Semalam aku dan kawan-kawan aku pergi ke universiti islam antarabangsa malaysia pada jam 8 malam.Eh apa yang formal sangat ni ayat aku ni?okay nak dijadikan cerita semua yang datang ceramah tu budak UIA aku dan kawan aku je UiTM shah alam.Tajuk ceramah tu The conquered Heart dan ceramah ni deberikan oleh ustaz zaharudin dan ustaz izhar,Mereka ni memang orang orang hebat dan banyak kelulusan,belajar sampai 16 tingkat,gayattt.Mereka ada kena mengena dengan majalah solusi dan apatah , aku tak sure sangat sebab aku tak ingat.
Ustaz zaharudin |
Ustaz izhar |
Memang kelakar gila ceramah ustaz-ustaz ni.Mereka ni memang kelakaq weyy.Penat aku gelak.Rugila siapa yang tak datang tu.Ceramah selama 2 jam tapi kesan dia untuk selama-lamanya.Aku ada salin apa yang ustaz-ustaz tu bincangkan,Meh aku nak share dengan korang.Harapnya dapat tambah ilmu kita semua.Macam mana nak tahu yang korang ada penyakit hati ataupun tidak?
Pertama:
Kalau kita dengar lagu je korang semangat,tapi bila dengar je nama Allah s.w.t korang jadi penat.Eh macam pantun kan?Okay contohnya kalau korang bukak radio,kebetulan pulak korang terdengar azan,lepastu korang rasa bosan dan korang tukar kepada channel lain yang ada lagu lady gaga,madonna,LMFAO dan sebagainya.Contoh lain korang cepat rasa ngantuk bila hadir majlis majlis ilmu,mata tu rasa nak terpejam,tidur dekat situ pon takpelah gamaknye.
Kedua:
Apabila hendak melakukan sesuatu ibadah,kita rasa berat.
"Dan sesungguhnya solat itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk"(Al-baqarah)
Bila kita nak lakukan solat ataupun ibadah kita rasa macam tu satu pekerjaan yang berat.Eh Online facebook lagi ringanlah katanya.Lepastu kita berat sangat nak lakukan ibadah sampai kita menangguh nangguh kan waktu.
Ketiga:
Bila kita beribadah seorang diri,kita rasa tak semangat,tak rasa nak beribadah,kita nak ada orang nampak kita lakukan kebaikan dan beribadah.Haaa tu riak namanya dan munafik kerana apa?kerana berpura-pura.
“Sesungguhnya orang-orang Munafik (beriman palsu) itu hendak menipu Allah dan Allah menipu mereka. Apabila mereka mendirikan sembahyang mereka berdiri dengan malas, mereka riak (bermuka-muka) kepada manusia dan tidak mengingat Allah melainkan sedikit sekali”.
(surah Nisa’ ayat 1 dan 2)
Contohnya kita dalam bilik sensorang,lepastu kita tahu dah masuk waktu sembahyang,tapi kita rasa berat sangat nak solat dan dalam hati terfikir "Eh ni aku kena solat bagi orang nampak ni".Lepastu kita pon solatlah depan depan orang dan pura-pura sembahyang.Padahal kita nak menunjuk dan solat itu berat bagi kita.Contohnyalah kak edahnyaa.
Keempat:
Apabila melakukan sesuatu dosa,kita tak merasa kesal ataupon takut walaupun sedikit.Nabi Muhammad pernah bersabda "Bagi orang yang mempunyai akhlak,kebaikan itulah akhlak yang sempurna dan apabila melakukan keburukan,dia akan merasa sesal".
Sekarang ni contoh dah banyak dah dek non,kita tengok je kat facebook,update status bukan main lagi,pergi kelab sana sini,peluk jantan sana sini,lepastu upload gambar dekat Facebook.Padahal Allah s.w.t dah tutup baik keaiban dia,tapi dia dengan rela hati membuka aib dia,lepastu kalau ada orang komen nasihat mulalah cakap macam ni "Eh kubur masing-masing".Dek non,kubur memang masing-masing,tapi masa Dek Non dah jadi mayat,siapa nak kapankan Dek non?Bukan orang orang sekeliling ke yang akan kapankan dan mandikan Dek Non nanti?Ke Dek Non boleh buat sendiri?
"Setiap umatku boleh diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan dosanya.Ada di kalangan yang mendedahkan ini melakukan suatu dosa di waktu malam ,sedang di waktu pagi Allah menutup keaibannya,namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata "wahai fulan,semalam aku melakukan itu dan ini".maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia membuka rahmat Allah yang sebelum ini menutup keaibannya "(H.R Bukhari dan muslim)
Okay ini pulak adalah antara soalan yang diajukan kepada ustaz-ustaz tu.Soalan yang aku ajukan kepada ustaz ustaz tu adalah macam mana nak atasi masalah panas baran.Ustaz izhar cakap dia ikut cakap guru dia,kalau marah,ambil wuduk dan ia sangat berkesan.Insyallah mari cuba ramai-ramai.
