Assalamualaikum.
Aku rasa ramai kawan-kawan atau dikalangan followers yang tahu yang aku ada bisnes online iaitu @hauraabydya.Menjual jubah-jubah lelaki dan wanita. Tapi usia perniagaan aku baru nak masuk 1 tahun.
jadi bila perniagaan baru,mestilah kita nak cari followers baru kan? Jadi mesti kita akan mencari macam macam cara untuk gain followers.
Aku pernah bayar kepada instashop dan jugak pernah swap review.Alhamdulillah memang naik followers aku.Walaupun dieorang tak beli lagi jubah aku,tapi sekurang-kurangnya mereka follow dan sentiasa uptodate dengan jubah jubah @hauraabydya.
Pernah jugak buat review dengan @helizahelmi.Syarat untuk buat review dengan heliza helmi adalah kalau korang nak dia pakai barangan korang,korang kena bayar Rm2000 .Kalau bagi gambar dan ayat,kena bayar RM400.Tapi yang ni rate sebelum GST la.Sekarang aku tak tahu lah rate dia berapa.
Alhamdulillah memang naik dalam 700 followers.Aku sikit pon tak rasa rugi sebab followers aku naik,dan jualan aku meningkat.
Aku pernah jugak buat review dengan Ainan Tasneem.Syaratnya kalau nak bagi barang,bagi je insyallah nanti dia akan pakai,tak payah bayar apa-apa.Just bagi je barang korang dekat dia.Best kan? Dan memang berbaloi aku bagi jubah dekat Ainan tasneem.Ainan tasneem siap pakai dua kali kot.
Lagi satu pernah dengar tak nama ima sahaja? Dia ni famous jugak dan dah ada butik sendiri walaupun dia masih muda.Hebat kan?Aku banyak kali bagi jubah dekat dia,dan dia akan review secepat yang mungkin,korang tak payah nak risau.Dan followers memang bertambah ratus-ratus.Aku memang sangat recommend ima sahaja.
Entri ni nak promote instafamous pon satu.Dan nak suruh korang berhati hati dengan instafamous yang macam retis pon ada jugak.
Meh nak share pengalaman aku deal dengan sorang instafamous yang macam retis.Dalam bulan 5 tahun ni,@hauraabydya mengeluarkan jubah yang terbaru.Jadi aku nak jugak cari followers yang baru dan fresh gittewww.Jadi aku pon nampaklah satu instagram ni,dia memang ramai followers dan gambar yang dia ambil memang sangat cantik.
Aku pon email la instafamous ni sebab aku nak tau syarat-syarat dan rate yang perlu dibayar.Lajuu je dia reply Terms and conditions dekat email aku.Syaratnya adalah kalau nak dia pakai barang kita,kita kena bayar RM100 dekat dia dan dia akan review.Okaylah aku rasa rate to affordable lagi dan why not sebab ini adalah salah satu marketing strategy kan.
Aku terus bank in dan hantar jubah tu dekat alamat rumah dia.Then aku tanya dia dah sampai ke belum semua.Dia cakap nanti dia check dengan mak dia.Okay fine takpe lagi.Once dia dapat aku tak expect pon dia akan pakai terus sebab aku tau dia busy.
Dah lama tu,jubah yang aku bagi dekat dia pon dah nak sold out dan aku dah keluarkan jubah yang lain gaisss.Still dia tak pakai lagi jubah yang aku bagi tu.
Dah lama tu aku start tanya bila nak pakai baju aku tu?Sebab aku dah nak keluarkan jubah lain pulak.So aku nak cari followers baru.Aku ibarat pengemis pada dia.
Korang tau dia cakap apa? "Jap ek kak nak cari.Haa dah jumpa.".
Korang nampak tak permainan dia dekat situ?Nampak sangat dia tak taking care of barang yang orang bagi dekat dia.Or mayba banyak sangat barang yang dia terima.Tapi mana sistem management kau?
Korang bacalah sendiri conversation ni dan tengok tarikh conversation ni ek.Judge sendiri.Aku siap merayu dekat dia suruh pakai dalam masa terdekat.Ada dia pakai?Non hado. Dia cakap dia asyik lupa.Hello? Kau tahu yang ramai nak suruh kau buat review,kau patut ade schedule dan kau susun barang apa yang kau nak buat review dulu.Aku dah bayar kau RM100 dan bagi kau jubah dan macam ni kau buat? Kau buat aku macam pengemis?
