I appreciate them.

Tuesday, 26 July 2011

Jalanraya ni saudara mara awak punya ke?

Aku serius sekarang ni.Nak kata aku tengah marah sekarang ni,tak jugak tapi lebih kepada perasaan yang membara.ececeh.Perasaan membara nak kongsi apa yang kita semua pernah alami,Mungkin bukan kita semua,tapi aku yakin yang ada lesen kereta dan memandu pernah mengalami pengalaman yang sebeginiTak kesahlah korang pandu kereta kawan ke,pandu kereta ayah curi-curi ke.Tak kesah.Asalkan pernah.
Semua pemandu akan mengalami pengalaman yang agak S**T ini dijalanraya.

Pernah tak masa korang tengah shiok bawak kereta,tengah confident,tengah berhemah sambil nyanyi mengikut rentak di radio suria FM.Tiba-tiba ada lah seorang
 makhluk melintas depan korang dengan penuh rasa tak bersalah.Padahal dia dah nampak yang kereta korang dah dekat dah dengan dia.Mungkin yang melintas jalan tu dia tak pakai mata tapi dia pakai mata hati.Aku tak cakap orang buta sekarang ni.Aku cakap pasal orang yang celik.Tapi reflection yang selalu kita bagi dekat orang yang macam ni adalah "Oi buta ke!".


Lagi memanaskan hati kalau korang bawak kereta lancer dengan kelajuan 180km sejam..Baru nak tunjuk style dekat awek-awek yang bawak myvi di line kiri,tiba tiba dekat depan korang ada kereta kancil lama dengan kelajuan 50km sejam.Apa korang nak buat?nak potong kancil tu?tapi malangnya sebelah kiri korang ada kereta.Sakit hati tak?nak bagi lampu besar dekat kancil tu macam kurang ajar pulak.Okaylah aku amek situasi lain pulak.Cuba tukarkan kereta kancil tadi dengan motor ex5 didepan korang.Apa yang harus kita buat?selalunya yang akan penunggang motor tu dapat adalah "Oi kalau dah tau lembab macam siput,lalu kirilah!".

Cuba bayangkan pulak yang korang baru dapat lesen P.Mestilah korang nak bawak kereta dengan berhemah..Masa ni korang dah boleh berlagak dah dengan kawan yang tak ada lesen..Kalau nak keluar dari simpang rumah yang jaraknya hanya 1meter dari rumah korang pon,korang akan bagi signal.Nak pergi kedai yang tak jauh pon korang nak bawak kereta.Korang memang ikut undang-undang 100%.Tapi cuba korang fikir.Korang ingat semua orang ikut rules macam korang ke?Cuba bawak kereta dekat highway berapa ramai orang tak bagi signal bila nak memotong.Lagi-lagi kalau korang tengah laju tiba-tiba ada kereta dari kiri nak memotong korang.Mestilah kita akan "tanjat boboy!".

Aku memang paling sakit hati dengan bas dan lori.Dieorang ni kalau memandu dekat highway memang ikut suka hati sendiri je.Lepastu memabahayakan pemandu kereta yang lain!aku ni dahlah pakai kereta kecik je!Kau nampak ke kalau kau memotong aku sesuka hati.Kalau kena langgar duet kau jugak melayang!Oh ya lagi satu bas dan lori ni kalau dah tau yang awak tu besar gedabak sila lalu line kiri boleh tak?Kenapa kau nak lalu line kanan jugak?Dekat signboard dah terang-terang menyatakan kenderaan berat ikut kiri.Kenapa kau ikut kanan?Sebab kau rasa kau ringan macam kereta mainan ke?Kalau perangai macam ni memang layak digelar "Kurang ajar betol!".Eh kenapa perenggan ni aku guna perkataan aku kau?jawapan dia sebab aku memang bengang gila dengan pemandu bas dan lori


Janganlah buat jalanraya tu macam saudara mara korang yang punya sebab semua orang bayar cukai jalan tau tak!Patutlah banyak sangat accident.NI dah nak dekat raya ni bawak lah berhati-hati jangan bawak dengan tak ada hati kalau nak bawak macam tu jugak sila buat jalan sendiri.Korang bawaklah kenderaan korang sorang-sorang.Takda siapa nak larang.

P/S:Siapa yang dah baca entri ni dan nak ajak aku race,gua no hal babe.Siapa menang dapat BF yang kalah.Tapi pastikan BF korang hensem dan kaya.Boleh?kbai.

P/S:aku taktau kenapa setiap kali aku hangout aku akan bertembung dengan lelaki yang bawak motor besar warna hijau tapi nombor plat lain-lain.Oh mungkinkah ini petanda bakal BF aku pakai motor besar berwarna hijau?Kbai kbai.

2 comments:

izyansyazwani said...

biasa la 2..k.yan ni sllu kena ngn kereta besar lagi mewah..kadang2 rasa nak himpit je kereta yang berlagak ni..tau la kereta kita kereta kecik..sbr je la dya..yg penting kita hati2 dan ikut undang2 ye :)

Skeldeck Siddik said...

mungkin jalan raya 2 sedara mara dyorng..sbb 2 dyorng brani wat mcm 2..ahahha