I appreciate them.

Monday, 28 March 2011

dua orang budak kecil daripada kelantan


ini dia lelaki daripada kelantan,nama dia amad ataupon nama glamor dia amat.nampak sama kan?tapi sebenarnya lain.cuba tengok betul-betul.lain kan...ejaan dia.
comel tak comel tak?comel la.makanan ni dia yang nak sangat sebab nampak I makan,dia pon nak ikut sekali makan.tapi tak habis,berterabur atas karpet ,I yang kena bersihkan.apa ingat I kuli you ke?huuuu:P

lepastu dia suka sangat pergi dekat kotak ubat atok I,dia nak check apa pon taktau.mungkin cita-cita dia nak jadi doktor mungkin.kecil-kecil dah ada cita-cita.I respect la sama lu brother.layak ke panggil brother?habis I ni apa?


gaya ni adalah kegemaran I sebab tandanya dia tengah lapar susu.



ha ni abang dia,first,why you wat face macam tuh hah??

dia amir amsyar,masa kecik2 dulu suka sangat menari bila ada iklan,kalau iklan oligo koko makin galak tarian dia.pastu kalau orang lain pegang.dia alergic.sikit-sikit nangis sambil panggil "mek".sekarang ni, kalau nak air dalam peti ais,suka sangat gedik-gedik jengket2 kaki.tangan dia menggelitis gedik gedik cam ikan nak separuh mati and buat muka manja,minta kat siapa-siapa yang ada dekat dengan dia."nak air dalam peti!"sambil loncat and tangan dia tu..sigh.how can i resist his permintaan.comel sungguh!

disini disediakan kemudahan video amad@amat mengomel yang sangat comel.membuatkan I geram nak sangat balik kelantan.
tengok bila kita sebut mata,kanak-kanak memang suka buat aksi yang membuatkan kita cair ni,kedip-kedip mata.


video
kalau suruh senyum dia cakap nyum nyum nyum.

wahaha.I rasa nak gelak sorang sorang tengok vids ni.sebab tiba tiba ada lagu india last part of this vids.HAHAHA.*kantoi

0 comments: