I appreciate them.

Monday, 11 July 2011

Seram.Sesetengah mimpi korang adalah kenyataan.

Aku bukan tengah cakap pasal mimpi korang nak jadi jutawan MLM ataupun mimpi korang untuk berkahwin dengan anak sultan.Bukan.Aku rasa mimpi korang tu tak akan jadi kenyataan,Kerana apa?Kerana ukur baju haruslah dibadan sendiri,yela takkan kau nak ukur baju dibadan orang lain,marahlah orang tu,saiz baju kita semua bukannya sama apatah lagi taste kita,nanti orang cakap kita jaga tepi kain orang,tepi kain sendiri yang terkoyak tu taknak jaga pulak.

Ya.Aku dah melalut ke tempat lain,aku tahu.Baiklah.Sekarang ni aku tengah cakap pasal seram,mimpi dan kenyataan.Korang tahu tak apa yang bakal aku katakan ni?Marilah baca sehingga penghujung jalan.

Semua orang pernah bermimpi kan?mimpi dan impian itu adalah lain ya,impian korang adalah untuk menjadi seorang yang paling bahagia dalam dunia ni,Kalau dalam mimpi pulak,korang akan mimpi korang adalah orang yang paling bahagia dalam dunia.Got it?Masih tak jelas eh?Senang je nak bezakan kalau nak capai impian tu kena usaha baru korang boleh dapat dan korang tak perlu tidur untuk impian tapi kalau mimpi,korang harus tidur dan sebelum tidur kadang-kadang korang harus bayangkan benda yang korang nak mimpi tu.Faham?

Mimpi yang akan aku ceritakan dekat korang ni adalah bukan mimpi biasa,mungkin akan membuatkan korang untuk makan pil tidur selama seminggu.So,fikir semula,nak baca ke tak entri aku ni?

Entri ni tak adalah berunsurkan korang sangat,aku rasa nak cerita apa yang aku mimpi dan mimpi itu adalah nyata tanpa kita sedari.Kata orang,kalau kita mengalami mimpi dan dalam mimpi tu kita berada di tempat yang sama yang kita tengah tidur tu,maknanya perkara tu memang benar-benar berlaku,cuma ia taknak  berlaku di alam nyata,ia nak kita alami dalam mimpi tapi dalam masa yang sama boleh rasa di alam nyata.Wallahualam.Tak percaya?So marilah aku cerita dekat korang pengalaman aku tentang mimpi yang sebenarnya benar ini.

#kisah satu
Masa ni aku atas king bed mak aku,aku tidur terlentang dan berselimut,Memang nyenyak gila aku tidur,Tiba-tiba aku bermimpi,seram sangat dan mimpi tu aku ingat sampai sekarang walaupun ianya berlaku pada tahun lepas,dalam mimpi aku tu,aku telah didatangi oleh pontianak yang sangat seram muka dia,rambut dia jangan cakap lah.memang mengerbang,aku hanya mampu beristifghfar kalau nak cerita pasal muka dia pulak,dalam mimpi aku tu,pontianak tu datang dekat aku dan duduk atas badan aku dan cekik aku,aku boleh nampak muka dia,aku ingat lagi cara dia cekik aku,aku meronta-ronta nak jerit tak boleh.Bila aku tersedar dari mimpi aku tu,aku di posisi yang sama,dan leher aku sakit,ada kesan merah!

#kisah 2
Sekarang ni aku nak cerita pasal mimpi yang dialami oleh kawan aku,dia tengah baring atas katil sambil peluk bantal panjang dan berhadapan dengan dia ada kakak dia yang tengah menyusukan anak,masa dia tengah sedap tidur,dia mimpi yang bantal panjang yang dia peluk tu sebenarnya adalah pocong.Lepastu dalam mimpi tu,kakak dia boleh pulak tegur "dik apa yang kau peluk tu?".Kawan aku cakap dia cuba nak buang bantal tu tapi tak boleh,bila dia sedar je dari mimpi tu,kakak dia masih berada di tempat yang sama,dan kawan aku juga masih memeluk bantal panjang tu!

