I appreciate them.

Thursday, 14 December 2017

Ada kisah cinta sebenar dalam Titanic?

Okay untuk pengetahuan korang,aku ni sangat la obses dengan Titanic,sampai aku ada join satu grup Titanic enthusiasm dekat facebook.Kekadang bila ada masa terluang,aku akan google pasal Titanic dan jugak aku akan tengok dokumentari,video macam mana dia tenggelam dan sebagainya.



Image asal.


Korang mesti dah pernah tengok filem Titanic tu kan?Kengkonon Jack dan Rose bercinta.Jack orang miskin,Rose orang kaya bagai.Dulu waktu aku kecik,aku quite obses dengan Jack.Perghh apa jenis perangai time kecik dah pandai obses dengan lelaki ni.haha

Boleh tak korang bayangkan yang situasi dimana korang tahu yang korang akan mati lemas kejap lagi?Tahu tak mati lemas tu adalah salah satu mati yang paling sakit sekali sebab lemas ni main dengan pressure air masuk ke seluruh organ dan ada organ yang akan pecah sebab penuh dengan air.Nauzubillah mintak dijauhkan

Anyway, mungkin ramai tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam Titanic tu.First aku nak bagitahu dekat korang yang watak Jack and Rose tu hanya rekaan semata-mata.TAK WUJUD k.Walaupun ada satu kubur tu namanya J.Dawson,tapi bukan merujuk pada Jack Dawson.Bukan ye.J.Dawson tu adalah merujuk kepada nama Johnson Dawson.Yep dia juga salah satu passenger dalam tu




Pengarah saja je reka watak Jack and Rose,tujuan sebenarnya adalah nak tunjuk situasi dalam kapal tu.Tapi tak semuanya tepat according to the witnesses la.Yang duduk dalam bot penyelamat pon tak semuanya hidup sebab dieorang kesejukan tunggu kapal lain datang untuk selamatkan dorang.Kesian kan?Tak silap aku hanya ada satu bot je selamat.Lain semua Mati.


Semua orang tahu yang Titanic ni karam disebabkan oleh iceberg.Iceberg ni bukan kecik ye.Sangat besar.Yang timbul dekat bahagian atas tu hanya tip of iceberg omputeh cakap.Dekat bawah laut tu sangat besar.


Ni la iceberg yang menenggelamkan titanic



Yep memang ada dialog yang engineer dia cakap "this ship is unsinkable".Dialog ni memang betul.Tapi takde siapa boleh melawan kuasa Allah.Jangan cakap takbur,kan Allah dah bayar cash.Anyway pasal cerita Titanic ni la,sampai sekarang aku fobia nak naik kapal.

Untuk pengetahuan korang, 90% daripada penumpang semuanya diletakkan di kelas kedua.10% je yang diletakkan dekat kelas pertama.


Gambar asal restaurant mewah dalam Titanic


Kan aku cakap tadi kisah Jack and Rose tu hanya palsu je kan? Tapi ada satu kisah ni yang benar-benar berlaku dalam Titanic.Iaitu kisah Ida(Isteri) dan Isador Straus(Suami).




Dieorang ni dah tua.Kahwin dah 40 tahun.Masa Titanic dah nak tenggelam,kan ada boat penyelamat dan diutamakn untuk perempuan.Isador suruh Ida naik.Tapi Ida menolak.Ida cakap "we have been together for 40 years and where you go I go.Dont Argue Isador".

Last saksi nampak dieorang adalah diatas deck kapal sambil berpegangan tangan.Walaupun ada yang offer untuk Isador temankan Ida dalam bot penyelamat,Isador tetap tolak sebab dia memikirkan ramai lagi kanak-kanak and wanita yang perlu diselamatkan.

So Ida pulak taknak tinggalkan suami dia.Jadi dieorang berdua mati bersama-sama dengan Kapal Titanic. Mayat Suami dijumpai,tapi mayat ida hilang.


Deleted scene in Titanic

Jadi Ida memilih untuk stay bersama suami dia dan mati dalam Titanic bersama. Sebenarnya dalam filem Titanic,ada scene diatas.Tapi atas permintaan keluarga,Scene ni telah di delete. So mereka ganti dengan scene dibawah ni.Ingat tak ?




Oh Btw Guys,Aku teringat yang 100 tahun sebelum kejadian Titanic ni, seorang penulis buku telah mengeluarkan satu buku yang cerita pasal Kapal bernama Titan yang akan tenggelam sebijik macam kisah Titanic.Korang ghase? Gambar,jalan cerita dalam buku semua lebih kurang sama.


Gambar dalam buku.Sama kan dengan gambar kapal



Anyway aku share dekat korang gambar-gambar rare yang ada dalam Titanic ni.


Pelan kapal Titanic

Tiket




the survivors


the gym


selepas diselamatkan

the deck


Kbai guys.


5 comments:

lan said...

thanks, menarik

riss aziela said...

good story..:)

Mohaz Sue said...

Sejarah yang tak mungkin dilupa..

Fatin Shahrizam said...

Sedih pulak baca kisah nie, suka jugak pasal titanic, kalau nampak citer pasal titanic msti akan klik baca

Sofinah Lamudin said...

Saya first time tengok movir titanic ni tahun ni kak dya. Hahahaha...