I appreciate them.

Monday, 27 February 2012

Penyanyi Erykah Badu yang menghina islam bakal membuat konsert di Malaysia.What the heck?

Assalamualaikum

Boleh tak aku nak marah dengan kerajaan Malaysia sekarang ni!Korang tanya kenapa?Sebab sebagai pemerintah di Malaysia mereka ada hak untuk halang apa yang berlaku di Malaysia ni.Oh cakap A.I(paham-paham sendiri) macam tu,macam ni, boleh pulak?Habis yang kau biarkan kapal israel masuk Malaysia tu apa cer bro?Oh lagi satu kenapa kau tak larang Erykah Badu buat konsert dekat Malaysia?Kenapa?Dan lagi satu kenapa kau biarkan pihak penganjur menipu mata masyarakat Malaysia dengan buang Tatoo Allah di badan Erykah Badu?Gambar asal ada tatoo.Kenapa?Nak menipu ?Sebab wang?Kenapa eh?Pernah dengar pepatah ni tak?Paku dulang paku serpih,kata orang dia yang lebih.Ha hamekk kau.

Poster promote konsert di Malaysia.FAKE!



Gambar sebenar dari 
Klik gambar sebenar Erykah Badu

siapakah Eryka Badu?Eryka Badu adalah seorang penyanyi hiphop yang meletups dekat dunia dan Amerika syarikat katanya lah kan.Agama Erykah Badu adalah islam tapi Eryka badu mengikut nation of god and earth ataupon 5 percenters.5 percenters ni adalah orang orang yang mengikut ajaran clarence 13x iaitu ajaran bekas Ahli Nation of islam.Ajaran ni yang aku tahu untuk orang yang berkulit hitam je.Clarence 13x sebenarnya adalah nama orang tahu,Nama sebenar ialah Clarence Jowars smith.Smith join Nation of Islam,selepas Smith dapat tahu yang bini dia pon join group tu,dan Smith telah dinamakan Clarence 13 x sebab smith adalah orang yang ke 13 yang mempunyai nama Clarence di kuil bernombor 7 di Harlem.

Satu Hari tu,Clarence 13x merajuk sebab telah ditegur oleh pihak National of islam,dia mula membawa diri,menyampaikan ajaran dalam caranya tersendiri,Clarence 13x menyatakan yang orang yang berkulit hitam,kuning,coklat dan merah boleh menjadi tuhan dengan syarat mesti buat amalan yang soleh.Untuk menjayakan ajaran Clarence 13x,dia telah menggunakan beberapa cara mistik tradisi contohnya Matematik tertinggi,satu prinsip yang diterjemahkan dalam 0 hingga 9,alphabet tertinggi,satu prinsip yang berkaitan dengan huruf roman.Ajaran ni hanya difahami oleh pengikut Clarence 13x.

Pada 31 May 1963,which is hari jadi aku.Damn!Clarence 13x telah di tangkap atas sebab kelakuan tak senonoh,memiliki ganja,perhimpunan menyalahi undang-undang dan Clarence 13x mengaku tidak bersalah.Clarence 13 x diletakkan di hospital sakit jiwa selepas dia berpura-pura tidak mengaku dan tidak faham apa yang dia telah lakukan,Clarence 13x diletakkan di hospital sakit jiwa sehingga 1967.
Clarence 13x percaya bahawa orang yang berkulit putih adalah jelmaan syaitan dan tidak boleh jadi apa-apa selain dari syaitan.Five percanters yang mengikut ajaran clarence 13x menganggap diri mereka islam tapi bukan dalam erti kata islam yang sebenar,bukan islam dalam agama,tapi hanya islam dalam politik,so ramai yang tak percaya mereka ni islam.Kepercayaan mereka dalam islam pon amatlah sedikit,sangat berbeza dengan syiah islam.Erykah Badu digunakan untuk menyampaikan ajaran five percenters dalam lagu-lagunya,tapi ajaran five percenters dengan islam memang berlainan dan mereka anggap diri mereka satu pergerakan politik bukan pergerakan islam.Macam tu lah agama Erykah Badu ni.


Erykah Badu pernah mengeluarkan album bertajuk "kabbah".Tapi selepas dapat tentangan dari umat islam,Erykah Badu menukar nama album kepada "New Amerykah".Salah satu tajuk lagu Erykah Badu adalah The healer yang di ayat pertama mengandungi ayat "umm de lee la Allah..Jehova". Sila play di saat ke 0.25 untuk dengar.





Erykah Badu atau Erykah Badut dikatakan menyokong Palestin dan dia kenal semua pemuzik hiphop palestin.Okay aku faham kalau dia sokong Palestin.Yang aku tak faham kenapa Penganjur dari Malaysia nak menipu rakyat Malaysia dengan buang tatoo dan gambar sebenar Erykah Badu?


