I appreciate them.

Sunday 19 February 2012

SEKSA KUBUR ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Assalamualaikum

Terasa lama pulak tak update blog.Dahlah tangan aku menggigil saat menaip entri ini.Cewahhh,bukan apa,ni semua sebab petang tadi aku main badminton,dah lama benar tak main badminton,so tangan jadi parkinson sekejap.Maaf sebab dah lama tak update.*lama ke?Yela sebab mencari idea nak share dekat korang.Kalau aku buat entri merepek,nanti ada pulak orang meluat nak baca kan?Sekarang,aku nak fokus kepada entri pesan memesan sahaja.Bukan pesan memesan makanan,tapi okaylah pesan memesan makanan rohaniah dan persediaan menjelang alam barzakh nanti.*Gittewww


Semua umat islam tahu,yang solat adalah tiang agama kan?Apabila kita tidak menunaikan solat maka kita telah meruntuhkan tiang agama tersebut.Siapa yang tak tahu tu,boleh dah duduk dekat planet pluto.Kalau kita memiliki iman yang rapuh,memang senang untuk kita runtuhkan tiang agama ni.Aku bukan hipokrit,malah aku akui walaupun aku bertudung,terkadang aku tertinggal solat,Ya aku akui.Tapi sekarang Alhamdulillah Aku diberi peluang untuk membetulkan kesilapan aku setelah aku membaca beberapa buku seksaan api neraka.Apa yang aku baca ini,mampu membuatkan aku menangis mengenangkan dosa meninggalkan solat.Sebelum terlambat,aku ajak korang semua berubah.Mari baca.


Apabila kita diletakkan di dalam kubur,kita seorang diri,tiada harta,pangkat,sanak saudara jadi pelindung dan kita pasti akan dihimpit kubur.Tapi,berat dan ringannya himpitan kubur adalah sesuai dengan amalan kita didunia.Sesiapa yang taat atas suruhan Allah s.w.t ,kuburnya akan dihimpit halus kemudian dilapangkan semula oleh Allah s.w.t manakala sesiapa yang ingkar,mereka akan dihimpit dengan himpitan yang mampu dan akan mematahkan tulang rusuk.

Hadis marfu' riwayat Aisyah r.a yang menyatakan bahawa nabi s.a.w bersabda:  
"himpitan kubur terhadap orang mukmin adalah bagaikan himpitan seorang ibu yang sangat sayang terhadap anaknya kerana anaknya mengadu kepadanya sakit kepala.Maka ibu akan menyentuh kepala anaknya perlahan-lahan.Tetapi wahai Aisyah,betapa celakanya orang-orang yang tidak beriman kepada Allah,Sebab mereka itu dihimpit dalam kuburnya,seperti tekanan batu besar terhadap telur"

Dalam Sahih Bukhari disebutkan riwayat dari Samurah bin Jundub,bahawa Rasulullah s.a.w seringkali berkata   pada para sahabat "Apakah salah seorang di antara kalian ada yang bermimpi?"

Samurah r,a berkata "Lalu Rasulullah s.a.w bercerita apa yang ingin diceritakan dengan mengatakan :

"Bahawa pada suatu malam aku didatangi dua malaikat dan keduanya mengajak aku pergi seraya mengatakan,"Mari pergi."

Maka aku pergi bersama keduanya dan kami mendatangi seorang lelaki yang tidur berbaring dan seorang lagi berdiri di sampingnya dengan membawa batu besar,kemudian lelaki tersebut menghempapkan batu itu beberapa kali kepada orang yang berbaring dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.Dan jika kepalanya telah hancur,maka kepalanya kembali utuh semula dan diulanginya lagi untuk menghempapkannya.Begitulah berulang kali. Maka aku bertanya kepada dua malaikat,"Subhanallah,siapakah orang ini?" kedua malaikat berkata kepadaku "Mari pergi".

Lalu kami pergi dan kami melewati Orang  yang tidur terlentang dan seorang lagi berdiri membawa alat pemotong dari besi.Lalu dia membelah sebelah wajah orang yang terlentang tadi dari arah rahangnya sehingga tengkuknya,dan jika selesai wajah itu kembali utuh lalu dia membelah lagi seperti sebelumnya. Maka aku berkata kepada dua malaikat "Subhanallah,siapakah kedua orang ini?" lalu kedua malaikat berkata "mari pergi"

Maka kami pun pergi menuju sebuah dapur umum yang disitu terdapat suara bising.Dan ternyata di situ terdapat ramai lelaki dan wanita bertelanjang dan mereka dijilat api yang bergemuruh suaranya yang berada di bawah mereka. Maka aku bertanya kepada kedua malaikat "Siapakah orang ini?"Lalu mereka berkata "mari pergi"

Maka kami pergi ke sungai yang airnya merah seperti darah,Di dalam sungai tersebut terdapat orang yang sedang berenang,sedangkan di tepi sungai itu terdapat seorang yang mengumpulkan batu yang banyak.Lalu lelaki yang berenang itu mendatangi orang yang mengumpulkan batu itu,lalu orang yang mengumpulkan batu itu membuka mulut lelaki yang berenang dengan memasukkan batu yang dikumpulnya ke dalam mulut lelaki tersebut.Lalu orang itu kembali berenang dan kemudian kembali lagi ke sungai,lalu mulutnya dibuka dan dimasukkan lagi dengan batu.Kata nabi s.a.w maka aku bertanya kepada kedua malaikat "Siapakah kedua orang ini" kedua malaikat menjawab "Mari pergi"

