH silap.Ente fikirlah sendiri!


3.Pemimpin yang meninggalkan solat
Bila kita nak memimpin orang,diri sendiri tu kenalah betul dulu,itu yang selalu ana dengar,tapi bagi ana tak semestinya,mungkin pemimpin itu hebat dalam perkara lain,tapi dia tak hebat dalam perkara solat?kan?ana ada double meaning bagi ayat di atas ni.Ente fikirkan.Taknak fikirkan?Maknanya ana tengah perli la tu.Apalah ente ni,itu pon tak dapat tangkap.*hehe.

"akan datang sesudahku para pemimpin yang meninggalkan solat pada waktunya.."

Marilah ana kongsi sedikit pengalaman ana,dulu waktu ana bekerja,ana akan mengambil sedikit waktu untuk bersolat,tak kiralah waktu tu sikit atau banyak,waktu ana minta izin dari pemimpin ana untuk bersolat,dia hanya membalas"cepat sikit".Disitu ana agak pelik sebab kenapa dia tak ikut ana sekali bersolat?sedangakan ramai lagi pemimpin yang lain boleh cover dia?Yang paling mengejutkan ana pemimpin itu pernah berkata "siapa yang kerja dekat luar tak payah solat,pemimpin lain semua busy."Ana no komen,sebab ana juga tidak sempurna.Oh takutnya bila mengenangkan apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t telah terjadi perlahan-lahan.Sila lihat sekarang siapakah pemimpin anda?

4.Manusia yang berperangai syaitan
Kaki yang ditemui dalam Tandas.
Walaupun sekarang ni bulan puasa,shaiton dah kena ikat,tapi ana percaya ramai je manusia yang berperangai macam shaiton,dah tak tahu bezakan bulan puasa dengan bulan biasa.Yela masa tak puasa,biasa sangat pergi club,minum arak,so masa bulan puasa pon kena buat jugaklah.Sebab apa?Dah terbiasa.Tahukah mereka bahawa setitik air arak yang diminum,amalannya tidak diterima selama 44 hari.Jawapannya tahu,tapi kenapa buat jugak?Apa lagi manusia yang bereperangai shaiton?Merogol budak,bunuh.Oh ya,kes terbaru ni mayat seorang pendatang asing telah dikerat dan disumbat dalam lubang jamban.Shaiton ke tak shaiton perangai macam tu?Nak ke kita semua disumbat dalam neraka bersama shaiton shaiton tu semua?Masa tu,jangan ingat shaiton,iblis nak bela kita,tapi dia akan cakap "siapa kau suruh ikut apa yang aku cakap".Masa tu siapa yang nak tolong kita?Amalan kita.Tapi adakah amalan kita sudah cukup?

5.Manusia yang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa
"sesungguhnya di antara tanda kiamat,seseorang akan memberi salam kepada orag lain,yang tidak diucapkannya kecuali kerana sudah kenalinya"
Herm,ana rasa perkara ni takpayah tengok jauh-jauh tengok dekat diri sendiri,dekat facebook pon dah cukup.Adakah kita akan mengucapkan salam kepada orang yang  kita tidak kenal?jawapan ente?Ya.Tapi bukan mengucapkan salam,tetapi hai,hello,wassup.Dimana hilangnya assalamualaikum iaitu sejahtera ke atas kamu?Ala.Kalau selisih dengan pensyarah yang dikenali pon susah betul nak ucap salam.Ana pon terkadang begitu.Tapi Kita boleh mengubahnya kan?

6.Masa yang berlalu bagaikan kobaran api
Eh sedar tak?sekarang ni dah berapa ramadhan?Dah seminggu lebih rupanya kita puasa.Rasanya baru semalam ana start puasa,tapi dah seminggu lebih dah?Eh dah nak akhir tahun dah?Rasanya baru semalam ana berada di zaman jahilliah celebrate new year di pavillion.Yelah rasanya baru semalam anak berubah jadi apa yang ana jadi sekarang ni.
Sabda Rasulullah s.a.w
"tidak terjadi kiamat,hingga waktu terasa saling berdekatan.Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu.Satu minggu bagaikan satu hari.dan satu hari ibarat satu jam,serta satu jam laksana kobaran api"
Adakah ente semua merasai apa yang ente rasa?iaitu masa berlalu begitu pantas,tahu-tahu dah nak raya dah,tak sempat nak merasai kenikmatan Ramadhan,kenapa?sebab Al Karmani pernah berkata"Maksudnya ialah,ditariknya keberkahan(Keberkatan) dari segala sesuatu termasuk dari waktu,dan hal itu merupakan tanda-tanda sudah dekatnya kiamat".Jadi apa yang perlu kita semua lakukan pada Ramadhan ini?Gunakan ia sebaik mungkin,ana takut kita semua tak sempat memberi salam pada Ramadhan tahun hadapan.Boleh?