Eh tak hina islam lagi ke kalau dah macam tu?mencacah tatoo Allah dekat badan.,konon nak menyampaikan ajaran,tak hina islam lagi?Kalau sayangkan islam janganlah buat cenggini

P/S:Kononya  Erykah Badu mewakili wanita islam dalam muzik hiphop.Sorry aku wanita islam dan aku taknak kau wakilkan aku ya.Kbai. :)

Korang boleh baca 5 percents term disini ya.Klik le.five percent term

Apabila kita pergi atau meraikan sesuatu perayaan agama orang lain,konsert yang menghina islam,maknanya kita redha dengan kesyirikan mereka.Wallahualam.


Laman  web rasmi Erykah Badu

Sunday, 19 February 2012

SEKSA KUBUR ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Assalamualaikum

Terasa lama pulak tak update blog.Dahlah tangan aku menggigil saat menaip entri ini.Cewahhh,bukan apa,ni semua sebab petang tadi aku main badminton,dah lama benar tak main badminton,so tangan jadi parkinson sekejap.Maaf sebab dah lama tak update.*lama ke?Yela sebab mencari idea nak share dekat korang.Kalau aku buat entri merepek,nanti ada pulak orang meluat nak baca kan?Sekarang,aku nak fokus kepada entri pesan memesan sahaja.Bukan pesan memesan makanan,tapi okaylah pesan memesan makanan rohaniah dan persediaan menjelang alam barzakh nanti.*Gittewww


Semua umat islam tahu,yang solat adalah tiang agama kan?Apabila kita tidak menunaikan solat maka kita telah meruntuhkan tiang agama tersebut.Siapa yang tak tahu tu,boleh dah duduk dekat planet pluto.Kalau kita memiliki iman yang rapuh,memang senang untuk kita runtuhkan tiang agama ni.Aku bukan hipokrit,malah aku akui walaupun aku bertudung,terkadang aku tertinggal solat,Ya aku akui.Tapi sekarang Alhamdulillah Aku diberi peluang untuk membetulkan kesilapan aku setelah aku membaca beberapa buku seksaan api neraka.Apa yang aku baca ini,mampu membuatkan aku menangis mengenangkan dosa meninggalkan solat.Sebelum terlambat,aku ajak korang semua berubah.Mari baca.


Apabila kita diletakkan di dalam kubur,kita seorang diri,tiada harta,pangkat,sanak saudara jadi pelindung dan kita pasti akan dihimpit kubur.Tapi,berat dan ringannya himpitan kubur adalah sesuai dengan amalan kita didunia.Sesiapa yang taat atas suruhan Allah s.w.t ,kuburnya akan dihimpit halus kemudian dilapangkan semula oleh Allah s.w.t manakala sesiapa yang ingkar,mereka akan dihimpit dengan himpitan yang mampu dan akan mematahkan tulang rusuk.

Hadis marfu' riwayat Aisyah r.a yang menyatakan bahawa nabi s.a.w bersabda:  
"himpitan kubur terhadap orang mukmin adalah bagaikan himpitan seorang ibu yang sangat sayang terhadap anaknya kerana anaknya mengadu kepadanya sakit kepala.Maka ibu akan menyentuh kepala anaknya perlahan-lahan.Tetapi wahai Aisyah,betapa celakanya orang-orang yang tidak beriman kepada Allah,Sebab mereka itu dihimpit dalam kuburnya,seperti tekanan batu besar terhadap telur"

Dalam Sahih Bukhari disebutkan riwayat dari Samurah bin Jundub,bahawa Rasulullah s.a.w seringkali berkata   pada para sahabat "Apakah salah seorang di antara kalian ada yang bermimpi?"

Samurah r,a berkata "Lalu Rasulullah s.a.w bercerita apa yang ingin diceritakan dengan mengatakan :

"Bahawa pada suatu malam aku didatangi dua malaikat dan keduanya mengajak aku pergi seraya mengatakan,"Mari pergi."

Maka aku pergi bersama keduanya dan kami mendatangi seorang lelaki yang tidur berbaring dan seorang lagi berdiri di sampingnya dengan membawa batu besar,kemudian lelaki tersebut menghempapkan batu itu beberapa kali kepada orang yang berbaring dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.Dan jika kepalanya telah hancur,maka kepalanya kembali utuh semula dan diulanginya lagi untuk menghempapkannya.Begitulah berulang kali. Maka aku bertanya kepada dua malaikat,"Subhanallah,siapakah orang ini?" kedua malaikat berkata kepadaku "Mari pergi".

