I appreciate them.

Monday, 4 July 2011

Seram,Kau suka salakan anjing di waktu maghrib?

Cuba korang lalu depan rumah bukan islam,mesti mereka ada bela seekor anjing yang bulu lebat warna putih dan anjing tu sangat kecik sampai korang nak cakap "Alalala comelnya macam kucing,rasa nak bela pulak".Lepastu cuba dengar anjing tu menyalak,suara anjing tu macam tersekat,korang masih cakap comel lagi kan?

Okay,cuba guna situasi yang sama macam dekat atas ni,tapi yang bezanya adalah anjing tu besar,bulu tak berapa nak lebat berwarna hitam mesti korang akan cakap "Bapak besar anjing ni,warna hitam,hesh".Lepastu bila anjing tu start menyalak,suara anjing tu garau dan macho mulalah korang cakap macam ni pulak "urghhh! aku takut dia lompat dari pagar tu and kejar kita".

Semalam aku terdengar salakan anjing besar bukan yang berwarna hitam tapi yang berwarna cokelat taik unta.Pukul 7 petang,aku parking kereta bersebelahan rumah pemilik anjing tu,rumah pemilik anjing tu rumah corner lot.Anjing tu punyalah berusaha gigih untuk menyalak dekat kiteorang,haruslah kiteorang takut sebab anjing tu besar dan boleh je beliau nak melompat kalau beliau nak,telinga beliau tinggi masa tu,macam nak memberi isyarat pada sesuatu.Belakang kiteorang masa tu adalah rumah tinggal dan tepi kiteorang adalah highland tower.Kiteorang hanya terfikir dua benda je masa tu antara anjing tu marah kiteorang lalu kawasan beliau ataupun beliau nampak sesuatu belakang kiteorang,macam nak beri amaran la.

Korang tanya aku buat apa berdekatan dengan highland tower tu? highland tower ni terletak di jalan hillview,Ulu Kelang,Selangor.Kepada anak-anak kecik yang taktahu apa itu highland tower,tak apa biar akak bagitahu.Pada tahun 1990,bangunan tu runtuh dan telah mengorbankan banyak nyawa,yang paling menyayat hati ada mayat masih memegang alquran.Nak tahu lebih lanjut?baca ni

Kenapa aku ke sana?Aku ni suka perkara yang adventures.Dengar cerita,dekat situ banyak hantu,aku pon nak pergilah sana sebab memang dari dulu lagi aku minat benda-benda macam ni,tahun 2006 kan,famous dengan cerita seekers,aku pernah nak menjadi sukarelawan mereka,tapi mak aku tak bagi sebab dia kata "Awak jangan nak merepek,awak sekolah lagi".Fine!Sekarang ni kita dah habis sekolah,bolehlah kan mak?ehheh.

Lepas aku parking kereta aku depan laluan nak ke highland tower dan bersebelahan dengan rumah pemilik anjing,kiteorang dah seram dah dekat situ sebab anjing tu punya pasal lah.Damn!kiteorang siap bawak besi sebab dengar cerita dekat higland tower tu ada kumpulan black metal dan ramai penagih dadah,kalau kena kacau senang sikit kiteorang nak pukul dan lari.
Korang cakap "beraninya kau dya mohamad".Eh ingat aku berani sangat ke,aku takut takut berani je.




Korang tengoklah betapa banyaknya semak sebelum aku boleh meredah masuk ke highland tower ni,tak fikir pulak kemungkinan dekat semak tu ada ular,buaya,tikus,kalau kiteorang tersesat dalam semak tu macam mana?Lagipon sebelum dapat masuk kehighland tower ni,banyak onak dan duri yang kiteorang kena tempuh.

Waktu maghrib memang benda tu aktif,opps.Korang tanya "kau tak buat persiapan solat maghrib ke dya?".
Aku tak buat langsung persiapan untuk solat maghrib,telekung pon aku tak bawak.Jahat tak aku?Tak jahat sangat kot sebab masa tu bulan tengah mengambang.


Kiteorang sebenarnya tak berani sangat nak pergi highland tower berdua je memandangkan kiteorang ni hanyalah wanita yang bermodalkan air mata,jadi kiteorang decide untuk pergi ke rumah tinggal berhadapan rumah highland tower,sebab takpayah kiteorang nak meredah semak semua,pagar rumah tu memang dah terbukak luas,kalau pergi di waktu malam memang seram gila,Seriously rumah tu memang seram dan rumah ni jugaklah antara penyebab anjing tu menyalak tak tentu pasal.Anjing punya anjing!


.


Kalau sesiapa yang pergi highland tower pasti akan dijamu dengan rumah ini sebelum pergi ke highland tower kan?
Jap aku dengar bisikan korang waktu korang tengok gambar ni,korang cakap"apa barang pergi rumah ni,Pergilah highland tower terus,pastu ada ke pergi waktu maghrib,pergilah pukul 12malam".Fine!Cuba korang pulak pergi pukul 3pagi.ada bran?


