I appreciate them.

Tuesday, 7 February 2012

SERAM.RASUK di PLKN

Assalamualaikum

First of all aku nak cakap siapa yang tak pernah pergi PLKN memang sangatlah rugi sebab PLKN memang sangat best.Lagi best kalau kem korang tu famous dan selalu ada event,lepastu lagi best kalau korang rapat dengan jurulatih,lagi best kalau korang naik pangkat,bagi koman.Tapi yang tak bestnya apa?Bila jurulatih menggatal dengan korang,korang pakai baju jarang dia nampak apa yang ada kat dalam,padahal pelatih dan jurulatih lain tak nampak,bila jurulatih tu nak couple dan ucapkan kata-kata cinta dengan pelatih,bila jurulatih curi gambar pelatih dari pelatih yang lain,bila jurulatih curi nombor pelatih dan message pelatih cakap pelatih tu seksi,bila jurulatih sanggup turun gombak semata-mata nak jumpa dengan pelatih,bila pelatih dapat surat cinta dari pelatih lain lepastu kantoi dan jurulatih baca surat tu depan orang ramai*Eh ni macam cerita aku ni.hehe.

Baiklah straight to the highway,aku nak cerita apa yang dah jadi ketika aku berada di Kem PLKN,Mula-mula aku masuk kem PLKN,well,biasalah kan,aku tak biasa dengan sesiapa.Aku dapat dorm dan katil yang bersebelahan pintu dorm.Aku memang tak gemar kalau tidur sebelah pintu,ataupon sebelah aku tak ada apa-apa untuk menghadang aku daripada jatuh,tapi aku anggap dah nasib aku dapat katil tu.Aku redha.

Ada satu hari tu,aku jurulatih aku dan seorang kawan aku,ecah,lepak luar dorm,masa tu jam 12 malam,Kami berborak macam biasa dan tak expect apa-apa yang mencurigakan,tiba-tiba angin tiup sepoi-sepoi bahasa,lembut je menyentuh pipi kiteorang,itulah angin dari ombak rindu.*Teheee,Tak tak aku serius,aku tegur,aku cakap "dahlah bulan penuh lepastu angin pulak meniup sepoi-sepoi bahasa,kenapa eh cikgu?".Lepastu habis aku kena marah dengan cikgu aku sebab aku menegur,dan kiteorang terkejut,tiba-tiba ada anjing yang besar jalan tepi kiteorang dan anjing tu amek sesuatu yang berwarna putih di tepi kiteorang dan berlalu pergi macam tu je,kiteorang dah tak sedap hati,kiteorang masuk dorm masing-masing.


Malam tu,tak silap aku ada satu perayaan kaum india,budak india dekat dorm aku boleh pulak pasang kemenyan,memang semerbak.Aku tahu yang kemenyan boleh memanggil benda tu,jangan tanya aku kenapa.Selepas tu,aku terus tidur sebab aku ngantuk sangat-sangat,lepas aku dah lena,kawan aku,akma kejut aku,dia cakap "diana bangun,ada orang kena rasuk!".Aku dahlah tengah tidur,aku terus terkejut dan mamai,sampai aku mengigil.Kami semua berkumpul belakang dorm dan bercadang untuk tidur ramai-ramai dekat situ,ada yang baca yaasin,aku tak boleh nak baca sebab aku period,aku baring dan cuba nak tidur sambil pegang tangan kawan aku,tiba-tiba aku dengar suara orang jerit,kuat sangat sangat.Aku masih diam walaupun sebenarnya aku takut,masa tu aku sorang yang tak boleh tidur.Jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 2 pagi,tiba-tiba aku dengar ada orang tendang pintu dorm,macam nak masuk dan marah,dalam masa yang sama aku dengar almari besi kiteorang kena hentak.Tapi aku tak pasti apa.


Keesokkan hairnya,kawan aku,dari terengganu dia cerita,semalam dia basuh baju dekat toilet dan dia nampak benda tu,perempuan macam potianak sedang bertenggek di atas bumbung toilet,tapi kawan aku buat bodoh je,sebab kalau dia lari,kena kejar lagi satu hal pulak kan.Rupanya sebelum kejadian tu,kawan aku yang kena rasuk tu,aku gelarkan dia budak sabah.Budak sabah ni period dan dia tak boleh nak sembahyang,so waktu maghrib dia duduk dekat belakang surau,dan dia nampak anjing lalu,lepastu start tu dia mula tak betul,dia mula mendiamkan diri taknak cakap dengan sesiapa.Balik dorm dia terus menjerit-jerit.Nak tau apa?benda tu marah dekat budak sabah tu sebab budak sabah tu period dan telah mengganggu tempat tinggal benda tu.

Dekat kem aku tu,kalau nak ke dorm perempuan kena lalu satu jambatan,lepastu kena mendaki bukit,syarat untuk lalu dekat jambatan tu,kena jalan slow-slow sebab dekat situ tempat tinggal benda tu jugak,ada sekali tu aku nampak ular besar jalan bawah jambatan tu,WTF.sebab aku sorang je yang nampak.Pernah jugak laluan jambatan tu ditutup sementara sebab jurulatih disitu cakap kami jalan hentak kaki dan benda tu marah,kami telah mengganggu anak-anak dia nak tidur.Ada lah jugak yang kena rasuk masa tu.Siapa yang boleh nampak,memang nasib.

Semoga tidur malam ini lebih nyenyak tanpa gangguan benda tidur disebelah anda,sebelum tidur tengok disebelah anda,anda pasti ke yang bantal panjang anda tu betul-betul bantal atau pocong?KBAI!


P/S:Mr F yang pernah ada pengalaman dengan benda ni cakap,dulu dia pergi berubat untuk buang benda tu,ustaz cakap sebelum seseorang tu histeria,dia akan denga satu bisikan di telinganya dahulu,baru dia histeria,dan biasanya yang kena histeria adalah perempuan.KBAI.



Aku suka tengok video ni.Banyak kali pon aku suka!Must see eh!huhue

5 comments:

Aesya Zealous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

berdasarkan cerita ni, kamu mesti seorg yg agak berani sebenarnye kan? berani letak gambar poc kat blog! haha seram ooo!!

Syazwan Che Deraman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bahaya bahaya!

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aesya zealous: huhu takdela brani mane biase2 je(:

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

syazwan che deraman-pe yg bahyanya cik pilot?huhu

Shima Yahya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dan kak dya berani search dekat google dan copy image url dan paste di blog . Hahahaha .