Lalu kami pergi dan kami melewati Orang  yang tidur terlentang dan seorang lagi berdiri membawa alat pemotong dari besi.Lalu dia membelah sebelah wajah orang yang terlentang tadi dari arah rahangnya sehingga tengkuknya,dan jika selesai wajah itu kembali utuh lalu dia membelah lagi seperti sebelumnya. Maka aku berkata kepada dua malaikat "Subhanallah,siapakah kedua orang ini?" lalu kedua malaikat berkata "mari pergi"

Maka kami pun pergi menuju sebuah dapur umum yang disitu terdapat suara bising.Dan ternyata di situ terdapat ramai lelaki dan wanita bertelanjang dan mereka dijilat api yang bergemuruh suaranya yang berada di bawah mereka. Maka aku bertanya kepada kedua malaikat "Siapakah orang ini?"Lalu mereka berkata "mari pergi"

Maka kami pergi ke sungai yang airnya merah seperti darah,Di dalam sungai tersebut terdapat orang yang sedang berenang,sedangkan di tepi sungai itu terdapat seorang yang mengumpulkan batu yang banyak.Lalu lelaki yang berenang itu mendatangi orang yang mengumpulkan batu itu,lalu orang yang mengumpulkan batu itu membuka mulut lelaki yang berenang dengan memasukkan batu yang dikumpulnya ke dalam mulut lelaki tersebut.Lalu orang itu kembali berenang dan kemudian kembali lagi ke sungai,lalu mulutnya dibuka dan dimasukkan lagi dengan batu.Kata nabi s.a.w maka aku bertanya kepada kedua malaikat "Siapakah kedua orang ini" kedua malaikat menjawab "Mari pergi"

Lalu kami pergi dan kami mendapati seseorang yang mukanya sangat menakutkan dan di sampingnya terdapat api yang dikobarkannya. Maka aku bertanya kepada malaikat "apakah ini?" Kedua malaikat menjawab "mari pergi"

Maka kami pergi mendatangi semua kebun yang rendang dan berwarna-warni.Di celah-celah kebun tersebut terdapat seorang lelaki yang sangat tinggi dan di sekitar orang tersebut terdapat ramai anak-anak yang belum pernah aku lihat.Lalu aku bertanya kepada malaikat "Siapakah dia dan siapakah mereka itu?" Keduanya berkata "Mari pergi"

Kemudian kami pergi ke sebuah taman yang luas dan belum pernah kami lihat seluas itu dan seindah itu.Lalu keduanya berkata "naiklah" maka aku pun nak pada sebatang pohon.Lalu kami berjalan dan kami melihat sebuah kota yang dibina dari emas,kemudian kami mendatangi pintu kota tersebut dan kami meminta dibukakan pintunya.Pintu itu terus terbuka untuk kami.Di dalam kota tersebut kami melihat ramai lelaki yang sebahagian mukanya hangus dan sebahagian yang lainnya buruk.Lalu dikatakan pada mereka "pergilah kalian dan masuklah ke dalam sungai itu".Nabi s.a.w berkata lagi ternyata dalam kebun itu terdapat sungai seperti susu dan airnya dalam keadaan mengalir.Maka mereka pergi dan masuk ke dalam sungai tersebut.Kemudia mereka kembali kepada kami dalam keadaan yang sangat bersih dan tampan. Lalu malaikat berkata padaku "inilah syurga dan inilah tempatmu" Kemudian pandangan mataku ku arahkan ke atas dan di sana aku melihat istana putih.Maka keduanya berkata padaku "inilah tempatmu" lalu aku berkata pada keduanya "semoga Allah memberi berkat kepada kamu berdua,biarkanlah aku masuk kedalamnya"Maka keduanya berkata kepadaku "Jika sekarang maka tidak boleh.Nanti kamu pasti akan memasukinya"


Nabi s.a.w berkata "Sungguh sejak semalam aku melihat sesuatu yang sangat menakjubkan.Apakah yang aku lihat itu?" Keduanya berkata padaku "Sekarang kami akan beritahu padamu. Bahawa seorang lelaki yang pertama kamu temui dimana dia dihempap dengan batu adalah seseorang yang mengambil Al-quran,lalu dia menolaknya dan dia tidur dari solat wajib.


Dan orang yang dibelah mukanya dari rahang sehingga ke tengkuknya,lalu dari hidung sehingga tengkuknya,kemudian dari matanya juga sampai tengkuknya adalah orang yang pergi dari rumahnya untuk menyebarkan kebohongan hingga kebohongan itu tersebar luas.


Adapun para lelaki dan wanita yang bertelanjang atas tungku dapur api yang menyala adalah para lelaki dan wanita yang berzina.Seseorang yang berenang dan mulutnya diisi dengan batu maka sesungguhnya dia ialah seorang yang memakan riba'.


Sedang seseorang mukanya seram dan menakutkan dan disisnya terdapat api yang dikobarkannya,dia ialah malaikat Malik,penjaga neraka jahanam.