Nak dijadikan cerita,sebelum kiteorang melangkah masuk ke rumah tinggal ni,bulu roma dah meremang disebabkan anjing tadi.Kau ni Dya dari tadi asyik anjing anjing anjing je.ehehe.

okay okay,sebelum kiteorang melangkah masuk ke rumah tinggal ni kiteorang dengar satu bunyi yang sangat menyeramkan dan bunyi tu datang dari highland tower,kiteorang dengar bunyi tu sebanyak dua kali dan dua kali tu jugaklah terhenti langkah kiteorang nak masuk rumah tinggal ni.Aku taktau bunyi apa,but bunyi tu sangat kuat macam bunyi tembakan pon ada,macam kasut but yang dihentak pon ada.Kiteorang sendiri pon taktau.Tapi kiteorang tekadkan hati jugak walaupun dah maghrib and ada bunyi,kiteorang nak masuk jugak rumah ni.

First bila kiteorang masuk,kiteorang dijamukan dengan sekeping frame gambar yang terbalik.Aku nak tau tu gambar siapa,mungkin gambar erra fazira dalam potret mistik but kawan aku cakap "jangan sentuh".Fine.

Mulut aku tak berhenti baca ayat kursi,yang bertambahkan dramatiknya,apabila aku dapat dengar sayup sayup alunan bacaan alquran.

Kiteorang beralih pula ke ruang tamu rumah tinggal ni,ada kerusi,cantik pulak tu,tapi sayang dinding penuh dengan contengan,yela rumah tinggal kan,jadi sarang penagih dadah,budak-budak nakal lah nak tunjuk kreativiti.

Bila kiteorang nampak tangga,hati memang terasa sangat nak naik tapi masing-masing takut,nasib baik tangga tu besar,boleh naik berdua,kalau tangga tu kecik,aku terpaksa jalan di depan kawan aku dibelakang.Mak takut nok.




Sampai je dekat atas,Wahh.aku sangat kagum dengan rumah tu,sangat besar dan cantik,wordrobe dia besar gila untuk setiap bilik,kalau korang nak main masak-masak dalam tu pon boleh.Aku ada la nak masuk satu bilik ni,then aku nampak ada sepasang kasut sebalik pintu tu,aku jadi takut sebab terfikirkan penagih dadah,black metal,heh semualah geng jahat but alhamdulillah cuma kasut je,orangnya tak ada.



Pandangan dari bilik atas.
Aku pon mengambil peluang untuk menagkap gambar bilik-bilik gelap yang ada contohnya toilet,aku rasa cantik jamban dia sebab warna biru,toilet tingkat bawah warna biru,toilet atas warna hijau.Terus aku teringat rumah aku sebab toilet tingkat bawah rumah aku warna biru,toilet tingkat atas warna pink(,:

Toilet tingkat atas

Toilet tingkat bawah
Macam mana gambar ni semua terang?Senang je jawapannya,Aku pakai flash la oi.
Malas nak cerita panjang lebar,Let me share with you some of the pictures.Wahhh gitu.
Bilik ni aku tak masuk sebab seram sangat.

asyik nak mencarut je budak-budak ni.hesh

Gunakan bantuan flash untuk kurangkan tahap keseraman.


Masa aku tangkap gambar ni,aku terfikir cerita hantu yang ada rambut hantu tu panjang keluar dari lubang ni.


Semak belakang rumah.Eh,pokok pisang,siapa yang suka bertenggek kat pokok pisang?Err



Kiteorang tak pasti kiteorang keluar daripada rumah tu pukul berapa,yang kiteorang pasti adalah kiteorang tangkap gambar ni dan beberapa keping gambar dan terus pulang.Ada hantu tak ikut kiteorang balik?Entahlah.Mungkin tidak.



Lepas kiteorang habis menjelajah rumah tinggal tu,aku terfikir cerita pakcik aku yang ada hantu pontianak ikut dia balik rumah dan pontianak tu duduk atas bumbung kereta pakcik aku.Ramai jugak yang cakap dengan aku "kau tak takut hantu tu ikut kau balik rumah ke dya?".Aku tanya balik kenapa,then dieorang cakap "sebab hantu tu suka kaulah dia ikut kau balik".

Aku rasa nak sangat tau siapa pemilik rumah tinggal yang cantik ni,mungkin aku akan tau jawapan dia dengan terbalikkan frame gambar yang first aku jumpa tu?


p/s:siapa-siapa yang nak pergi rumah hantu yang best,sila inform aku,sebab aku nak ikut,Eh aku serius la.Tak percaya?Try ajak aku tengok aku tolak ke tak,tapi pastikan area lembah klang sahaja.Bye

p:s/okay benda ni sebenarnya tak seram pon.Bahahah.kbai

40 comments:

Anonymous said...

berani nye kak oi...huish!! idok ler teman ke rumah gitu...eerrr

HaNa Hani said...

berani gile dya...
kalo hana memg ketaq lutut dah aiiihhh
^_^

Anonymous said...

haha...cheqwa baca pon naik seram nih.apatah lagik kalo ikot dgn dya,tapi cheqwa teringin jugak!^_^

dya mohamad said...

cik anon-takut2 brani je.ehehhe

dya mohamad said...

hana hani-jomla ikut dya,lepas ni nak g tempat laen plak.dya takdelah brani mana.buat2 brani je.eehe

dya mohamad said...

cheqwa-jomlahh!jomlahh!dya ajak ni!