Lalu kami pergi dan kami mendapati seseorang yang mukanya sangat menakutkan dan di sampingnya terdapat api yang dikobarkannya. Maka aku bertanya kepada malaikat "apakah ini?" Kedua malaikat menjawab "mari pergi"

Maka kami pergi mendatangi semua kebun yang rendang dan berwarna-warni.Di celah-celah kebun tersebut terdapat seorang lelaki yang sangat tinggi dan di sekitar orang tersebut terdapat ramai anak-anak yang belum pernah aku lihat.Lalu aku bertanya kepada malaikat "Siapakah dia dan siapakah mereka itu?" Keduanya berkata "Mari pergi"

Kemudian kami pergi ke sebuah taman yang luas dan belum pernah kami lihat seluas itu dan seindah itu.Lalu keduanya berkata "naiklah" maka aku pun nak pada sebatang pohon.Lalu kami berjalan dan kami melihat sebuah kota yang dibina dari emas,kemudian kami mendatangi pintu kota tersebut dan kami meminta dibukakan pintunya.Pintu itu terus terbuka untuk kami.Di dalam kota tersebut kami melihat ramai lelaki yang sebahagian mukanya hangus dan sebahagian yang lainnya buruk.Lalu dikatakan pada mereka "pergilah kalian dan masuklah ke dalam sungai itu".Nabi s.a.w berkata lagi ternyata dalam kebun itu terdapat sungai seperti susu dan airnya dalam keadaan mengalir.Maka mereka pergi dan masuk ke dalam sungai tersebut.Kemudia mereka kembali kepada kami dalam keadaan yang sangat bersih dan tampan. Lalu malaikat berkata padaku "inilah syurga dan inilah tempatmu" Kemudian pandangan mataku ku arahkan ke atas dan di sana aku melihat istana putih.Maka keduanya berkata padaku "inilah tempatmu" lalu aku berkata pada keduanya "semoga Allah memberi berkat kepada kamu berdua,biarkanlah aku masuk kedalamnya"Maka keduanya berkata kepadaku "Jika sekarang maka tidak boleh.Nanti kamu pasti akan memasukinya"


Nabi s.a.w berkata "Sungguh sejak semalam aku melihat sesuatu yang sangat menakjubkan.Apakah yang aku lihat itu?" Keduanya berkata padaku "Sekarang kami akan beritahu padamu. Bahawa seorang lelaki yang pertama kamu temui dimana dia dihempap dengan batu adalah seseorang yang mengambil Al-quran,lalu dia menolaknya dan dia tidur dari solat wajib.


Dan orang yang dibelah mukanya dari rahang sehingga ke tengkuknya,lalu dari hidung sehingga tengkuknya,kemudian dari matanya juga sampai tengkuknya adalah orang yang pergi dari rumahnya untuk menyebarkan kebohongan hingga kebohongan itu tersebar luas.


Adapun para lelaki dan wanita yang bertelanjang atas tungku dapur api yang menyala adalah para lelaki dan wanita yang berzina.Seseorang yang berenang dan mulutnya diisi dengan batu maka sesungguhnya dia ialah seorang yang memakan riba'.


Sedang seseorang mukanya seram dan menakutkan dan disisnya terdapat api yang dikobarkannya,dia ialah malaikat Malik,penjaga neraka jahanam.


Dan seorang yang tinggi yang terdapat pada sebuah taman,dia ialah Nabi Ibrahim a.s dan anak-anak yang disamping ibrahim a.s adalah anak yang meninggal ketika masih dalam keadaan suci.


Adapun orang-orang yang mukanya sebahagian baik dan sebahagian buruk adlah orang-orang mencampur adukkan amal baik dan amal buruk yang mana keburukkanyya diampunkan Allah"


Bagaimana semua ini boleh terjadi?Ini semua bermula apabila kita melalaikan solat.Sebab tu la semua zina,larangan Allah berlaku kerana kita tidak berpegang teguh pada agama dan tidak mendirikan solat.Masyallah.Marilah kita berubah untuh penuhkan solat kita kerana PERKARA PERTAMA YANG AKAN DIHISAB ADALAH SOLAT.JIKA BAIK SOLATNYA MAKA BAIKLAH AMALANNYA.JIKA BURUK SOLATNYA MAKA BURUKLAH AMALANNYA.

Jika kita meninggalkan solat subuh,maka  Allah s.w.t akan mencampakkannya kedalam neraka jahanam selama 60 tahun di akhirat (1 tahun di akhirat = 1000 tahun di dunia =60 000 tahun)

Jika kita meninggalkan solat zuhur,maka dosanya sama seperti membunuh 1000 orang muslim

Jika kita meninggalkan solat asar, maka dosanya sama seperti meruntuhkan ka'bah


Jika kita meninggalkan solat maghrib, maka  dosanya sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri

Jika kita meninggalkan solat isya',maka Allah s.w.t berseru kepada mereka "Hai orang yang meninggalkan solat isya',bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumiKu dan menggunakan nikamt-nikmatKu,segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah s.w.t" 



Tak takut jugak?Hati kering betul la siapa yang tak takut tu kan.Takpe,takpe,Tunggu entri aku yang seterusnya,entri seksaan di akhirat pulak.Kiranya entri ni ada sambungannya..huuuuuu

P/S:" Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.." (Al-ankabut:45)

3 comments:

Unknown said...

Tq

Ali Akhbar Abdulla Koya said...

Terima kasih atas pesanan. Semoga mendapat rahmat dan redha dari Allah

Anas said...

Fuh.. terkejut betul malam malam tengok tetiba keluar gambar tu