I appreciate them.

Tuesday, 10 April 2012

FILEM WRATH OF THE TITANS MENGELIRUKAN ISLAM?

Assalamualaikum

Korang dah habis tak tengok filem yang tengah meletup sekarang ni?Wrath of the titans?Kalau yang belum tengok lagi tu,terpulanglah korang nak tengok ke tidak kan.Tapi minggu lepas aku pergi tengok sebab aku tak expect jalan cerita dia ada sikit diadaptasi dari kisah-kisah islam kita.Tapi filem ni pasal dewa-dewa.

Dalam filem ni adalah jugak disebut pasal yakjuj makjuj,dajal tapi dalam cara mereka sendiri.Semua orang tahu yang yakjuj makjuj tu akan musnahkan apa yang ada atas muka bumi ni dan terkurung bawah tanah kan,tapi dalam cerita ni dia kelirukan manusia dengan keluar dari tanah dan lawan dengan askar-askar.Macam tu jugak dengan dajal.Dalam islam,dajal tinggal di sebuah pulau di tengah laut dan kita sendiri tak tau kat mana kan?Tapi dalam cerita ni,pulau tu memang terletak di tengah laut dan dengan menggunakan kuasa tongkat dewa je,dieorang boleh nampak pulau tu,bila sampai je dekat pulau tu,ada lelaki yang besar dan tinggi bermata satu.Tapi dia kelirukan kita dengan menampilkan mak bapak dajal tu.
scene di pulau dimana ada manusia bermata satu

Kalau korang faham,sebenarnya filem orang putih ni,dan filem ni sendiri sedang mengawal minda manusia .Lepas tengok cerita tu,mesti kita fikir"eh dia ni nak hina islam ke?" tapi lepas tengok kelainan contohnya tiba-tiba dajal tu ada mak pak mesti kita akan fikir "Oh tak sama,kebetulan kot".Anda pasti ini satu kebetulan?cuba tengok semua filem orangputih.Tapi kalau korang takpercaya terpulang

Meh aku nak cerita satu kisah tentang seorang pemuda yang bertemu dengan dajal di sebuah pulau.Ini kisah benar yang berlaku pada zaman nabi.

Baginda Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Tahukah kamu kenapa kamu semua aku kumpulkan?"
Sahabat menjawab "Allah dan RasulNya lebih mengeahui".Lalu baginda bersabda "Sesungguhnya demi Allah aku tidak menghimpunkan kamu kerana menghrap sesuatu atau takut dari sesuatu tetapi menghimpunkan kamu kerana Tamim Ad Dari adalah berasal dari seorang kristian lalu ia datang menemui aku daN menyatakan keislamannya dan telah berjanji setia untuk taat kepadaku dan beliau juga telah bercerita kepadaku akan suatu cerita yang sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu berkenaan "Al Masih Ad dajjal"

 Beliau bercerita kepadaku bahawasanya beliau pada suatu masa dahulu pernah mengharungi lautan bersama-sama dengan 30 orang lelaki dan kabilah Lahim dan Judzam.Lalu mereka dipukul oleh gelombang yang besar selama satu bulan sehingga akhirnya mereka sampai ke suatu pulau yang ada di tengah-tengah lautan yang merupakan tempat tenggelamnya matahari.Apabila telah sampai disitu mereka menaik sampan kecil yang mereka gunakan untuk berlabuh di pulau itu.

Sebaik sahaja mereka masuk dalam pulau itu mereka sangat terkejut apabila bertemu dengan seekor binatang yang berbulu kasar dan tebal.Binatang ini tidak dapat dikenalpasti apa jantinanya kerana tidak dapat dikesan di sebelah mana duburnya dan di sebelah mana kemaluannya di sebabkan bulunya terlalu tebal.Lalu mereka bertanya kepada binatang itu "siapa kamu?" Binatang itu menjawab "akulah Jassasah"(tukang intip rahsia) Mereka bertanya lagi "apa itu jassasah?".
Binatang itu menjawab pula "tak usah panjang cerita dan hendaklah kamu pergi menemui seorang lelaki yang ada di tempat pertapaan ini kerana ia sangat rindu mendengar berita dari kamu".

Apabila binatang ini menyebutkan di dalam pertapaan itu ada seorang lelaki,kami menjdi takut kepadanya kerana boleh jadi ia adalah syaitan betina.Seterusnya kami pon cepat-cepat masuk ke dalam pertapaan itu,tiba-tiba kami menjumpai di dalamnya sebesar-besar manusia yang pernah kami lihat yang dirantai sekuat-kuatnya.Kedua tangannya dibelenggukan ke lehernya.Kakinya dirantai dengan besi dari kedua lututnya sampai ke dua buku lalinya.

kemudian lalu kami bertanya kepadanya "siapa engkau?" Ia menjawab :sebenarnya kamu telah melihat keadaanku ini (Jadi aku tidak perlu lagi menceritakannya),bahkan kamu ini siapa?
Kami menjawab "Kami adalah dari bangsa arab.Kami telah pergi berlayar dan secara kebetulan laut sedang bergelora lalu perahu kami dipukul ombak yang besar selama satu bulan dan akhirnya kami tersangkut di pulau kamu ini.Lalu kami menaiki sampan-sampan kecil dan kami dapat pijak ke pulau kamu ini.Kami sangat terkejut apabila kami ditemui oleh seekor binatang yang berbulu tebal yang tidak dapat diketahui kemaluan dan duburnya disebabkan bulunya terlalu tebal,Apabila kami bertanya kepadanya ia menjawab "akulah Jassasah".