Azreen Shafila Abdullah said...

wah bgsnye..kalau yen,mmg xkan g ah rmh tu :D

EiZaRaZiErYa said...

alahai~ berani nye dy~ kalau zie.dah terkucil2 k0t..huhuhu..denga pulak bunyi2..adeh..

Unknown said...

salam dya..background blog kita 2 serupa lah..baru tahu jugak,itupun yen yg bagitau..salam kenal yer..

MERAH said...

Salam, first time sampai ke blog Dya. Byk cerita best baca. Beraninye Dya gi masuk rumah org tinggal cam tu. Bukannya takut hantu, tapi takut ada manusia yg pelik2.hehe.

Salam perkenalan :)

Panadol painkiller plg selamat kalau...
Kau ni tak malu ke?
Seberapa pentingnya SOLAT?

dya mohamad said...

azreen shafila abdullah-takdelah bagus mane,kalau die ikut balek,sape nak jwb.kehkeh:D

dya mohamad said...

eizarazieyra-eheh.jgn smpai terkucil kang kene beli suar baru kang.hahah

dya mohamad said...

Bui idzra rin-yezza.dya pon bru tau jugak bui.ehehe:DD background kite same.dya dah lame tak tuka background.mlsss(:

dya mohamad said...

merah-dua2 dya takut woo.kalau hantu kite lari die tak keja kalo org kite lari die keja ann

Rosmawani♥ said...

berani yer g umah mcm tu :)

>>datang dr gegar blog julai.. dh follow, jom follow sy jgak untuk semangat bblog :)
rizaros.blogspot.com

Nasz said...

salam kenal...

dah follow awak..

jemput join segmen simple saya..

SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA ...

Unknown said...

braninye awk...! kalau MB...jgn hrap la huhu

dya mohamad said...

rizaros-sbb minat.sbb tuh brani.tp tak brani sgt la.huhu

dya mohamad said...

nasz-(:

dya mohamad said...

MB-takdelah brani sgt awk(:

FARA said...

gila berani kot akak neh . fara bace enrty neh je and tengok pix2 yg ade je dah seram sejuk , huhu . salute salute :D

dya mohamad said...

fara zakaria-Haha.akk takde la brani sgt.tp sbb dah minat kat bnda ni.so nak explore.jom ikot?fara kan dekat je ngan akk.hehe

Anonymous said...

eh..syaitan x ikut korang balik umah ke??haha..cam harmoni je tmpat tu..x takut langsung..


klu ko free, leh join g.a aku

anakdenesor said...

uih dya..berani ea..nak ikut la next time leh x?(wat2 muke comel)hihi

dya mohamad said...

sifu im-tak ikut.insyallah.tuhla mcm harmoni kan?
tp senior i penah g kol 2 pagi die nampak ade ponti kat tingkap umah tu.

dya mohamad said...

anak denesor-Jom ikut jom.roger je(:

FARA said...

akak ajak fara ? bole je nak ekot neh . tapi fara rase ade lagi baik kalau akak kirim salam je kat mane mane hantu yg akak jumpe nanti , hehe .

dya mohamad said...

okay.akk kem slm kat die.akk ckp fara yg study kt unikop kem slm.die soh dtg umah.k tak?hehe

snadilaa said...

ohh mak berani nyee :O ingat kan kat luar je rupenye sampai ke dalam rumahh . terror laa kak :D

N.E.M.O.E said...

Hai diana, aku dah follow kau! :)
Btw tak seram ke wey? Cuakk gileeee.

dya mohamad said...

snadilaa-ahah.masuk dlm rumah skali la dek oi.takde terror mane lah.adek pon leh g.gla(:

dya mohamad said...

nismah-ehehe.seram kot.ape yang tak seramnye.rumah tinggal kan.mcm2 leh jd.mmg seram dlm rumah die.ko kene tengok sndri

Anonymous said...

dya..u ckp kwn u org kelantan...u ikut la die balik kelantan..kt sane i bleh suggest tmpt2 scary

Shahbri said...

jom follow rumah chi liung dekat port klang, cina mati bunuh diri.. nak tak??

dya mohamad said...

shahbri-bile?

tararaagaga said...

kalau nk pergi lagi .. boleh pergi dgn team saya ..sms 017-3387140 :)P

Unknown said...

Berani sungoh akak ni .. arap ke aq mmg idok lew

Deana Eddy said...

Lastly saya dpt juga rupa rumah tu. Sekarang dah semak dah tak boleh masuk sbb semak atas kepala. Rumah tu ada kisah dia ke?dgr kata rumah tu punca sebenar sblum nak masok highlands tower.

Bella Watty said...

Huhu..best giler
Nak g jugak..klu ad nk buat projek ajk lh..0179192135

Fyda Elqis said...

Cantik rumah tu.. Mybe dia tggl kn lpas kes highland tower kod .. Repeat lah.. Terbalik kn frame tu