I appreciate them.

Sunday, 31 July 2011

Mana stalker aku?Sunyilah!

Assalamualaikum.Hai semua,sehat ke tidak tu?Ha yang kakak tu,kenapa dah lama tak bukak blog aku ni?Bukan awak ke yang selalu intai-intai blog aku ni?Awakkan stalker tegar aku?Tanpa awak kakak sunyilah blog aku ni haaa.

Okaylah kawan-kawan tu je antara ayat yang ada kena mengena dengan tajuk entri ni.Sila bengang sekarang.
,Aku rasa dah lama aku tak update pasal aktiviti harian aku kan.Last aku update pasal aktiviti aku adalah pada entri yang pandai-pandai lah korang cari sendiri.Hari ni aku terasa macam nak penuhkan blog aku ni dengan aktiviti yang aku buat pada  jumaat yang lepas.Berapa haribulan?Eh korang ni kan aku dah cakap pada jumaat yang lepas.Entri aku ni ada tarikh kan,kira sendiri bila jumaat yang lepas tu.Ngehngeh.EH ada ke orang gelak bunyi ngehngeh?

Takde,cerita dia macam ni jumaat yang lepas aku dan dua orang kawan baik aku iaitu miwa mohamad yang comel sebab ada orang nak kenal dengan dia di entri aku yang lepas.Aku tau mesti korang tercari-cari entri mana kan?Meh aku bagitau.Ada di entri yang korang kena cari sendiri.Heheh.Lagi sorang ialah bersama Jannah atau dalam erti kata lain ialah syurga.

Hari tu aku gerak dari Kuala lumpur pada jam 12 tengahari untuk amek Jannah dekat rumah dia yang dekat ngan tesco ampang tu.Lepastu kiteorang bergerak untuk ke stesyen minyak memandangkan kereta aku kenari je,so aku isi sebanyak RM30 je.Bila dikira balik,total minyak yang digunakan untuk sampai ke Melaka adalah Rm15.00.Save kan?Maka sebab tu lah korang digalakkan menggunakan kereta perodua sebab perodua lagi best!

Kiteorang sampai Melaka dalam pukul 4.00petang.Sebab apa?sebab dekat Kuala lumpur jammed,berhenti makan lagi,heh macam-macam lagilah.First destination kiteorang adalah ke Melaka Parade sebab dekat situ karaoke murah sangat.Rate karaoke kat situ adalah 1jam Rm 20.00 untuk bilik large!Siapa nak bagi murah macam tu dekat Kuala lumpur ni woi!Kiteorang amek untuk 2jam terus,tapi bagi aku satu je yang tak best pasal karaoke dekat situ,lagu baru tak banyak and lagu english pon seciput je.Kecewa untuk pertama kali disitu.



JAP!Kiteorang makan gelato fruity yang sedap!Kecoh sekejap sebab aku tak pernah lagi makan Tutty Fruity.Kecewa untuk kedua kali disitu.

Tiramisu.Sedap gila,rasa nak lagi,tapi mahal.=,=

Oreo.Ni pon sedap jugak.Nak lagi.Tapi mahal.erm=,=











Selepas habis je berkaraoke,kiteorang decide nak cari tempat makan yang best dekat melaka ni,yelah walaupun dulu aku belajar dekat UiTm lendu,tapi aku tak pernah tau tempat makan yang best dekat sana,especially tempat makan yang ada asam pedas.Then kiteorang tanya pakcik yang lalu lalang depan kiteorang,dia cakap Asam pedas power berdekatan dengan perigi Hang Lipo,manalah kiteorang tau kan,tapi pakcik tu baik sangat dia cakap nak hantarkan kiteorang dekat kereta aku,then dia suruh aku follow dari belakang.Ohh sangat baik pakcik tu.Kepada pakcik tu kalau pakcik baca blog saya,sila redeem hadiah dari saya dengan hantar message dekat email saya okay.Ehehe.




Asam pedas power?Macam ni lah tempatnya bersebelahan dengan kubur islam.Dekat sini seafood semua fresh,Korang boleh pilih sendiri sotong atau macam-macam jenis ikan untuk dijadikan asam pedas,ada jugak kerang bakar,sotong dan udang goreng tepung,sayur kailan,telur dadar dan macam-macam lagi.Kiteorang order simple je,asam pedas ikan cencaru,sayur kailan dengan telur dadar.Ramai orang singgah kedai ni walaupun kedai dia tepi jalan je.Rate?Pada aku biasa je,tak ada apa yang menarik.Mungkin aku bukan pure Melaka sebab tu tekak aku lain daripada orang melaka.Mungkin.




