I appreciate them.

Saturday 9 April 2011

bila dapat masuk universiti ibu dan ayah akan pesan:

 serius ni.



masa kita baru lahir or membesar,harapan mak ayah pada kita sangat tinggi.dorang dah advance dah fikir Universiti mana nak hantar anak dorang,walaupun masa tu kita baru berumur 3bulan.mereka dah bercakap dengan kita sebenarnya,

"sayang,dah besar nanti jadi anak yang baik tau.belajar rajin-rajin,masuk Universiti,banggakan mak dan ayah!Muahmuahmuah!sayang dia!"(,:

tapi masa tu,kita tak faham sepatah haram pon.yela sebab kita masih comel sebagai bayi.
tapi sekarang ni kita dah boleh jadi bapak and mak bayi,tapi kita tetap tak faham and tak ikut kata mak ayah kita.nak cakap otak kita otak bayi,tak jugak.Kita selalu lupa pesanan mereka.


1.kak,belajar rajin-rajin tau.jangan melagho je
apa yang kita buat:
taknak belajar rajin-rajin,sebab dalam otak fikir aku dah masuk U mesti dah pandai.


2.kak,duit PTPTN tu gunakan untuk beli buku,bayar sewa rumah dengan makan je tau
apa yang kita buat:
masa duit PTPTN tengah banyak,
biasanya perempuan dengan baju,makeup baru.lelaki dengan gadget and modified kereta.,nak habis sem je,buat muka simpati,balik rumah mintak kat father and mother @ FAMA.


3.kak,dekat sana,belajar je,jangan bercinta pulak.nanti merosot pelajaran.
apa yang kita buat:
sesi mencari jodoh di setiap fakulti untuk dijadikan teman belajar sama-sama,teman makan,teman minum,teman pergi toilet.


3.kak,dah sampai rumah,telefon mak tau.
apa yang kita buat:
bila dah sampai kol bf or gf dulu baru mak.itupun kalau ingat la dekat ibu dan ayah kita.ataupun tak kol langsung ,alasan,lupa.


4.kak,solat jangan tinggal,selalu berdoa pada DIA agar dipermudahkan segala urusan pelajaran
apa yang kita buat:
buat buat tidur,sakit,tak sempat nak solat.alasan,penat baru balik kelas


5.kak,kereta dan motor yang mak dan ayah bagi ni.untuk pergi kelas je tau.jangan bawak pergi tempat tak senonoh and merayau pulak.bahaya.
apa yang kita buat:
ah peduli apa,bahaya tak bahaya lah.,bawak jugak pergi tempat yang agak tak senonoh tu.janji puas,kereta baru kan.


6.kak,akak lah harapan mak dan ayah.ingat tu
apa yang kita buat:
tak ingat dan dalam hati mesti fikir,ala abang,adik ada lagi.tension la,takkan aku sorang je harapan mak and ayah aku!aku tak pandai mana pon!tension!!


7.kak,awak duduk jauh dari keluarga.tolong jaga diri elokelok,kalau susah minta tolong kawan awak atau call mak and ayah
apa yang kita buat:
bf and gf kita yang jaga kita.bila susah.,mintak tolong bf and gf jugak.tak ingat mak ayah.



sama-samalah kita merenung diri masing-masing..
aku buat entry ni untuk diri aku jugak.nak mengingatkan diri aku ni yang sangat nakal nakal manja ni:D
sayangilah ibu bapa kita sementara mereka masih berpijak pada bumi ini,dengarlah kata,jangan degil,kalau degil,babap kangg!baru ada akai!

kita takkan merasakan apa yang mereka tanggung selagi kita tak bergelar ibu dan bapa.masa kita dah ada anak nanti,baru kita tahu,betapa sakitnya hati ibu dan bapa kita dulu melayan perangai tak senonoh kita ni.itulah karma kehidupan







ayah and mak,maafkan anakmu yang nakal ini ya.kita sayang sangat dekat mak and ayah,walaupun kita sangat nakal dan tak terniat pon dalam hati nak buat apa yang mak and ayah tak suka,hakikatnya,kita sangat rindukan mak and ayah),:



p/s:Mereka tak mintak duit sebagai balasan.tapi mereka nak lihat anak mereka berjaya dunia akhirat.
(,:

kalau ada apa-apa pesanan yang aku tertinggal,please kongsikan,aku nak tau jugak(:



kasih ibu sampai ke syurga,kasih bapa selamanya,kasih BF dan GF,sampai ke JAIS.wahahah:P

3 comments:

Unknown said...

thanks...
saling berpesan2 sesama insan.

Kakzakie Purvit said...

Dya.... ingat dan sayang saja belum mencukupi kalau tidak terpenuh segala janji dan hasrat mereka. Ingat apa yg dikata seperti yg disenarai itu insya-allah beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

dya mohamad said...

man-yup.berpesan pd diri sndri jugak ni(:
thanks for reading

kakzakie-insyallah.dya akn cube sebaik mungkin.same2 lah kite menjadi insan yang lebih baik(: