Assalamualaikum.
Dari aku biarkan blog aku berhabuk meh la aku ceritakan dekat korang satu kisah pendek.Sebab kalau aku nak cerita panjang-panjang.Takde siapa nak baca puleksss.Kisah ni kisah benar nak percaya terpulang kalau taknak percaya pon tak apa.
Nak dijadikan cerita,Mak kawan aku,iaitu Mak Alia pergi ke program macam mana nak mengkafankan mayat dengan cara yang betul.Ala time sekolah dulu,kalau subjek agama mesti ada belajar tentang jenazah kan?Macam dekat sekolah lama aku,ustaz aku tunjuk macam mana nak kafankan jenazah.
Dalam program yang mak Alia pergi tu,hanya terdapat 10 orang sahaja peserta.Dalam program tu,semua peserta mesti tolong antara satu sama lain untuk mengkafankan diri masing-masing,penyelia pon akan tolong sama.Lepas selesai sesi kafankan diri masing-masing,penyelia program menutup lampu dewan sebab dia nak semua orang dapat merasakan dan membayangkan gelapnya berada di dalam kubur,sorang-sorang menghadap malaikat untuk menjawab soalan dan takde siapa nak tolong.
Selepas selesai beberapa ketika,penyelia bukak lampu dan masing-masing menolong diri masing-masing untuk membuka kain kafan.Selesai je semua peserta membuka kain kafan.Ada seorang peserta cakap "eh ada sorang lagi tu tak bukak kain kafan lagi." sambil menunjuk ke arah orang itu.
Lepastu penyelia kira balik semua peserta,cukup.Semuanya 10 orang.Semuanya dan bukak kain kafan masing-masing.Habis tu siapa yang belum bukak kain kafan lagi tu?Elok je baring tak bergerak.Lu fikirlah sendiri!
2 comments:
agak menakutkan la jgk bile baca!naseb bace tem lampu terbkk!
HaHa!
Apa jadi pas tu kak? Diorg lari ke?
Post a Comment