I appreciate them.

Sunday, 12 February 2012

SERAM.KETAHUI PUNCA DAN TANDA GANGGUAN SYAITAN DAN JIN

Assalamualaikum
Korang pernah ada perasaan kena rasuk tak?kena kacau?rasa gelisah?Hari ni aku taknak taip panjang-panjang sebab pandai-pandailah korang fikir sendiri ya.Aku akui aku pernah alami sesetengah daripada tanda-tanda ini,meh aku bagitau sikit apa yang aku pernah alami.Korang?

 Sukar tidur malam.
    Yup.Aku pernah sukar tidur malam,bila aku sukar tidur malam mulalah aku fikir bukan-bukan,aku fikir ada benda tengah perhati aku tidur,sebab dulu ayah kawan aku pernah hantar benda dekat kawan aku ketika tidur untuk perhati kawan aku di hujung katil.serem dehh.Kawan aku cakap benda tu tenung je dia masa tidur.Lagi-lagi kalau aku tidur sorang,tiba-tiba aku rasa ada benda dekat sebelah.sumpah aku tak boleh nak tidur. Baiklah siapa yang menghasut untuk aku berfikir bukan-bukan dan sukar untuk tidur?Pandai!jawapannya Shaiton nirojimm

 Hati berdebar ketika senja.
Ni pon aku pernah alami,bila senja je,aku rasa berdebar,baru-baru ni," F" cakap nak sembahyang,tapi aku rasa macam nak marah dia,aku taknak bagi dia sembahyang,aku rasa nak nangis dan aku rasa geram.Kenapa eh?


Mimpi menakutkan yang berulang.
Aku selalu mimpi hantu,tak mimpi hantu,aku mimpi ada orang nak rogol aku,tak mimpi macam tu,aku mimpi hantu tengah mengintai aku,aku pernah mimpi aku dicekik oleh pontianak,dan bila aku bangun,aku berada di tempat yang sama,katil yang sama,cara tidur yang sama,semuanya sama macam dalam mimpi aku tu.dan leher aku sakit!Wow.dan semalam aku mimpi aku tangkap gambar kawan-kawan aku dalam digital kamera,tapi bila aku tengok balik gambar tu,keluar gambar lain,gambar orang yang memakai baju putih.Wow.Best.Benarlah mimpi itu mainan shaiton nirojimmmmm.

Selain tu,di bawah adalah tanda-tanda gangguan shaiton,jin dan sekutunya
 1.Selsema berpanjangan.
 2.malas untuk zikir dan sembahyang.
 3.Sakit gagal dikesan oleh doktor.
 4.Pening berpanjangan ketika senja.
 5.Otak lemah.
 6.Tidak sedarkan diri dan pengsan.
 7. Telinga berdesing, dengar kata-kata suruhan.
 8. Keluh resah tidak menentu.


Next ialah punca-punca gangguan jin,shaiton, dan sepupu sepapatnya.Aku ni memang sukalah sangat pergi rumah-rumah kosong,sesuailah dengan ciri-ciri nombor 1 tu,kawasan yang anker,padahal aku ni perempuan,kawan dan mak aku pernah pesan,"kalau nak pergi rumah camtu,kau pergi,tapi tolong jangan bawak balik sekor".Aku tak pasti aku bawak balik ke tidak,tapi tiap kali lepas aktiviti tu,bahu aku,leher aku berat,kepala aku akan sakit,kadang-kadang tu berdebar tak tentu pasal.lepas aktiviti tu jugak,aku jadi seorang yang sangat panas baran,asyik nak marah orang tak tentu pasal,jujur aku bagitau yang ada satu tahap sampai aku tak boleh nak pandang atau cakap dengan mak aku,kalau aku pandang dan cakap aku akan jadi marah dan suara aku sangatlah tinggi dari yang asal."F" yang pernah diganggu dulu dan korang boleh baca cerita dia disini ( SERAM.PONTIANAK IKUT BALIK RUMAH DAN BOLEH NAMPAK DI SISI CERMIN MOTORSIKAL) pernah bagitau aku yang waktu dia didamping oleh benda tu,dia dikawal oleh benda tu,dan kemarahan "F" datang tak kira masa,dan benda tu kawal kemarahan dia,"F" cakap "F" tau bila "F" marah,tu bukan "F" tapi benda tu.Benda ni memang suka dengan orang yang panas baran.Lagi dia nak mengapi-apikan.Fuhh

1. Suka baca buku cerita, filem hantu dan sihir.
2. Perasaan takut dan gembira melampau.
3. Wanita suka bersolek dan membuka aurat.
4. Lalai serta ingkar perintah Allah.
5. Menyimpan alat muzik, alat melalaikan di rumah.
6. Meninggikan suara dalam bilik air.
7. Menangis dan merintih sebelum tidur.
8. Membuang air panas kedalam bilik air.
9. Melompat tempat tinggi tanpa membaca Bismillah
10. Tempat gelap yang ditinggalkan.
11. Suami isteri sering bertengkar.
12. Terlampau marah.
13. Mengikut hawa nafsu.
14. Simpan lukisan motif manusia atau anjing dalam rumah.
15. Berlaku sihir.
16. Berlaku perjanjian diantara jin dan tukang sihir.
17. Jatuh cinta kepada jin.


P/S:So korang ingat aktiviti aku ni best sangat ke sampai nak join?Bak kata dang suria,juri rancangan On air,"saya taknak bagi harapan palsu kepada peserta,dunia ini memang kejam".HAHA.kbai

4 comments:

Epal merah said...

ya ampun.. kit pon byk tnde2 cmtu gak.. nape ekh?? cmne nk elakkan bnde2 ni.. ramai gk org tegur kate jin jatuh cinte la ape laa.. cmne ni ekh?? :'(

Unknown said...

gambar yg menakutkan...hoho

Unknown said...

aku dah dua kali dah ni. hahahaha. tapi alhamdulillah, dah buang dah. siapa dah pernah kena dia tau la rasa dia. hehe

Hunny Kitty said...

hehe blogwalking here..salam perkenalan...

ai pun perempuan ai pun suka pegi tmpt2 'bersejarah silam' nih...