#kisah 3
Cerita seterusnya terjadi tahun 2009,masa ni aku masih study di UiTM Lendu,Melaka,Aku stay kolej dengan 3orang kawan aku,dalam bilik tu,ada dua katil double decker,aku dapat katil yang bahagian atas,satu malam,sebelum aku tidur dan aku taktau kenapa panas sangat bilik tu pada malam tu,tapi aku layankan jela sebab esoknya aku ada kelas,bila aku dah nyenyak,biasalah aku pon mimpi,aku mimpi yang aku kena tindih dengan benda hitam,dan aku tak boleh bernafas,bila aku terjaga,itulah yang aku rasa,aku tak boleh bernafas.Kebetulankah?

#kisah 4
Okay aku rasa atas ni dah ada 3cerita hantu,kalau aku cerita semua,nanti ada pulak yang salahkan aku sebab kena makan ubat tidur untuk malam ni.Baiklah,yang last sekali ni bukan cerita hantu,aku terus jela cerita dekat korang eh,ada satu malam,aku mimpi yang aku makan mentah-mentah seekor ayam tanpa bulu ,aku ratah habis-habisan,padahal sebelum aku tidur aku takde pula makan ayam ataupun bayangkan ayam,bila aku tersedar je dari tidur,MEMANG mulut aku terasa darah ayam,rasa hanyir.

Tak percaya dengan kisah aku?macam mana aku nak buktikan dekat korang?Ohh.ada satu cara iaitu sentiasa berdoa yang korang mengalami perkara yang sama macam aku kena ni.Terbaik

P/S:ada cerita menarik yang lebih kurang macam aku?Share please.Aku nak baca jugak!(:

 Rasa macam dah lama pulak tak tengok video ni kan kawan-kawan?Kita layakan kejap lah


P/S:Okaylah kawan-kawan memandangkan aku post nak bagi korang baca ni tepat pukul 12.10 tengah malam,aku nak Off dan nak tidur sambil peluk adik aku.Kbai.

11 comments:

Unknown said...

MB tak pernah pulak... huhu..
cume tindih tu dah bese. HAHA..
seram la plak mak aih

MissNadh said...

pernahhhhh !! pernah buat entry lebih kurang jgk..ce lawat sini

http://coretanmissnad.blogspot.com/2011/04/pernah-tak-mimpi-tapi-macam-realor-kene.html

memang macam real..huh

Qaseh Dalia said...

baca doa dulu sebelum tido .. mainan setan tu ..

HanisLazimAndTheShaklee said...

nasib baek baca entry nih pagi2 ..tp xpa,i tido peluk kaka i =p

dya mohamad said...

minah blur-penah kene peluk dengan hantu tak?ehehe.dya penah.seram gile smpai takle tido

dya mohamad said...

miss nadh-kannn

dya mohamad said...

qaseh dlia adelia-mungkinla

dya mohamad said...

aniswany-alaa.bace pagi2 tak bestla.hehe

Shima Yahya said...

hehe . sye tak prnah kowt . just dulu mase kecik2 ( mc sekarang dah besa sgt je ) ade mimpi yg sdih2 . dlm mimpi ngs , bgun je still ngs smpai tersedu2 . hhaha --'

e'ka zulaikha said...

blogwalking n tjumpa blog dya..

sy nk kongsi satu cerita ni, berlaku dalam ramadan 2010..jemputlah baca..kalau nk komen sekali pun xpe..

http://blackfipper.blogspot.com/2011/08/satu-hari-dalam-ramadan.html

CIK FIA said...

pernah mimpi something (dah tak ingat, tapi selalu mimpi yang sama) then tiba2 tergelak sendiri.. then adik yang kecik (umur lebih kurang 5 tahun) tegur , "kakak,kenapa kakak gelak..?" haihh.. bila tersedar je terus mengucap.. hahaha..