I appreciate them.

Sunday, 4 October 2015

Food Review: Masakan Melayu kampung di Ummiza Cafe


Assalamualaikum

Hari ni tekak saya teringat ingat dekat masakan melayu authentic.Jadi Sabtu lepas,kami keluarga #KelabBloggerBenAshaari pergi reramai menyerbu restaurant ummiza yang terletak di jenderam hilir.

Tau dak jenderam hilir dekat mana?Alaaaa korang ni,failed la geografi.Padahal aku pon sama failed.:D

Jenderam hilir ni terletak dekat sepang.Kalau korang dari Putrajaya,ada laluan fast track untuk ke sini.Senang je nak jumpa Restauran Ummiza ni sebab ia terletak di tepi jalan jewww .Yang nak balik kampung ikut jalan lama,mesti jumpa Restauran ni dulu.




Dari Luar Restauran ni Nampak sangat Inviting .Restauran Ummiza ni diuruskan oleh seorang ibu dan dua orang anak perempuan yang cun melecun.Opps yang baju pink tu dah kahwin.Opps depa dah kahwin,melepas la hampaaa~~~









Joyah sangat aku ni pon.

Sampai je dekat Restauran Ummiza ni,mata aku terus bulat pandang banyaknya makanan melayuuuuu.Wowwwww semua Nampak sedap dan kemas.Jadi aku dan suami terus ambil nasi dan lauk lauk yang lain.

Makanan yang aku cuba salah satunya ialah keli berlada.Weyy siapa yang suka ikan keli berlada,memang boleh cuba dekat sini.Memang terbaik!! Ikan keli berlada ni,kejap je habis dimakan oleh kawan-kawan yang lain.Perghh memang sedap.






















Kari ayam dia pulak,memang cukup rasa,kentang yang lembut,ayam yang lembut.Makan pulak dengan telur asin dan ulam-ulaman ,pastu tambah nasi panas memang meleleh bebbbb.



Aku nak puji Restauran Ummiza ni sebab sangat bersih,selesa dan cantik.Tak percaya?boleh tengok gambar dekat bawah ni.









Jarang aku jumpa restaurant melayu yang menyediakan toilet yang amat bersih.Mungkin aku la yang jarang jumpa.Tapi Toilet dia memang sangat bersih!Takpayah nak geli geliman,tahan nafas sebab taknak bau busuk.5 bintang untuk toilet Restauran Ummiza.

Haa kalau korang pergi Restauran Ummiza ni masa bulan puasa,tak payah nak kalut cari surau,sebab Restauran Ummiza ni dah sediakan surau untuk korang.Best kan? Boleh jugak makan sambal tunggu waktu solat.

Lepas makan,apa lagi kami pon selfie la beramai-ramai.Kami Kelab Blogger Ben Ashaari memang minat selfie.heheeh:D





Kalau nak datang sini,Makanannya akan ikut hari la.Barula best.hari-hari datang,hari-hari makanan lain-lain.Gittewww.Makanan Yang ada haritu memang banyak gila-gila okay.Contohnya :


  1. Ayam masak merah
  2. Ayam kicap berlada
  3. Ayam masak lemak cili api
  4. Ikan kembung berlada 
  5. Ikan keli berlada
  6. Asam pedas ikan 
  7. Udang sambal
  8. Sup cendawan
  9. Dan banyak lagi

Restauran Ummiza ni pon buat perkhidmatan katering tau.Kalau berminat,boleh hubungi

Puan Nor-019 6682069 | Ain-011 10602569

Alamat:No 229 Batu 29 Kampung Jenderam ,Hulu sepang
Instagram:@ummizacafe


Credit Pic: Rakan-rakan #KelabBloggerBenAshaari

1 comment:

mas saari said...

menunya memang memikat selera dan menepati citarasa