Dan seorang yang tinggi yang terdapat pada sebuah taman,dia ialah Nabi Ibrahim a.s dan anak-anak yang disamping ibrahim a.s adalah anak yang meninggal ketika masih dalam keadaan suci.


Adapun orang-orang yang mukanya sebahagian baik dan sebahagian buruk adlah orang-orang mencampur adukkan amal baik dan amal buruk yang mana keburukkanyya diampunkan Allah"


Bagaimana semua ini boleh terjadi?Ini semua bermula apabila kita melalaikan solat.Sebab tu la semua zina,larangan Allah berlaku kerana kita tidak berpegang teguh pada agama dan tidak mendirikan solat.Masyallah.Marilah kita berubah untuh penuhkan solat kita kerana PERKARA PERTAMA YANG AKAN DIHISAB ADALAH SOLAT.JIKA BAIK SOLATNYA MAKA BAIKLAH AMALANNYA.JIKA BURUK SOLATNYA MAKA BURUKLAH AMALANNYA.

Jika kita meninggalkan solat subuh,maka  Allah s.w.t akan mencampakkannya kedalam neraka jahanam selama 60 tahun di akhirat (1 tahun di akhirat = 1000 tahun di dunia =60 000 tahun)

Jika kita meninggalkan solat zuhur,maka dosanya sama seperti membunuh 1000 orang muslim

Jika kita meninggalkan solat asar, maka dosanya sama seperti meruntuhkan ka'bah


Jika kita meninggalkan solat maghrib, maka  dosanya sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri

Jika kita meninggalkan solat isya',maka Allah s.w.t berseru kepada mereka "Hai orang yang meninggalkan solat isya',bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumiKu dan menggunakan nikamt-nikmatKu,segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah s.w.t" 



Tak takut jugak?Hati kering betul la siapa yang tak takut tu kan.Takpe,takpe,Tunggu entri aku yang seterusnya,entri seksaan di akhirat pulak.Kiranya entri ni ada sambungannya..huuuuuu

P/S:" Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.." (Al-ankabut:45)

Monday, 13 February 2012

MENINGGAL DUNIA SEBELUM SEMPAT TUTUP AURAT

Assalamualaikum

Kisah yang akan aku ceritakan ini berlaku pada sekeliling aku sendiri,tapi biarlah nama si mati menjadi rahsia,tapi  untuk entri ni aku gelarkan dia sebagai sofia.Sama-samalah kita ambil pengajaran diatas cerita ini.

Sofia adalah seorang yang rapat dengan aku,kami suka menyanyi kalau ada kenduri kahwin.Tak dinafikan sofia mempunyai ketinggian untuk menjadi seorang model,sofia seorang yang sangat menghormati orang tua,sofia cantik.Kisah hidup sofia penuh dengan liku,sofia seorang anak angkat dan mak kandungnya sendiri tidak mahu menerima dirinya,sofia seorang yang sosial,suka keluar malam,bertukar-tukar teman lelaki dan bila mak ayah menasihatinya untuk tidak keluar malam,dan bertukar-tukar lelaki,sofia suka mengendahkan nasihat itu.

Hidup sofia penuh cabaran,sofia kahwin pada umur yang muda,iaitu dalam lingkungan 19,dan dikurniakan seorang anak bernama zikir,dan diceraikan selepas itu.Zikir seorang yang sangat manja dengan ibunya,bila zikir hendak tidur,zikir akan memanggil ibunya sekali untuk mendodoikannya,jika tidak,zikir tidak akan lena,zikir harus pastikan sofia berada disebelahnya.

Sofia bekerja jauh daripada rumahnya jadi sofia harus berulang alik dari tempat kerja ke rumah hanya dengan menaiki motosikal,demi untuk menyara anaknya kerana status kininya yang bergelar janda anak satu,tapi itu tidak mematahkan semangat sofia.Sofia kelihatan sihat dan gembira.Sudah ditakdirkan jodohnya yang kedua,Sofia berkahwin dengan seorang lelaki yang amat dicintainya iaitu Amir.Amir seorang yang lemah lembut dan baik hati.Syukur,zikir mendapat ayah baru,dan zikir amat selesa dengan Amir.Terasa lengkap hidup sofia apabila adanya suami dan anak dalam hidupnya.

Apabila melihat pula pada pakaian sofia,dia seorang yang tidak terlalu fashionable,tetapi masih mengikuti perkembangan semasa,rambutnya di warnakan perang,kadang-kadang memakai leggings,seperti budak-budak muda sekarang.Bukan tidak pernah sofia mengenakan tudung,tapi tersangatlah jarang,apabila ditanya oleh sesiapa,dia akan menjawab "Hati sofia belum terbuka nak pakai tudung,nanti bila dah terbuka,sofia pakai".

