I appreciate them.

Saturday, 31 December 2011

Sambutan malam new year ketika aku jahil dan tersasar dari jalan Allah s.w.t

Assalamualaikum semua.Wah pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2012 kan?Bersediakah kita nak menghadapi hari-hari di tahun baru ini?Sebelum tu,kita harus bersyukur kerana Allah s.w.t masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas dan  hidup di bumi ini,walaupun pada zaman rasulullah s.a.w umur bumi ini seperti perempuan tua yang ruku' dan kepala perempuan tua itu hampir mencecah lututnya sendiri.Betapa tuanya bumi ini kan?

Malam ni siapa yang sambut new year?Aku bet mesti ramai gila kan?Terutamanya remaja.Yela dalam fikiran dieorang,umur dieorang masih muda sebab tu nak cuba semua benda.Hari ini 31.12.2011 mesti ramai yang dah keluar seawal pagi,atau tengahari untuk pergi ke pavillion,klcc,bukit bintang,atau korang asal negeri mana?Dekat negeri korang mana tempat yang paling ramai remaja?Kat situ lah korang sambut kan?Kalau dekat Kuala Lumpur ni,budak-budak ramai sambut dekat pavillion.Diri aku sendiri,selama dua tahun aku sambut new year dekat pavillion.Kenapa Pavillion?Sebab situ banyak anak remaja yang sejiwa dengan aku dan sambutan sangat meriah.Tapi itu dulu,sebelum aku berhijrah jadi macam ni.Meh aku cerita dekat korang.
gmbr dr blog org.

New year 2010 dan new year 2011,aku sambut di pavillion.Aku ingat lagi tema untuk malam new year 2011 adalah go gaga,so lagu lady gaga jela yang banyak.Dekat pavillion begitu ramai manusia dengan bermacam ragam,ada yang seksi gilerss,bogel pon takpelah,ada yang sanggup berhabis duet set rambut untuk sambutan malam new year.Nampak tak begitu lagho nya malam new year ni?ada lagi.Ada yang berkepit gf dan bf di malam new year.Aku?Aku hanya sambut bersama kawan rapat aku dan semuanya lelaki.Masa tu aku suka kawan dan keluar dengan lelaki sebab pada aku,kalau kawan dengan perempuan leceh sebab dieorang ni banyak mulut sikit.


Seawal 10 pagi aku keluar dan amek kawan-kawan aku untuk pergi ke pavillion.Berjam jugaklah nak tunggu pukul 12malam.Pakaian aku pada waktu tu?jangan cakaplah,seksi habis,kalau diingat balik memang aku menyesal.Pada malam new year di bukit bintang,jalan-jalan mula ditutup,sale sana sini,waktu tu,aku tak fikir apa pon,aku fikir nak enjoy sebab memang kena sangat dengan jiwa dan naluri aku,sampai je aku di pavillion,aku nampak satu pentas yang besar dan penari-penari di atas pentas tu,dengan lagu lady gaga,pitbull dan macam-macam lagu lagi.Sedar tak korang yang sebenarnya lagu yang korang dengar seperti lagu Jeniffer Lopez "on the floor" mempengaruhi minda dan mood seseorang bila dia berada di dance floor,contohnya kalau dalam lagu tu ada lirik move your sexy body,dengan automatiknya  kita gerakkan badan kita dengan gaya menghairahkan,aku tak pernah pergi ke mana-mana club dan pada malam new year 2011 aku terkejut sebab aku rasa aku dah menjejakkan kaki ke club yang besar dan sesak,walaupun itu adalah pavillion.


gmbr dr blog org.


Penuhnya kawasan itu sampai semua orang terpaksa berhimpit untuk lalu,ada yang sesak nafas,ada yang jatuh,Sanggup kita semua meredah kesesakkan yang penuh dengan dosa itu,tapi sanggupkah kita meredah kesesakkan di padang mahsyar nanti?Aku meredah semua kesesakkan untuk sampai didepan pentas,macam-macam orang yang ada,yang gatal dan meraba sana sini memang ramai dan jangan terkejut kalau aku cakap dalam ramai-ramai tu,ada perempuan bertudung dok menari baik punya.Dimana islam ketika itu?


Sebelum tiba jam 12 malam,aku nur diyana beragama islam menari dengan bukan muhrim,dengan bukan islam tanpa ingat mak ayah.Lagu yang didendangkan membuatkan aku nak menari sampai ke pagi.Astaghfirullahalazim,inilah yang dikatakan islam hanya pada nama.Aku pandang kiri dan kanan,aku lihat banyak lelaki dan banyak juga wanita.Lelaki yang membuka baju dan sambil tonggang arak,ada yang dah mabuk,ada yang dah khayal dengan ganja.Maknyah,pondan semua ada.Macam ni ke malam tahun baru yang kita nak?


Aku sibuk menari dengan kawan-kawan aku,dan tiba-tiba aku terpisah daripada kawan-kawan aku,mungkin sebab kena tolak,sekarang ni sekeliling aku adalah lelaki yang tak berbaju,dieorang semua mengelilingi aku dan buat satu bulatan dan dieorang suruh aku menari,cuba kalau aku layan dieorang suruh aku menari,korang ras apa yang akan jadi dengan aku?Dahlah sesak dan ramai orang,kemungkinan untuk aku dirogol adalah besar.Yes.SANGAT BESAR.sebab masa tu dieorang semua tak pakai baju dan pakaian aku pulak seperti manusia bertelanjang.Nasib baik sepupu lelaki aku selamatkan  aku,kalau tak?Herm.