7.Golongan yang meninggalkan islam
Lina joy

Ya allah,Islam adalah seindah agama,tiada paksaan,fleksible tapi kenapa masih ada umat islam sendiri meninggalkan agama yang indah ini?Oh sedihnya,ente sudah murtad,tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t kecuali syirik.Ente kembali lah ke pangkal jalan,lakukan taubat nasuha.Dalam Malaysia ni banyak kes umat islam mohon dekat mahkamah untuk keluar dari islam tapi ente masih ingat lagi pada kes Lina joy?Siapakah Lina joy?Lina joy adalah seorang yang dilahirkan islam dan nama sebenar dia adalah Azlina Jelani.Kenapa dengan dia ni?dia nak gugurkan islam dari Mykad dia sebab dia dah memeluk agama kristian katolik.Betapa mudahnya dia ni kan?heh Kalau ana jumpa dia ni ana rasa ana nak bunuh dia ni sebab dalam islam,darah umat islam yang murtad adalah halal untuk dibunuh.Tapi negara kita ni ada undang-undang,takpe-takpe.We'll see you in court Lina Joy?Court mana?Mahsyar!
Nabi S.A.W terakhir kita pernah bersabda
"sungguh akan terlepas pegangan islam satu demi satu.Setiap terlepas salah satu pegangan,maka orang-orang akan berebutan utuk bergantung kepada yang lain.."




8.Riba jadi amalan
"sungguh akan datang kepada manusia suatu masa,dimana tidak tersisa dari mereka seorang pun kecuali menjadi pemakan riba.Dan barangsiapa yang tidak memaknannya,maka pasti ia terkena debunya"
Okay apakah maksud debu didalam hadis ini?maksudnya sesiapa yang tidak berurusan dengan riba sekalipon,mereka akan termakan juga hasil riba tersebut.Dari mana?contohnya ente semua membeli barang keperluan di Supermarket Gayen dan supermarket Gayen menggunakan khidmat bank yang berasaskan riba sebagai bank utama,so maknanya ente telah terkena debu riba sebab membeli belah disana.Sebab apa?Sebab duit yang Gayen dapati adalah daripada bank riba.Ana adalah seorang student,dari keluarga sederhana  dan biasalah student perlukan duit yang banyak untuk beli buku rujukan,bayar yuran dan sewa rumah.Tu je.#Ehyeke.Ana terpaksa membuat pinjaman dari PTPTIPU .Eh silap PTPTN,PTPTN mengamalkan konsep riba dimana student terpaksa membayar 10% lebih dari hutang tersebut.Dah macam Ah Long dah.Cuma bezanya dengan PTPTN ni,dia tak potong jari orang kalau lambat bayar.

9.Hamba Wanita yang melahirkan majikan
Majikan yang ana sebutkan ini ialah bos.Ya bos.Mari kita semua baca sabda Rasulullah S.A.W ini
"Jika seorang hamba perempuan melahirkan majikannya" 
dan Ibn Hajar Rahimullah Ta'ala berkata "yang keempat ialaah banyaknya perbuatan derhaka hingga seorang anak memperlakukan ibunya dengan perlakuan seorang majikan terhadap hambanya" 
Ana rasa ana pernah kupas perkara ini di entri ana yang lama,tak apalah biar ana ulang kembali bagi sesiapa yang sudah lupa.Fakta menunjukkan betapa banyaknya perlakuan derhaka kepada ibu bapa pada zaman sekarang buktinya,banyak kes anak rogol mak,anak pukul mak,anak bunuh bapak.Berani kan?Anak perempuan yang dulu lebih patuh daripada anak lelaki pulak,dah berani nak derhaka pada makpak dia.Seolah-olah benar makpak mereka telah melahirkan mereka untuk menjadi majikan.Keredhaan Allah s.w.t terletak pada keredhaan seorang ibu.Kalau ibu tak redha,Allah s.w.t tak redha,Tak takut ke? 


