I appreciate them.

Monday, 18 December 2017

Nyx Concept Store di Sogo

Assalamualaikum guysss

Siapa suka brand nyx? Akuuuu.Anyway brand nyx ni sebenarnya brand yang murah dekat luar negara.Tapi bila sampai je dekat Malaysia,Harga naik kaw-kaw sebab ada tax dan sebagainya.Pheww what do you guys expect when it comes to Malaysia kan?




Aku ada beli beberapa barang.Tapi barang ni hanya available dekat Nyx concept store yang currently hanya ada dekat Sogo dan IoI putrajaya.So marilah kita terjah beramai-ramai.

Masa aku pergi tu,rambang mata jugaklah dengan macam-macam barang yang ada.Nyx memang terkenal dengan Lip matte dia kan?So kat Nyx concept store ni dia ada jual satu set 36 lip matte.Harganya tak silap aku lebih kurang RM350 kot.#telanAirLiurJap


Aku beli Set dublin yang ada lip matte,eyeshadow,highlighter dan blusher.Best kan?Satu set terus.Tak payah fikir nak padan dengan warna apa dah.Harga Rm75.00





Aku suka eyeshadow ni.Kenapa?Ha Kena la tengok video.hehe






Warna yang aku pilih semua nude and sweet.Tengok video untuk swatch






Dan aku jugak dapat beg bibir besar ni dari Nyx Concept store ni.Bolehlah aku letak semua lipmatte aku.#AkuSuka sebab senang nak bawak travel. hukhuk

Kalau nak tengok lebih details,boleh click dekat video dibawah ye.


NYX HAUL: https://www.youtube.com/watch?v=lK0dvJvL2Mw


Kbai korangg.

6 comments:

Eyqa Hasnan said...

Weekend nie nak pergi KL. Nak cari laa Set Dublin tu. Sini takda. Lawa!!!

Nina Mirza said...

Ooo... Best ehh Nyx
Kak nina belum pernah try lip mate dia

Sang aura said...

comell betul bibir tu ya.. ehehehe.. terapi minda bagi wanita ni kan..shopping girl stuff begini

Cerita Huda said...

rajin yer dya make up. huda malas nak make up sebab malas part nak bersihkan tu. hehe.

athirah hassin said...

comelnya beg tuuuu... nak gak.. hahah

Fatin Shahrizam said...

Comelnyee beg lipstick tu. Yg tu xde jual ke? Hehee