Soalan kedua:
Macam mana nak tahu yang dosa kita diampunkan oleh Allah,sebab pasal dosa lampau ni membuatkan kita rasa malu nak berdepan dengan orang atau kita rasa kurang yakin.- Allah s.w.t pernah bersabda "doalah kepadaku maka aku akan ampunkan".Kita ni memang selalu kena bersangka baik kepada Allah.Kita kena yakin dan bersungguh sungguh minta ampun pada Allah dan yakin pada Allah.Orang soleh tak semestinya tak buat jahat,tak buat dosa,tapi apabila mereka melakukan dosa,dengan secepatnya mereka meminta ampun dan kesal terhadap dosa mereka.
Soalan ketiga:
Ramai kawan-kawan saya pakai tangkal dengan ayat-ayat alquran.Bila saya tanya dia cakap hati mereka tenang bila pakai.
- Kalau jampi bukan dari Al-quran adalah syirik.Tapi kalau tangkal dari ayat alquran,ada khilaf yang cakap boleh dan ada yang cakap tak harus.Kalau nak diikutkan,ayat alquran kalau digantung sahaja tapi tanpa izin Allah memang tak jadi,Samalah jugak kalau kita gantung yasin atau ayat kursi dekat rumah untuk elak kena ganggu hantu tapi tak baca dan tak amalkan dan tanpa izin Allah,tak jadi benda tu,So bagi saya benda tu tak boleh.
Soalan keempat:
Macam mana nak tambah cinta pada Allah dan Rasul
- Jadikan Alquran sebagai peneman hidup.Fahamkan segala apa yang disampaikan dalam Alquran.Kalau boleh baca tafsir alquran.Bila baca ,tengok makna sekali jangan jadi kaum yang meninggalkan alquran.
Soalan kelima:
Macam mana nak elak dari buruk sangka
- kita paling takut buruk sangka sebab bila kita dah buruk sangka dekat orang,kita akan cari salah orang tu dan asal usul orang tu.Contohnya kita fikir "Eh betul ke Ustaz Azhar idrus ni tak sesat?Eh kena cari ni dia dulu belajar mana,duduk mana,asal mana".Yang sibuk nak cari asal usul dia buat apa
Okay kita tengok kes erma fatima,dulu dia free hair,lepastu dulu pernah jadi kes dia letak dan ikat tudung dekat beg tangan bukan dia nak pakai tudung tu,tapi beg dia pulak yang pakai,lepastu Erma Fatima letak pulak tudung dia dekat bahu,perlahan-lahan sekarang dah pakai tudung,tutup dada lagi.So jangan buruk sangka pada orang.
Soalan keenam:
Macam mana kalau solat tapi dok fikir macam-macam.
- Sebab tu tak ada tertulis dalam rukun solat,khusyuk.Cuba tengok rukun solat ada tak tertulis kyusuk?kalau tak kyusuk batal sembahyang?Tak ada kan?Tapi kita kena usaha la untuk kyusuk.Sebelum solat tu baca Astaghfirullahalazim dan hembus tiga kali di bahu untuk elak dari setan kacau waktu kita sembahyang.
- Niat
- Takbiratul Ihram
- Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
- Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
- Rukuk dengan toma`ninah.
- I`tidal dengan toma`ninah
- Sujud dua kali dengan toma`ninah
- Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
- Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
- Membaca tasyahud akhir
- Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
- Membaca salam yang pertama
- Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut
Soalan ketujuh:
Kalau bukak tv,berita,drama,semua cerita ada perempuan yang tak menutup aurat,sebagai lelaki islam,apa yang perlu saya lakukan
- Kalau bukak tv,lepastu ada perempuan yang tutup aurat dibolehkan untuk tengok kalau nak belajar, tapi kalau tak tutup aurat,afdal jangan tengok.Tapi kalau nak tengok jugak,jangan tengok sampai tujuan untuk naik syahwat.
Kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz zaharudin adalah
Imam syafie pernah berkata "sesiapa yang hendak Allah memberikan cahaya kepada hati mereka,maka buat perkara ini,tinggalkan perkataan yang tiada kaitan dengan kita,jauh dari maksiat,hendaklah membuat amal soleh(yang hanya Allah sahaja yang tahu),kurangkan makan,dan elak bercampur dengan orang orang sutaha'(bodoh)"
Dalam sahih muslim pulak
"Dengan adanya dosa kita lakukan,akan ada titik-titik hitam hingga hati akan menjadi kering hingga tidak tahu perkara maarif,jika berlaku kemungkaran,maka dia tidak mengendahkannya"
dan akhir sekali
"jangan kamu memperkecilkan ketaatan yang sikit,kerana jika ia berterusan,ia akan membawa kepada kesenangan "
"jangan kamu memperkecilkan dosa yang sikit,kerana jika ia berterusan,ia akan membawa kepada kemungkaran "
P/S:Sebar-sebarkan dan ingat-ingatkan kawan-kawan kita yang lain,termasuk diri sendiri (:
2 comments:
jazakillahukhair kathira. entry yang sangat bermakna. semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah :)
Moga dijauhkan dari penyakit hati :)
Post a Comment