Sebagai umat islam,ana mau kita renungkan bersama perkara ini,sebagai umat islam,kita mesti saling mengingati,ana mengingati ente,begitu juga ente harus mengingatkan ana perkara yang ana sudah lupa,walaupun ana ini tidak sempurna,tapi ana beragama islam ana berhak untuk mengingatkan ente semua.Oh ya jangan lupa belilah buku yang berkaitan dengan agama ya anak-anak,jangan asyik nak beli komik naruto,remaja,klik,doraemon,kalau nak beli,boleh aja.Tapi belilah jugak buku agama,biar hidup ente dan ana seimbang.


Oh ya lagi satu,ana dah teringat baik ana bagitau ente semua,kalau boleh belilah alquran yang ada terjemahan,tajwid,asbabun nuzul iaitu seperti cerita kenapa diturunkan ayat itu di setiap satu muka surat ayat alquran,insyallah akan timbul keinsafan dihati,Tak guna baca alquran tapi tak faham maknanya ya dak?macam mana alquran tu nak tolong kita bila kita mati kelak?



P/S:Apa yang diperlukan dalam hidup ini anak-anak?Kap ba ro taf alif nun.Apa tu?Keberkatan.kbai

JAPP!Sebelum ente bukak tab baru atau tekan pangkah,meh la ana share video tentang hari kiamat.Tengok jangan tak tengok!

Monday, 8 August 2011

Jenis orang yang tak faham bahasa.

Eh jap.Memandangkan aku ni perempuan jadi,aku akan cakap pasal lelaki dan kalau readers aku lelaki,bolehlah terbalikkan entri aku ni okay.


Well Hello there makcik makcik,pakcik pakcik,mak,abah,adik,sorry tahun ni KakLang tak dapat balik kampung raya.*Ehehe.Oh ya,korang raya dekat mana tahun ni?Aku raya dekat Kelantan,kampung asal ayah aku.Herm.Soalan common yang keluar daripada mulut korang.Kelantan dekat mana dya?Kelantan dekat Malaysia lah!Cuba tengok peta tu!Dulu exam geografi dpt berapa ni?Okayokay.Jangan marah aku sebab aku tau jawapan yang aku bagi tu adalah lawak yang makpak kita dah guna sewaktu mereka berumur 3tahun setengah.*Huhu.Kampung aku berdekatan dengan area rumah tok guru.

Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang dengan relanya Like FanPage untuk blog aku ni,Aku saja je buat Fanpage ni sebab senang orang nak terima update,walaupun aku selalu post update dekat FB aku,dan group-group yang ada dan walaupun yang like takdela banyak macam aku ni retis,tapi alhamdulillah kepada sesiapa yang Private message aku dan cakap suka dekat blog aku dan jadikan aku sebagai inspirasi untuk buat blog,Terima kasih banyak-banyak.Kepada blogger baru,Welcome to blog world!

Ehem.Hari ni aku rasa nak buat satu entri untuk diri sendiri.*Again.First entry yang tentang diri aku adalah  6 sebab kenapa aku masih single.Sekarang entri kenapa aku rasa cepat annoyed ataupun dalam bahasa indonnya adalah menjengkelkan ataupun lebih manis merimaskan.Kenapa ya?Oh aku rasa bukan aku sorang je,semua perempuan dan lelaki pon.Entri ini adalah untuk sesetengah lelaki dan perempuan ya.Bukan semua.Siapa makan sos chilli nandos,lidah dialah yang terbakar.Sambil buat muka kerek.

Aku ni cepat annoyed sikit dengan lelaki.Mungkin sebab tu aku masih single sehingga ke saat ini.Wey saat ini la!sebab esok lusa aku taktau aku single ke tak.Mana tau lepas aku letak titik dekat entri ni aku dah berpunya ha camno?Well,Eh kenapa aku asyik cakap well je.Well,*again.Aku bet mesti ramai gila lelaki yang akan tak suka dengan aku,which is I dont care.*kerek lagi.

Sebelum aku merepek lagi dengan perkataan kerek aku dan ramai yang orang akan cakap dekat aku "kau memang kerek pon".Baik aku teruskan dengan isi-isi penting yang patut ada dalam entri aku ni.Kenapa aku senang sangat rasa rimas dengan lelaki?There's a guy asking me like this Why eh dya you macam ni,You are unpredictable,what is your problem actually?Please baca dengan nada english british.

