I appreciate them.

Wednesday 15 November 2017

Dating pertama



Assalamualaikum semua pembaca,aku jarang update kan sekarang ni?Bukan apa,aku tengah mencari ayat yang terbaik untuk dibaca,kalau aku tulis macam ni "Hai KoRuNk CuMe!!!TeNgAh BuAd ApA?Aq TnGah tEnOk Tv.Kbai.".Ada ke orang nak baca?Kalau aku tulis macam tu mesti aku kena tendangan maut dari korang.

Hari ni aku nak buat post yang boleh membuatkan korang muntah dalam masa 3 jam ataupun tak lalu makan.Siapa kenal Muhammad Fakhri Zaki?Dia bukan artis,jauh sekali ahli politik.Dia adalah Boyfriend aku.*Sambil angkat kening limabelas kali.Hari ni aku nak share dekat korang,aku tau korang taknak tau pon,macam mana aku boleh tersangkut dekat budak ni.

Waktu aku single,aku dan kawan aku suka buat aktiviti mencari pakwe,masa tu saja-saja je sebab orang single bebas untuk buat apa je yang kiteorang nak,bukan niat nak menggatal atau apa pon,tapi sekadar suka-suka memandangkan kiteorang ni suka sangatlah ponteng kerja kan,aku memang susah nak percaya pada relationship and lelaki sebab aku dah banyak kali kena,awal-awal janji bukan main lagi,last-last kena tinggal jugak.Memang perit sangat.



Tapi ditakdirkan Allah s.w.t.Cewaahhh,Miwa mohamad saja-saja nak kenakan aku dengan Fakhri,mula-mula kiteorang malas nak layan dan ditakdirkan jugak,pada bulan puasa yang lepas,aku bukak puasa dengan member-member Miwa mohamad ,dan ada Fakhri dekat situ,memang masa tu aku dengan Fakhri asyik kena bahan je,padahal kiteorang tak pernah bercakap pon.Bila aku pandang dia,hati aku cakap "Eh dia ni mesti ramai GF ni.Tak boleh takboleh"Kenapa aku fikir macam tu?sebab pengalaman mengajar aku walaupun aku tahu tak semua lelaki sama.

Tapi,Eh kenapa asyik ayat tapi ni!BOSAN.Okay kita tukar pada ayat Tetapi,waktu kiteorang dah nak balik rumah dan ada dalam kereta masing masing,Aku dapat satu message dari nombor yang aku tak kenal,dan cukuplah yang aku katakan tu sebenarnya nombor Fakhri,sebelum tu,nombor tu menyamar jadi orang lain.Boleh ke nombor menyamar?

Lepas tu kiteorang get to know each other lebih rapat lagi,but aku still anggap dia macam kawan aku yang lain cuma aku suka berborak dengan dia,suka merepek dengan dia,suka buli dia.Dia pon layankan aje kepala aku,apa lagi aku lagi suka la kan.Pada aku dia seorang yang sangat baik dan sweet.Entahlah aku tak pernah langsung jumpa lelaki yang macam tu dalam hidup aku.Hidup aku lah,sebab aku taulah dalam hidup korang,korang dah jumpa banyak kali,aku baru jumpa sekali ni.Kesian kan aku.

Pada tarikh yang aku dan dia sahaja yang tau,dia cakap nak teman aku sepanjang aku berada dalam bas .tahu tak berapa lama?Dari pukul 10malam sampai ke subuh,dia tak bosan melayan aku.Aku terharu sangat sebab tak pernah ada lelaki yang layan aku macam tu,Kesian kan?Bila aku cakap pasal 3 ekor kucing aku,dia cakap boleh tak cakap pasal kucing tu lain kali dan dia nak cakap something dekat aku yang sebenarnya dia dah suka dekat aku,aku terdiam dan sebenarnya aku ada perasaan yang sama dengan dia.
sama  tak sama tak??

Then apa jadi?kiteorang kapel,Dan supaya korang tak muntah,aku nak bagitau yang kiteorang ni Kembar sebenarnya dan ramai cakap macam tu,maknanya jodoh kiteorang panjang.Sweet tak?Tak kan sebab aku tak reti nak sweet kan cerita aku ni,tapi untuk readers aku,aku post jugak cerita cinta antara si aku dan si dia.

Selepas apa yang aku lalui dengan ex aku dulu,Allah s.w.t telah temukan aku dengan orang yang betul-betul boleh happykan aku.For Fakhri,Im glad to have you as my boyfriend.Korang dah boleh muntah sekarang.


P/S:Semua ni sebab aku rasa tiba-tiba je aku nak post pasal perkenalan BF aku dengan aku.Walaupun korang taknak tau,tapi stalker nak tau.Kbai

4 comments:

Mymellythoughts.blogspot.com said...

Alolo.. So suwittt..

Leyla Nurjatiey said...

i'm one of your stalker..hahaha

shazillahsani.com said...

Comelnya awak... Hihihi

Aisya Ismail said...

Dah keliru dengan nama dya.. bukan dah kahwin ke? hahaha!