I appreciate them.

Saturday, 14 January 2012

SERAM.ORANG MINYAK

Assalamualaikum semua.Apa khabaq?Baik nohhh.baguih.First aku nak mintak maaf sangat sebab dah lama tak update blog,ni semua sebab aku busy dengan final exam aku.Final exam lagi penting kan.Alhamdulillah dan insyallah aku dapat jawab semua paper dengan baik.Insyallah.Lama tak menaip ni otak aku jadi tepu pulak.Idea semua menghilang macam tu je.Takpelah kepada sesiapa yang nak baca lagi blog aku,silakan.

Hari ni aku nak cerita pasal orang minyak.Apa itu orang minyak?Orang yang disalut dengan minyak ke?Jawapannya tepat sekali.10 markah untuk anda.Orang minyak ni takde akal ke,minyak mahal tau sekarang,kalau isi rm10 dapat berapa liter je.patutlah harga minyak naik,ramai sangat nak jadi orang minyak,kalau ikut ekonomi,minyak berkurang,harga naik*hehe


Orang minyak ni semua pakai ilmu.Ilmu yang menyesatkan.Siapa yang jadi orang minyak ni?jawapannya senang je.orang-orang yang bodoh.

Kenapa aku tiba-tiba nak cerita pasal orang minyak dalam blog aku ni?sebab sekarang tengah hot cerita pasal orang minyak,sampai masuk surat khabar and berita dan yang paling best sekali tempat kejadian tu dekat sangat dengan rumah aku.Jalan kaki pon sampai.Seronok nohh?mula-mula aku tak percaya jugak tapi lepas makcik aku yang duduk dekat selayang bagitau,lepas keluar berita baru aku percaya.
Orang minyak ni dipercayai dua orang dan warga asing.

Kenapa korang patut takut pada orang minyak?Sebab orang minyak ni hanya suka pada wanita sahaja bukan lelaki,kalau orang minyak tu suka lelaki,maknanya dia negro ataupun dia gay.Logik kan?Dia suka sangat dengan wanita sebab dia nak rogol wanita tu,atau nak takut-takutkan wanita tu,atau dia nak pukau wanita tu.Banyak betul kebrangkaliannya kan.Pada wanita yang suka sangat balik lewat malam,pergi club malam-malam,hentikanlah sebab banyak betul bahaya yang menanti anda sekarang ni,tapi kalau korang nak pergi jugak,apa boleh buat,kalau dah kena apa-apa,tak kiralah sebab orang minyak atau apa pon,jangan dok meraung nama aku mintak maaf sebab tak dengar cakap aku,eh silap nama mak ayah.*huehue


Lepas tau kejadian ni,aku tak berani tidur sensorang dah,aku tak berani nak biarkan pintu rumah aku terbukak macam tu je,tak orang minyak yang datang perompak yang datang.Orang minyak ni ada ilmu,dia boleh masuk ke rumah kita macam mana pon kita jaga,kecuali dengan membaca ayat al-quran,sebab tu kita kena praktikkan ajaran islam dan lagi satu aku nak pesan yang duduk rumah sewa tu,kalau nak sidai kain,jangan pakai spender atau pakai seksi-seksi,tidur pon bogel,kalau korang kena target susah,mungkin sekarang korang tak kena,tapi esok lusa siapa tahu?Kalau nak elak dari kena target macam mana?Eh apa ke tutt nya soalan tu?Jawapan dia,pakai sopan-sopan janganlah pakai spender,seluar pendek yang seksi nampak   yang tak sepatutnya nampak,nanti bukan orang minyak je suka tau,tapi perogol berisiri pon suka.Tu next entri okay.Perempuan harus baca.Tunggu




cakap banyak pon tak guna,apakata korang baca je artikel ni dari sinar harian:


GOMBAK - Sudah 16 hari berlalu, namun serangan orang minyak di Kampung Laksamana, Batu Caves masih berterusan berlaku.

Pelbagai ikhtiar dibuat bagi mengatasi gangguan, bagaimanapun kejadian pelik terus berlaku terutama dalam tempoh waktu malam hingga ke pagi.