Okay first of all,aku memang respect la kalau seorang lelaki nak kenal perempuan tu dengan cara yang berhemah contohnya,kawan aku cerita sedara perempuan dia makan dekat satu hotel ni and bila dia nak bayar bil,tau tau dah setel bil tu.Siapa yang bayar?mamat yang duduk meja sebelah dia.Dan dieorang berkenalan dengan bermulanya bayaran tu dan ucapan terima kasih dari perempuan tu.Now dah jadi laki bini dah.Oh tak berhemah ya bagi korang?Habis yang sweet macam mana?yang lelaki naik motor lepastu ikut korang sampai balik rumah?selagi tak bagi number phone korang selagi tu dia ikut?Ish tu sweet ke?Tu dah macam perogol bersiri dah tu.



#Once taknak always taknak
Aku ni bukan jenis yang suka dipaksa buat benda yang aku tak suka nak buat dan kalau aku dah tak berkenan dengan seorang lelaki tu,aku akan cepat tunjuk yang aku macam tak minat,contohnya dengan cakap nada kasar dalam telefon.Ha tu tandanya memang aku tak berminat la tu nak rapat dengan lelaki tu.Oh nak contoh lain eh?Jap jap.
Ha aku akan balas message dia 2jam kemudian ataupun bila dia call aku takkan angkat.Kejam tak?Bagi sesetngah lelaki yang bersifat macam ni "you esok jom keluar dengan I.".Aku jawab "taknakla malas.I nak duduk rumah,Nak tidur".Dia pulak balas "Ala jomla plzzzzzzz.Plzzz.Kali ni je.Tolonglah.Jom keluar.I belanja.Promise I belanja.".Heh sekali aku cakap taknak maknanya taknak,sebab apa?Sebab aku ni susah nak tolak pelawaan orang tapi once aku cakap aku taknak maknanya betul-betul aku taknaklah tu,Bukan aku je korang pon sama kan?Yang dok paksa lagi buat apa.Apa kata pergi ajak orang lain?Kat berfaedah.takyah buang air liur nak merayu-rayu camtu.

#Mengungkit
Eh jap jap sebelum aku sambung bab mengungkit ni,Korang cakap apa?Mengumpat aku eh lepas baca penerangan di atas?Tak baik tak baik.Kan bulan puasa ni.Heh.Berbalik kepada hal mengungkit ni,Aku ni kadang-kadang susah jugak,so aku mintak lah tolong dengan orang yang cakap akan ada sentiasa bila aku susah.Tapi once dia dah tolong,bila aku busy,tak text dia,boleh pulak dia mengungkit segala jasa dia dekat aku?Padahal aku pinjam RM10.00 je nak beli topup kot.Takpe.Nanti aku bayar dekat kau siap dengan bunga sekali,So kau tolonglah kirakan eh.


#Awak ingat awak cantik sangat?
HA benda ni lah yang selalu jadi kalau aku bukak IM.Aku bersyukur dan berterima kasih kepada sesiapa yang nak chat dengan aku tu.Yela perlu la bersyukur sebab kalau orang taknak chat dengan kau langsung baru kau tau erti kesunyian kan.Bagus sebenarnya tegur menegur dekat facebook ni,tapi bila kita tak blasa,boleh pulak dia nak cakap kita sombong,eh kau tahu ke aku tengah makan ke apa ke time tu kan.Lepastu ada yang cakap kau ingat kau cantik sangat nak sombong-sombong dengan aku?Heh cantik tak cantik la der,tapi perangai lu tu tak cantik,pergi makeup sikit bagi cantik baru datang chat dengan aku.Pheww.Terus aku delete orang macam ni dari rakan mukabukuku.

#sikit-sikit nak call
Wey aku taulah kau banyak credit sampai taktau nak buat apa.Tapi takyah la sikit-sikit nak call aku.Nak cakap hari ni kau pergi bazaar lepastu nampak kuih kegemaran pon kau nak call aku.Come on la,message kan ada,message jela,sebab pada aku benda yang kau nak cakap tu tak penting pon kan?Lepastu kalau aku tak balas message kau dalam 5 minit setiap satu minit tu kau call aku,maknanya 5kali dalam 5minit.Kalau dah sejam macam mana?Yang paling aku berapi adalah bila aku tengah drive,lelaki tu call,dahlah jalan jammed,tension lagi dia boleh pulak call banyak kali.Aku dah message "nanti I sampai I bagitau you".Opps.Kantoi aku sebenarnya practice texting while driving.Muka kantoi.Yang call aku tu memang tak faham bahasa kot.Last-last siapa yang duduk sebelah aku,aku akan suruh dia angkat dan menyamar jadi aku.Aku tau ada je perempuan yang buat macam ni selain but who cares ni blog aku kan?Sambil besarkan mata dan gelak jahat.