Setelah mendengar perkataan kami tadi,lelaki yang berantai itu bertanya "Cuba ceritakan kepadaku bagaimanakah kerbun kurma di Baisan?"Kami menjawab "dari sudut apa yang mahu kamu tanyakan?"
Lelaki itu berkata "aku bertanya apakah ia masih berbuah?" Kami menjawab "Ya!Ia masih berbuah"
Lalu ia berkata "sesungguhnya hampir ia tidak akan berbuah lagi".

Lalu lelaki itu bertanya pula "bagaimana pula tentang tasik Thabariah?".Kami menjawab "tentang hal apa yang kamu tanyakan?".Ia berkata "adakah ia masih ada airnya?".Lalu ia menjawab "sesunggguhnya tidak lama lagi ia akan kering.".Kemudian ia bertanya "bagaimana pula dengan air mata zughar?"Kami menjawab "tentang apa yang kamu tanyakan?".Ia menjawab "apakah masih ada airnya dan apakah penduduknya masih menggunakan air mata untuk tanaman mereka?"
Kami menjawab "Ya!Airnya  masih banyak dan penghuni yang berada di sekelilingnya masih banyak dan penghuninya masih menggunakan air mata itu untuk tanaman mereka".
Bagaimanakah nabi Muhammad dan nabi nabi arab yang lain?apakah yang dikerjakannya?"
Kami menjawab "Ia lahir di mekah dan telah berhijrah ke Madinah".Ia bertanya lagi "apakah orang orang arab memeranginya?"Kami menjawab "Ya!mereka memeranginya!".Ia bertanya lagi"Bagaimana perlakuannya terhadap mereka".Kami menjawab "Ia telah banyak memperoleh kemenangan terhadap mereka,bahkan hampir semua orang arab yang ada disekelilingnya telah mengikutinya".
Ia bertanya lagi "sungguhkah itu terjadi?".Kami menjawab "ya sungguh itu terjadi." Ia berkata pula "Kalau mereka mengikutinya maka itulah lebih baik.Maka sekarang ini saya ingin mengkhabarkan kepada kamu siapa sebenarnya saya.Saya adalah AL MASIH AD DAJAL.Rasanya sudah hampir diizinkan aku keluar.

Bila aku keluar aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehingga tiada ada sebuah kampung juga pun kecuali aku datangi,iaitu dalam tempoh empat puluh hari.Selain Mekah dan Madinah maka aku ditegah dari memasuki keduanya ini.Bila aku cuba memasukinya,aku akan dihadang oleh para malaikat dengan pedang hunus.Mereka mengawal pada setiap bahagian bandar itu.

Lalu Nabi s.a.w bersabda lagi "Sesungguhnya aku sangat tertarik dengan cerita Tamim Ad Dari ini kerana ia sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepadamu sekalian terutamanya tentang keistimewaan mekah dan madinah.PERHATIAN!Dajal itu sebenarnya berada di LAUT SYAM atau di LAUT YAMAN.Sesungguhnya ia berada di arah timur!

Dajal sedang menunggu masa UNTUK KELUAR DAN MENJELAJAH BUMI.Jangan bongkak yang kita akan dapat elak dari fitnah dajal,kerana hidup kita sekarang ni pon dipenuhi dengan pemerintahan bersifat dajal dan dunia yang kejam ibarat dajal!

Allahuakbar!

P/S:nak percaya silakan,taknak percaya aku tak rugi.



2 comments:

Unknown said...

Pertama, kecewa sebab Muslim asyik pertikaikan segala filem yang nampak macam 'goyangkan' akidah. Orang kafir dengar azan dekat TV hari-hari, tak pula ramai-ramai mereka jadi Islam. Apa iman kita teruk sangatkah sampai tengok filem terus macam kena pukau? Janganlah ada sifat provokasi. Dajjal punya bahagian, banyak perbahasan dari segi hadis dan ayat Quran. Buka kitab balik. Semua tahu dan percaya dia wujud dan akan datang satu hari nanti bila janji Allah tiba. Fitnah Dajjal itu sendiri boleh ditafsirkan sebagai 'bencana'. Haih.

Mysara Ab Rahman said...

cerita barat ni ada je kn...sume nk memesongkan..