Kaedah untuk mengatasi masalah gangguan orang minyak diteruskan dan kelmarin, satu majlis tahlil khas diketuai Ustaz Kamaruzaman Abdul Rafar dilakukan di sebuah rumah di Jalan Laksamana 1.

Kamaruzaman hadir diiringi kira-kira 10 ahli persilatan­ memimpin bacaan tahlil dan doa selamat yang turut disertai penduduk.

Majlis yang diadakan tepat jam 10 malam itu diadakan bertujuan memohon petunjuk ALLAH bagi membantu elak daripada terus menjadi mangsa gangguan dua orang minyak yang mengganas di kampung itu.

Program yang berlangsung selama satu jam itu diakhiri dengan memagar seluruh kawasan Jalan Laksamana 1 manakala kawasan lain akan dilakukan secara berperingkat.

Kamaruzaman berkata, majlis bacaan ayat suci al-Quran yang diadakan merupakan salah satu cara untuk mematikan kuasa ilmu hitam orang minyak menggunakan benang.

“Apabila makhluk ini terpijak benang-benang yang sudah diwafakkan dengan ayat al-Quran, kuasanya akan hilang dan ianya akan menjadi manusia biasa semula, ketika itulah kita boleh menangkapnya,” katanya.

Kamaruzaman berkata, benang-benang itu diikat dipangkal pokok pisang dan laluan yang dipercayai sering menjadi lokasi orang minyak muncul.

“Kita cuba cara ini dahulu, mana tahu ianya berhasil untuk mengesan,” katanya.

Turut ‘dipagar’ pada malam itu ialah kawasan kabin usang yang sebelum ini terdapat tiga botol minyak hitam dan minyak zaitun.

Penduduk juga boleh mengelak daripada menjadi mangsa gangguan ini dengan memagar sendiri kawasan rumah masing-masing melalui bacaan 100 kali ayat kursi dari pintu pagar luar ke pintu utama, membaca al-Fatihah terus ke sudut kanan, surah al-Kafirun sambil membaca setiap empat penjuru rumah dengan 25 kali ayat kursi, al-Ikhlas, al-Kafirun dan diakhiri dengan surau al-Falaq.

Semalam, sekali lagi perkara pelik berlaku pada jam 4 pagi apabila batang pokok pisang yang sudah diikat dengan benang terkulai seolah-olah seperti baru dicantas.

Ustaz Kamaruzaman memberitahu, perkara yang tidak disengajakan itu berlaku apabila orang minyak itu terlanggar benang yang diikatkan di kawasan itu.

“Mungkin dia takut dikesan dan cuba melarikan diri menyebabkan pokok pisang yang menjadi tempatnya bersembunyi dilanggar,” katanya.

Difahamkan, satu lagi solat hajat akan digerakkan Surau al-Karimiah, Kampung Laksamana hari ini, seorang lagi ustaz akan dipanggil untuk membantu menyelesaikan isu orang minyak itu.


Kalau nak tau orang minyak berada dekat dengan kita,kita akan bau minyak zaiton,tapi sebelum tu korang kena makesure,takde sesiapa yang memakai minyak zaiton untuk masak okeng.Nak elak?orang yang mengamalkan ilmu cenggini takut dengan kain batik,maka tidurlah dengan kain batik atau jadikan selimut.

P/S:dah selesai baca?pintu pagar semua dah kunci  ke?Sure?Pergi check lagi sekali.kalau malas nak check,Kalau korang  dengar ada bunyi bising bukak pagar,anggap je tu kucing yang tengah praktis nak merompak rumah korang.kbai

5 comments:

Kayu Manis said...

alahai dekatnya dgn rumah kak..

paten said...

ayat last xleh bla!anggap kucen praktis merompak!:D

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

hawiz said...

hihi..minyak2...isu kn..huhu..gud luck yer!

Botak said...

pendek kata orang pompuan kenalah slalu hati²., bukan dengan orang minyak je tapi dengan bangla stesen minyak skali.. hahahaha..

Long Cham said...

NIE BLOG PASAL HANTU KER SEMUA SERAM2 JA
http://long-cham.blogspot.com