Secara umumnya,Hidayah tak akan datang pada kita sendiri,tapi harus dicari,bagaimana kita nak dapat hidayah tu kalau kita pergi ke tempat yang dimungkari oleh Allah?kalau kita tengok video lucah,bukan video tentang peringatan atau sebagainya?Setuju?Manusia memang jahil apabila menerima sesuatu maklumat atau nasihat,manusia itu akan memandang sepi sahaja nasihat itu,akibatnya,dia tidak dapat memebezakan yang betul dan salah,sebaliknya pendapatnya sahaja dianggap benar.Contohnya "Ala,kau tu pon tak pakai tudung,kau balut aurat,pakai tudung mulut busuk and bla bla bla". Astaghfirullah,adakah kita dari golongan ini?  Rasulullah telah bersabda "sampaikanlah pesanku walaupun sepotong ayat".

Berbalik kepada cerita sofia,selepas jodohnya yang kedua,dia mula sakit-sakit,mula-mula sofia ingatkan sakit orang mengandung,dan aku juga begitu,maka aku suruh sofia rehat sahaja,tak perlu buat kerja-kerja berat.Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah ketika perkahwinan orang yang rapat dengan kami,dan ketika itu sofia minta aku dan dia berduet bersama,malangnya tidak kesampaian kerana kami harus pulang.Pada satu hari. sakitnya makin teruk apabila sofia tak boleh berjalan,sofia mengesot!dari seorang yang cantik,dan anggun,badan sofia kurus kering.Sofia lemah.

Apabila Amir membawa Sofia berjumpa dengan ustaz,ustaz itu memicit ibu jari kaki sofia,sofia meraung kesakitan "sakit sakit sakit!!".Rupanya ada seseorang telah menggunakan ilmu hitam terhadap sofia.Sampai satu tahap sofia terpaksa pergi ke hospital beberapa kali,tapi doktor mengesahkan yang sofia sehat.Jadi doktor tak terima pesakit seperti sofia.Mungkin setelah lama sofia alami kesakitan yang agak teruk,sofia dimasukkan ke hospital,dalam sehari sofia terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan,dan tak sampai beberapa minit,sofia menghembuskan nafasnya yang terakhir di unit kecemasan itu.Ketika meninggal,Wajahnya cengkung,pucat,matanya yang terbuka.Rupanya,Sofia ada penyakit tibi yang teruk tapi doktor pakar sendiri tak dapat mengesannya!

Sebelum sofia meninggal,sofia membeli beberapa helai selendang,Sofia bercadang untuk memakainya,tapi tidak sempat.Permintaan terakhir sofia,sofia ingin makan tapai,ibu angkatnya membuat berpuluh tapai untuk diberikan pada sofia di hospital,tapi sofia tidak sempat jamah sedikit pon.Betapa hebatnya kuasa Allah apabila ingin memberikan hambanya pengajaran.Perancangan Allah s.w.t sangat hebat,apabila Sofia telah diceraikan,zikir tidak mempunyai ayah,dan sebelum sofia meninggal dunia,Allah telah mengurniakan  zikir seorang ayah untuk menjaga zikir.Allah s.w.t ingin zikir mempunyai seorang penjaga sebelum Sofia pergi.

Walaupun anak sofia,zikir baru berusia 6 tahun,tapi zikir menangis apabila mengetahui ibunya telah tiada.Siapa yang akan menjadi teman di waktu zikir hendak tidur?siapa yang hendak melayan kerenahnya yang suka sangat berborak dengan ibunya.Siapa?

Sofia pergi tanpa sempat menunaikan kata-katanya iaitu "Hati sofia belum terbuka nak pakai tudung,nanti bila dah terbuka,sofia pakai tudung".Tiada siapa yang akan menolong kita di sana kelak kawan-kawan!TIADA!Balasan untuk orang yang tidak memakai tudung di neraka kelak adalah akan digantung rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya.Dada yang sengaja dibuka supaya kelihatan seksi akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya,dan bagi yang suka menayangkan betis dan peha,ia akan dipanggang dengan api neraka.



Seorang perempuan akan masuk syurga dengan senangnya,tetapi seorang suami atau ayah tidak akan masuk syurga dengan senangnya TANPA isteri dan anak-anak.Kasihanilah ayah kita,dia yang akan terkena seksaan apabila kita tidak menutup apa yang patut kerana seorang wanita mampu menarik 4 golongan lelaki bersamanya untuk ke neraka,iaitu ayahnya,suaminya,abangnya dan anak lelakinya.Kasihanilah mereka!