 Empat je kot yang dapat aku huraikan,Aku bukan nak complain atau tak bersyukur tapi aku just share je apa yang terlintas dalam fikiran aku dan aku tau benda ni pon pernah terlintas dekat fikiran korang cuma korang taktau nak cakap macam mana kan?well aku wakilkan diri aku untuk cakap kepada sesiapa yang tak faham bahasa untuk baca entri ni dan biar dia tahu yang dia annoyed kot.Jangan paksa-paksa okeyhh.Ada jodoh tak kemananya walaupun aku tak suka kau.

P/S:Entri ni sebenarnya general boleh digunapakai untuk hentam lelaki atau perempuan yang ada sifat macam ni.Ini adalah berdasarkan pengalaman aku.Sebab ada readers cakap aku ni tak faham lelaki lagi.Well,ini adalah berdasarkan pengalaman aku sahaja*again.Jangan cepat salah faham.Maseh and kbabai!

Thursday, 4 August 2011

Seram.Rumah mona fendey.Yeke?



Assalamualaikum.Well hello world.*buat macam gaya anwar hadi bercakap.Amacam puasa?Okay tak?ke ada lagi yang badan macam mak bapak budak dok ponteng puasa lagi?Ish ish,Tak baik tu nanti kalau menurun dekat anak-anak macam mana?Siapa yang nak disalahkan tu?*Ha kan dah free je aku bagi ceramah.

Okaylah staright to the highway,pada si penakut,aku bukan nak cakap aku berani,mesti suka bila tibanya bulan puasa kan?Yelah sebelum ni kalau nak pergi toilet belakang rumah mesti ajak saudara mara teman tapi bila tiba je bulan puasa bukan main berlagak lagi korang eh,tak ajak dah saudara mara teman,siap cakap "eh takpayah susah-susah temankan aku,siapa cakap aku penakut?Aku berani tahu!dah shuhhhshuhh main jauh-jauh!".Aku harap habis je bulan puasa ni saudara-mara kau dah tak temankan kau lah.Aku harap je.

Okaylah semua orang tau kan kisah Mona fandey?Masih ingat tak lagi?Yang kerat Allahyarham Dato Mazlan jadi lapan belas?Tau tak?Kenapa dia bunuh Allahyarham Dato Mazlan?sebab duit der,duit!Untuk adik-adik yang asyik baca komik je 24 hours,meh KakLang ceritakan sikit sejarah Mona fandey ni.Tahun Mona Fandey ni dilahirkan korang tak payah tau,nama dia ialah Maznah ismail,Macam mana dapat nama Mona fandey?Itu adalah gabungan nama dia dengan laki dia,iaitu mohd affandi abdul rahman,dia boleh buat bermacam-macam kerja dalam satu masa iaitu pengamal ilmu kebatinan,usahawan dan penyanyi..Nak dengar tak suara dia?Ada dekat bawah ni.Tekan play




Amacam sedap tak?Meremang bulu roma aku dengar muzik dia,Masa korang tengok video ni korang pandang mata dia eh?Heh tak bolehlah!bahaya!Orang cakap kalau tengok Mona fandey jangan pandang direct dekat mata dia walaupun through videos sebab dia bomoh terhandal.Takut dah?Aku gurau je.*haha.Nak tahu tak apa nama album dia?Diana 1!Faham tak itu adalah nama aku!Tiba-tiba aku rasa seram sekejap.Album dia tak berapa nak laku pada zaman 90an,tak dapat publisiti dan mungkin sebab tu dia lebih kepada jadi bomoh,banyak menolong ahli-ahli politik untuk kukuhkan kududukan dieorang,kehidupan Mona fandey ni agak mewah ya,dia ada banyak rumah dan dia mampu beli mercedes,BMW,honda prelude weyyy.Ohh ya dia juga pernah mengeluarkan produk under syarikat ambang kurnia SDN.BHD iaitu produk sentuhan Mona fandey.Siapa pernah pakai?PM aku.*serious.

Imej dari ehsan google.



Semua orang tahu tak kewujudan banglo kayangan di seksyen 12,shah alam?Rumah ni dikatakan milik bomoh yang pernah menggegarkan dunia dan kepala otak manusia.Betul ke?Jom kita cekidaut!






