I appreciate them.

Tuesday, 19 July 2011

Seram!Kali ni jam 2 pagi.

Post aku yang lepas aku ada cerita yang aku pergi rumah berdekatan dengan highland tower tapi tak ada gambar kan?Lepastu ada satu post aku yang aku pergi sana di waktu maghrib kan?Kali ni aku nak bagitahu korang yang aku pergi pada jam 2 pagi.Ya kawan-kawan jam 2 pagi.Aku sendiri tak percaya yang aku tergamak nak layan waktu benda ni tengah betul-betul ramai dan aktif.

Aku pergi satu kereta je dengan kawan aku.Sebelum sampai ke rumah yang seram gila tu,aku dah rasa lain macam,badan aku macam menggigil dan secara tiba-tiba aku ada bau sesuatu yang tak menyenangkan dalam kereta kawan aku tu,bau busuk,sebelum ni tak ada pulak bau,Yang peliknya,aku sorang je bau.Ke hidung aku yang ada masalah ni?

Bila dah sampai je dekat kawasan rumah tu,ada lagi satu kereta dah park elok dekat situ,mula-mula kiteorang ingat orang jahat,rupa-rupanya dieorang pon ada misi yang sama macam kiteorang jugak,tapi semuanya lelaki,ada lah dalam 5orang.Ganteng amat weyy.Sambil tengok rumah yang seram dan berhantu tu,sambil tu aku cuci mata sekejap tengok mamat hensem.ehehe.

Masa turun dari kereta,tangan aku dah menggigil dah,yela tempat tu sangat seram bila di waktu malam tak sama macam aku pergi time maghrib hari tu.Yang seramnya,sebelum kiteorang park kereta,kawan aku ada nampak benda putih dekat pokok berdekatan dengan rumah tu.


Nak tahu satu cerita?Mengikut sumber yang boleh dipercayai,sebenarnya bukan highland tower tu yang berhantu,tapi rumah tinggal ni yang berhantu.Highland tower tu penuh dengan drug addict je.Sebelum nak sampai ke highland tower tu,kena lalu semak samun,pernah je kawan aku lalu dekat semak samun tu dan dia dengar ada benda sayup-sayup je mengilai.Tahu tak kalau benda tu mengilai dengan kuat,maknanya benda tu jauh dari kita,kalau sayup-sayup benda tu dekat dengan kita!Cerita selanjutnya?Baca sampai habis!

Sampai je betul-betul depan rumah tu,kiteorang pon buatlah macam biasa,snap gambar,tengok sekeliling dan tahu apa?Budak lelaki yang 5orang tu bawak torch light dan mereka suluh dekat highland tower tu,dekat semak.Apa yang berlaku?Tiba-tiba kawan aku cakap "astaghfirullahalazim pukul 11,cuba pandang pukul 11".Aku pon pandang la,disebalik semak tu macam ada benda putih.Lama dia berdiri dekat situ macam tengah mengintai kiteorang,But Kiteorang tak sure apa.Mungkin benda tu atau mungkin bukan.So,aku pon decide untuk tangkap gambar semak tu dari jarak jauh.Yela takkan nak buat dari jarak dekat.Mak takut nak tgok rupa dia nok.Nak tengok hasilnya?tunggu aku membebel sampai habis dulu.

Korang ingat aku ni berani sangat ke masa tu?Aku mengigil kot nak tangkap gambar.Aku dah macam orang sakit parkinson dah time tu.Aku agak ketakutan sikit masa tu,so aku terus bagi kamera aku pada kawan aku yang lebih pakar dalam hal ni,aku dan dia terus masuk ke dalam rumah tinggal tu dan snap beberapa gambar.Seram sejuk dibuatnya.Kawan aku nak naik sampai tingkat atas,tapi aku cakap tak payah cukup sampai sini je sebab apa?Sebab kawan perempuan aku ada nampak sesuatu di tingkap tengah rumah tu.Warna apa lagi warna putih la.Tapi sekejap je.Senior aku dah berapa kali ke sini dan dia pon pernah nampak cik ponti di tingkap yang sama.
Hati-hati bila pandang tingkap ni.

Apa hasil gambar yang aku dapat?Meh aku perjelaskan satu persatu.Gambar yang aku cakap aku amek masa kawan aku cakap "astaghfirullahalazim pukul 11,cuba pandang pukul 11" adalah ini.Ini adalah gambar original.Masa aku amek tu aku tak perasan apa-apa,esoknya aku zoom setiap gambar dan aku jumpa sesuatu yang pelik digambar ini.Can you see that entity?Kalau korang cakap ni biasan cahaya,aku rasa tak logik sebab masa tu,aku berada sangat jauh dari entity dan tiada sesiapa di depan aku.




Dan kalau betul la ini biasan cahaya atau apa sekalipon aku tak pedulik,kenapa benda tu tak hilang setelah aku edit dengan macam-macam version?atau kalau taknak hilang pon.Pleaselah kabur.



Tapi tak,malah benda tu makin jelas.See?
adakah korang nampak sepasang mata merah disitu?




Kalau korang tak nampak,besarkan gambar tu ye.Senang je kan.

Ini ada beberapa keping gambar yang aku dan kawan aku tangkap masa masuk dalam rumah yang seram gila tu.Enjoy the pictures!












