I appreciate them.

Wednesday, 3 February 2016

Resepi Ayam masak tempoyak sonang yo

Assalamualaikum

Ada yang tanya sejak bila pulak blog aku ni jadi blog masakan ek?
Sejak aku kahwin kot.Aku memang suka memasak.Hobi aku sebelum tidur adalah tengok video memasak.Aku rasa puas.

Ha cik adikk semua yang belum kahwin tu,Belajar lah memasak.Takkan tiap kali nak makan dekat luar kan.Takkan nak biarkan orang lain yang layan suami kita. Masak je simple asallkan kita boleh tengok suami makan depan mata.Gittewww.
#TipsRumahTangga.

Aku ni peminat durian.Sedap kottt duriannnn.Lagi-lagi makan sambal tempoyak,kentang goreng dengan nasi panas. Kombinasi yang pelik,Tapi itulah favourite aku.

Korang ingat masak tempoyak ni susah naw naw ke? Sonang yo.Aku rasa yang susah mungkin part nak cari tempoyak sebab bukan semua kedai jual tempoyak .Giant,tesco semua susah nak jumpa yang jual tempoyak.Jadi aku beli dekat pasar malam. RM3.00 untuk satu paket.


Okay chuolsss enough iolss membebel.Ni ha resepi Ayam masak tempoyak 






Bahan-bahan:
1. Cili besar 
2. Cili padi
3. 1. Kunyit hidup
4. Tempoyak
5. Serai
6. 3 ulas Bawang merah
7. Sehelai daun kunyit
8.  Ayam 6 ketul

Cara-cara
1. Blend bahan nombor 1 sampai nombor 5 sampai jadi macam dalam gambar ni:


2. Kemudian tumis dan terus masukkan ayam
3. campak hirisan bawang merah dan daun kunyit
4. campak ayam
5. Masukkan air.Ikut kepekatan yang korang suka.
6. pastikan api perlahan dan  biar sampai ayam masak
7. Masukkan garam dan gula
8. Siap!!!!


Makan dengan nasi panas perghhhhhhh terangkattt.Confirm suami tak cari lain.Kalau dia cari lain maknanya dia gataiiiiiiii:D

Okaylah selamat mencubaaaaa.