Dari jauh banglo kayangan ni memang seram sebab gelap yang teramat sangat.Apa yang perlu dilakukan kalau sesebuah rumah tu gelap dan kita nak ceroboh masuk rumah tu?Pakai torchlight la der.Betapa dedikasinya kiteorang nak menjelajah banglo kayangan ni sampai beli 2 torchlight.Sebelum nak masuk banglo ni kiteorang survey dulu pintu mana yang boleh masuk,malangnya semua berkunci,jadi kiteorang decide untuk panjat mana-mana pagar yang ada.Orang pertama yang panjat adalah aku.Orang kedua panjat adalah miwa mohamad.Oh ya tak payah nak orang pertama dan kedua sangatlah sebab yang pergi memang dua orang je.
Sebelum tu kena suluh dulu dalam  rumah tu,takut-takut ada orang jahat ke apa ke,kang payah,but malam tu line clear.
Belah kiri tu garage kereta.

Kiteorang menyelinap masuk,dah kata menyelinap mestilah kena senyap,At first memang rasa agak seram sikit but bila fikir balik,dah berapa kali aku buat benda ni takkan nak takut lagi kan,but aku tak adalah berani seratus peratus,perasaan takut tu masih ada jugak.

Belah kanan yang gelap tu ada laluan tangga untuk ke laman belakang




Banglo ni memang besar gila,yela dah nama pon banglo kayangan kan,sekali pandang dah macam istana tinggal dah,bila masuk apatah lagi,Laluan yang kiteorang ikut tu,ada tangga,so ikutlah tangga tu,korang akan nampak satu rumah kosong yang lain belakang banglo kayangan ni.Naik-naik je mata kiteorang telah dijamukan dengan swimming pool yang agak dalam la,ala,rumah orang kaya kalau takde swimming pool memang tak sah,apalah salahnya mandi je dalam toilet tu.Membazir betul*ehehe.

Pintu gerbang di belakang


Laman di belakang banglo ni agak cantik dan besar then tiba-tiba ada pokok pisang tumbuh dekat dengan dinding rumah.Siapa yang suka duduk dekat pokok pisang ye adik-adik?Tanya mak sekarang.Mak taknak jawab?Buat research dengan duduk dekat pokok pisang selama satu hari.Okaylah,manakala pintu belakang rumah ni pon dah macam pintu depan rumah.Camno tu?menandakan banglo ni memang over besar,Kiteorang masuk dalam,dan ada lagi satu tangga tapi kiteorang tak lalu situ.Kiteorang masuk dalam banglo ni dan Nak tangkap gambar dalam banglo yang besar ni tapi kamera asyik nak buat hal,habis bateri!Dahlah tak bawak bateri spare.Dang you camera!

Pondok guard

Walau macam manapon,penjelajahan harus diteruskan,yelah datang dari jauh,takkan taknak menjelajah lebih dalam banglo ni kan.Sebelum masuk dalam banglo ni,laluan harus dipastikan supaya kiteorang tak sesat,lepas dah tau,kiteorang pon masuk ke dalam banglo tu untuk ke laman depan.Oh ya,rumah ni mempunyai garage kereta yang besar ya,dan aku rasa dekat kawasan seksyen 12 tu,itulah satu banglo yang ada pondok guard dan guna khidmat guard.Aku rasalah sebab aku tak nampak lagi siapa lagi yang guna khidmat guard dekat seksyen 12 ni

Tangga untuk ke laman atas


.Laman depan banglo ni lagilah super besar,dan kena naik tangga lagi ya untuk sampai di atas.Laman banglo ni ada taman kecil,cantikla sebenarnya kalau dihias lagi,heh yang pastinya banyak katak di laman ni.Laman ni berhubung terus dengan dalam banglo ni.Yeah,banglo ni banyak sangat bilik.Banyak sangat okay.Dan mengikut apa yang aku nampak banglo ni tak siap lagi pembinaannya sebab pintu pon tak ada,palang untuk elakkan orang dari jatuh pon tak ada,yang ada hanyalah cermin,mungkin Mona fandey tak mampu nak bayar kot sebab tu banglo ni ditinggalkan begitu sahaja oleh pemaju.Opps.