Lepas puas memuaskan nafsu buas makan,Kiteorang singgah ke jonker walk dengan harapan dapat tengok makcik cina menari macam tengah buat taici  dan menyanyi atas pentas,malangnya tak ada,kecewa kali ketiga disitu.


Then cuba teka apa?Tak nak teka?Dalam masa satu hari tu jugak kiteorang rush ke Port dickson.HAHA.Excited tak?Tak eh?Okay.Kenapa aku ke PD?Sebab sebelum bermulanya puasa ni, aku nak buat penjelajahan ke kawasan seram dekat sana,iaitu Marina Bay ,Tapi malangnya tempat tu dah bercahaya sangat,tak macam dulu,dulu tempat tu seram gila,walaupun ada cina yang jaga tempat tu,still seram,Now dah tak ada lagi!Heh kecewa kali keempat disituSo kiteorang lepak di tepi pantai sambil mengenang kembali kisah cinta lama ditemani angin sepoi-sepoi bahasa dan deruan ombak.Itulah Ombak rindu.Wakakaaka :D



Masing-masing dah lemau,Kiteorang gerak ke RnR dan tidur dalam kereta sampai pukul 630 pagi,dan lepas tu gerak lagi ke RnR yang lain,sambung tidur sampai pukul 8pagi,dengan muka yang tak cuci,tak mandi,kiteorang gerak ke Kuala lumpur dengan muka tak bersalah kiteorang end up kan perjalanan kiteorang dengan  breakfast di Old town white coffee.Euwww dah lah tak gosok gigi lagi.Euwwwwwwwww.


P/S:Masa kiteorang sampai PD,askar-askar tengah bersiap sedia untuk passing out,kalau kiteorang tunggu sekejap mungkin aku dah boleh dapat BF sorang dua.AHAHA.Okay tak kelakar.

P/S:Kenapa aku ke Melaka?sebab aku nak jumpa siblings aku iaitu Munirah zulkarnain,Nor mohamad,fara nadzirah dan Nonny Munir di Kolej mereka,malangnya mereka dah balik Ke rumah masing-masing untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga.Paling kecewa  disitu.

16 comments:

Haikal Blank said...

haha ini baru betul berjalan satu hari! :D

sailaaf said...

suka gmbar cik dya masuk pic lepas tutti fruti tu.lawa. hebat la. jalan2 sakan eh.

Anonymous said...

pergggh,memang sakan lah dya...hihi.oh,cheqwa suka sangat asam pedas! ^_^

Chachos Cheezy Wedges said...

perghhhh!! satu hr berjalan... hebat2...

munirah zulkarnain said...

sori dya. datang lah lagi :( nak jumpe u nie. huhu !

ekabukanmakcikkau. said...

Haha padan muke kau len kali tu kontek ah dulu dia dah balik ke belum ni kau berambus cam tu je. Bhahahahaha , kan dah kena gelak budak kecik .lu dia dah balik ke belum ni kau berambus cam tu je. Bhahahahaha , kan dah kena gelak budak kecik .

dya mohamad said...

haikalblank-satu ari tp penat gile:)

dya mohamad said...

sukasuki-haha.haah.jalan2 bru dpt gajilah katekan.ehehe

dya mohamad said...

cheqwa-dya pon suka.especially makcik dya punye.

dya mohamad said...

chachos cheezy wedges-tak hebat pon.ni nama die takde benda nak wat camtuhla jadinye,hehe

dya mohamad said...

munirah zulkarnain-takpe syg.next time okay(:

dya mohamad said...

eka-aku dah gtaulah woi.dah rancang ari kames.Tp aku lak takle g bile aku leh g dorang lak ablek umah.hahha.
perlu ke ko ulang ayat dua kali?HAHA

fae jamal said...

wow! hebat! satu hari berjalan...balas dendam b4 puasa eyh?;D

dya mohamad said...

fae jamal-agakla/.tp tak bls dendam sgt sbb penattt:)

hamzah ian said...

wah.. comel2 eh.. hehe

dya mohamad said...

hamzah ian-apa yang comelnye.tak comel pon.:)