Bulan 5 aku bagi,Bulan 6 baru kau pakai?Korang ingat aku tak segan ke sebab asyik bertanya dekat dia? Ingat aku tak segan ke?Tapi sebab aku dah bayar,itu hak aku untuk bertanya.Akhir sekali dia pakai jubah tu,tapi tau tak takde OOTD?? Dia tak tangkap gambar dan tunjuk jubah tu secara keseluruhan dan dia hanya tunjuk bahagian tangan je.Apakah??Dia ingat orang boleh teka??
Aku macam diam lagi sebab dia cakap nanti dia pakai untuk OOTD.Lama lagi.Aku tanya lagi bila nak pakai OOTD? DIa cakap lambat sikit.Masuk bulan jun,aku tanya lagi.Dia cakap Tak lagi,dengan rasa tak bersalahnya.Dan jawapan dia,dia tak sure nak pakai bila.Padahal dah nak masuk bulan puasa dah ni.Akhirnya aku give up sebab asyik bertanya.Dia cakap dia dekat rumah mak,Mak baru balik mekah,tunggu dia balik rumah sendiri.Nampak last aku reply apa? Takpela.
Sebab?? Sebab aku dah giveup!
Dan sekarang??Mana ada dia pakai jubah yang aku bagi.Sekarang dah nak end of the year,Dan jubah yang aku bagi pada dia dah lama habis stock okay!!!Kalau dia ada rasa tanggungjawab,dia akan wasap aku mintak maaf,atau apa-apa jela Sebab Aku dah bayar dekat dia ,dan maksudnya disini itu adalah tanggungjawab kau untuk kau mintak maaf pada aku.Mana ada dia cari aku,dia just buat bodoh.Dan sampai sekarang dia tak post apa-apa pasal OOTD jubah aku okay.
Hello cik adik instafamous.Kalau dah tahu diri tu famous dan banyak orang hantar barang untuk di review,Cik adik kena buat jadual.Manage masa untuk setiap review dan takkan nak pakai baju ambil masa sampai akhir tahun cik adik? Mana kata-kata maaf awak?Mana??Lepastu kau boleh twist cerita dekat orang yang kau kata aku bagi jubah masa kau tengah kahwin.Hello cik adik manis,Masa akak bagi jubah dan mintak syarat-syarat review,ada kau cakap yang kau tak terima barang buat masa ni sebab busy dengan kahwin.Ada??Tak kan??Jadi sekarang ni tanggungjawab siapa?? Aku atau kau??
Kepada kawan-kawan yang ada business online,Beringatlah.Jangan cepat terpedaya dengan instafamous ni.Dalam gambar je nampak baik,Sebenarnya?Haih Allah jela tahu.RM100 tu mungkin kecik pada dia.Tapi sangat besar pada aku yang hanya buat bisnes kecil-kecilan.
Takpe biarlah Allah balas dekat sana.Nanti dekat padang mahsyar aku akan tanya pada kau hai cik adik."ya Allah,cuba Kau tanya pada si polan ni,apa alasan dia untuk tak pakai jubah yang aku bagi? Sebab dia suruh aku bayar dan aku dah bayar.Tapi dia tak jalankan tanggunjawab dia ya Allah."
Kawan aku,Owner butik online Thalassa nasihatkan aku supaya kalau nak buat review dan instafamous tu suruh kita bayar,Buat black and white dulu.In case kalau dia tak review,kita boleh saman dia.Gittewww.
Rupanya ramai yang dah kena dengan dia.
Siapakah instafamous tersebut? Nanti dekat padang mahsyar aku bagitahu.
P/S: Dia famous bhai.Kawan dengan artis malaysia.Muda remaja.Hati-hati.Tapi terpulang.
