I appreciate them.

Monday 8 February 2016

Tahukah korang yang pemegang kad maybank boleh dapat 30% diskaun untuk tiket sunway lagoon??

Assalamualaikum

Ha kemain panjang kannn tajuk.Gittewla betapa pentingnya entri ni bagi penggemar water ride/ water slide.

Dah lebih 10 tahun aku tak pergi sunway lagoon.Yela sebab aku ni tak pandai berenang dan honestly aku ni takukan air.Tapi sekarang tidak lagi okay.Aku siap boleh masukkan kepala dalam air lagi. Ini adalah satu pencapaian bagi aku.kihkih:D

Memula tu aku bercadang nak beli tiket online la,dan ambil je tiket dekat kaunter sunway lagoon.Harga Asal RM150.00 Tapi kalau beli online dapat RM120.00 untuk satu tiket.Ya still mahal.

Kemudian aku google promotion sunway lagoon.Dan jumpa la benda yang awesome iaitu pemegang kad maybank debit or credit,Boleh dapat 30% dari harga asal.Yang menjadikan harga tiket kepada RM105.00.Banyak kan ?



Jadi aku ni takde kad maybank,laki aku la ada kad maybank.Kiteorang pon belilah tiket untuk dua orang.Kena beli dari kaunter tau.Kalau beli online dapat diskaun online jela.Gitteww.Paham kan?

Sambutan awal pagi dari pihak sunway
datangla awal untuk elakkan beratur okay

Kami sampai jam 10:00 pagi .Saja sampai awal sebab untuk elakkan kesesakan orang.First destination yang kiteorang pergi adalah nickelodeon lost lagoon.Jauh sikitla dari tempat masuk.Korang kena kuat semangat untuk berjalan.Ada spongebob,patrick,dora the explorer.



Kami pergi tempat spongebob dulu,main segala gelongsor yang ada.Best jugakla masa tu sebab takde orang langsung.Aku rasa seperti akulah raja.kahkahkahhh.





Ha pilih pilih nak pergi mana .Banyak tempat dalam nickelodeon lost lagoon ni


nampak tak hidung panjang dekat atass sekali tu? haa ni la Spongebob punya tempat



Ha ginilah rupanyaaa monsoon 360

Kemudian kami pergi pulak ke kawasan lain pulak.Aku tak sure tempat yang aku pergi tu kartun apa,tapi ahh belasah jela.Yang paling aku ingat monsoon 360 ni.Memang terbaik sebab dia akan lepaskan korang dalam tu,dan korang tak jejak tanah lah kiranya.Habis air masuk hidung aku. Tapi memang best gilaaa.Siapa yang sakit jantung jangan naik okayh.



Seriously boleh dikatakan setiap slide yang ada dekat nickelodeon lost lagoon tu kiteorang try.Sebab masa tu tak ramai orang.

Lepastu kiteorang berlari berkejaran pergi kawasan yang ala-ala pantai tuuu.Aku ada bad history dekat situ, kawan aku cuba lemaskan aku dulu.Nasib baik ada jejaka cina tolong aku tauuuu.



Lepastu kiteorang berlari pulak pergi vuvuzuela.Perghhh yang ni memang aku cakap ngan engkorang,Ramai gila orang beratur untuk naik okay.Ramai yang teramat!!!!Kami pon beratur dan naik hanya sekali jela.Memang tak sanggup dah nak beratur lagi.Tapi memang berbaloi sebab sangatlahhh best.vuvuzuela di sunway lagoon ni antara yang terbesar di asia.Jadi kalau pergi sunway lagoon,silalah try.

And sekali lagi.semua water slide kami main.Taknaklah lepaskan peluang kan.Bukannya setiap hari datang sunway lagoon.

Then kami pergi naik ATV dekat extreme park. Free je.Tapi aku sarankan untuk wanita better korang main selepas tukar baju.Kalau baju korang basah,nanti dia suruh sinsing lengan untuk pakai alat keselamatan yang kat lengan tuuu.



Scream park


Kemudian benda last sekali yang kami buat adalah pergi scream park iaitu masuk rumah hantu. Okay memula aku skeptikal la jugak sebab aku ingatkan rumah hantu dia macam rumah hantu dekat sekolah tuu.Alaa tak seram pon.Tapi rupanya kiteorang semua kena ada dalam tu selama 20 minit dan rumah hantu tu adalah sangat besar okay.Ada partition kengkonon korang akan lalu hospital orang gila.Lalu tiub berpusing.Akan nampak fredie kruger ,Jason dan macam macam lagi.Memang ada elemen terkejut la.Jadi Serious korang kena masuk Scream park ni okay!

Overall aku sangatlah hepi sebab ni first time kami pergi ke sunway lagoon as husband and wife.EH sebelum kahwin pon kami tak pernah pergi bersama.Kahwin baru pergi.Barulah sweet.Hahaha;D

okay untuk info diskaun boleh lawat sini :

http://sunwaylagoon.com/promotions/


Kbabaiiii~~~~~

5 comments:

kayla said...

Bila la saya ada masa nak pergi ni ye..
-wawa idris-

aboya said...

seronaknyaa.... excited pulop tang scream park tu....cam best jaa....
baru tahu kad maybank boleh dapat diskaun...

fatimah said...

Woww.. Bestnyer.. Klu ada rezeki, teringin nak bawa anak2 pergi..

iCosmos Enterprise said...

Hi guys, you can also buy Sunway Lagoon ticket with great price: http://icosmosenterprise.com/product/sunwaylagoon-tickets/

Check it out! Thanks :)

Unknown said...

kalau beli online, pastu nt tinggal amik tiket kt kaunter ke eyh ?