Oh ya,selalunya kalau rumah tinggal rumput mesti panjang-panjang kan?But banglo ni tidak,bersih je,tak ada lalang,rumput pendek-pendek.Ada orang jaga ke ea?Mungkin ada tukang kebun yang datang setiap minggu.Aku tak tahu.Tapi banglo ni memang seram.Aku bukan cakap je,tapi memang seram,dengan keadaannya yang besar dan kat dinding ada hitam-hitam.Eh trylah pergi bersama keluarga,jadikan tempat percutian yang paling menarik sekali dekat situ.
Cat lama

cat baru.rawrrr







Oh ya memandangkan kiteorang ada di shah alam,jadi kiteorang cari rumah berhantu seksyen 2 yang dok hangat diperkatakan sebab ada budak UiTM mati lah apalah.Ini ke rumahnya?Corner lot,pokok besar dan ada buaian.Rumah ni berkunci dan sudah di cat baru tak sama macam rumah yang lama.Mungkin pemiliknya nak sewa dekat student lagi.Ya ke?Kalau ya,nantikan penjelajahan kiteorang lepas bulan puasa untuk masuk ke dalam rumah ni di entri yang akan datang.Zasss.

P/S:apa barang pergi masa bulan puasa?heh  korang ni masa bulan puasa pon tak berani pergi,inikan pulak lepas bulan puasa.Jangan cakap je,berapa kali dah aku cakap jangan cakap je.Faham?kbai.


P/S:bulan puasa ni memang akan jarang aku update pasal hantu-hantu ni sebab aku ada komitmen dengan kerja,teraweh lagi.So korang nak baca lagi ke blog aku ni?Kalau to pembaca setia,aku ucapkan berbanyak terima kasih.Raya nanti datanglah rumah heh.Aku bagi ketupat free untuk setiap seorang.Kbai


Sesiapa yang taktau kes mona fandey ni,jom layan video ni,tambah lah pengetahuan korang sikit tentang apa yang terjadi dekat Malaysia ni.Banglo tu milik Mona Fandey ke tak?Entah aku pon taktahu .



Wednesday, 3 August 2011

Jika ini Ramadhan terakhir untukku

 Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala(keredhaan) Allah,
maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu(HR bukhari)

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku tak ingin meninggalkan satu waktu solat sekalipun walaupun keadaan tidak mengizinkan

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin menunaikan solat terawih di masjid walaupun aku penat bekerja

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin bersedekah walaupun aku tidak berharta

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin membalas jasa kedua ibu bapaku walaupun aku tahu tidak akan terbalas oleh aku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku

       Aku ingin menutup aurat sepenuhnya walaupun dugaannya berat di kiri kananku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin mengerjakan semua suruhanmu walaupun akan banyak bisikan syaitan di telingaku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin membaca Al-Quran setiap hari serta memahami ertinya walaupun aku tidak sefasih mana

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w walaupun terkadang aku lupa pada baginda

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin mengajak sahabat-sahabatku berubah kejalanmu walaupun tidak semua akan menerima           ajakanku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin meninggal dunia dengan dapat menyebut kalimahMU ya allah

DAN

jika benar ini Ramadhan terakhir untukku
       terimalah ibadah puasa,dan semua ibadahku selama ini walaupun aku tahu aku hambaMU yang hina dan keji.

P/S:Hargailah Ramadhan yang datang kerana kita tidak tahu adakah kita akan menemuinya lagi di tahun akan datang.











IKHLAS daripada aku.




Tuesday, 2 August 2011

Serious!Aku suka ponteng puasa

Kenapa?Baru baca tajuk je,korang dah terkejut beruk ke?Memang aku suka ponteng puasa!Memang!Diulangi ye,memang!Nak aku ulang lagi ke?kang sia-sia je kehidupan aku kena penampar jarak jauh dari korang.Perhatian entri ini adalah daripada aku bukan daripada hackers.Ya daripada aku!daripada aku.Ehehe.
Tapi ni semua aku lakukan masa umur aku 8 tahun sampai 12 tahun.Kalau korang cakap korang puasa penuh masa umur macam ni memang aku pulak yang nak bagi penampar jarak jauh dekat korang.