29 comments:
pergh..nyirappp je baca.. ada jugak ea org macam ni.. bayar kot.. baju pon dapat free.. femes sangat ke dia tuu.. ? org lain pon lagi femes dari dia.. okey je.. nak tauuu sapa tuuu!! haha
Femes kak yoorin.Macam retis.
artis pon tak macam tu.huhuh
Bestnya pengalaman. Tp mmg menyirap jugak yg baca ni. Hikhikhik. Try tag & win dear, followers naik juga. Puas hati punnn puas sbb kita bg lepas expected followers kita naik.
Eeeee...gelegak darah mak baca. Jadi darah daging tu RM100. Dapat duit, dapat baju. Doa org yg teraniaya cepat makbul. Nak tau gak sapa. Pm tepi huhu. Mak tak pemes...tapi mak promote brg kaw2...sapa nak review...bak mai brg. Sabar ya dya
Salaam...
Wah baru tahu part instafamous ni... slalu org tagged...
Btw, tak baek dia buat gtu... yup betul tu dia kena organized too be fair and square...
Anyways... good luck awak...!
Meh bagi dkna jer la review. Xyah bayar..tp saiz xs hahahahhaa
gerammmnyaaaa !!! baik bagi ida review ehhh hehehhehe
reen baca pun geram... 10 minit je nak pakai dan ambil gambar.. lps tu x nak pakai pun tak pe.. asal kt dah buat job yg bi bayar..
tula mmg penah buat swap review.sama2 untung
mmg sabar kak.sy cukp budi bahasa wasp ngan die.sy takde mrh2 sy ckp elok2. tp die amek kesempatan.
terima ksh awk ;)
awk pon hati2tau dgn sesiapa skalipon
wakakakaka. amboiii~ :p
mmg gerammmm
nak kata artis tak jugak.cumenye die ni fMous,kawan ngan artis terkenal gittewww. jadi die pon terpalitla sama kefamousan die.
alahai instafamous, bajet je kengkadang tu. pernah nak buat, masa nak buat kemain lah maniss nyaaa mulut ! eh tak. mesej. hmmm
saya klu buat insta review amik plg tinggi pun rm50 tu klu siap promote kt social media lain lagi tp selalunye x ambil pun sbb x bg free aje, apelah peniaga2 kt malaysia ni kan x tau ke insta review to wortless dah lah x indek kt google, bik duit tu upah blogger yg power seo dah confirm entry tu melekat sampai bebile kt google x pon byr fb ads.ni ler akibatnye meniaga nk cara diva je byr memahal kt retis famous, ended up perniagaan x kemana.. sight
Jom Terjah : Trend Popular Berfesyen Dan Bergaya Jejaka Masa Kini! :)
thank youu!!!
Haih..menyirap pulak baca..dh amik duit,jubah tapi tak jalankan tanggungjawab..ada yeak org mcm ni..duit tu jdik drah daging dik ooii...x berkat..x rasa bersalah ke makan duit x berkat..
mslhnye en kene faham bahawa skarang ni bukan semua org ade blog.skarang ni mmg ramai org buat bisned online.lg2 di instagram.kalaulah promote di insta tak penting, takdelah ashanas,zawara dan mcm2 lg berniaga di instagram kan;) ape2 pon terima ksh utk suggestion
itula mmg geram.
tp nak mrh dah tak gune kan
huhu
dheeya.kalo nak buat review, ainan,ima sahaja,heliza helmi, buat mse ni,ni je akak recommend. hati2 tau. make sure buat agreement if die mintak duit
duit nak. tapi pakai jubah tknak
lahaiii..kite ni, klu org bg amanah, slagi xbuat rs xtenang..die blh plak lengah2 kan..
kebenaran akan terbuka juga nanti .. takpe la ... niat sedekah inshaaAllah berbyk Allah bg rezeki nanti ...
Huhuhu...siapalah beliau itu..semua tertanya2..mungkinkah dia rasa dia tak nampak cantik kalo pakai jubah akak? Duhh..pelik betul!
Blh pm nk tau sape prgai cmtu
Wahhhh! Pm kak sape instafemes tu takut x terkena jugak
www.cikza.com
Bengang yer ada gak org buat sambil lewa camtu. Xpyh halalkan duit yg byr dia tu.
sape instafamous tu? sya ni niaga jugak..kang terkena dgn instafamous mcm tu susah jugak , ni utk berwaspada bukan buka aib..
Post a Comment