Aku menari lagi ikut rentak lagu.Cewaaahhh.Apa lagi yang jadi?Negro datang di sebelah aku sambil cakap "yeah comeon baby,dance!yeah!".Korang fikir apa?Macam ni ke new year?Macam ni ke new year orang islam?Oh lupa dan yang paling ramai di situ adalah orang islam.Apabila tiba je jam 12 malam,masuk tahun 2011,lagilah macam-macam ragam.Comolot?berlambak kiri kanan aku.Selepas malam tu ada yang tak balik,tidur tepi jalan,jalan pulak sesak.Pada malam new year 2011 aku berjanji pada diri sendiri bahawa itu adalah sambutan new year aku yang terakhir,sebab aku mula terfikir,ini bukan dunia aku,aku bukan macam ni.Bukan.Alhamdulillah bulan 3 tahun 2011,bulan bersejarah pada aku kerana aku telah berhijrah kepada yang lebih baik.Alhamdulillah.






Aku tak malu cerita dekat korang semua ni,sebab aku nak korang tau betapa busuknya sambutan new year tanpa cara islam dan aku rasa orang islam sendiri yang galakkan benda yang haram ni.Dimana keindahan islam di malam new year?


Kita bukan kafir,kita islam,tapi kenapa kita banyak mengikut cara kafir,cara yahudi?
Korang tahu tak yang sekarang ni orang yahudi tengah tersenyum dan berkata "senang betul nak pengaruh orang islam,berbaloi usaha aku".Macam tu ke yang kita nak?

P/S:Tak payah sambut new year,kalau nak jugak,cukuplah dengan hanya bersyukur bahawa kita masih hidup di dunia ini.

P/S:berapa banyak pulak anak luar nikah yang nak dibuat malam tahun baru 2012 dan dibuang nanti?dan berapa ramai pulak remaja akan dicekup?Kita tunggu berita dua tiga hari nanti.


AKU TAKNAK JADI MACAM NI

25 comments:

dodol said...

makk setuju nyahh..ko kt mne skang??jap lg pkul 12 dah..pg x ceramah ustaz azhar idrus kt dataran shah alam??

cik najihah said...

wah awk mmg berani..
btw alhamdulillah..
awk dah berubah..semoga Allah permudahkan urusan kite semua..

shidi shah said...

Alhamdulillah...
anda masih mendapat hidayah Allah.
semoga makin ramai anak2 muda islam sedar akn perkara ini.

dya mohamad said...

dodol-kat gombak le.study.tula dpt tau last minute

dya mohamad said...

cik najihah-insyallah.sama2 amek pengajaran dr cerita dya ni(:

dya mohamad said...

shidi shah-insyallah amin

sticker_getah said...

baguslah awak dah berubah...

fahmie firas said...

human is a subject to change.. hehe. alhamdulillah..
done following you...

NOVA said...

itu la nama hidup... kakan kejalan yg sesat baruita la kita akan sedar untuk pegi kejalan yg benar.... apa2 pon awak dah ada pegalaman... semoga tahun ini awak lg banyak amalan... amin... salam kenal dear... n happy new year.... ^_^

Amirul Agam said...

terbaek. sbb kongsi pengalaman..

dya mohamad said...

sticker_getah:alhamdulillah.smoge kite semua dpt menjadi yg lbh baik

dya mohamad said...

nova-salam kenal(:

dya mohamad said...

fahmie-tenkiu(:

dya mohamad said...

amirul agam-huehue.tenkiu(:

liyana izzati said...

Alhamdulillah akak dah berubah. Rasa kagum dan bangga dengan akak sebab bukan semua orang mampu nak kongsi kisah lama diorang. semoga akak terus berubah ke arah kebaikan. :)

Shima Yahya said...

Bulan 9 nanti mesti banyak kes buang anak . errr -.-

dya mohamad said...

liyana izzati-insyallah dek.

dya mohamad said...

shima yahya-haha ngandung 9bulan kan.huhu

Fara Zakaria said...

Waaa, takut dengar cerita akak. Nasib fara tak pernah join mana2 sambutan yg sampai mcm tuh sekali, sumpahtak nak. Buatnya time menari sakan tuh Allah tarik nyawa, mmg tak sempat nak mintak ampun.

Alhamdulillah akak dipanjangkan umur lepas tuh untuk berubah. Happy for you :)

ntcm von misteriusha said...

nice entry akak :)
bersesuaian ngan new year
yela kan kadang-kadang kita alpa
thanks sbgai peringatan

dya mohamad said...

fara zakaria-uish.takut tu

dya mohamad said...

ntcm von misteriusha-(:

Ana Farhana said...

dpt bygkn keadaaan tu.. ya'allah jauhkan lah aku dr bnd2 tak elok mcm ni lg2 dunia akhir zaman ni..

dya' = alhamdulillah,allah berikan ruang itu

Nurul Syakira Zainal said...

alhamdulillah.

jom join bloglist kiera:
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2012/01/bloglist-monster-rawr.html

Nurul Syakira Zainal said...

dah follow.