Wait!korang mesti taktahu kan yang bersebelahan banglo seram ni ada lagi satu banglo sebelah dia.Tapi penuh dengan semak samun.Taktahu kan?aku pon baru tahu that day.Dan tangkaplah satu picture.Ni picture last lepastu bateri habis.Apa yang ada dalam gambar ni ialah orbs.Ala yang korang nampak bulat-bulat warna putih tu.Ada orbs yang jelas kelihatan dan ada yang tak.Biasan cahaya lagi?tengok betul-betul.Mengikut dua sumber,orbs ni menunjukkan yang benda tu ada di kawasan tu,dan sumber kedua pulak mengatakan yang orbs ni adalah satu bentuk sebelum benda tu jadi cik ponti,sweet dan sebagainya.Yang mana satu korang nak percaya?Terpulang.

Itu adalah orbs yang ada di atas pokok.
Kalau korang perhatikan semula semua gambar aku,kebanyakannya ada orbs.

Kiteorang blah dari tempat tu dalam pukul 2 setengah lebih macam tu.Lepastu petua yang aku dapat daripada kawan aku adalah lepas pergi tempat-tempat macam ni jangan terus balik rumah,tapi singgah lah mana-mana kedai mamak,lepak selama mana yang anda mahu ataupun dalam kata lain 15minit pon boleh.Dan dalam masa setengah jam blah dari tempat tu baru boleh open cerita pasal apa yang korang nampak.

P/S:Ramai betul yang nak ikut aku pergi tempat-tempat macam ni.Boleh.Email aku dan tinggalkan Number fon,Nanti kita deal kat mana,bila nak jumpa.Ececeh.


 P/S:By the way,ini adalah my partner's in crime,Yang selalu ikut aku buat kerja gila ni.Sebab dia pon sama gila.Her name is miwa mohamad and im dya mohamad.duduk gombak,Family orang kelantan.Adek  beradek?Bukan tapi kami banyak persamaan.Eh dah macam sesi perkenalan diri pulak.bai.

40 comments:

Cangkul Emas said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow..


penunggu banglo..
leh wat filem..

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cangkul emas-ahaha.kat situ mmg ade penunggunya(:

AzRi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah lama tak buat kerje2 mcam nih...hohoho

Puan Kutu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

adui seram baca malam2 nie.hehe..

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

azri-dah lame?pe kate buat lah lagi.hehe

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

puan kutu-lepas ni tido peluk sape2 k:P

AzRi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tk de "kaki" la nk pegi dah sekarang nih. huhuhu

Syazwan Che Deraman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

berani pulak lu nie..
heeee.seram .

A.A said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Xpanggil uncle seeker join ke? XD

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

azri-yeke?kwn2 you?

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

syazwan che deraman-takdela berani sgt.ade mengigil gak.

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

A.A-nak ke dia join dya?sobsosb):heheh

echidna mundo said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ko ni dyana.. seram lak aku bace memalam nih.. aishhhh....

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

azim-haha.sape soh ko bace mlm2 ni.baca esokla wey.haha

piera comot :) said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best gile la diana :)
piera suke bace cite2 mcm ni..
yg real lagi suke :) heeeee

khadijah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

berani giler dya ni.. ingt nak bc mlm td, takot pulak, tu bc siang..hee

Alya Esprézzo said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahah...seram!! tgk blog nie kat wall abg ben..hehehe followed :)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sgt Cool + Best :D

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

chunla awek baju purple tuh, miwa eh ? nak knal la boleh ?

AzRi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kwn2 sume sebok kerje... ^__^

norihan bakery said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

interesting....follow mok cik plk yo..

wan_cikgumuzik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terrrbaeekkkkkkk..!!! haahahaa...

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alya-(:

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cik anon-tenkiu!(:

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cik anon-cri die kt fb ye

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

azri-oh yeke?g sndri la kalo cmtuh.eheh(:

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wan_cikgumuzik-masehhh(:

EkaBukanMakcikKau said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

soram ahh citer kau ni , kau ni boleh join krew seekers ahh mmg bagus ahh kau ni rasa cam nak buat bini . jom jadi bini aku wehhh . haha

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eka-aku nak join tp nak ke uncle trime aku.
ko nak aku jadi bini ko?aku taknak dowh jadi lesbian.ko kawen ah dengan hermonie muka ko kan mcm die.HAHHA

izyansyazwani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

perghh..seseserammmmmm..

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cool~ =D awesome

asri baharuddin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

akak , kat pic number 2 tu macam ade yang tumpang je .. kat belah kanan ,. dekat dengan ranting tu ..

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak yan-nnt tido peluk husband eh.opps.hehe

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

~+ (: masehh

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

asri baharuddin-Mana dek?Akak tak nampak pape pon.ce tunjuk.Ehhehe

Ayeem Jemain said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

woi kemain berani lagi cari hantu! haha mengalahkan laki >_<

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ayeem-lenkali jom ikut skali ek ek.Hehehe

Rie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

antu bunuh orang tak? klu tak saya nak ikut klu dya pegi cari lg. klu ye bunuh org xpayahlah. hehehe

Hunny Kitty said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pernah gak nampak cik akak kat umh hujung sebelom masuk HT....

ada member pernah kene copy paste kat jalan masuk HT...dalam video nampak..tapi sayang video dah hilang

aah rumah sebelah yg hujung tu ramai org tak perasan lagipun rumah tu berpagar....pernah dapat insiden keta tak leh stat masa maghrib kat depan rumah tu...hahah baru kalot nak baca ayat qursi :P

Ibtisham said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dya..bila nk pg lg..nk join blh..watsapp sy 0123397315/wechat id sham3344