Sunday, 12 February 2012

SERAM.KETAHUI PUNCA DAN TANDA GANGGUAN SYAITAN DAN JIN

Assalamualaikum
Korang pernah ada perasaan kena rasuk tak?kena kacau?rasa gelisah?Hari ni aku taknak taip panjang-panjang sebab pandai-pandailah korang fikir sendiri ya.Aku akui aku pernah alami sesetengah daripada tanda-tanda ini,meh aku bagitau sikit apa yang aku pernah alami.Korang?

 Sukar tidur malam.
    Yup.Aku pernah sukar tidur malam,bila aku sukar tidur malam mulalah aku fikir bukan-bukan,aku fikir ada benda tengah perhati aku tidur,sebab dulu ayah kawan aku pernah hantar benda dekat kawan aku ketika tidur untuk perhati kawan aku di hujung katil.serem dehh.Kawan aku cakap benda tu tenung je dia masa tidur.Lagi-lagi kalau aku tidur sorang,tiba-tiba aku rasa ada benda dekat sebelah.sumpah aku tak boleh nak tidur. Baiklah siapa yang menghasut untuk aku berfikir bukan-bukan dan sukar untuk tidur?Pandai!jawapannya Shaiton nirojimm

 Hati berdebar ketika senja.
Ni pon aku pernah alami,bila senja je,aku rasa berdebar,baru-baru ni," F" cakap nak sembahyang,tapi aku rasa macam nak marah dia,aku taknak bagi dia sembahyang,aku rasa nak nangis dan aku rasa geram.Kenapa eh?


Mimpi menakutkan yang berulang.
Aku selalu mimpi hantu,tak mimpi hantu,aku mimpi ada orang nak rogol aku,tak mimpi macam tu,aku mimpi hantu tengah mengintai aku,aku pernah mimpi aku dicekik oleh pontianak,dan bila aku bangun,aku berada di tempat yang sama,katil yang sama,cara tidur yang sama,semuanya sama macam dalam mimpi aku tu.dan leher aku sakit!Wow.dan semalam aku mimpi aku tangkap gambar kawan-kawan aku dalam digital kamera,tapi bila aku tengok balik gambar tu,keluar gambar lain,gambar orang yang memakai baju putih.Wow.Best.Benarlah mimpi itu mainan shaiton nirojimmmmm.

Selain tu,di bawah adalah tanda-tanda gangguan shaiton,jin dan sekutunya
 1.Selsema berpanjangan.
 2.malas untuk zikir dan sembahyang.
 3.Sakit gagal dikesan oleh doktor.
 4.Pening berpanjangan ketika senja.
 5.Otak lemah.
 6.Tidak sedarkan diri dan pengsan.
 7. Telinga berdesing, dengar kata-kata suruhan.
 8. Keluh resah tidak menentu.


Next ialah punca-punca gangguan jin,shaiton, dan sepupu sepapatnya.Aku ni memang sukalah sangat pergi rumah-rumah kosong,sesuailah dengan ciri-ciri nombor 1 tu,kawasan yang anker,padahal aku ni perempuan,kawan dan mak aku pernah pesan,"kalau nak pergi rumah camtu,kau pergi,tapi tolong jangan bawak balik sekor".Aku tak pasti aku bawak balik ke tidak,tapi tiap kali lepas aktiviti tu,bahu aku,leher aku berat,kepala aku akan sakit,kadang-kadang tu berdebar tak tentu pasal.lepas aktiviti tu jugak,aku jadi seorang yang sangat panas baran,asyik nak marah orang tak tentu pasal,jujur aku bagitau yang ada satu tahap sampai aku tak boleh nak pandang atau cakap dengan mak aku,kalau aku pandang dan cakap aku akan jadi marah dan suara aku sangatlah tinggi dari yang asal."F" yang pernah diganggu dulu dan korang boleh baca cerita dia disini ( SERAM.PONTIANAK IKUT BALIK RUMAH DAN BOLEH NAMPAK DI SISI CERMIN MOTORSIKAL) pernah bagitau aku yang waktu dia didamping oleh benda tu,dia dikawal oleh benda tu,dan kemarahan "F" datang tak kira masa,dan benda tu kawal kemarahan dia,"F" cakap "F" tau bila "F" marah,tu bukan "F" tapi benda tu.Benda ni memang suka dengan orang yang panas baran.Lagi dia nak mengapi-apikan.Fuhh

1. Suka baca buku cerita, filem hantu dan sihir.
2. Perasaan takut dan gembira melampau.
3. Wanita suka bersolek dan membuka aurat.
4. Lalai serta ingkar perintah Allah.
5. Menyimpan alat muzik, alat melalaikan di rumah.
6. Meninggikan suara dalam bilik air.
7. Menangis dan merintih sebelum tidur.
8. Membuang air panas kedalam bilik air.
9. Melompat tempat tinggi tanpa membaca Bismillah
10. Tempat gelap yang ditinggalkan.
11. Suami isteri sering bertengkar.
12. Terlampau marah.
13. Mengikut hawa nafsu.
14. Simpan lukisan motif manusia atau anjing dalam rumah.
15. Berlaku sihir.
16. Berlaku perjanjian diantara jin dan tukang sihir.
17. Jatuh cinta kepada jin.