Aku suka ponteng puasa sebab aku rasa masa tu mak aku masa sedap sangat tak pernah sesedap macam ni selama ni.air paip dekat toilet pon aku rasa macam air sirap.Aku masih ingat lagi,waktu umur aku 9tahun,sekolah pagi,pakai skirt biru,comel lak tu.Haha.Di waktu rehat aku nampak seorang budak india ni tengah minum air sirap bungkus dengan nasi lemak depan aku.Wey kau tak faham ke aku tengah puasa?Mak aku cakap kalau makan depan orang yang puasa berdosa tau!Ternyata memanglah dia tak faham sebab dia orang india mana tau makan depan orang puasa dosa ke tak dan dia muda dari aku mana dia nak tahu puasa tu apa,silap-silap dia ingat puasa tu sejenis karipap dengan nada dia yang macam ni." dey apa itu puasa,aku tada tau jugak.karipap baru ka?".Okay tak funny.Lepastu bila dah masuk kelas je,aku buat alasan dekat cikgu kahirunissa untuk pergi ke toilet sebab sakit perut,cikgu pon bagilah aku pergi.Then sampai je toilet,aku nampak air paip,macam best je kalau rasa kesejukannya.Apa lagi,aku bukak paip tu dan glup,aku minum selama 2minit baru masuk kelas.Tapi muka aku masih muka suci,bajet puasa penuh sambil cakap dekat rakan sebelah "kau puasa tak hari ni?".





Makanan fevret aku salah satunya adalah nasi ayam,so kepada sesiapa yang nak try aku tu,tolong belanja aku nasi ayam yang paling sedap sekali ataupun korang masak.ahahah.Okay yang ni aku bergurau je sebab takde sape pon mengorat aku.Kalau mak aku yang masak nasi ayam,memang aku tak boleh nak tolak,sebab memang perfecto sangat,boleh bukak kedai dah mak aku ni,untuk pengetahuan korang mak aku ni suka puji masakan sendiri,dia cakap "sedap kan masakan mak?kalau mak bukak kedai mesti laku punyaaa".Nak dijadikan cerita ponteng puasa ni,masa ni mak aku tengah rehat dekat ruang tamu sambil tengok hindustan.Konon-konon aku pura-pura nak pergi toilet,aku bukak periuk nasi,aku amek segenggam nasi ayam dan aku makan.Wahh sedap gila woooo,Panas lagi.Eh kenapa dua cerita aku mesti ada perkataan toilet?










Lagi satu,mak aku ni memang pakar dalam buat kuih mazola,ala kuih kacang tu,memanglah pakar sebab senang sangat membuatnya,aku pon konon-konon nak jadi anak yang baik,aku tolonglah mak aku buat kuih tu,siap pesan lagi dekat mak,"mak nak sikit masa bukak puasa nanti,nak rasa".Hah.Jangan haraplah.Sebelum berbuka lagi,aku dah ngap dulu.Tapi waktu berbuka aku ngap lagi sambil buat muka tak berdosa yang sebenarnya aku dah makan separuh kuih tu.Bila mak aku cakap "kenapa kuih ni nampak sikit?".Aku buat taktahu.

Alasan yang paling terbaik pernah digunakan oleh perempuan adalah piyed.Bila datang time puasa je,datangla piyed.Biasalah kanak-kanak malas nak puasa,tau nak raya je,Eh tapi ada jugak mak kanak-kanak yang buat alasan macam ni.Dah tua bangka pon nak ponteng puasa jugak.Kalau piyed dah habis ngaku jelah kan,jangan cakap lama lagi sampai 3 minggu.Itu alasan kanak-kanak seperti aku dulu.Kalau piyed mesti nak lama-lama,yela best wohh sebab bila bapak aku beli maknan dekat bazaar,aku akan makan dulu,tapi time berbuka mesti aku kena halau jauh-jauh.Dieorang makan sedap tapi aku tak dapat makan,yela tak puasa lah katakan,yang aku makan pon tinggal sisa-sisa je.Cis!


Korang mesti ada pengalaman ponteng puasa yang super banyak kan?Share la dengan aku dekat sini.Aku tengah bosan ni.Nak jugak baca cerita korang.Ha?tak sudi nak share?takpela.sobsob.dah boleh cakap kbai dah korang ni.eheh

P/S:Just terfikir ada ke orang yang tak pernah puasa seumur hidup dia?Meh aku jawabkan,ada,Siapa?Malek Nor.Dia sendiri mengaku sepanjang dia hidup dia tak pernah puasa tapi sekarang alhamdulillah.kboboiboi

By the way ini adalah daripada aku,walaupun editing macam badut aku tetap post sebab aku tetap aku bukan kau.Salam!


P/S:bukak puasa makan nasi ayam macam dekat atas tu pon sedap jugak nohhh.