I appreciate them.

Friday, 2 December 2011

OST ombak rindu cover dari dya mohamad

Kalau kita ada demam kura-kura,demam kuning,demam mintak simpati tapi sekarang aku nak bagitau pasal demam ombak rindu yang tengah melanda malaysia ni.Bayangkan tiket pada awal cerita ni ditayangkan semua fully booked dan ramai yang berpuas hati dengan cerita ni.Yela dah kata novel best,cerita pon mesti best jugak.KOT.




First aku dengar yang ombak rindu akan menjadi filem,aku terus cakap yang aku nak tengok jugak,aku tak kira,hujan ke ribut aku nak tengok walaupun sebenarnya aku tak pernah baca pon novel ombak rindu ni.Aku ingat lagi masa aku sekolah dulu,semua budak perempuan dok usung novel ombak rindu.Aku pon pelik apa yang best sangat novel tu sampai dieorang pinjam bergilir-gilir.Aku rasa macam kelakar je masa tu,pergilah beli sendiri,ni sampai nak kena ikut turn pulak.Hadoi.Dulu aku ni bukan seorang yang suka baca novel,
tapi sejak aku duduk kelantan dalam 3 tahun lepas,aku terus minat dengan novel,dekat kampung aku tu penuh dengan VCD hindustan,eh silap,penuh dengan novel,Novel apa korang nak?Semua ada,sebab makcik-makcik aku semua kaki novel.

Aku dok play lagu ni berulang kali dari semalam lagi sampai la sekarang,aku nak drive pon aku dok pasang lagu ni,adalah dalam seratussebelaskali.Lagu ni best dan lirik yang mendalam,kalau masuk AIM tahun depan,mesti menang,lepastu anugerah tu kena tarik balik bila dapat tahu yang sebenarnya lagu penakut dari Yuna yang sepatutnya menang.*HAHA.

Sing a long with me kids!

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku






Oh lupa,lagu ni di request oleh seorang followers blog aku yang juga seorang blogger dan follower twitter aku.So This is for you girl!

WHY dalam video ni gambar aku macam kena tepek tepung?actually bukan macam ni,tapi macam ni,


P/S:betul ke cerita ni sedih sampai buat lelaki keras,lelaki lembut,lelaki buaya darat pon nangis?Kbai

3 comments:

Shima Yahya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha , mmg kelakar gile bile sys cakap kalau masuk AIM tahun depan,mesti menang,lepastu anugerah tu kena tarik balik bila dapat tahu yang sebenarnya lagu penakut dari Yuna yang sepatutnya menang.*HAHA.

man said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

belum ada masa nak tengok Ombak Rindu.

Amanina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ombak Rindu mmg best. Novel dan filem, dua2 best.. hehe :)