I appreciate them.

Wednesday, 28 December 2011

SERAM.POCONG KEJUT ANDA DARI TIDUR

Assalamualaikum semua pembaca.Maaf tak dapat update blog secepat yang mungkin.Maaf sebab aku terlalu sibuk menguruskan pelajaran aku.Selamat hari raya.*tetibe

Entri ni elok dibaca pada jam 12malam dan keatas seorang diri di atas katil.Paling best kalau katil korang tu bukan disebelah dinding.Tapi tengah tengah dan paling best lagi kalau malam ni dekat rumah korang tu takde orang langsung.Dan yang paling best sekali lepas baca entri ni korang nak terkencing pastu tak ada orang nak  teman korang pergi toilet rumah korang yang sejauh 1km tu.HueHue.


Cerita ni terjadi pada saudara sahabat aku.Nama dia tak perlulah aku bagitau,sebab tak penting pon pada korang.Kejadian benar ini berlaku waktu budak n bersekolah agama pada umur 15tahun.Kejadian bermula apabila.....

Jengjengjeng...Apabila Saleha tak boleh nak tidur,So dia bercadang untuk tidur sebelah kawan dia,Aminah.Yela masa tu dah pukul 12 lebih lepastu dia tak boleh tidur,mestilah seram sejuk kan.Aminah pon berjalan seorang diri ke katil Aminah.Elok je sampai ke katil Aminah,Saleha lena tidur dibuai mimpi.Cewahhh.Tapi yang kesiannya Aminah pulak yang tak boleh tidur.Kesian si Aminah ni sebab dia bagi Saleha tumpang katil dia,tapi dia pulak yang tak boleh tidur,aku assume mungkin dia tak selesa,katil kecik.Tiba-tiba.......

Aminah terdengar pintu bilik terbukak dengan perlahan.Bunyi macam pintu dibukak dengan perlahan plus bunyi seram.Makudnya disini,pintu bilik itu dikuak.Tiba-tiba..Aminah nampak satu kelibat berwarna putih masuk ke dalam dorm dia.Terloncat-loncat,Rupanya apa yang dilihat Aminah adalah pocong.,pocong tu pergi ke katil setiap orang,sebab dia nak kejutkan setiap orang yang ada dalam bilik tu,malangnya..semua tidur dengan lena,sampailah pocong tu singgah ke katil Aminah.

Hanya hiasan ye.

Mula-mula pocong tu kejut Saleha,tapi saleha tak terjaga langsung,So pocong ni pergi pulak dekat Aminah.Pocong tu kejut Aminah menggunakan lututnya,pocong tu goyang-goyangkan lutut Aminah beberapa kali.Aminah buat tak reti je,Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.Lepastu  nak dijadikan cerita,Pocong tu macam tahu je Aminah tak tidur lagi, pocong tu bonggokkan badan dia sikit,dan pocong tu tenung muka Aminah lama-lama.Dengar cerita lama jugaklah pocong tu buat macam tu dekat Aminah,tapi Aminah still pura-pura tidur sampai keesokan paginya.

Ehem,Sekarang ni dekat sebelah korang ada siapa?Ha?korang sorang?Ha eloklah tu.Pastikan pintu bilik tu berkunci.Pastikan tau,kalau ada yang bukak jugak,anggap je tu kucing korang,kalau korang takde kucing anggap je anak patung korang bukak.EH?dah cerita lain dah tu.

P/S:Busy la.KBAI.

6 comments:

Ezzattie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gambo menyeramkan plus cerita pun menakutkan. memang kak dya suka kongsi citer hantu ea. same la ngan ezzat. er yang tenung lama2 tu memang menyeramkan. dah lam ngah baca sorang2! huh.. haha

deardearyhaty.blogspot.com said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

meremang bulu rome..:(

ahmad dhani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Meremang bulu hidung...

ahmad dhani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Meremang bulu hidung...

ahmad dhani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Meremang bulu hidung...

ahmad dhani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Meremang bulu hidung...