P/S:So korang ingat aktiviti aku ni best sangat ke sampai nak join?Bak kata dang suria,juri rancangan On air,"saya taknak bagi harapan palsu kepada peserta,dunia ini memang kejam".HAHA.kbai

Thursday, 9 February 2012

BILA IZRAEL DATANG MEMANGGIL.SENYUMAN DI WAJAH PARA SYUHADA DI SAAT KEMATIAN



Bila izrail datang memanggil,Jasad terbujur di pembaringan,seluruh tubuh akan menggigl,terkujur badan dan kedinginan.
Tiada lagi gunanya harta,kawan karib sanak saudara,jikalau ada amal di dunia,itulah hanya pembela kita.
Sedarlah diri tahu diuntung,sebelum masa keranda diusung.Datang masanya insaflah diri,Selimut putih pembalut badan 
Tinggal semua yang dikasihi,berbaktilah hidup sepanjang zaman.





Allah s.w.t berfirman:
"Tiap tiap yang berjiwa akan merasakan mati"(Ali-imran:185)

"Selamat tinggal keluargaku,isteriku,suamiku,anakku,saudara-maraku,sahabatku,musuhku,aku pergi menghadap Allah yang maha esa,Zat yang telah menciptakan aku,tapi sungguh sedikit aku bersyukur.Hartaku yang bertimbun tidak lagi berguna saat aku disini,aku tidak boleh merasuah seperti mana selalu aku lakukan,aku tidak boleh membela diri,aku tidak boleh meminta tolong saudara-mara ataupun sahabatku untuk  membelaku,kecantikkanku tiada gunanya saat ini.Aku hanya berharap doa dari saudara-maraku dan anakku yang soleh.Aku menyesal,jika diberi peluang kedua,aku ingin menjadi insan yang soleh,tapi ternyata tiada peluang itu.Selamat tinggal!"
Tidak akan lambat sesaat bila kematian menghadap kita.Sudahkah kita bersedia?di saat roh sudah ditarik dan dikembalikan kepada yang berhak,tiada siapa yang dapat menolong,tiada siapa yang dapat mendengar apa yang dirintihkan,jika kita ada amalan yang cukup,maka beruntunglah.Allah telah menjanjikan ganjaran bagi pejuang-pejuang yang mati syahid membela islam.Sedih bila melihat gambar para syuhada ini,Allah s.w.t telah menetapkan cara seseorang itu mati,bagimana cara kita mati kelak?Sempat ke untuk kita bertaubat?Selagi nyawa masih dibadan,selagi itu pintu taubat masih dibuka.Bagi saudara-saudaraku yang sudah sesat,kembalilah ke pangkal jalan sebelum matahati timbul di barat dan tenggelam di timur.


Baginda s.a.w bersabda
"demi yang jiwa Muhammad berada ditangannya,aku ingin berperang lalu mati syahid,kemudian berperang lagi dan mati lagi,lalu berperang lagi dan mati lagi"
"berdiri satu jam di jalan Allah adalah lebih baik daripada solat pada malam lailatul qadar di samping Hajar Aswad" (HR.Ibnu Hibban,Al Baihaqi)






































P/S:Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!


Kongsikan jika anda rasa ingin mengalirkan air mata apabila melihat wajah para syuhada ini (,:

Tuesday, 7 February 2012

SERAM.RASUK di PLKN

Assalamualaikum

First of all aku nak cakap siapa yang tak pernah pergi PLKN memang sangatlah rugi sebab PLKN memang sangat best.Lagi best kalau kem korang tu famous dan selalu ada event,lepastu lagi best kalau korang rapat dengan jurulatih,lagi best kalau korang naik pangkat,bagi koman.Tapi yang tak bestnya apa?Bila jurulatih menggatal dengan korang,korang pakai baju jarang dia nampak apa yang ada kat dalam,padahal pelatih dan jurulatih lain tak nampak,bila jurulatih tu nak couple dan ucapkan kata-kata cinta dengan pelatih,bila jurulatih curi gambar pelatih dari pelatih yang lain,bila jurulatih curi nombor pelatih dan message pelatih cakap pelatih tu seksi,bila jurulatih sanggup turun gombak semata-mata nak jumpa dengan pelatih,bila pelatih dapat surat cinta dari pelatih lain lepastu kantoi dan jurulatih baca surat tu depan orang ramai*Eh ni macam cerita aku ni.hehe.

Baiklah straight to the highway,aku nak cerita apa yang dah jadi ketika aku berada di Kem PLKN,Mula-mula aku masuk kem PLKN,well,biasalah kan,aku tak biasa dengan sesiapa.Aku dapat dorm dan katil yang bersebelahan pintu dorm.Aku memang tak gemar kalau tidur sebelah pintu,ataupon sebelah aku tak ada apa-apa untuk menghadang aku daripada jatuh,tapi aku anggap dah nasib aku dapat katil tu.Aku redha.

Ada satu hari tu,aku jurulatih aku dan seorang kawan aku,ecah,lepak luar dorm,masa tu jam 12 malam,Kami berborak macam biasa dan tak expect apa-apa yang mencurigakan,tiba-tiba angin tiup sepoi-sepoi bahasa,lembut je menyentuh pipi kiteorang,itulah angin dari ombak rindu.*Teheee,Tak tak aku serius,aku tegur,aku cakap "dahlah bulan penuh lepastu angin pulak meniup sepoi-sepoi bahasa,kenapa eh cikgu?".Lepastu habis aku kena marah dengan cikgu aku sebab aku menegur,dan kiteorang terkejut,tiba-tiba ada anjing yang besar jalan tepi kiteorang dan anjing tu amek sesuatu yang berwarna putih di tepi kiteorang dan berlalu pergi macam tu je,kiteorang dah tak sedap hati,kiteorang masuk dorm masing-masing.


Malam tu,tak silap aku ada satu perayaan kaum india,budak india dekat dorm aku boleh pulak pasang kemenyan,memang semerbak.Aku tahu yang kemenyan boleh memanggil benda tu,jangan tanya aku kenapa.Selepas tu,aku terus tidur sebab aku ngantuk sangat-sangat,lepas aku dah lena,kawan aku,akma kejut aku,dia cakap "diana bangun,ada orang kena rasuk!".Aku dahlah tengah tidur,aku terus terkejut dan mamai,sampai aku mengigil.Kami semua berkumpul belakang dorm dan bercadang untuk tidur ramai-ramai dekat situ,ada yang baca yaasin,aku tak boleh nak baca sebab aku period,aku baring dan cuba nak tidur sambil pegang tangan kawan aku,tiba-tiba aku dengar suara orang jerit,kuat sangat sangat.Aku masih diam walaupun sebenarnya aku takut,masa tu aku sorang yang tak boleh tidur.Jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 2 pagi,tiba-tiba aku dengar ada orang tendang pintu dorm,macam nak masuk dan marah,dalam masa yang sama aku dengar almari besi kiteorang kena hentak.Tapi aku tak pasti apa.


Keesokkan hairnya,kawan aku,dari terengganu dia cerita,semalam dia basuh baju dekat toilet dan dia nampak benda tu,perempuan macam potianak sedang bertenggek di atas bumbung toilet,tapi kawan aku buat bodoh je,sebab kalau dia lari,kena kejar lagi satu hal pulak kan.Rupanya sebelum kejadian tu,kawan aku yang kena rasuk tu,aku gelarkan dia budak sabah.Budak sabah ni period dan dia tak boleh nak sembahyang,so waktu maghrib dia duduk dekat belakang surau,dan dia nampak anjing lalu,lepastu start tu dia mula tak betul,dia mula mendiamkan diri taknak cakap dengan sesiapa.Balik dorm dia terus menjerit-jerit.Nak tau apa?benda tu marah dekat budak sabah tu sebab budak sabah tu period dan telah mengganggu tempat tinggal benda tu.

Dekat kem aku tu,kalau nak ke dorm perempuan kena lalu satu jambatan,lepastu kena mendaki bukit,syarat untuk lalu dekat jambatan tu,kena jalan slow-slow sebab dekat situ tempat tinggal benda tu jugak,ada sekali tu aku nampak ular besar jalan bawah jambatan tu,WTF.sebab aku sorang je yang nampak.Pernah jugak laluan jambatan tu ditutup sementara sebab jurulatih disitu cakap kami jalan hentak kaki dan benda tu marah,kami telah mengganggu anak-anak dia nak tidur.Ada lah jugak yang kena rasuk masa tu.Siapa yang boleh nampak,memang nasib.

Semoga tidur malam ini lebih nyenyak tanpa gangguan benda tidur disebelah anda,sebelum tidur tengok disebelah anda,anda pasti ke yang bantal panjang anda tu betul-betul bantal atau pocong?KBAI!


P/S:Mr F yang pernah ada pengalaman dengan benda ni cakap,dulu dia pergi berubat untuk buang benda tu,ustaz cakap sebelum seseorang tu histeria,dia akan denga satu bisikan di telinganya dahulu,baru dia histeria,dan biasanya yang kena histeria adalah perempuan.KBAI.



Aku suka tengok video ni.Banyak kali pon aku suka!Must see eh!huhue